BAYANGAN GURAUAN
Teaser 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5507

Bacaan






BAB 23 

“MACAM mana perkara ni boleh berlaku? Setahu saya pembinaan fasa pertama dan kedua sebelum ni semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Kenapa fasa yang ketiga ni baru timbul masalah macam ni?” Encik Saiful bertanyakan pada semua pekerja-pekerja syarikat yang telah ditugaskan untuk menyelia dan memantau perjalanan projek pembinaaan hotel bertaraf lima bintang itu. Sebaik mereka melawat tapak projek pagi tadi, Tengku Harrys mengarahkan semua staff atasan untuk berkumpul di bilik mesyuarat di dalam bangunan Haiyan Corporation, iaitu anak syarikat Haiyan Holdings yang beroperasi di Johor Bharu itu bagi membincangkan masalah-masalah yang berlaku.

“Memang pembinaan untuk fasa pertama dan fasa kedua semuanya berjalan dengan lancar, Encik Saiful. Masuk fasa ketiga ni kami ingatkan tak ada apa-apa masalah akan timbul. Sampailah bangunan di sebelah belakang yang sudah dua puluh lima peratus siap tu mengalami keretakan dan sebahagiannya telah runtuh.” Encik Khalis selaku Pengarah Urusan Haiyan Corporation menerangkan tentang kejadian yang telah menyebabkan proses pembinaan projek mega itu tergendala.

“Bukan ke syarikat pembekal yang bekalkan semua materials tu adalah pembekal yang sama untuk fasa sebelum ni? Jadi macam mana isu bahan-bahan tak berkualiti untuk fasa ketiga ni boleh timbul? Rasanya syarikat dah maklumkan pada mereka dalam kontrak bahawa segala apa bentuk materials yang kita gunakan untuk projek ni dari awal hingga ia siap perlu mengikut kesemua standard yang telah kita tetapkan tanpa ada sebarang perubahan pun selagi kita sendiri tak ubahnya,” kali ini Encik Hazman pula bersuara.

“Betul, Encik Hazman. Semua materials yang kita pesan dengan syarikat pembekal untuk fasa ketiga ni dah ikut standard asal seperti fasa yang sebelum ni. Kami tak pernah ubah apa-apa pun. Tapi pihak pembekal dakwa yang pegawai syarikat kita telah ubah kesemua pesanan tu dan minta mereka hantar bahan-bahan yang harganya lebih murah berbanding harga bahan-bahan yang asal. Bila kami check semula data-data dalam report, semuanya mengikut apa yang telah kita tetapkan dari awal. Itu yang timbul sikit kemushkilan. So, kita semua sedia maklum bila bahan-bahan yang dihantar itu adalah lebih murah, dah tentulah kualitinya pun agak rendah berbanding bahan-bahan yang kita dah gunakan sebelum ini. Sebab tu daya ketahanannya pun kita boleh lihat sendiri macam mana,” terang Encik Shamrin pula, salah seorang arkitek syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan projek hotel tersebut.

Untuk seketika, suasana di dalam bilik itu menjadi hening. Masing-masing menunggu giliran Tengku Harrys untuk bersuara. Sejak masuk ke dalam bilik ini tadi lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja.

“Macam mana dengan finance officer tu sekarang?” akhirnya kedengaran juga suara lelaki itu membuka mulut.

“Pihak polis masih menjejaki Mr. Raymond, Tengku.” Encik Khalis menjawab pertanyaan tersebut.

“Memang tak dapat lansung cari dia?”

That’s the problem, Tengku. Lepas kejadian bangunan runtuh berlaku Isnin lalu, Mr. Raymond terus hilang macam tu je. We all dah cuba contact banyak kali. Tapi tak dapat. Cari dia kat rumah pun, rumah dah kosong!” terang Zila yang merupakan pembantu kepada Mr. Raymond, pegawai kewangan yang telah melakukan penyelewengan terhadap projek tersebut.

“Hmm, biasalah. Orang dah buat salah, cepat jelah dia lari. Kita baru nak start enjin kat sini, dia dah sampai Perlis dah!”

Dalam keadaan yang tegang itu, sempat lagi Encik Saiful berjenaka. Semua yang berada di bilik itu spontan tertawa.

So sekarang macam mana, Tengku?” tanya Henry setelah keadaan kembali tenang.

“Biar polis buat kerja mereka dulu. Sekarang ni apa yang perlu kita buat, kita kena bina semula fasa ketiga hotel tu dan selesaikan cepat masalah dengan syarikat pembekal. Kita dah tak ada banyak masa. Kena siapkan setiap fasa projek mengikut schedule yang dah ditetapkan.” Tengku Harrys mula bersuara.

“Encik Shamrin, awak bawa Encik Saiful pergi jumpa syarikat pembekal nanti dan bincang semula dengan mereka. Bagitahu yang kita tak pernah arahkan untuk terima sebarang pesanan selain dari apa yang dah kita tetapkan dari awal dalam kontrak. Sepatutnya, masa mereka terima arahan tu, they should discuss with us first. Bukan bulat-bulat terima arahan tersebut. Unless mereka memang dah bersekongkol dengan Mr. Raymond. Dan tengok? Apa dah jadi dengan bangunan tu sekarang bila mereka hantar bahan-bahan yang tak berkualiti macam tu?” ujar Tengku Harrys. Ada sedikit ketegasan dalam nada suara lelaki itu kali ini. Dia yang tadinya hanya duduk tenang di kerusi, kini sudah tegak berdiri menghadap semua pekerja-pekerjanya.

“Jadi sekarang, kita nak mereka hantar segala apa bentuk materials yang kita gunakan untuk projek ni mengikut standard yang betul seperti yang tertera dalam kontrak perjanjian dulu. Dari awal sampai projek ni siap sepenuhnya. Tanpa ada sebarang perubahan pun. Kecuali kita sendiri nak ubahnya. Itupun akan dibuat melalui perjanjian juga. Kalau mereka tak nak, kita akan beri kata dua. Sama ada mereka nak terus bekerjasama dengan syarikat kita dan kita akan bayar sebanyak lima puluh peratus materials yang telah mereka bekalkan untuk fasa ketiga projek ni, ataupun kita stop berurusan dengan mereka dan cari pembekal yang lain tanpa bayar satu sen pun. Kalau mereka nak cakap pasal rugi, syarikat kita lagi banyak rugi dengan bangunan yang runtuh macam tu. Nak kena dirikan semula. Bukan sesuatu benda yang mudah dan murah. Belum dikira penat lelah kita yang kerja untuk itu lagi. Am I right?”

Spontan pertanyaan Tengku Harrys itu dibalas dengan anggukan oleh setiap dari mereka yang berada di situ. Termasuk Irish. Melihatkan ketegasan lelaki di hadapannya itu, serta-merta dia berasa kecut perut. ‘Macam tu agaknya dia akan marah kalau dah buka cerita pasal insiden langgar tu,’ duga hati Irish. Boleh menangis rasanya kalau dia dimarah sebegitu.

“Ada apa-apa soalan lagi? Sebelum saya tangguhkan meeting ni,” Tengku Harrys menyoal sambil jam di tangannya dikerling sekilas.

So Tengku, financial for this project pun kena review baliklah? Banyak juga tu nak kena check,” tanya Kak Faridah.

Yes! Exactly!” balasnya ringkas. “Anything else?”

Semuanya menggelengkan kepala tanda tiada lagi soalan yang ingin diajukan.

“Kalau tak ada apa-apa, kita tangguhkan mesyuarat setakat ni. Any update information will be discuss in the next meeting. So, semuanya boleh balik sambung kerja masing-masing. Tugas anda semua akan jadi lebih tough lepas ni untuk pastikan semua masalah dapat diselesaikan dengan segera. Mr. Shamrin and Mr. Saiful, you guys meet up the suppliers after this. Mr. Hazman and Mr. Henry, two of you will join the other engineers and architects to the project site. Please! Investigate and solve all the problems exist there. Kak Faridah and Irish, both of you follow me."

Semua pekerja mula bersurai dan bergerak keluar dari bilik mesyuarat itu untuk memulakan tugas dengan kadar yang pantas, sepantas arahan yang diberikan oleh Tengku Harrys pada mereka.


SUASANA di dalam bilik itu sunyi sepi. Ketiga-tiga manusia yang berada di dalamnya sedang khusyuk meneliti fail-fail yang bersusun di atas meja. Sejak masuk ke dalam bilik yang telah disediakan khas untuk mereka melakukan kerja, tiada seorang pun yang bercakap atau bersuara. Kecuali apabila ada sesuatu perkara yang perlu dibincangkan sesama mereka, barulah terdengar suara-suara memecah keheningan bilik itu.

“Tengku, saya nak pergi jumpa Zila sekejap. Ada a few things yang saya perlukan daripada dia.” Kak Faridah meminta diri keluar sebentar berjumpa dengan Zila yang merupakan pembantu kepada Mr. Raymond, satu-satunya orang yang bertanggungjawab untuk semua permasalahan yang timbul ketika ini.

Okay.”

Bersahaja Tengku Harrys menjawab sambil memandang sekilas ke arah Kak Faridah yang sedang menuju ke muka pintu. Kemudian tumpuannya kembali pada kerja di hadapan. Tinggal dia dan Irish berdua sahaja di dalam bilik itu kini. Seorang nun di hadapan sana, yang seorang lagi nun di hujung sebelah sini.

Irish juga kelihatan begitu tekun meneliti fail-fail di hadapannya. Tengku Harrys yang berada di hujung hadapan lansung tidak dipandang. Hatinya masih cuak mengingatkan ketegasan lelaki itu semasa di bilik mesyuarat tadi. Hanya sesekali sahaja dia mendongak untuk menghilangkan lenguh di lehernya kerana sedari tadi hanya tertunduk meneliti laporan kewangan projek tersebut. Diurut perlahan-lahan tengkuknya untuk mengembalikan keselesaan.

“Penat?”

Irish menoleh ke arah suara itu. Dilihatnya Tengku Harrys sedang memandang ke arahnya.

“Sikit.”

“Kalau penat rehatlah dulu,” ujar lelaki itu.

“Tak apa.”

Kemudian mereka menyambung kembali tugasan masing-masing. Suasana kembali sepi.

“Boleh buatkan air untuk saya?”

“Hmm?” spontan Irish menoleh. Sedikit kaget dengan permintaan yang secara tiba-tiba itu.

“Boleh?” pinta Tengku Harrys sekali lagi. Namun, matanya masih setia menatap kertas-kertas laporan di atas meja dengan wajah yang agak serius.

Irish bangun dari kerusi. Langkah kaki diatur menghampiri lelaki itu. “Air panas atau sejuk?”

“Sejuk.”

Sejurus itu Irish keluar dari bilik tersebut untuk ke pantry. Menyedari gadis itu sudah berlalu pergi, barulah Tengku Harrys mengangkat wajahnya. Jelas ada senyuman kecil terukir di hujung bibir lelaki itu.

Masuk sahaja ke dalam pantry, tangan Irish mencapai jug dan juga sudu. Kemudian dia melihat ada sebotol kordial oren yang terletak di atas rak. Segera dicapainya dan dituang sedikit ke dalam jug tadi bersama beberapa sudu gula dan air kosong yang diambil dari peti sejuk. Sambil mengacau mulutnya berbicara sendiri.

“Tadi dia jugak yang tanya penat ke tidak. Sekarang dah suruh buat air pulak, ya? Pandai betul.”

Setelah merasakan air yang dibancuh itu sudah cukup rasa, Irish menuangnya ke dalam sebuah gelas lalu dimasukkan beberapa kiub ais. Diambilnya satu piring kecil sebagai alas gelas itu kemudian terus dibawa ke dalam bilik tadi untuk diberikan kepada Tengku Harrys. Dilihat lelaki itu sudah beralih menghadap skrin komputer ribanya kini.

“Air, Tengku.” Irish meletakkan gelas tersebut di sebelah Tengku Harrys.

“Oh. Thanks!” ucap lelaki itu. Baru kali ini dia memandang wajah Irish. “Tak bawa awak punya sekali?” soalnya apabila melihat ada satu gelas sahaja di situ.

“Tak apa. Saya dah minum.”

Tengku Harrys menganggukkan kepalanya. Dicapai gelas berisi air oren sejuk itu lalu diteguknya untuk membasahkan tekak.

“Sedap!” ujarnya sambil mengerling Irish sekilas. Diletakkan semula gelas itu di atas alasnya sebelum dia menatap semula komputer riba di hadapan.

Irish kembali duduk di tempatnya untuk menyambung kerja yang terhenti tadi setelah memastikan tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan untuk bossnya itu.

‘Semacam je puji tu. Macam nak suruh buat air untuk dia tiap-tiap hari ni. Hmmh....,’ gumam Irish sendiri. Kerja yang tertangguh sebentar tadi disambung kembali tanpa menghiraukan lagi lelaki di hadapan sana.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku