SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 40
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2940

Bacaan






BAB 40
“Kenapa dengan awak ni, Mel? Apa yang dah jadi?”

Mel hilang kata-kata. Hanya jemarinya menunjuk ke arah seluarnya yang sudah sedikit tersingkap. Terserlah sang pacat yang sedang enak merakus di betis gebunya.

Ceh! Ganasnya bukan main tapi dengan lintah pun takut ke? Arish geleng kepala. “Bertenang! Relaks! Biar saya cabut lintah tu...”

“Eh, jangan! Haram! Mana boleh pegang-pegang kaki anak dara orang sesuka hati?” pekik Mel.

“Ini kecemasanlah cik Mel ku sayang! Bukannya kita nak beromantika di amor kat sini! Duduk diam-diam, biar saya cabutkan lintah tu.”

Mel berkeras. “Tak boleh pegang! Yang haram tetap haram. Niat tidak sesekali menghalalkan cara.”

“Suka hati awaklah! Tapi dengar cerita kan, kalau kita biarkan lintah duduk melekat lama-lama kat kulit, nanti dia boleh meresap masuk dalam badan kita. Pastu dia beranak-pinak dalam perut sampai berjuta-juta ekor, tau. Kalau awak rasa nak ternak lintah dalam badan, di persilakanlah. Saya tak nak campur.”

Arish mahu bangkit. Namun terasa lengannya di tarik lembut jemari runcing Mel. “Saya tak nak lintah ni berumahtangga dalam badan saya. Tuan, tolonglah. Saya takut.”

Entah mengapa rintihan Mel terus menusuk ke jiwa, membelah dadanya. Perasaan yang aneh, sukar di gambarkan dengan kata-kata. Arish bingung. Dia tiada jawapan untuk perasaan yang semakin membuak-buak dalam dada. Yang pasti sepicing kesakitan pun tidak akan di benarkannya hinggap ke tubuh Mel.

Sehelai sapu tangan di keluarkannya dari dalam kocek. “Tahan sikit, ya?”

Lintah yang sedang enak menyedut darah segera di tekup dengan saputangan tersebut. Kemudian lintah tersebut di lontar jauh-jauh dari situ. Saputangan di celupnya ke dalam terusan sebelum darah yang menitis dari betis Mel di cucinya lembut. Penuh hati-hati. Tertusuk halus. Meresap jauh ke dalam jiwa Mel. Airmata dan mula menari-nari di tubir mata. Tolonglah! Janganlah jatuh menitis, rayu Mel dalam hati.

Tidak mampu terbendung empangan air mata Mel. Biru jernih anak matanya cepat sahaja tertangkap di mata Arish. “Sakit ke? Maaflah, saya terpaksa cuci bersih-bersih kaki awak ni. Kalau tidak awak berisiko kena alahan yang serius. Apa yer namanya? Hah, ‘anaplylactic reactions’. Kalau lambat dapat rawatan, silap-silap boleh hilang nyawa, tau.”

Pantas Mel menggelengkan kepala. Muka sikit punya cuak. “Tak sakit! Sikit pun tak! Cuma tuan gosok tu kuat sangat. Jatuhlah saham saya kalau kaki saya berparut nanti.”

Luahan jujur Mel menggeletek hati Arish. Bibir dah terpalit sengih lebar. “Cantiklah kalau macam tu! Baru ingat nak bagi sepuluh ribu untuk duit hantaran awak. Tapi kalau dah lagu ni, jawabnya duit hantaran awak nanti potong dua ribu, yek?”

Terjongket kening Mel. “Eei…mana boleh macam tu? Ok kalau hantaran potong, tanggungjawab sebagai isteri pun dapat diskaunlah, kan? Kira basuh baju, sidai baju, gosok baju dan lipat baju tuan yang buat. Saya cuma masak aje,” tukas Mel selamba.

Spontan Arish memicit hidung Mel kuat-kuat. “Sakitlah! Tak romantik langsung tuan ni,” gerutu Mel. Muncung di bibir dah tajam sedepa.

“Padan muka! Siapa suruh demand lebih-lebih. Kan dah kena,” ejek Arish sinis. Muncung Mel tambah lagi sedepa. Arish dah garu kepala. Hmm…tak pasal-pasal nak kena buat sessi pujuk-memujuk ler pulak jawabnya ni.

“Mehlah, saya tolong awak naik atas. Kesian kat PA saya sorang ni.”

Tangan yang di hulur sekadar di pandang sepi. Hati Mel dah bengkak. Geram bertali-tali dalam dada.

Arish jongket bahu. “Ok, fine. Tak nak sudah. Saya nak naik ni. Nanti kirim salam kat bapak lintah kat dalam terusan ni, ya.”

Erk?! Bapak lintah? Mel cuak. Terus dia bingkas bangkit. Matanya dah menerawang ke sekeliling. Terkocoh-kocoh dia membontoti Arish dari belakang.

“Tahu takut. Tadi orang offer, jual mahal,” cebik Arish. Pantas Arish memanjat tebing terusan. Sekali lagi dia menghulurkan tangannya sebaik sahaja dia sudah berada di atas.

Mel menyambut huluran tersebut dengan wajah sebal. Sebaik sahaja telapak tangan mereka berpadu, terpercik getaran dalam dada masing-masing. Sukar di mengerti. Tidak mampu di tafsirkan.

Hanya dengan sekali rentap, tangan sasa Arish berjaya mendaratkan tubuh Mel ke atas semula. Pantas Mel menarik tangannya namun makin kuat Arish menggenggam. Serasa tidak mahu di lepaskan.

“Err…tuan…Boleh tak lepaskan tangan saya?”

Arish tersentak. Serentak itu tangan Mel terus terlepas dari genggaman. “Err…sori…sori…saya terbawa-bawa pula tadi.”

Mel senyum simpul. Entah mengapa dia tidak marah. Malah hatinya berbunga-bunga. “Astagfirullahalazim! Apa nak jadi dengan kau ni, Mel? Sedarlah sikit! Dia tu bukan muhrim kau! Berdosa kalau kau bersentuhan dengan dia,” gerutu Mel. Tapi cuma berkumandang dalam hati.

“Takpelah. Tuan bukan ada apa-apa niat buruk pun, kan? Lagipun kalau tuan tak ada tadi, mesti saya masih lagi terkandas kat dalam terusan tu,” ujar Mel tenang. Langsung tiada prasangka.

“Alah, benda kecil aje tu,” balas Arish acuh tak acuh.

“Mungkin pada tuan nampak kecil tapi pada saya besar maknanya. Tuan, tadi saya tak sempat cakap. Terima kasih sebab pertahankan saya tadi. Seumur hidup saya, inilah pertama kali seseorang beria-ria selamatkan saya, pertahankan maruah saya. Terima kasih banyak-banyak, tuan.”

Lirih. Sucinya hati Mel meruntun jiwa Arish. Memang, sepanjang dia mengenali gadis ini, kemurniaan hatinya sukar di tandingi. Bilamana kawan-kawannya dalam kesusahan, dialah orang pertama yang akan datang menghulurkan bantuan. Tiada kompromi tentang itu. Entah mengapa tiba-tiba gegendang telinga Arish terngiang-ngiang pesanan ‘khas’ yang di titipkan oleh Walid Aziz tempohari.

Takde tapi-tapi lagi. Cari calon isteri dalam masa dua minggu atau terima calon pilihan kami. Titik. Muktamad.”

Ya! Sempurna. Sesuai sekali. Kenapalah dia tidak terfikir sebelum ini? Minda Arish mula terbetik idea gempak yang bakal menyelamatkan dirinya dari malapetaka yang maha dahsyat. Daripada dia ambil risiko, memperjudikan nasib, menyerahkan jiwa pada seseorang yang langsung tidak serasi di hati. Adalah lebih afdal jika dia menyerahkan hati pada PA nya sendiri!

Bebola mata Arish tunak ke wajah Mel. Polos. Jujurnya wajah itu. Hampir-hampir sahaja membantutkan hasratnya. Arghh! Arish mengumpul tekad, menghimpun semangat. Buat masa ini tiada pilihan yang lebih baik dari ini.

“Err…Mel. Saya nak cakap sikit dengan awak. Pasal tadi.”

Gelisah mula mengisi ruang hati Mel. “Saya tahu tuan nak cakap pasal apa. Pasal tuan nak ambil saya sebagai isteri yang sah, kan? Tuan jangan risaulah. Saya faham. Saya tahu tuan terpaksa cakap macam tu sebab tuan nak selamatkan air muka saya, kan?”

Laju-laju Arish geleng kepala. “Bukan. Bukan macam tu. Awak dah salah faham ni…”

Pantas Mel memintas. “Tuan, takpe. Saya faham. Tuan tak perlulah nak minta maaf dengan saya. Saya tak marah. Situasi genting tadi yang memaksa tuan cakap macam tu, kan? Saya dah masaklah dengan perangai tuan.”

Arish ketap bibir. “Tak, Mel. Sebenarnya…”

“Takpe. Saya faham. Tak payah terangkan apa-apa lagi. Anggaplah ajelah benda tadi tu tak pernah jadi. Kita lupakan aje, ok?”

“Senangnya awak cakap! Mana boleh lupakan macam tu aje?” herdik Arish. Agak kasar bunyinya.

Mel tersentak. “Apa maksud tuan ni? Saya tak fahamlah! Tuan nak suruh saya buat macam mana sebenarnya?”

Arish tarik nafas. Panjang-panjang. “Sebenarnya, saya nak kita…”

Tritt…tritt…

Lantunan dari telefon bimbit Mel segera mematahkan kata-kata Arish. Pantas jemari Mel menekan papan kekunci telefon bimbitnya sambil menala kaki ke hadapan sedikit.

Arish ketap bibir. “Kenapalah masa ni juga telefon dia nak berbunyi? Kacau daun betullah!” gerutu Arish. Baru sahaja dia nak ‘memancing’ tapi ada-ada sahaja halangannya.

“Hmm...baik aku maklumkan berita baik ni pada Borhan,” omel Arish sambil tangan dah lincah mendail telefon pintarnya.

“Assalamualaikum.”

Suara garuk Borhan terus bergema di corong talian. “Waalaikumsalam. Hah, Arish. Ada apa ni?”

“Aku rasa, aku dah jumpa dengan calon isteri aku.”

Borhan berteriak. “Hah? Kau biar betul. Takkan secepat ni? Siapa dia?”

“Yang penting perempuan tu bukan Qisya. Dia...”

Teriakan kuat dari bibir Mel terus sahaja menamatkan ayat-ayat di bibir Arish. Talian terus di matikan. Pantas Arish menghayun kaki ke arah Mel. “Kenapa ni, Mel? Apa yang dah jadi?”

“Mak saya, tuan. Mak saya!”

Jantung Arish mula berdegup kencang. “Kenapa dengan mak awak?”

“Tolong hantar saya ke hospital sekarang!”

NOTA KAKI : BAKAL TERBIT 2016...NANTIKAN KEMUNCULANNYA...




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku