BAYANGAN GURAUAN
Teaser 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5777

Bacaan






BAB 13 

MASA berlalu begitu pantas sekali. Pejam celik tidak sedar sudah setahun Irish berkhidmat bersama Haiyan Holdings. Bermakna sudah banyak juga keringat yang dicurahkannya pada syarikat tersebut. Namun, hanya satu yang masih tidak berubah mengenai dirinya. Sikapnya yang pendiam dan tidak banyak bercakap dengan orang yang tidak begitu dibiasainya masih sukar untuk dikikis sehingga ke hari ini.

“Irish!”

Irish yang ketika itu sedang menghala ke bilik, terhenti melangkah sebaik namanya dipanggil. Lantas dia berpaling. Matanya menangkap sesusuk tubuh yang datang menghampiri.

“Ya, Tengku.”

“Ermm, petang nanti saya ada meeting berkenaan budget untuk projek dengan goverment di Putrajaya tu. Since our Finance Manager, Encik Naufal on leave today, and Puan Faridah pun ada tugas lain di luar, so saya nak awak ikut saya ke meeting tu. Are you okay with that?” soal Tengku Hafiy. Sebetulnya dia kurang gemar apabila Irish memanggilnya dengan gelaran Tengku itu. Dia lebih suka jika Irish menggantikannya dengan panggilan ‘abang’ memandangkan gadis itu adik kepada Izzul. Tetapi bila diusulkan hal itu, Irish mengatakan tidak enak sekiranya pekerja yang lain mendengar disebabkan semua staff memanggilnya dengan gelaran tersebut di sini. Namun hatinya sedikit terpujuk apabila gadis itu berjanji sekiranya berada di luar, dia tidak kisah untuk berbuat demikian.

“Boleh.”

Senyuman Tengku Hafiy terukir mendengarkan jawapan dari Irish. ’Hai, Izzul! Masih tak berubah adik kau ni. Even dua puluh patah pun yang aku tanya, sepatah juga yang keluar dari mulut dia.’

Okay, Irish. I’ll see you around 2.00 p.m. Saya tunggu awak kat bawah nanti,” ujar Tengku Hafiy dan kemudian terus beredar ke biliknya.

Irish meneruskan langkah. Kebetulan memang dia tidak begitu sibuk hari ini. Sambil menemani Tengku Hafiy, dapatlah juga dia belajar sesuatu yang baru sewaktu mesyuarat belanjawan itu berlansung nanti. Memang itu yang digemarinya, mempelajari sesuatu yang luar dari pengetahuan dan pengalaman yang dia sedia tahu. Secara tidak lansung, ia membantu meningkatkan kredibiliti dan kerjayanya sebagai seorang eksekutif kewangan.


KELIHATAN enam sahabat ituberjalan beriringan menuju ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka bekerja. Memang kebiasaannya mereka akan makan tengahari di kedai makan tersebut kerana lauk pauknya yang agak enak dan menepati citarasa. Harganya juga agak berpatutan berbanding tempat-tempat lain. Hanya sesekali apabila tekak mereka teringin untuk merasa menu yang berbeza, barulah mereka bertukar angin ke tempat yang lain.

“Mak Ani, nasi separuh macam biasa untuk kitorang berenam,” pinta Zaryn mendahului rakan-rakan yang lain pada tuan punya kedai makan itu, Hajah Nuraini.

Okay!” Hajah Nuraini yang sudah biasa dengan mereka yang merupakan pelanggan tetap di kedai makannya itu segera menyenduk nasi ke dalam pinggan dan kemudian diberikan kepada mereka setiap satu. “Air dah order belum?”

“Belum. Nanti kitorang order kat Abang Khairy. Hah, tu pun dia datang!” beritahu Insyirah sebaik ternampak Khairy yang merupakan anak kepada Hajah Nuraini. Setelah memesan air dan memilih juadah lauk-pauk yang terhidang di atas meja besar yang diletakkan di tengah-tengah ruangan kedai itu, mereka berenam memilih untuk duduk di meja makan yang berada di bahagian luar kedai tersebut.

“Fuh! Cuaca hari ni manyak panas lor!” Elaine mengeluh sebaik melabuhkan duduk di kerusi.

“Nasib kau tak pakai tudung macam kitorang ni, amoi. Merasa jugak natural air-cond luar ni, hah!” ujar Farisya yang duduk di sebelah.

“Ya, mey.... betul, betul! Sorry haIsya!”

Elaine sudah tersengih pada rakannya itu. Dia dan Farisya merupakan kerani di jabatan kewangan Haiyan Holdings. Disebabkan tidak ramai kaum Cina yang bekerja di jabatan mereka, dia lebih selesa berkawan dengan rakan-rakan Melayu yang dia kenali sekarang ini.

Mereka mula menikmati hidangan makan tengahari dengan penuh berselera. Maklumlah, dari pagi mereka bekerja ditambah dengan penat menyiapkan tugas, sudah tentu perut masing-masing bekeroncong lapar minta diisi. Selang beberapa minit kemudian, Abang Khairy tiba dengan minuman yang telah dipesan oleh mereka.

“Terima kasih Abang Khairy,” ucap Zaryn sebelum lelaki itu berlalu pergi. “Ha, amoi! Tadi kata panas, kan? Ni air dah sampai. Minum ni kasi sejuk sikit badan tu!” sempat Zaryn menyakat Elaine ketika menyerahkan minuman pada gadis Cina tersebut.

“Haiya! Thank you, thank you! Manyak thank you ha, Zaryn. Sayang lebih sama you!” Elaine membalas kembali gurauan Zaryn sambil menundukkan kepalanya berulang kali, membuatkan yang lain tertawa.

“Eh korang, ada dengar cerita tak?” tiba-tiba sahaja Kak Maisarah bersuara. Diperlahankan sedikit suaranya agar tidak didengari oleh orang sekeliling.

“Ha, cerita apa Kak Mai? Gossip ke?” spontan Zaryn mendekatkan dirinya pada Kak Maisarah yang berada di sebelah kanan. Siapa tidak kenal dengan Zaryn yang sememangnya suka mendengar cerita-cerita sebegitu.

“Ishh! Kau ni, kan. Gossip tak habis-habis!” tingkah Kak Maisarah seraya memukul bahu Zaryn.

“Laaa.... bukan ke? Tapi cara Kak Mai cakap ni macam nak bergossip je!”

“Ingat muka akak ni muka gossip ke dik oi!”

“Habis apa? Sampai akak cakap berbisik-bisik ni. Biasa orang cakap macam ni nak cakap cerita panas je. Kan?”

“Ishh! Bukanlah, Zaryn. Ni.... korang ada dengar-dengar tak anak lelaki boss yang sorang lagi tu dah balik sini?” Kak Mai memulakan ceritanya.

“Yang mana, Kak Mai? Yang duduk kat oversea tu ke? Yang handsome sikit tu?” Farisya bertanya meminta kepastian.

“Bukan handsome sikit tau. Handsome banyak! Betul ke, Kak Mai? Mana akak dengar ni?” soal Zaryn pula begitu teruja dengan khabar yang disampaikan oleh Kak Maisarah.

“Hmm, betullah tu. Anak boss yang duduk dekat oversea dah berapa tahun tu. Dia dah balik sini. Tapi kali ni dia balik terus. Dan akan kerja kat Haiyan Holdings. Tolong abangnya uruskan syarikat pulak. Dah bertahun asyik tolong syarikat orang je kan, nilah masanya nak uruskan syarikat keluarga sendiri. Akak tahu pun sebab semalam kebetulan ada kat bilik Tengku Hafiy. Masa tu Tengku Haiyan masuk ke bilik then minta Tengku Hafiy jemput adiknya kat airport malam tadi sebab dia ada hal.”

OMG! Prince charming is coming back!” Zaryn sedikit berteriak sebaik mendengar cerita Kak Maisarah. Tidak keruan jadinya gadis itu.

“Hey! Tak payah nak prince charming sangatlah! Tak habis-habis nak berangan!”

“Hishh kau ni, In. Kacaulah! Aku baru nak berangan sikit. Bagilah chance! Kan, Cik Irish?” ujar Zaryn sambil menyenggol bahu Irish yang berada di sebelah kirinya. Irish yang tidak tahu-menahu lansung tentang apa dan siapa yang mereka bualkan itu, hanya mengangguk sambil tersenyum.

Yes! That guy anak boss tu, dia pernah datang masa annual dinner syarikat dua tahun lepas, kan? Kalau tak silap I lah. Kalau yang itu memang he’s so good looking! I tengok pun boleh cair, maa!”

“Kau pun nak jugak, Elaine? Hai, boleh tahan jugak taste amoi ni!”

“Hey, Farisya. I cakap saja, maa! Tapi kalau dapat pun, apa salahnya. He’s got a Chinese look on his face. Handsome! Haiya, rugi kalau I tolak tau!” seloroh Elaine membuat tawa yang lain terhambur lagi di situ.

“Hmm.... tak kisahlah korang nak dia ke, apa ke. Tapi setahu akaklah, anak boss yang sorang tu susah sikit kalau bab-bab perempuan ni. Dari dulu lagi.”

“Eh! Kenapa pulak macam tu, Kak Mai?” Zaryn semakin berminat untuk mendengar. Serasanya, baru pertama kali cerita sebegini singgah ditelinganya sejak dia bekerja dengan Haiyan Holdings. Semua pekerja syarikat sedia tahu yang Tengku Haiyan mempunyai seorang lagi anak lelaki yang tidak dapat dinafikan rupa parasnya. Tetapi tidak pernah pula dia dimaklumkan tentang hal yang satu ini.

“Yelah, akak kan secretaryabang dia. Kadang-kadang adalah jugak Tengku Hafiy tu luahkan masalah pada akak. Termasuklah pasal adik lelaki dia tu. Dia sendiri pun tak faham. Bukan tak ada perempuan yang nak. Beratur, hah! Tapi adik dia tu je yang tak layan! Sampai sekarang, even dah bertahun duduk kat UK tu.”

“Hmm.... tak apa, tak apa. Manalah tahu kut dia balik kali ni dah berubah. Kat Haiyan Holdings tu ramai je staff perempuan. Termasuklah kita-kita ni. Kut ada salah seorang yang berjaya buka sikit mata adik Tengku Hafiy tu, tahulah dia nanti!” ucap Zaryn dengan penuh yakin.

“Eh! Korang je, ya. Akak tak! Prince charming akak dah ada kat rumah tu!”

“Laaa.... Kak Mai ni. Maksud Zaryn staff perempuan yang masih singlelah! Yang dah kahwin, dah terkeluar dah dari list!”

“Amboi! Sedapnya mulut dia bercakap! Tahulah orang dah kahwin ni dah tak glamour, saham dah turun sikit!” tingkah Kak Maisarah sambil bercekak pinggang pada Zaryn. “Tapi kan.... kalau pun anak boss tu nak pandang perempuan macam kita-kita ni pun, akak rasa Cik Irish ni yang paling up sikit dalam list!” Kak Mai menyambung lagi kata-katanya sambil menepuk bahu Irish yang berada berhampiran dengannya.

Irish yang ketika itu sedang menyedut minuman, sedikit tersedak apabila diperlakukan begitu. Pantas dia menoleh pada Kak Maisarah. “Hmm?”

“Yelah. Antara kita ni, semuanya staff biasa je. Lainlah kalau Cik Irish ni. Salah seorang yang berpangkat kat syarikat.” Insyirah mencelah, mewakili Kak Maisarah untuk menjelaskan maksud kata-kata wanita itu tadi.

“Betul, betu, betul! Setuju seratus peratus!” Zaryn turut menyokong rakannya itu.

“Tak adalah. Cinta tu kan buta. Kalau dah suka, dan ikhlas, benda-benda tu semua bukan masalah. Yang penting, hati. So, semua orang tak perlu risau,” jawab Irish bersahaja.

“Oh, Cik Irish! Kalau itu anak boss akan suka you, tapi you tak nak, tak payah susah-susahlah. Kasi tolak sama I saja maa!” pantas Elaine mengusulkan cadangan itu. Dan tawa mereka sekali lagi terburai melihatkan gelagat gadis berbangsa Tionghua yang sememangnya lucu itu.


TERGESA-GESA Irish keluar dari lif. Dia hampir-hampir terlupa petang itu dia harus menemani Tengku Hafiy menghadiri satu mesyuarat belanjawanuntuk projek syarikat di Putrajaya. Walhal, baru sahaja pagi tadi dia dimaklumkan tentang perkara tersebut. Nasib baiklah Tengku Hafiy menelefonnya sebentar tadi mengingatkan.

Langkahnya diatur dengan pantas menuju ke luar bangunan syarikat. Dia keburuan masa kerana Tengku Hafiy sudah menunggunya di dalam kereta. Matanya lansung tidak dihala ke arah lain, ingin cepat mendapatkan Tengku Hafiy kerana tidak mahu lelaki itu ternanti-nanti lama.

“Oppss!”

Langkah Irish terhenti. Dalam sibuk memikirkan tentang majikannya itu, dia hampir terlupa di mana dirinya sekarang. Sekilas Irish memejamkan mata. ‘Aduh! Lagi sekali ke?’

Irish kalut. Berkira-kira untuk menemui orang itu terlebih dahulu atau terus sahaja melangkah. Memikirkan yang Tengku Hafiy sudah menunggu, spontan kakinya dihayun kembali. Namun hanya beberapa langkah sahaja sebelum dia berhenti dan memalingkan tubuhnya.

“Err.... maaf, ya.”

Irish meneruskan langkahnya semula tanpa menoleh ke belakang lagi. Walaupun di hati terasa bersalah namun dalam kepalanya ketika itu hanya memikirkan Tengku Hafiy sahaja.

‘Bahu nipun time-time macam nilah dia nak langgar orang. Berapa kali dah? Hmmh! Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku sempat minta maaf. Harap-harap dia tak kisah. Aku betul-betul nak cepat!’ Irish cuba menyedapkan hatinya sendiri. Kaki terus dihayun tanpa menyedari dirinya diperhati oleh sepasang mata yang tajam merenung setiap gerak langkahnya.

‘Memang dia tak sudi nak pandang aku agaknya,’ bisik lelaki itu sambil memerhati tubuh gadis tinggi lampai tadi yang semakin menjauh. Nafas ditarik sedalamnya sebelum dihembus perlahan. Sesaat, satu senyuman nakal terlihat di bibirnya.

It’s okay, girl. We’ll see!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku