BAYANGAN GURAUAN
Teaser 43
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(14 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6067

Bacaan






BAB 43 

BUNYI deruman enjin Nissan Fairlady berwarna hitam kedengaran memasuki kawasan banglo mewah milik Tengku Arham. Beberapa minit berlalu, kelihatan seorang gadis keluar dari perut kereta itu dan menapak masuk ke dalam banglo. Niat di hati ingin terus naik ke bilik. Namun hasratnya dibatalkan sebaik terpandangkan ibu bapanya yang sedang menjamah sarapan pagi di meja makan.

“Ha, baru balik?”

Belum pun sempat dia melabuhkan duduk, soalan Tengku Arham lebih dahulu menyapanya. “Hmm.”

“Lissa ke mana malam tadi?” tanya Tengku Kamelia. Tangannya mencapai teko berisi kopi panas lalu dituangkan ke dalam cawan untuk diberikan pada suaminya.

“Jumpa kawan.”

“Sampai rumah pun tak ingat nak balik?”

Tengku Melissa yang baru sahaja duduk, sedikit tersentap dengan kata-kata itu.

Mummy, Lissa ni kan masih muda. Orang muda biasalah. Malam minggu keluar jumpa kawan. Lepak-lepak, borak-borak. Bila dah jumpa kawan mana nak sedar jam dah pukul berapa. So, Lissa tidurlah rumah member.”

“Itu mummy tahu. Tapi sekurang-kurangnya telefonlah. Mummy risau tahu tak? Dahlah telefon pun tidak. Bila mummy telefon, lansung tak dijawab. Dah tak ingat ada rumah agaknya!” tingkah Tengku Kamelia sedikit geram.

“Alaa, mummy. Abang tu lagi lansung tak balik berapa hari. Mummy tak kisah pun!”

“Abang tu lelaki. Awak tu perempuan. Sedarlah sikit!”

Tengku Melissa seakan hilang sabar. Sudahlah marahnya malam tadi belum habis. Ingatkan balik ke rumah dapatlah dia tenangkan fikiran. Tetapi ini juga yang dia dapat.

Mummy ni jangan membebel boleh tak? Peninglah Lissa macam ni!”

“Ha, itulah dia! Bila ditegur sikit melenting. Tak tahulah apa nak jadi dengan kamu ni, Lissa. Sama je dengan abang kamu tu!”

“Sudah, Lia. Kita depan rezeki ni. Tak baik gaduh-gaduh. Sarapan dulu. Kang lepas ni awak nak bergaduh ke, bertumbuk ke, buat apa pun dengan Lissa, hah buatlah. Tak ada siapa pun yang halang.”

“Ishh, abang ni. Ke situ pulak dia!” tingkah Tengku Kamelia lalu mengambil tempat di sebelah suaminya.

Tiga beranak itu mula menikmati menu nasi lemak kukus yang disediakan oleh pembantu rumah. Agak berselera Tengku Arham dan isterinya menjamah hidangan tersebut. Namun tidak pada Tengku Melissa. Gadis itu kelihatan hanya menguis makanannya di dalam pinggan sambil termenung.

“Yang kamu dok terkuis-kuis nasi tu apahal, Lissa? Kenapa tak makan?”

Kata-kata itu membuatkan lamunan Tengku Melissa terhenti. Spontan dia menoleh, membalas pandangan kedua orang tuanya sebelum kepalanya digeleng perlahan. Kemudian gadis itu tertunduk kembali. Tengku Kamelia berkalih pandang pada suaminya, seakan bertanya. Namun Tengku Arham hanya menjungkit bahu. Sudahnya, dibiarkan sahaja Tengku Melissa dengan dunianya lalu mereka kembali menjamah makanan masing-masing.

Pap!

Satu tepukan yang agak kuat di atas meja menyentakkan kedua suami isteri itu. Hampir tersembur segala apa yang ada di dalam mulut. Habis beranjak kesemua barang-barang serta makanan di atas meja makan tersebut.

“Eeeee! Sakitnya hati aku!!!” Tengku Melissa menjerit sekuat hatinya, melepaskan kemarahan yang tebuku di dada.

“Astaghfirullahalazim! Dah kenapa dengan kamu ni, Lissa?!” selar Tengku Kamelia sambil mengurut dada. Tengku Arham di sebelah juga sedikit kalut membetulkan kembali barang-barang yang bergolek di atas meja. Namun gadis itu tidak menjawab. Sebaliknya hanya merenung dinding batu di hadapan. Bahunya juga kelihatan turun naik dengan laju menahan marah.

“Ishhh!!” gadis itu menepuk meja sekali lagi sebelum bangun dari kerusinya. Kemudian dia berjalan mundar-mandir di ruang makan itu sambil menyeka rambut beberapa kali. Perlakuannya itu membuatkan kedua orang tuanya semakin hairan.

“Kamu kenapa, Lissa?! Tiba-tiba nak mengamuk tak tentu pasal ni!” sekali lagi Tengku Kamelia bertanya. Suaranya sudah sedikit meninggi.

“Ya, Lissa. Kenapa ni? Cuba bawa bertenang.” soal Tengku Arham pula. Lembut sahaja kedengaran suaranya.

“Nak bertenang macam mana, daddy! Sakit hati Lissa ni tau!”

“Yelah. Kalau sakit hati sekalipun tak payahlah sampai nak mengamuk macam ni. Kan depan rezeki ni. Tak baik.”

“Dengar cakap daddy tu? Balik rumah nak marah-marah tak tentu pasal. Kenapa ni? Cuba cerita kat mummy dengan daddy. Apa yang buat kamu marah sangat ni?”

“Si Harrys tulah, mummy!”

“Kenapa dengan Harrys?”

“Kenapa dia buat Lissa macam ni?”

Tengku Kamelia mengerutkan dahi. “Apa yang Harrys dah buat pada kamu?”

He’s going to enggage!”

Tengku Kamelia memandang wajah suaminya. Serentak itu ketawa mereka berdua pecah di ruang makan tersebut. Rupa-rupanya perkara itu yang membuatkan anak mereka mengamuk sampai begini sekali.

Mummy! Daddy! Kenapa ketawa-ketawa pulak ni? Lissa tengah bengang tahu tak?!” bentak Tengku Melissa geram sambil bercekak pinggang. Dia yang asyik mundar-mandir sedari tadi terus terhenti langkahnya bila melihatkan kedua orang tuanya bergelak sakan. Serta-merta rasa sakit hati sewaktu melepak bersama teman-temannya di kelab malam tadi kembali menyerang. Hatinya begitu sakit. Sakit bila mendengar mereka sibuk bercerita tentang berita pertunangan Tengku Harrys bersama seorang gadis. Khabarnya majlis pertunangan itu akan diadakan awal bulan hadapan. Namun yang menjadi topik utama perbualan mereka adalah siapa gadis bertuah yang telah berjaya merebut hati jejaka kacak itu. Mereka menyangka selama ini dialah yang bersama Tengku Harrys. Rupa-rupanya bukan. Tidak tahu hendak sorok di mana mukanya saat itu. Terasa seolah-olah semua teman-temannya mengejek serta mentertawakannya.

“Ini yang buat Lissa marah sangat rupanya? Hmm... patutlah sampai ketuk-ketuk meja bagai. Nasib baik tak diterbalikkannya meja ni, bang!” seloroh Tengku Kamelia, membuatkan Tengku Arham menyambung kembali tawanya.

“Kenapa Harrys buat Lissa macam ni?! Kenapa dia pilih orang lain? Apa kurangnya Lissa?!”

“Tak ada apa yang kurang pada Lissa. Daddy memang suka kalau Lissa kahwin dengan Harrys. Tapi ini semua jodoh. Mungkin jodoh Lissa bukan dengan Harrys.”.

“Betul cakap daddy tu, Lissa. Lagipun dari kecik Harrys tu anggap Lissa macam adik dia sendiri. Nak tak nak Lissa kena terima semua tu, sayang. Mungkin perempuan pilihan keluarga Pak Lang tu jodoh yang baik untuk dia.”

Berdesing telinga Tengku Melissa mendengarkan kata-kata itu. Hatinya semakin berang bila perkataan ‘perempuan pilihan’ disebut oleh mummynya.

Mummy dengan daddytahu siapa ‘perempuan pilihan’ keluarga Pak Lang tu?” soalnya. Sengaja dia menekan ayat tersebut dengan nada sedikit sinis.

“Entah. Kami pun tak tahu siapa, Lissa.”

Are you sure? Takkanlah mummy tak tahu kut!”

“Betul. Takkanlah mummy nak bohong. Tak ada pulak alang bagitahu ya, bang?”

Tengku Arham hanya membalas dengan sebuah anggukkan. “Kalau dah calon pilihan keluarga, mestilah perempuan tu ada istimewanya. Sampai Harrys sendiri pun tak menolak. Kan ke budak Harrys tu dari dulu memang payah dengan perempuan. Tapi bila orang tuanya yang carikan calon, senang pulak dia terima.”

“Orang cakap pilihan orang tua ni selalunya lebih afdal. Teringat zaman kita muda-muda dulu ya, bang. Tak ada chance nak bercinta lansung. Habis je belajar tub-tub mak bapak dah jodohkan. Tapi Alhamdulillah, bahagia sampai sekarang.” Tengku Kamelia berbicara sambil mengerling pada suaminya.

“Huh! Dah mula cerita pasal zaman muda diorang pulak!” keluh Tengku Melissa perlahan.

“Apa dia, Lissa?”

“Tak ada apa-apalah, mummy. Lissa nak naik dulu.”

Segera dicapai beg tangannya yang diletakkan di atas meja makan. Daripada berada di sini hatinya lebih sakit, lebih baik dia naik ke bilik dan tidur. Sekurang-kurangnya dapat melupakan segala masalah yang membelenggu diri waktu ini walaupun untuk seketika.

“Eh, ni makan tak habis lagi ni?”

“Tak apalah, mummy. Lissa dah kenyang!”

Tengku Melissa lansung meninggalkan kedua orang tuanya di meja makan tersebut.

“Hmm... budak bertuah ni! Tu baru dia. Belum lagi yang bujang seorang tu!” rungut Tengku Kamelia sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Nasib awaklah dapat anak macam tu, Lia.”

“Oh, saya sorang jelah? Abang tak?”

“Samalah tu.”

“Kalau saya tahu nak jadi macam ni, kecik-kecik dulu saya dah hantar budak berdua tu ke sekolah pondok. Sejuk sikit perut saya ni, bang. Sekarang dah jadi macam ni, hah, macam mana?”

“Macam mana apa? Tengok jelah jawapnya, Lia. Dahlah. Saya ada janji dengan Dato’ Bazli nak pegi main golf ni. Lambat pulak nanti. Kang tak cukup dengan awak berleter kat sini, kat sana pun saya kena ceramah jugak!” bicara Tengku Arham. Seraya itu dia bangun dan berlalu dari ruang makan itu. Tengku Kamelia hanya menuruti langkah suaminya dan menghantar lelaki itu sehingga ke muka pintu banglo.


MUZIK rancak yang bergema di kelab itu begitu membingitkan telinga. Ditambah dengan puluhan manusia yang bersesak-sesak di dalam gelap. Hanya cahaya lampu spotlight yang terlihat menerangi, menjadikan penglihatan sekadar samar-samar sahaja. Namun ia tidak menjadi masalah bagi anak-anak muda yang sudah biasa berkunjung ke tempat sebegitu. Malah tempat itu bagaikan syurga dunia pada mereka.

Dari jauh kelihatan Tengku Melissa duduk keseorangan di salah sebuah meja yang ada di situ. Rakan-rakannya yang lain sudah lama menghilang ke lantai tarian. Dia tidak kisah. Yang dia kisah hanyalah ‘minuman’ yang berada di hadapannya sekarang ini. Cukup untuk membantu dia melupakan segala masalah yang terbeban di kepala. Entah sudah berapa gelas minuman itu diteguknya. Kepalanya juga sudah semakin berat. Akhirnya gadis itu menyandarkan tubuh di kerusi sebelum memejamkan matanya.

“Hey, girl! Takkan nak duduk sini je kut. Jomlah menari!”

Satu suara datang menyapa tatkala fikirannya sudah menerawang jauh entah ke mana. Segera dia membuka mata. Dilihat temannya, Nina sudah duduk di sebelah. Teman-temannya yang lain juga sudah kembali duduk setelah kepenatan menari.

“Ha’ah, Lissa. Takkan youdatang sini nak duduk je kut. Tak havoclah!” sampuk Jeslina, seorang lagi temannya sambil badan masih lagi bergerak mengikut rentak lagu yang berkumandang.

You all pergilah. I tak ada mood.”

“Pulak? Tadi dia yang beria mengajak!” ujar Nina.

Tengku Melissa hanya terdiam. Memang tadi dia yang beria-ia mengajak mereka melepak di sini malam ini demi mencari hiburan dan keseronokan. Boleh jadi gila dia kalau duduk di rumah dengan kepala yang tidak habis-habis memikirkan tentang Tengku Harrys.

“Eh Lissa, jomlah menari! Lagu tengah best ni!” Nina cuba memujuk Tengku Melissa sekali lagi untuk turut sama menari bila medengarkan lagu sudah bertukar ke rentak yang lebih rancak. Namun rakannya itu sekadar menggeleng sambil mengangkat tangannya sebagai isyarat tidak mahu.

“Hmm, okay! Lissa tak nak menari tak apa, Jes. Biar kita berdua je pergi dengan yang lain-lain,” ujar gadis itu seraya bangun dari kerusi. “Hey, guys! Let’s dance!”

Suasana sedikit hingar dengan sorakan mereka sepanjang menuju ke lantai tarian. Tengku Melissa pula sekadar menyaksikan telatah gila-gila kesemua temannya itu. Kotak rokok di atas meja diambil. Dia mengeluarkan sebatang lalu disuakan ke bibirnya sebelum rokok itu dinyalakan. Disedut perlahan puntung rokok itu beberapa kali dan kemudian tangannya mencapai gelas di atas meja untuk meneguk kembali minuman penenangnya. Belum pun sempat bibirnya ingin menyentuh permukaan gelas itu, satu tangan dengan pantas merampas gelas tersebut.

“Tak cukup-cukup lagi ke?”

Tengku Melissa mendongak. Dalam samar-samar cahaya, matanya dapat menangkap seraut wajah yang sangat dikenali. Dilepaskan sebuah keluhan sebelum dia bersandar semula pada kerusi untuk menyambung sedutan puntung rokok tadi. “You buat apa kat sini?”

“Patutnya I yang tanya. You buat apa kat sini? It’s already 3.00 a.m!” soal Tengku Zafran kembali seraya melabuhkan duduk di sebelah adiknya.

“Tak payahlah nak nasihatkan I, Zafran. You pun sama je. At least I balik jugak nanti. But you? Dah berapa hari tak nampak batang hidung kat rumah!”

Kata-kata Tengku Melissa membuatkan Tengku Zafran tertawa kecil. “What’s up? Sampai bergelas-gelas you layan hari ni. Anything wrong?” soal Tengku Zafran bila melihat gelas wain yang bersusun di atas meja. Dia sudah masak dengan perangai Tengku Melissa. Adiknya hanya akan minum sebanyak ini jika mempunyai masalah.

“Pasal cinta?” tanya Tengku Zafran lagi bila melihatkan tiada tanda-tanda yang adiknya itu akan membuka mulut.

Mind your own business!” bentak Tengku Melissa. Gelas wain yang masih berada di tangan Tengku Zafran dirampas kembali lalu diteguk minuman itu sehingga habis. Tengku Zafran yang melihat hanya mempamerkan senyum.

“Hey! Tell me. I know I’m not a good brother. Tapi I pun tak suka tengok you macam ni. Tell me, what’s wrong?”

Tengku Melissa memandang wajah abangnya di sebelah. Kelihatan lelaki itu benar-benar memberi perhatian terhadapnya kali ini. Seketika dia mencari ruang untuk bernafas.

It’s all because of him!”

Who?”

“Harrys.”

“Apa yang Harrys buat sampai you jadi macam ni?”

Tengku Melissa mengetap bibir. Lambat-lambat dia menjawab. “He’s going to engage. With another girl!”

Who’s that girl?”

I don’t know!”

Jawapan adiknya itu membuatkan Tengku Zafran terdiam. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Namun sesaat kemudian, tawanya tiba-tiba terhambur di situ. Mujur muzik di dalam kelab itu lebih kuat dari suaranya.

Why are you laughing, Zaf?! This is not funny, okay!” Tengku Melissa mendengus geram. Sakit hatinya bila melihat Tengku Zafran mentertawakannya.

I already knew it actually.”

Membulat mata Tengku Melissa mendengar kata-kata itu. “What?!”

Yes!”

Since when?!”

Tengku Melissa seakan tidak sabar untuk mengetahui. Tetapi soalannya itu hanya dibalas dengan senyuman oleh Tengku Zafran.

And I knew who’s that girl.”

Sekali lagi Tengku Melissa terkesima. Tepat dia merenung ke wajah abangnya. “How did you know? Sedangkan mummy dengan daddy pun tak tahu!”

“Macam mana I tahu tak penting, Lissa.”

Tell me, siapa perempuan tu?!”

Tengku Zafran tersenyum kecil. Serta-merta bayangan gadis itu muncul di mindanya. “Irish.”

“Irish?”

Yes. Irish Qiara.”

That was the girl...,”

Belum sempat gadis itu mengakhiri ayatnya, Tengku Zafran memintas dengan satu anggukkan. “Dia perempuan yang selalu ada dengan Harrys. I guess you still remember masa Pak Lang kenalkan dia dengan kita during Haiyan Holdings’s annual dinner. She came with her brother.”

Tengku Melissa terdiam sejenak. Kepalanya cuba mengingati setiap peristiwa yang telah menemukan dia dengan gadis yang bernama Irish itu. Dan serasanya kali terakhir dia bertemu gadis itu adalah semasa dia mengamuk di hadapan pejabat Tengku Harrys. Spontan Tengku Melissa menyeka rambut perangnya ke belakang. “Oh my God! Kenapalah I boleh terlepas pandang selama ni!”

You bukan terlepas pandang, Lissa. Tapi you yakin sangat selama ni semua lelaki akan tunduk pada you, termasuk Harrys. And of course you tak sangka perempuan macam tu yang jadi pilihan family Pak Lang, right?”

Definitely! Can you imagine perempuan macam tu nak masuk keluarga kita? Jadi wife Harrys pulak tu? Oh, please!!!”

“Bukan sebarang perempuan, Lissa. Kalau Harrys yang anti-perempuan sejak dulu pun boleh cair tengok Irish, apatah lagi abang you ni.”

Spontan Tengku Melissa menoleh. “Don’t tell me that you also like her, Zaf?”

Tengku Zafran hanya terdiam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Hanya bahasa tubuhnya menunjukkan seolah-olah apa yang dikatakan oleh adiknya itu adalah benar.

Oh, no! What’s wrong with you, Zafran? She’s not your type, okay!”

But she’s different. I know. Belum ada lagi perempuan yang berani tolak I. But she did!” tutur lelaki itu.

Suasana sepi seketika antara mereka. Hanya kedengaran rentak muzik yang masih berkumandang tanpa henti. Tengku Zafran sibuk memerhatikan wanita-wanita cantik yang lalu-lalang di hadapannya. Sementara Tengku Melissa masih leka menyedut puntung rokok yang masih lagi berbaki.

I’ve got an idea.”

Tengku Zafran bersuara tiba-tiba, membuatkan Tengku Melissa melirik padanya.

Idea?”

We make a deal. I tolong you dapatkan Harrys balik, and you akan tolong I untuk dapatkan that girl.“

How? Boleh yakin ke?”

“Hey! This is Zafran! Belum pernah lagi kecundang, Lissa. Don’t ever call me ‘abang’ if I can’t help my own sister. Keep my promise!”

Tengku Melissa tertawa. Terasa sedikit senang dengan kata-kata yang dilafazkan abangnya. Walaupun ini baru sekadar pembuka janji antara mereka, namun sudah mampu melegakan sedikit perasaannya.

Okay. We’ll see!” cabar Tengku Melissa.

Alright! Deal?” Tengku Zafran menyuakan buku lima pada adiknya. Sesaat, ia bersambut dan buku lima mereka bertemu.

Deal!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku