BAYANGAN GURAUAN
Teaser 05 (UV)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2352

Bacaan






BAB 5 

IRHAN mengetuk pintu bilik Irish setelah disuruh oleh Izzul untuk memanggil kakaknya itu. Dalam hati tertanya-tanya mengapa alongnya ke sini pagi-pagi Sabtu begini. Biasanya Sabtu petang atau malam baru lelaki itu pulang bersama keluarganya. Itu pun jika ada kelapangan.

“Ya Irhan, ada apa?”

“Along panggil akak.”

“Hmm? Along? Eh! Kenapa pulak along datang pagi-pagi ni?” Irish sedikit terkejut. Jam di dinding dikerling sekilas. Waktu baru menjangkau pukul 8.00 pagi ketika ini.

“Tak tahulah. Adalah tu hal penting dia datang nak jumpa akak.”

Irish termenung seketika memikirkan hal apa yang begitu penting hingga membuatkan Izzul datang ke mari dalam waktu sebegini.

“Hey! Termenung pulak dia. Cepatlah! Along dah tunggu tu!” Irhan menepuk kedua belah tangannya di hadapan muka Irish bila melihatkan tiada reaksi dari kakaknya itu.

“Yelah, yelah.

Irish mengikuti langkah Irhan menuju ke dapur. Kelihatan Izzul sedang bersembang dengan kedua orang tua mereka sambil menjamah sarapan pagi. Adik bongsunya, Irfan yang menuntut di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang tiada di rumah ketika ini disebabkan semester baru telah bermula.

“Along, dari mana? Dah lama sampai?” tanya Irish sambil menyalami lelaki itu lalu melabuhkan duduk di kerusi antara Izzul dan Irhan.

“Baru je tadi. Dari rumah terus ke sini.”

“Oh! Irhan kata along datang nak jumpa Irish. Ada apa, ya?”

“Kata dah start cari kerja. Dah ada yang bagi jawapan?”

“Adalah jugak. Tapi kebanyakan offer bahagian sales and marketing. Tak berminatlah.”

“Hmm... kesianlahsyarikat-syarikat tu long kalau Kak Irish yang jadi pegawai pemasaran diorang! Nak buka mulut dengan orang yang baru dia kenal pun susah, ni nak promote kat orang yang dia tak kenal? Memang tak jalanlah jawabnya!” seloroh Irhan membuatkan ketawa yang lain berderaian.

“Tak apalah. Mungkin belum rezeki Irish.” Encik Izzuddin bersuara memujuk anaknya.

“Yang tu bukan rezeki Irish. Tapi yang ini Insya-ALLAH rezeki Irish mungkin,” ujar Izzul sambil menghulur sampul surat berwarna putih kepada Irish.

“Surat apa ni, long?”

“Kan along ada tolong surveykan kerja untuk Irish. Lepas Irish bagi resume hari tu teruslah along tanyakan kawan-kawan kalau ada kekosongan kat syarikat diorang. Lupalah tu!”

Seraya dia menoleh pada Izzul sambil tersenyum. “Sorry! Lupa langsung!”

“Memang pun!” Izzul menumbuk lembut pipi Irish. “Ni syarikat terawal yang bagi jawapan. Yang terawal jugak bagi surat suruh datang temuduga. Hari ni dengan esok along tak ada. Nak balik JB sebab sepupu Kak Long kahwin. Minggu depan pulak along kena outstation empat hari, Khamis sampai Ahad. Ni yang along datang pagi-pagi nak bagi surat ni sebab temuduga hari Isnin minggu depannya. Takut tak sempat pulak nanti.”

“Syarikat mana ni, long?” tanya Irish yang masih meneliti surat tersebut.

“Syarikat keluarga kawan along masa kat U dulu. Kebetulan memang syarikat along klien tetap dia. So, sambil menyelam minum airlah!”

“Kat mana tu, long? Jauh ke?”

“Kat PJ jugak, umi. Umi tak payah risaulah. Along ada dekat-dekat situ je.”

“Habis Irish nak pergi temuduga tu dengan siapa? Tahu ke tempatnya?”

“Tak apa. Nanti hari Isnin tu along minta cuti, umi. Bolehlah tolong hantarkan. Okaylah, along gerak dulu. Takut lambat nanti sampai kampung Fiya,” pamit Izzul sambil menyalami semua ahli keluarganya sebelum bergerak pulang. “Nanti Irish preparelah mana yang patut. Ni je yang along dapat tolong. Selebihnya Irish kena usaha sendiri. Buatlah solat hajat sekali.”

“Insya-ALLAH. Terima kasih banyak-banyak, long.”

“Tak ada apalah. Bukan untuk orang lain pun. Untuk adik along jugak.” Izzul mengusap kepala Irish sebelum memaut erat bahu adiknya itu.


HAI, Irish!”

Irish menoleh bila seseorang menepuk bahunya dari belakang. “Kau kalau tak kejutkan aku dari belakang, tak boleh kan. Lambat sampai?”

“Aku terlewat bangun tadi. Sorry!”

“Hmm. Ingatkan tertinggal kad matrik lagi.”

“Amboi! Perli aku nampak? Aku tidur lambatlah malam tadi. Eh, bukan malam! Lepas solat subuh baru aku tidur. Tu yang terlewat sedar. Bangun-bangun dah pukul 1.30 petang. Apalagi! Macam lipas kudunglah jawapnya!”

“Kau buat apa sampai lepas subuh baru tidur? Ingatkan masa belajar dulu je stay up.”

“Aku buat surat dengan resumelah. Cari kerja. Kan aku baru balik dari kampung Jumaat lepas. Sambil-sambil tu chattinglah. Manalah tahu kut tersangkut sorang dua...,”

“.... yang boleh buat calon. Kan?” belum sempat Athirah menghabiskan ayatnya, Irish sudah terlebih dulu menyambung. Athirah hanya tersengih di hadapan rakannya itu.

Sodah dapat belum?” soal Irish.

“Dapat? Dapat apa?”

“Calon suamilah.”

“Adalah dalam dua tiga orang.”

“Hmm? Biar betul! Takkan sampai dua tiga orang kut?!”

“Tak apalah. Kalau yang sorang dah jadi steady boyfriend, yang lain boleh buat spare part. Kalau tak okay, tukar yang lain. Kan senang!” seloroh Athirah.

“Kan? Lepas tu kalau diorang dapat tau, then kejar kau, macam mana?”

“Apa lagi? Main kejar-kejarlah!”

Serentak itu ketawa Athirah pecah. Seronok benar nampaknya gadis itu dengan jenakanya. Namun tidak sedikit pun mencuit hati Irish.

“Alaa... relaxlah, Rish. Nanti ada lebih, bolehlah aku pass kat kau.”

“Hmm... tak payahlah. Simpan jelah buat spare part kau.”

“Apa salahnya? Kau pun bukannya ada boyfriend dari dulu. Kan?”

Irish hanya terdiam. Perlu ke dia menjawab? Hatinya bagaikan meronta-ronta ingin membalas kata-kata itu. Namun akal warasnya menghalang dari berbuat demikian. Dia tidak menyalahkan Athirah walaupun hakikatnya dia agak sedikit terasa. Sepanjang belajar, memang dia tidak pernah bercerita kisah peribadi pada kawan-kawan. Baginya bila berada di universiti, hal yang berkaitan adalah tentang pelajaran sahaja. Hal peribadi tiada kaitan lansung.

“Dahlah. Tak nak cerita pasal tu. So, kau dah dapat panggilan interview belum?”

Athirah mengeluh perlahan. Faham benar dia yang Irish pasti akan menukar topik jika hal berkaitan lelaki diutarakan. “Belum lagi.”

“Tak apalah. Mungkin belum ada rezeki kau.”

“Kau?” soal Athirah.

“Dah.”

“Serius?? Bila?”

“Lagi seminggu.”

“Ya ke? Kat mana? Syarikat apa?” bertalu-talu soalan Athirah pada Irish. Begitu teruja

dia bila mengetahui rakannya itu sudah mendapat panggilan temuduga. Sedangkan dia baru sahaja ingin mencari.

“Kat PJ. Ni pun along aku yang tolong recommendkan. Syarikat keluarga kawannya. Kira klien dia jugaklah.”

“Wah! Bolehlah kau ngorat kawan abang kau tu!”

“Tak ada maknanya. Entah-entah dah kahwin.”

“Alaa... kalau abang dah kawin, adik mesti ada!”

“Dah! Tak payah! Ingat aku macam kau, dua puluh empat jam asyik fikir pasal lelaki je.”

“Jangan. Masin mulut aku ni nanti, baru kau tahu!” Athirah masih tidak mahu mengalah.

“Tak payah nak beranganlah, Cik Athirah. Daripada melayan kau, lebih baik aku jalan-jalan kat tepi tasik tu. Cari makanan ke. Lagi bagus. Dahlah datang lambat. Dia yang ajak dating, dia yang lambat!” Irish sudah bangun dari bangku duduknya.

“Yelah, yelah. Aku yang salah! Okay, aku diam!”

Athirah turut bangun dan terus memaut bahu Irish sambil menunjukkan isyarat mengunci mulut, membuatkan ketawa Irish terburai jua akhirnya.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku