SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 41
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:
(36 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1632

Bacaan






BAB 41

Arish mendengus. Nasib baiklah kat hospital. Kalau tidak ada juga yang dah kena luku petang-petang macam ni. Geramnya bertali-tali pada Mel. Macam tak ada apa-apa perasaan. Siap boleh mengunyah keropok Mister Potato dengan jayanya. Muka pula selamba habis.

“Terima kasihlah nak sebab tolong hantarkan anak makcik ke sini,” ujar Mak Cik Sara dengan nada lemah. Namun bibirnya masih terukir senyuman.

“Sama-sama, makcik. Memang tanggungjawab saya. Mel ni kan staf saya. Demi dia, tekan minyak sampai 180 kilometer sejam pun takde hal lah! Janji kitorang sampai kat sini secepat mungkin!” sindir Arish. Mata dah kerling tajam pada Mel.

Makin laju pula Mel mengunyah. Sekeping demi sekeping kerepok di talanya ke dalam mulut. Siap pamer muka tak bersalah lagi. Geram Arish kian menjadi-jadi.

Buntang biji mata Mak Cik Sara. “Hah? Lajunya kamu bawa kereta. Jangan begitu, nak. Bahaya bawa laju-laju macam tu.”

Selamba Mel mencelah. “Tuan Arish ni memang macam ni, mak. Dia memang selalu bawak kereta laju-laju macam tu. Bukan apa, kalaulah terserempak dengan perompak, senanglah dia nak buat adegan kejar-mengejar nanti. Tulah hari-hari dia berlatih bawak laju-laju macam tu. Maklumlah nak kekalkan title selaku inspektor terhebat kat Malaysia ni.”

“Oh, macam tu rupanya. Bagus betul anak ni. Memang boleh menang anugerah polis contoh. Cekap, tangkas. suka tolong orang pula tu. Untunglah sesiapa dapat menantu macam anak ni,” puji Mak Cik Sara.

Arish dah senyum kambing. “Makciklah bakal jadi orang yang beruntung tu.”

Dahi Mak Cik Sara dah terlakar kedut seribu. “Apa maksud anak ni? Makcik tak fahamlah!”

“Sebenarnya saya dan anak makcik akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Saya ke sini sebab nak minta restu dari makciklah.”

Mel melopong. Lebar. Bukan saja lalat, silap-silap langau dan unggas pun boleh terbabas masuk ke dalam mulutnya.

“Betul ke ni, nak? Anak bukan main-main, kan? Mel, kenapa sebelum ni Mel tak pernah cakap dengan mak pasal ni?”

Merah padam muka Mel. “Mak! Tuan Arish bergurau ajelah. Mak janganlah ambil serius kata-kata dia tu.”

“Bila masa pula saya cakap saya bergurau ni? Saya serius, Mel. Sekarang ni makcik jadi saksi saya. Melina binti Kamil, sudikah awak jadi isteri saya?”

Mel terpana. Rasa macam nak pitam pun ada. “Saya nak cakap dengan tuan sekejap. Sekarang juga. Saya tunggu kat luar.”

Pantas Mel melangkah keluar dari bilik tersebut. Kakinya di tala laju ke arah bilik ruangan menunggu. Arish mengekorinya dari belakang. Sesampainya di sana Mel berhenti mendadak. Terus dia berpaling. Mengejut. Tanpa sebarang amaran. Hampir-hampir sahaja tubuhnya berlaga dengan tubuh sasa Arish.

“Apa masalah tuan sebenarnya, hah? Kalau setakat tuan nak bergurau-senda dengan saya, itu saya boleh terima lagi. Kenapa tuan nak babitkan mak saya pula dalam hal ni?”

Sengaja Arish merapati Mel. Sangat rapat. Tidak pernah serapat ini sebelum ini. Kening lebat tersisir rapi. Sorotan mata yang tajam dan terperosok ke dalam. Hidung mancung bak seludang. Ya Allah, kacaknya! Berderau darah Mel. Barulah kini dia mengerti mengapa Rika, Suzanne dan Qisya tergila-gilakan mamat cengcong ni!

Mel berpaling. Namun tangkas kedua-dua belah tangan Arish menangkap kedua-dua bahu Mel. Kuat. Sehinggakan sepicing pun Mel tidak mampu berkalih.

“Saya ikhlas, Mel. Awaklah satu-satunya perempuan yang paling rapat dengan saya. Faham saya luar dalam. Sebab awak PA saya. Jadi saya nak upgrade status diri awak. Sanggup tak awak jadi kawan baik, teman gaduh, buah hati pengarang jantung, tunang, isteri dan ibu kepada bakal anak-anak kita?”

Jantung Mel bagaikan berhenti berdegup. “Ini bukan sebahagian dari rancangan Bang Bang Boom, kan?”

“Ada ke awak nampak gorilla hitam berlegar-legar kat sini?”

Mel geleng kepala.

“Tak ada, kan. Maknanya ini betul-betul kejadian, bukannya cubaan.”

Kali ini Mel betul-betul pitam! Arish kaget. Namun dia sempat menyambar tubuh Mel sebelum ia jatuh menyembah ke bumi. Di baringkannya tubuh kecil molek itu ke atas bangku sebelum dia bergegas keluar. Dia harus mencari doktor dengan kadar segera kerana dia tidak mahu apa-apa yang buruk menimpa bakal isterinya!

PS : BAKAL TERBIT 2016...NANTIKAN KEMUNCULANNYA...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku