SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 42
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6153

Bacaan






BAB 42
Masri dan Daud melangkah ke kaunter pertanyaan dengan wajah bingung. Takkanlah baru beberapa jam, semuanya dah lesap. Hilang tanpa dapat di kesan. Memang pelik!

“Cik misi yang cantik manis. Den nak tumpang tanyo. Mano poienyo posakit kek dalam bilik ICU pagi tadi?” soal Masri.

“Ada ramai pesakit yang di tempatkan dalam bilik tu, pakcik. Siapa nama pesakit tu?”

Masri dah pamer muncung cemberut. “Den ni mudo laie. Ado ko patut di panggilnyo den ni pakcik? Panggilah abang ko. Sodap sikit tolingo den ni dongar hah!”

Daud mencebik. Lengan Masri di tampar kuat. “Ekau jangan nak mengado-ngado haih! Jangan nak jual minyak pulak kek sini. Kito ado urusan ponting ni.”

“Yolah! Yolah! Den main-main ajo. Cik misi, kami pun sobonar aie tak tahu namo posakit. Cumo kalau tak silap namo anak dio…”

Ayat Masri mati tatkala kelibat Arish bersama-sama dengan dua orang jururawat sedang berlari-lari anak menerpa di hadapan matanya. “Apo kono pulak si Arish tu borlari-lari camtu? Ado acaro larian ko dalam hospital ni?”

“Ado apo-apo dah berlaku ko? Jomlah kito kojar dio!” gesa Daud seraya menghayun langkahnya. Masri juga tidak ketinggalan. Berdedai-dedai mereka membontoti Arish hingga ke bilik ruangan menunggu. Kelibat Mel yang sudah terjelepuk di atas bangku menyentak jiwa mereka. Terus sahaja mereka meluru ke arah Arish.

“Apo yang ekau dah buat kek anak daro orang ni, hah? Kalau dah suko sangat, masuklah mominang. Apo susahnyo?” tempik Masri. Kuat. Bergema ke segenap ruang.

Arish terpaku. Terperanjat, terkesima menjalar di kalbu. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba kena herdik. Apa kes? “Tenang, bang. Tenang. Saya tak buat apa-apa pun kat Mel. Saya cuma lamar dia aje tadi. Pastu boleh pula dia pengsan.”

Masri dan Daud saling berpandangan. Bibir masing-masing dah senyum lebar. “Botul ko ni? Alhamdullilah! Suko hati den Allah ajo yang tahu. Tapi ekau ni gelojoh sangat! Nak lamar anak daro orang, mano boleh main terjah ajo. Kena ikut adat rosam. Budayo orang kito,” sempat lagi Masri membebel. Nanar seketika Arish mendengarnya.

“Encik, isteri encik ni tak ada apa-apa. Cuma mungkin dia terlalu penat agaknya. Tu yang sampai dia boleh pengsan tu. Saya dah bagi suntikan, kejap lagi sedarlah dia,” ujar jururawat sambil tersenyum.

Masri dan Daud dah menyeringai macam kerang busuk. Merah padam muka Arish. “Err…dia bukan isteri sayalah.”

“Samo ajolah tu. Kan tadi ekau cakap ekau nak kahwin dengan dio,” sampuk Masri.

“Maaflah encik, saya tak tahu. Takpelah kalau macam tu saya minta diri dulu.” Arish sekadar menganggukkan kepala. Kedua-dua jururawat itu pun terus berlalu ke muka pintu dan menghilang.

“Eh, Mel torimo ko tidak lamaran ekau tadi?” tebak Daud pula.

Arish mengeluh. “Entah. Saya pun tak tahu. Belum sempat apa-apa lagi dia dah pengsan dulu.”

Masri dah garu kepala. “Iyo tak iyo jugak. Afsal lah ekau ni lombab sangat? Kalau den, sokojap ajo den dah koba kek dio.”

Suara Masri yang kuat terus sahaja menjunam tepat ke gegendang telinga Mel. Matanya mula terbuka sedikit demi sedikit.

“Eh, Mel dah sodarlah!” teriak Daud.

“Hah, den tahu macam mano kito nak tahu isi hati dio. Tahulah den nak buek apo. Ekau tengok ajo. Mel, Arish dah hilang! Ponyangak itu hari dah culik dio!”

Mel bingkas bangkit. “Hah! Betul ke? Jomlah, kita cari dia sekarang!”

Masri dan Daud dah ketawa mengekek-ngekek. Kehairanan terjentik di lubuk hati Mel. Dah kenapa dengan mereka berdua ni? Kemudian baru dia perasan kelibat Arish yang berdiri betul-betul bersebelahan dengan Daud. Saat wajah Arish yang sedang menyengih lebar menerpa ke matanya, barulah dia sedar yang Masri sekadar mempermain-mainkannya. Tebal pula muka di buatnya. Lebih tebal dari dinding hospital rasanya!

Arish dah kerling nakal. Terjongket-jongket keningnya. “Sayang juga awak kat saya, kan?”

Mel di serkam malu tak terperi. Dalam keadaan terhuyung-hayang, dia menyeret tubuhnya. Dengan lemah kakinya di tala ke bilik ibunya semula. Hatinya sakit. Jiwanya perit. Arish betul-betul melampau! Sudahlah tadi dia ‘bermain’ soal kahwin di hadapan Mak Cik Sara, kini Masri dan Daud pun boleh terbabit sekali. Geramnya!

Sebaik sahaja pintu bilik Mak Cik Sara terkuak luas, kelibat sesusuk tubuh lampai segera mampir ke pandangan. Mel tersentak. Apa yang dia buat kat sini?

There you are! Lama dah I tunggu. Hei, you sorang aje ke? Mana buah hati I?”

Mel dah kerut dahi. “Buah hati? Oh, hati ya? Mestilah hati Cik Qisya ada dalam badan Cik Qisya sendiri. Buat apa tanya kat saya pulak?”

Qisya tepuk dahi. “Hai, kenapalah you ni bendul sangat, kan? Macam manalah si Arish tu boleh tahan kerja dengan perempuan yang bendul tahap cipan macam you ni. Maksud I, mana pergi Tuan Arish Aqlan you tu? Itu pun susah nak faham ke?”

“Ni apahal cari saya sampai ke sini ni?” sahut Arish yang muncul tiba-tiba dari belakang.

“Mestilah ada hal penting. Kalau tidak takkanlah I cari you sampai ke sini,” balas Qisya dengan nada suara terlebih manja.

Naik meluat pula Masri dan Daud melihatnya. “Siapo pulak porompuan ni, Arish? Torgodik-godik ajo den tengok. Dah macam ulat beluncas ajo ruponyo,” selamba Masri menukas.

Berubah air muka Qisya. “You diamlah, orang tua! Sibuk aje nak menyampuk hal orang. Jagalah tepi kain sendiri!”

Tergeleng-geleng kepala Daud. “Rupo ajo cantik, tapi bahaso tak berapo nak cantik. Sayang botul!”

“Memang I cantik! So what? Tak puas hati?” balas Qisya bongkak.

Kebiadapan Qisya kian menghakis kesabaran di hati Arish. “Bukan ini caranya bercakap dengan orang yang lebih tua dari kita, Qisya. Rasanya saya takde apa-apa urusan dengan awak. Jadi rasanya lebih baik awak pergi dari sini dengan cara baik. Ke awak nak saya guna cara kasar?”

Qisya merengus. Geram. Bencinya kian membukit pada Arish. Kalaulah bukan ayahnya yang menyuruhnya ke mari, tidak ingin dia bersemuka dengan lelaki ini. Buat menyakitkan hati aje.

“Err...maaflah, Arish. I bukannya sengaja nak berkasar dengan diorang. Tapi diorang yang sakitkan hati I dulu. Oklah semua, I minta maaf. I takde maksud nak sakitkan hati you all .”

Kali ini nada suaranya di lenturkan selembut mungkin. Bibir dah ukir senyum kelat. Mel nak tergelak melihat lakonan sendu Qisya. Plastik sungguh!

“Awak dah minta maaf, kan? So sekarang di persilakan...”

Pantas Qisya memangkas. “Nantilah dulu, Arish. You dengarlah apa yang I nak cakap dulu. Sebenarnya papa yang suruh I ke mari. Dia suruh I datang jemput you. Ada hal penting katanya. Benda ni berkaitan dengan kerjaya you.”

Umpan yang di hulur tampak mengena. Qisya senyum sumbing tatkala melihat bebola mata Arish yang bersinar-sinar.

“Betul ke ni, Qisya? Tuan Kommisioner nak jumpa saya?”

“Betullah! Takkanlah I nak tipu buah hati I sendiri. Jomlah ikut I sekarang. Mesti you dah tak sabar nak dengar berita baik ni,” pojok Qisya lagi.

“Jomlah.”

Arish dan Qisya menala kaki ke muka pintu. Sempat lagi Qisya mengerling tajam ke arah Mel. Sinis. Entah mengapa robek hati Mel tatkala Arish melangkah pergi. Seakan-akan jiwanya turut di bawa pergi. Terpisah jauh dari hati.

“Konapo ekau biar ajo si Arish porgi dongan porompuan godik tu?” soal Masri geram.

Resah di hati sedaya-upaya cuba di sorok Mel. “Saya takde hak nak halang dia. Biarlah dia pergi.”

“Siapo kato? Dio tu kan bakal suami ekau!”

Mel terjeda.

PS : DAH TERBIT MAC 2016...BOLEH DAPATKAN DI KARANGKRAF MALL ATAUPUN KEDAI_KEDAI BUKU BERHAMPIRAN



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku