BAYANGAN GURAUAN
Teaser 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6027

Bacaan






BAB 20 

PAGI itu telah diadakan satu mesyuarat kecil oleh Tengku Hafiy selaku CEO syarikat dengan semua pegawai-pegawainya dari setiap jabatan. Tidak ketinggalan Tengku Harrys dan Irish juga turut berada bersama di dalam bilik mesyuarat tersebut. Mesyuarat yang berlansung selama lebih kurang satu jam itu berakhir pada pukul 11.15 pagi.

“Baiklah, semua boleh bersurai. Cuma saya minta construction and finance department untuk tinggal sebentar. Ada sedikit taklimat yang saya ingin berikan.”

Mendengarkan arahan dari Tengku Hafiy, semua yang ada mula bersurai manakala pegawai-pegawai dari jabatan pembinaan dan kewangan masih duduk menanti arahan seterusnya.

Alright, saya nak maklumkan tentang satu tugas luar yang akan kamu semua hadiri minggu ini.” Tengku Hafiy memulakan taklimatnya sebaik yang lain beredar keluar. Semua yang ada di situ berpandangan sesama sendiri.

“Tugas luar? Ke mana, Tengku?” soal Henry, salah seorang jurutera syarikat bertanya kepada Tengku Hafiy.

“Kamu semua akan turun melawat tapak projek pembinaan hotel lima bintang di Johor Bahru. It’s emergency. Saya baru terima laporan yang mengatakan ada sedikit masalah dengan projek tu. Isn’t it, Saiful, Hazman?”

Yes, Tengku!” sahut Encik Saiful dan Encik Hazman mengiakan. Sebagai ketua jurutera Haiyan Holdings, memang Encik Saiful merupakan salah seorang yang memantau projek itu dari sini. Walhal dalam sebulan, pasti dia akan turun ke sana untuk memastikan projek pembinaan itu berjalan lancar. Begitu juga Encik Hazman selaku ketua arkitek syarikat.

“Pembinaan untuk fasa ketiga projek tu ada sedikit masalah yang mana masalah ini telah ditimbulkan oleh salah seorang pegawai kita sendiri di sana. Beliau sudah melakukan pecah amanah pada wang syarikat. Akibatnya, bangunan fasa ketiga projek yang sudah dua puluh lima peratus disiapkan itu mengalami keretakan dan sebahagiannya telah runtuh semalam,” kali ini Tengku Hafiy menerangkan keadaan sebenar permasalahan tersebut.

What??!” kedengaran beberapa suara yang nyata begitu terkejut mendengar perkhabaran itu.

“Terkejut bukan? Saya sendiri tak percaya bila dapat news ni pagi-pagi tadi. Tapi nak tak nak, kamu kena percaya jugak.” Tengku Hafiy menambah lagi. “So what all of you have to do now, kamu semua telah diarahkan oleh Tengku Haiyan untuk pergi ke sana. Siasat dan selidik masalah-masalah yang timbul then selesaikan semuanya secepat yang mungkin. Kita dah tak banyak masa, guys! Client nak kita siapkan projek tu mengikul tempoh yang dah ditetapkan.”

“Bila kami kena pergi, Tengku? Dan berapa hari?” soal pengarah kewangan pula, Encik Naufal.

“Jumaat ni. Berapa hari tu saya tak pastilah. Bergantung pada keadaan. Kalau semua masalah cepat diselesaikan, cepatlah kamu balik. Kalau lambat, lambatlah. Tapi saya diberitahu Encik Naufal juga terpaksa menghadiri seminar penting di Melaka hujung minggu ni, kan?”

Seraya itu, Encik Naufal menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata majikannya itu.

Okay, beliau akan dikecualikan. Jadi, Puan Faridah dan Irish yang akan followTengku Harrys ke sana untuk selesaikan masalah berkenaan kos projek. Encik Saiful, Encik Hazman and Mr. Henry, macam biasalah. Kalau bangunan tu sampai dah runtuh macam tu, memang banyaklah yang you all kena settlekan. Especially regarding the materials and suppliers. That’s very very important! Setakat ni ada apa-apa masalah?”

Pertanyaan Tengku Hafiy itu disambut dengan gelengan dari mereka. Semuanya seakan patuh dengan arahan yang telah diberikan.

“Baiklah, kalau tak ada apa-apa semua boleh bersurai. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar sepanjang kamu berada di sana. Harrys?” Tengku Hafiy memanggil nama adiknya.

Yes?”

“Kali ni abang tak boleh nak follow. Ada meeting penting dengan Kementerian. Jadi, abang letak sepenuhnya tanggungjawab pada kau untuk selesaikan kes ni. And do not forget, you as a leaderkena tengok-tengokkan jugak mereka semua ni sepanjang berada kat sana. Make sure everything could be solved and the project is running smoothly as usual.

“Insyaallah,” balas Tengku Harrys ringkas.

Good! Alright, we’ll meet again in a meeting after all of you come back here. Assalamualaikum.” Tengku Hafiy mengakhiri taklimat itu dengan salam sebelum mereka semua beredar keluar dari bilik meninggalkan dia dan Tengku Harrys berdua di situ.

“Tengahari ni kau lunch dengan siapa?” tiba-tiba Tengku Hafiy bersuara.

“Dengan siapa lagi. Sorang jelah. Kenapa?”

“Saja tanya. Manalah tahu kut ada date dengan sesiapa.”

Jawapan itu membuatkan Tengku Harrys tersenyum. Macamlah abangnya itu tidak kenal dengan dirinya. Kalau tiada temujanji dengan client atau kawan-kawan, dia lebih senang makan tengahari bersendirian.

“Jom lunch dengan abang. Abang pun tak ada appointment dengan client hari ni.”

Okay,” balas Tengku Harrys spontan lalu bangkit dari kerusi. “See you this afternoon.”

Langkahnya terus diatur menuju ke pintu sebelum dia menapak keluar dari bilik mesyuarat tersebut.


SEPERTI yang dijanjikan, dua beradik itu keluar makan tengahari bersama. Tepat jam 1.00 petang, kelibat Tengku Hafiy sudah terpancul di muka pintu bilik adiknya.

“Dah belum, Rys? Jom. Lapar dah ni!” Tengku Hafiy menyapa adiknya yang masih menghadap skrin komputer.

“Dah.” Serentak itu Tengku Harrys bangun lalu mencapai kunci kereta di atas meja. “Alright, let’s go. I’ll drive!”

Sambil berbual, mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta. Hinggalah tiba di ruang legar bangunan syarikat, mereka bertembung dengan Irish dan pembantunya, Insyirah, Zaryn serta setiausaha Tengku Harrys, Natasya yang sedang duduk berborak di sofa di ruangan itu.

“Hai! Tak pergi lunch ke you all?” Tengku Hafiy menyapa mereka.

“Eh, Tengku! Pergi. Kitorang pergi lunch. Tengah tunggu yang lain-lain kejap,” balas Zaryn.

“Oh, macam tu. Jangan tak pergi lunch, dahlah. Kang pengsan nanti, saya yang susah!” seloroh Tengku Hafiy, lalu disambut dengan gelak ketawa mereka.

Cuma Irish sahaja berasa kurang selesa di situ apabila sepasang mata Tengku Harrys hanya memandangnya sedari tadi. Cepat-cepat dia melarikan wajah dari terus ditatap oleh lelaki itu. Kecut perutnya bila ditenung sebegitu. Seperti orang bersalah.

‘Memang kau bersalah pun dengan dia, Irish!’ sempat hati kecilnya berbisik.

Okaylah. We all pergi dulu. Enjoy your lunch!” ucap Tengku Hafiy sebelum dia dan Tengku Harrys berlalu dan terus keluar dari bangunan.

“Nak makan kat mana ni?” Tengku Harrys bertanya pada abangnya sebaik mereka masuk ke dalam kereta.

“Mana-mana jelah. Janji perut boleh isi.”

Tengku Harrys menghidupkan enjin keretanya. Terus sahaja keretanya dipandu ke arah sebuah restoran Melayu yang menyediakan pelbagai juadah masakan kampung. Lapan tahun berada di bumi asing, tekaknya sudah jemu dengan masakan-masakan barat. Jadi bila sudah berada di sini, waktu untuk dia kembali semula pada asal-usul keturunannya.

‘Adat resam orang Melayu jangan sesekali dilupakan walau sejauh mana pun bumi asing kita jelajah.’

Itu antara kata-kata pesanan dari papanya untuk mereka adik-beradik. Memang Tengku Haiyan tidak mahu anak-anaknya hanyut dengan cara dan budaya luar. Pergilah ke mana sahaja anak-anaknya mahu pergi. Tetapi adat dan budaya sebagai orang Melayu serta ajaran Islam jangan sekali-kali dibuang. Harus sentiasa dipegang.

“Boleh abang tanya sikit?” Tengku Hafiy memecah kesunyian antara meraka.

“Tanya jelah. Apa dia?”

“Hati kau masih belum terbuka lagi ke?”

“Terbuka? Terbuka untuk apa?”

“Perempuan.” Spotan jawapan itu keluar dari mulut Tengku Hafiy. Rasanya sudah tiba masa untuk dia menyelami dengan lebih dalam hati adik lelakinya itu. Pusing kepala dia memikirkan, lebih-lebih lagi bila mamanya selalu menyuruhnya agar berbincang dengan Tengku Harrys mengenai perkara tersebut.

Tengku Harrys hanya menyepikan diri.

“Bila lagi, Rys?” Tengku Hafiy menyoal lagi apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut adiknya.

“Nantilah.”

“Nanti tu sampai bila? Umur kau sekarang pun dah dua puluh sembilan tahun. Nak kata poket kosong, rasanya poket kau lagi tebal dari abang dengan kerja kat UK tu. Petik jari je kau boleh beli semuanya, kan. Dulu bolehlah kau bagi alasan nak fokus pada career dulu. Sekarang dah tak boleh dah nak bagi alasan tu lagi. Lebih-lebih lagi dengan mama. Ni.... telinga abang ni yang penat kena leter dengan mama sebab kau, tahu tak?”

Mendengarkan kata-kata abangnya itu, spontan ketawa Tengku Harrys terhambur.

“Tengok? Orang cakap dia boleh ketawa pulak! Kat UK dulu takkan tak jumpa sesiapa?”

“Tak berminat.”

Sudah terjangka oleh Tengku Hafiy. Itulah jawapan yang selalu akan diberikan. “Habis tu, sampai bila-bila pun takkan jumpalah kalau macam tu.”

“Nantilah, bang. Kalau ada jodoh, adalah. Insyaallah.”

Spontan Tengku Hafiy menoleh. “Dah ada ke?”

“Apa yang dah ada?”

“Calonlah. Bunyi macam dah ada je!” duga Tengku Hafiy. Tengku Harrys di sisi hanya tersenyum. Soalannya itu dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan.

“Hmm, kalau dah ada baguslah. Tak adalah kau dengan abang-abang ni sekali kena berleter dengan mama lagi. Tapi, kalau belum ada.…,” ayat Tengku Hafiy terhenti di situ.

“Kenapa kalau belum ada?” Tengku Harrys menjeling sekilas ke arah abangnya di sebelah.

“Siap-siap jelah. Mama tu dah get ready je nak carikan calon isteri untuk kau!” selamba Tengku Hafiy menjawab. Ingin melihat reaksi dari Tengku Harrys. Namun adiknya itu kelihatan tenang sahaja.

Dan kereta BMW 6 Siries Coupe berwarna Tanzanite Blue itu terus meluncur laju menuju ke destinasi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku