BAYANGAN GURAUAN
Teaser 04 (UV)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2289

Bacaan






BAB 4 

IRISH meletakkan kembali Al-Quran ke tempat asalnya setelah selesai mengaji. Memang sudah menjadi kebiasaan membaca nashkah tersebut sekurang-kurangnya satu muka surat setiap hari. Amalan yang dipraktikkan semenjak dari zaman belajarnya dahulu. Tetapi ada juga ketika dia tidak dapat menghadap Kitab Suci Kalamullah itu bila perlu melakukan sesuatu hal yang penting atau pada hari-hari tertentu yang dia tidak dapat berbuat demikian.

Selesai melipat telekung dan sejadah, Irish menuju ke meja tulis di sudut bilik sebelum menghidupkan komputer ribanya. Niat di hati ingin memeriksa email sebentar sebelum masuk tidur. Mana tahu kalau-kalau ada syarikat yang membalas email memberikan jawapan untuk permohonan kerjanya. Sudah hampir sebulan dia mencari selepas keputusan peperiksaannya keluar tempoh hari. Namun, sehingga kini masih belum berhasil. Walaupun dia tidak begitu kisah tidak mendapat pekerjaan dalam masa terdekat ini, jauh di sudut hati terselit juga perasaan bimbang sekiranya hal ini berlarutan untuk tempoh yang lama. Sayang jika ijazah yang diperolehi itu tidak digunakan. Lainlah kalau dia ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Atau juga bidang yang lain. Jadi tidak perlulah dia bersusah payah mencari kerja.

Apabila tetingkap email muncul di skrin monitor, Irish membuka satu persatu email yang diterimanya. Namun hasilnya hampa. Tiada lansung balasan email daripada syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan untuknya. Semuannya hanya sekadar email biasa.

‘Tak apa, Irish. Belum ada rezeki lagi. Sabar!’ Irish cuba menyedapkan hati sendiri.

Tidak mahu terus melayani perasaan gundah, Irish beralih pula ke laman facebook. Sudah agak lama dia tidak melayari laman sosial itu. Hanya sekadar melihat-lihat sahaja akaunnya. Beberapa minit kemudian dia mulai bosan. Lantas matanya mencari butang ‘Shut down’ untuk menutup semula komputer riba.Baru sahaja jari ingin menekan, seseorang menyapanya melalui tetingkap yahoo messenger.


Nazmi Jauhari : Assalamualakum.. Hai sweet girl! Apa khabar?


Nazmi Jauhari. Rakan mayanya yang berasal dari Brunei. Tetapi sedang melanjutkan pengajiannya di Kanada dalam bidang kejuruteraan perkapalan. Sudah lama juga Irish tidak berbual dengan kenalan mayanya itu. Walaupun hanya berkenalan melalui laman sosial facebook, tetapi dia selesa berbual dengan Nazmi kerana sikap lelaki itu yang agak peramah. Umur yang sebaya juga menambahkan lagi keserasian antara mereka berdua.


Irish Izz : Walaikumussalam.. Nazmi! Lama tak jumpa. Saya baik Alhamdulillah. Awak?

Nazmi Jauhari : Pun sihat.. Saya ada je kat sini.. Awak tu yang lama menghilang.. Mana pergi?


Walaupun Nazmi berasal dari Brunei tetapi dia tidak janggal untuk berbahasa Melayu disebabkan ramai rakan sepengajiannya berasal dari Malaysia.


Irish Izz : Oh, maaf la.. Sibuk sikit dengan final exam.. Tu yang jarang online.. But now I’m free.. So, study awak macam mana sekarang?

Nazmi Jauhari : I see.. Study saya okay.. Means, awak dah habis study la ni?

Irish Izz : Ya.. Sekarang tengah mencari kerja..

Nazmi Jauhari : Wah! Seronok la macam tu! Saya kena tunggu tahun depan baru habis..

Irish Izz : Belum kerja lagi.. Tak ada la seronok sangat.. So, habis study balik terus Brunei ke?

Nazmi Jauhari : Yes! Saya dah tak sabar-sabar nak balik Brunei.. Nak jumpa family..

Irish Izz : Tak sabar-sabar nak jumpa family ke tak sabar-sabar nak jumpa buah hati?


Irish sengaja menyakat rakannya itu. Sejak dari awal lagi mereka sudah sedia maklum tentang status masing-masing. Pendek kata, banyak perkara yang mereka kongsikan. Dan adakalanya bila ada masalah mereka meluahkan antara satu sama lain walaupun hanya alam maya sebagai penghubung.


Nazmi Jauhari : Yang tu termasuk sekali la.. Sudah semestinya.. Lama inda jumpa.. Rindu sudah! Hahaha..

Irish Izz : Kan? Tahu dah!

Nazmi Jauhari : Terima kasih la Cik Irish kerana selalu memahami.. Buah hati awak macam mana? Bila nak kahwin ni?


Soal Nazmi tanpa mengetahui keadaan sebenar yang telah berlaku. Dan pertanyaan itu membuatkan Irish sekaligus terdiam. Lambat-lambat jarinya menaip di atas papan kekunci.

 

Irish Izz : Dah kahwin dah..

Nazmi Jauhari : Hah??! Dah kahwin? Bila awak kahwin? Tak beritahu saya pun?

Irish Izz : Bukan saya yang kahwin.. Dia.. Tapi dengan orang lain..

Nazmi Jauhari : Whaaatttt??! Eh, awak biar betul ni?!

Irish Izz : Betul la.. Buat apa saya nak main-main..

Nazmi Jauhari : Since when?!

Irish Izz : Lama dah...

Nazmi Jauhari : Irish! I’m so so sorry! Saya tak tahu pun! Kenapa tak pernah beritahu saya?!

Irish Izz : Tak ada apa la.. Benda dah lama dah.. Saya dah malas nak ingat.. Kalau saya cerita dengan awak sekalipun, bukannya awak boleh terus sampai ke sini..

Nazmi Jauhari : Kalau betul saya buat macam mana? Cuma saya tak tahu.. Tapi saya tak puas hati.. Lima tahun kut.. Takkan habis macam tu je?!

Irish Izz : Dah itu yang dia nak, Nazmi.. Biar la..

Nazmi Jauhari : Hmmh! How dare him!!!


Irish tersenyum membaca balasan dari Nazmi. Jelas lelaki itu sedang marah walaupun ia hanya diluahkan melalui aya-ayat yang ditaip di dalam skrin.


Nazmi Jauhari : Sabar la, Irish.. Banyak-banyakkan bersabar.. All these happened because he’s not the right man to you.. He’s not deserves to get you actually.. Insya-ALLAH, ada yang lebih baik untuk awak nanti..

Irish Izz : Kalau la masih wujud lelaki macam tu kat dunia ni, Nazmi..

Nazmi Jauhari : Eh! Ada! Mana pulak tak ada! Ada, ada..

Irish Izz : Mana?

Nazmi Jauhari : Contoh terdekat, orang yang tengah ber’chatting’ dengan awak ni..

Irish Izz : Kan? Awak memang suka masuk bakul angkat sendiri.. Malaslah nak layan..

Nazmi Jauhari : Hahaha.. Jangan la merajuk, sweet girl!


Dan mereka meneruskan perbualan itu sehingga larut malam. Banyak topik yang disembangkan memandangkan sudah lama mereka tidak berhubung seperti kebiasaan dulu. Irish hanya meminta diri untuk masuk tidur setelah matanya sudah memberat untuk berjaga lagi walaupun Nazmi di sana masih segar untuk berbual. Maklumlah, waktu bumi Malaysia dengan bumi Kanada sudah tentulah berbeza!




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku