BAYANGAN GURAUAN
Teaser 04
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6282

Bacaan






BAB 4

USAI solat Isya’ berjemaah, seluruh ahli keluarga itu berkumpul di halaman rumah. Malam ini sedikit istimewa kerana mereka sekeluarga akan membuat aktiviti membakar BBQ dan sate diikuti dengan sedikit jamuan bagi meraikan ulangtahun perkawinan Encik Izzuddin dan Puan Qarina. Seperti biasa, bila semuanya sudah berkumpul jadi riuhlah seisi keluarga itu. Bukan selalu dapat begini. Biasanya dalam sebulan hanya sekali dua sahaja dapat berkumpul beramai-ramai. Sesekali gelak ketawa kedengaran bila ada gelagat mereka yang mencuit hati. Ditambah dengan keletah cucu-cucu Encik Izzuddin dan Puan Qarina yang pelbagai ragam itu.

Kelihatan Izzul dan dua adik lelakinya, Irhan dan Irfan sibuk membakar BBQ manakala iparnya, Rafie dan Afzal sedang menghidupkan bara untuk membakar sate. Sementara yang perempuan pula asyik menyiapkan meja dengan hidangan yang telah disiapkan seawal petang tadi. Encik Izzuddin hanya duduk di atas sebuah bangku sambil melayani cucu-cucunya seramai tujuh orang itu bermain.

“Laaa.... umi! Tak payahlah buat kerja ni. Hari ni kan hari istimewa ayah dengan umi. Jadi, umi duduk berehat jelah. Biar kitorang yang siapkan semuanya,” ujar Iman pada Puan Qarina sebaik melihat wanita itu muncul dari dalam rumah dengan membawa bekas berisi kuah sate. Pantas dia mengambil bekas itu dari tangan uminya.

“Yelah, umi. Umi pergilah duduk dengan ayah sana tu. Biarkan kitorang yang sediakan. Lagipun dari siang tadi umi dah masak, kan.” Irma menambah kata-kata kakaknya.

“Ha! Kak Long tu pun sama. Pergilah duduk. Perut tu dah sarat dah. Nanti kang ada yang bersalin tak cukup bulan pulak kat sini. Tapi, kira okaylah. Boleh jugak buat geng sambut anniversary ayah dengan umi sekali tahun depan. Save budget!” Irfan berseloroh membuatkan semua yang ada di situ tertawa.

“Hmm.... pergilah duduk umi, Kak Long. Irish pun ada ni. Boleh tolong Kak Ngah dengan Kak Lang siapkan semuanya. Tinggal sikit je lagi.”

“Duduklah sini, Ina. Anak-anak tu nak bagi chance awak duduk dekat dengan saya malam ni. Bukan selalu dapat pun!” suara Encik Izzuddin pula mencelah kini, membuatkan isterinya itu berubah wajah.

“Hah! Pipi umi dah merah tu. Jangan malam ni ada yang kena tidur luar sudahlah, ayah!” seloroh Irhan. Makin gamat suasana jadinya.

Tidak mahu diusik lagi, Puan Qarina lantas mengajak menantunya, Safiya ke bangku yang tersedia di laman rumah tersebut lalu duduk menyertai suaminya yang sedari tadi asyik melayan cucu-cucu mereka bermain. Suasana malam yang tenang dan sedikit berangin bagai turut meraikan kegembiraan mereka pada malam itu.

Lebih kurang satu jam kemudian, aktiviti membakar telah selesai. Seraya itu majlis dimulakan dengan didahului bacaan doa selamat oleh Encik Izzuddin sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan nikmat dan kesejahteraan yang dimiliki oleh mereka sekeluarga. Daripada kelompok yang kecil hinggalah menjadi keluarga besar seperti ini. Dan Insyaallah, akan menjadi lebih besar di masa akan datang.


SELESAI mengemas halaman rumah selepas majlis keluarga yang diadakan sebentar tadi, mereka duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Anak-anak kecil ada yang sudah tertidur akibat keletihan, ada juga yang masih berjaga dan bermain di ruangan keluarga itu

“Macam mana result final exam, Rish? Okay?” suara Izzul memecah kesunyian malam, membuatkan mata-mata yang sedari tadi terarah ke kaca televisyen, teralih kepadanya kini. Irish yang sedang melayan anak-anak Iman, Alief Rafiqin, Aliefa Rihana dan Aliefa Rizwana bermain, sedikit tersentak dengan pertanyaan tersebut.

“Alhamdulillah. Semua okay.

So, apa perancangan Irish lepas ni? Nak sambung lagi?” soal Izzul lagi. Yang lain hanya menjadi pendengar.

“Ingat nak kerja dululah. Bila semua dah okay dan stabil, baru Irish sambung master. Insyaallah. Tengoklah nanti macam mana, long.”

“Hmm, baguslah macam tu. Along setuju. Dah start cari kerja? Atau dah dapat?”

“Lepas result keluar bulan lepas dah start cari, long. Tapi belum ada panggilan dari mana-mana lagi nampaknya,” jawab Irish tenang.

“Belum ada rezeki lagilah tu. Tak apalah. Sementara tu Irish duduklah kat rumah dulu. Bolehlah restkan otak tu lepas-lepas belajar ni. Dah kerja nanti gerenti Irish takkan cukup rehat bila dah sibuk dengan kerja dua puluh empat jam!”

Irish hanya tersenyum mendengar bicara Iman. Memang pada mula niatnya begitu. Ingin merehatkan otak sebelum memasuki alam pekerjaan. Sudah lima tahun otaknya bekerja mentelaah buku-buku pelajaran, inilah masa untuk refresh segala-galanya. Mula saja bekerja, otaknya akan digunakan untuk mentelaah fail-fail kerja pula. Hmhh! Ngeri juga bila difikirkan semula.

“Irish refer kerja yang macam mana? Bolehlah ayah tengok-tengokkan nanti kat company kawan-kawan ayah.”

“Eh, tak apalah ayah. Irish boleh cari sendri. Lagipun sekarang ni zaman dah moden. Kat internet tu pun dah boleh cari. Cuma tengok rezekilah. Kalau rezeki Irish ada nanti, Insyaallah adalah.”

“Jangan risaulah, yah. Pandailah si Irish ni cari nanti,” tokok Irma pula, membuatkan Irish melirik senyum padanya.

“Bagi resume kat along nanti.”

“Hah?” Sepantas kilat Irish menoleh pada Izzul dengan mulut sedikit terbuka.

“Along cakap bagi resume kat along nanti. Faham? Dah tutup mulut tu, nanti masuk lalat!”

Jawapan dari Irfan itu membuatkan tangan Irish spontan menutup mulutnya sebelum sebelah lagi tangannya memukul bahu Irfan, agak kuat. Menjadikan ruang tamu itu bergema dengan gelak tawa yang lain.

“Aduh! Sakitlah kak!”

“Kan? Itu je ubat untuk orang yang suka menyakat.”

“Sudahlah tu, Irfan. Menyakat orang je kerjanya dia.” Izzul cuba menenangkan semula keadaan. Kemudian pandangannya terarah pada Irish kembali. “Ni, Irish bagi je resume kat along nanti. Bolehlah along tolong-tolong surveykan kerja yang sesuai.”

“Hmm. Dah siap nanti Irish bagi. Terima kasih, long.”

Di satu sudut yang lain, Encik Izzuddin dan Puan Qarina senang melihatkan kemesraan anak-anaknya. Dan satu hal lagi yang menggembirakan bila melihat keadaan Irish yang sudah mula ceria. Satu perkembangan yang positif!


IRISH meletakkan kembali Al-Quran ke tempat asalnya setelah selesai mengaji. Memang sudah menjadi kebiasaannya membaca nashkah tersebut sekurang-kurangnya satu helai muka surat setiap hari, amalan yang dipraktikkan semenjak dari zaman belajarnya dahulu hinggalah sekarang. Tetapi ada juga ketika dia tidak dapat menghadap Kitab Suci Kalamullah itu apabila perlu melakukan sesuatu hal yang penting atau pada hari-hari tertentu yang dia tidak dapat berbuat demikian.

Selesai melipat telekung dan sejadah, Irish menuju ke meja tulis di sudut bilik dan menghidupkan komputer ribayang sedia ada di atas meja. Niat di hati ingin memeriksa email sebentar sebelum masuk tidur. Mana tahu kalau-kalau ada syarikat yang membalas emailnya menawarkan pekerjaan yang bersesuaian. Sudah hampir sebulan dia mencari pekerjaan selepas keputusan peperiksaannya keluar tempoh hari. Sebaik saja mendapat result, dia terus menyiapkan resume dan surat permohonan kerja lalu diemailkan kepada beberapa syarikat yang menawarkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya.

Selain itu, dia juga ada mendaftar dengan beberapa agensi mencari pekerjaan yang banyak terdapat di laman web di internet. Namun, hingga kini masih belum mendapat sebarang jawapan. Walaupun dia tidak begitu kisah jika tidak mendapat pekerjaan dalam masa terdekat ini bagi merehatkan diri setelah penat belajar, jauh di sudut hati terselit juga perasaan bimbang sekiranya hal ini berlarutan untuk tempoh yang lama. Sayang jika ijazah yang diperolehi itu tidak digunakan. Lainlah kalau dia ingin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Atau juga bidang yang lain. Jadi, tidak perlulah dia bersusah payah mencari kerja begini.

Apabila tetingkap email muncul di skrin monitor, Irish membuka satu persatu email yang masuk ke dalam inboxnya. Namun, hasilnya hampa. Tiada lansung balasan email daripada syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan untuknya. Semuannya hanya sekadar email biasa.

‘Tak apa, Irish. Belum ada rezeki lagi. Sabar, sabar!’ Irish cuma menyedapkan hatinya sendiri.

Tidak mahu terus melayani perasaan gundahnya, Irish beralih pula ke laman sosial facebook.Akaunmiliknya dibuka. Sudah agak lama dia tidak melayari laman sosial itu. Hanya sekadar melihat-lihat sahaja akaunnya. Beberapa minit kemudian dia mulai bosan. Lantas matanya mencari perkataan ‘Log out’untuk keluar.Baru sahaja jari ingin menekan butang tersebut, seseorang menyapanya melalui tetingkap messenger di sudut kanan bawah.


Nazmi Jauhari : Salam.. Hai sweet girl! Apa khabar?


Nazmi Jauhari. Rakan facebooknya yang berasal dari Brunei. Tetapi sedang melanjutkan pengajiannya di Kanada dalam bidang kejuruteraan perkapalan. Sudah lama juga Irish tidak berbual dengan kenalan mayanya itu. Dulu sewaktu dia masih belajar, agak kerap juga mereka bersembang di laman tersebut. Cuma semenjak akhir-akhir ini dia jarang online. Walaupun hanya berkenalan melalui laman sosial, tetapi dia selesa berbual dengan Nazmi kerana sikap lelaki itu yang agak peramah. Umur mereka yang sebaya itu juga menambahkan lagi keserasian dan keselesaan antara mereka berdua.


Irish Izz : W’salam.. Nazmi! Lama tak jumpa. Saya baik Alhamdulillah. Awak?

Nazmi Jauhari : Saya pun sihat.. Saya ada je kat sini.. Awak tu yang lama menghilang.. Mana pergi?


Walaupun Nazmi berasal dari Brunei tetapi dia tidak janggal untuk berbahasa Melayu disebabkan ramai rakan sepengajiannya berasal dari Malaysia. Jadi lelaki itu sudah biasa.


Irish Izz : Oh, maaf la.. Sibuk sikit dengan final exam.. Tu yang jarang online.. But now I’m free.. So, study awak macam mana sekarang? Bila habis?

Nazmi Jauhari : I see.. Study saya okay.. Dalam pertengahan tahun depan habis la.. Means, awak dah abis study la ni?

Irish Izz : Ya.. Sekarang tengah mencari kerja..

Nazmi Jauhari : Wah! Dah nak kerja dah.. Seronok la macam tu!

Irish Izz : Belum kerja lagi.. Tak ada la seronok sangat.. So, tahun depan dah balik terus ke Brunei?

Nazmi Jauhari : Ya, saya dah tak sabar nak habiskan study ni.. Dah tak sabar-sabar nak balik Brunei jumpa family..

Irish Izz : Dah tak sabar-sabar nak jumpa family ke tak sabar-sabar nak jumpa buah hati ni?


Irish sengaja menyakat rakannya itu. Sejak dari awal lagi mereka sudah sedia maklum tentang status masing-masing. Pendek kata, banyak perkara yang mereka kongsikan. Adakalanya, bila ada masalah, mereka meluahkan antara satu sama lain walaupun hanya alam maya sebagai penghubung.


Nazmi Jauhari : Yang tu termasuk sekali la.. Sudah semestinya.. Lama inda jumpa.. Rindu sudah! Hahaha..

Irish Izz : Kan? Macam saya tak tahu!

Nazmi Jauhari : Terima kasih la Cik Irish kerana memahami.. Buah hati awak macam mana? Bila nak kahwin ni?


Soal Nazmi tanpa mengetahui keadaan sebenar yang telah berlaku. Pertanyaan itu membuatkan Irish terdiam sejenak. Lambat-lambat jarinya menaip di atas papan kekunci.


Irish Izz : Dah kahwin dah..

Nazmi Jauhari : Hah?! Bila awak kahwin?? You didn’t tell me, Irish!

Irish Izz : Bukan saya yang kahwin.. Dia.. Tapi...., dengan orang lain..

Nazmi Jauhari : Whaaatttttt??! Awak biar betul ni?!

Irish Izz : Betul la.. Buat apa saya nak main-main..

Nazmi Jauhari : Since when??!

Irish Izz : Lama dah...

Nazmi Jauhari : Irish! I’m so so sorry! Saya tak tahu pun! Kenapa tak pernah beritahu saya?!

Irish Izz : Tak ada apa la.. Benda dah lama dah.. Saya dah malas nak ingat.. Kalau saya cerita dengan awak, or cari awak, bukan awak boleh sampai ke sini pun..

Nazmi Jauhari : Kalau betul saya buat macam mana? Cuma saya tak tahu.. Tapi, saya tak puas hati.. Lima tahun kut.. Takkan habis macam tu je?!

Irish Izz : Dah itu yang dia nak, Nazmi.. Biar la..

Nazmi Jauhari : Hmmhh! How dare him!!!


Irish tersenyum membaca balasan dari Nazmi. Jelas lelaki itu sedang marah walaupun ia hanya diluahkan melalui aya-ayat yang ditaip di sini.


Nazmi Jauhari : Sabar la, Irish.. Banyak-banyakkan bersabar.. All these happened because he’s not the right man to you.. He’s not deserves to get you actually.. Insyaallah, ada yang lebih baik untuk awak nanti..

Irish Izz : Kalau la masih wujud lelaki macam tu kat dunia ni, Nazmi..

Nazmi Jauhari : Eh! Ada! Mana pulak tak ada! Ada, ada..

Irish Izz : Mana?

Nazmi Jauhari : Contoh terdekat, orang yang tengah ber ’chatting’ dengan awak ni la..

Irish Izz : Kan? Awak memang suka masuk bakul angkat sendiri.. Malaslah nak layan..

Nazmi Jauhari : Hahaha.. Jangan la merajuk, sweet girl!


Dan mereka meneruskan perbualan itu sehingga larut malam. Banyak topik yang disembangkan memandangkan sudah lama mereka tidak berhubung seperti kebiasaan dulu. Irish hanya meminta diri untuk masuk tidur setelah matanya sudah memberat untuk berjaga lagi walaupun Nazmi di sana masih segar untuk berbual. Maklumlah, waktu bumi Malaysia dengan bumi Kanada sudah tentulah berbeza!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku