BAYANGAN GURAUAN
Special Teaser 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2155

Bacaan






SPECIAL TEASER 4 

DETIK waktu menghampiri jam 11.00 malam sewaktu Tengku Harrys keluar dari bangunan Haiyan Holdings. Pulangnya agak lewat sedikit malam ini dari yang biasa. Banyak kerja yang perlu disiapkan berkenaan projek di Brunei itu. Awalnya Irish ada bersama membantu menyiapkan kerja-kerja tersebut. Namun bila waktu sudah merangkak ke malam, dia menyuruh gadis itu pulang terlebih dahulu kerana tidak mahu Irish sampai rumah lewat. Lebih-lebih lagi dengan memandu sendirian.

Baru sahaja kaki ingin melangkah masuk ke dalam kereta, telefon bimbitnya berdering tiba-tiba. Tengku Harrys menutup pintu semula sebelum mengeluarkan telefon dari saku seluar. Berkerut keningnya sebaik melihat nama yang tertera di skrin. ‘Dia nak apa?’ desisnya. Tengku Harrys berkira-kira sama ada mahu menjawab panggilan itu ataupun membiarkan sahaja. Dan hatinya lega apabila deringan itu berhenti dengan sendiri. Namun hanya sekejap bila sesaat kemudian telefonnya kembali berbunyi. Dalam keadaan terpaksa, Tengku Harrys akhirnya menjawab juga panggilan tersebut.


“Hello.”

“Hello, Harrys! Oh, Thanks God! You jawab jugak call I at last!”

“You nak apa?”

“Harrys, I really need your help rigth now. I tak tahu nak minta tolong siapa dah!”

“Tolong apa?”

“Kereta I tak boleh start. I kat depan ofis ni. Baru nak balik.”

“Kenapa tak call family you? Or your brother?”

“Sudah. But nobody answering my calls. Please, Harrys! I takut ni. Dah tak ada siapa-siapa lagi kat sini.”


Tengku Harrys terdiam sejenak. Dia tidak tahu sama ada Tengku Melissa bercakap benar atau tidak. Tetapi dari nada suara sepupunya itu memang kedengaran sedikit cemas. Perlukah dia menolong gadis itu? Atau terus sahaja pulang ke rumah? Tiba-tiba dia jadi serba salah. Jika terjadi apa-apa pada Tengku Melissa nanti mungkin dirinya juga yang akan dipersalahkan memandangkan dia orang terakhir yang gadis itu hubungi.


“Harrys? Are you still there?”

“Yes. You just stay in your car. I’ll coming in a few minutes.”

“Oh! Thanks, Harrys. Thanks! Okay. I tunggu sampai you datang!”


Sebaik mematikan talian, Tengku Harrys terus memasuki keretanya. Walaupun dia sudah berasa tidak sedap hati, namun diteruskan juga pemanduan menuju ke pejabat milik Pak Ngahnya. Semua ini dilakukan atas dasar prihatin terhadap Tengku Melissa memandangkan sepupunya itu sedang dalam kesulitan. Selang lima belas minit, Tengku Harrys tiba di hadapan bangunan syarikat Tengku Arham. Dari kejauhan dia sudah dapat melihat Nissan Fairlady hitam milik Tengku Melissa di tempat letak kereta berhadapan bangunan syarikat itu. Perlahan dia memberhentikan keretanya di sebelah kereta gadis tersebut sebelum berlalu keluar. Tengku Melissa juga turut keluar dari perut keretanya.

“Harrys! Nasib baik you datang!”

What’s wrong?” soal Tengku Harrys sebaik merapati kereta gadis itu.

“Tak tahu. Tiba-tiba je kereta ni tak boleh start.”

Mendengarkan itu, Tengku Harrys mengarahkan Tengku Melissa untuk membuka bonnethadapan keretanya. Dia tidaklah begitu mahir untuk membaiki. Tetapi sedikit sebanyak tahulah juga dia melihat sekiranya ada kerosakan. Sebaik bonnet kereta hadapan terbuka, Tengku Harrys terus menjenguk keadaan kereta itu. Dari pengamatannya, kereta tersebut dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia tidak nampak di mana kerosakannya.

I tengok kereta you okayje. Mana yang rosak?” Tengku Harrys bertanya sambil pandangannya masih lagi terhala pada enjin kereta.

Really? Tapi kenapa I start tadi tak hidup?”

How about fuel?”

Pagi tadi I dah isi full tank tau!”

I think your car just fine. You try start.”

“Ermm... nanti-nantilah I start,” ujar Tengku Melissa seraya menyentuh lembut bahu Tengku Harrys dari belakang, membuatkan lelaki itu sedikit terkejut. Cepat-cepat Tengku Harrys menjauhkan dirinya.

What are you doing, Lissa?”

Nothing. Just wanna show my appreciates for your help.” Tengku Melissa bersuara sedikit lunak sambil merapati semula Tengku Harrys sebelum menyentuh dada lelaki itu. Pantas Tengku Harrys menepis.

You just stop this! Idatang sini dengan niat untuk tolong you walaupun Ipenat baru balik kerja. Tapi ini agenda you!? Kereta rosak cuma satu alasan, isn’t it?!” suara Tengku Harrys sudah mula meninggi. Merah padam mukanya menahan marah yang membuak tiba-tiba dek perbuatan Tengku Melissa yang sengaja cuba mencabar kesabarannya.

“Kalau Itak buat macam ni, you takkan datang, kan? So I have no choice, dear.”

Tengku Melissa masih tidak berputus asa untuk terus menggoda lelaki di hadapannya. Sekali lagi dia merapati Tengku Harrys dan kali ini dia mula menyetuh pipi lelaki itu pula. Tengku Melissa nekad. Nekad untuk mendapatkan lelaki pujaannya itu malam ini. Kerana itu dia berani untuk bertindak begini. Dan tidak akan sekali-kali dia melepaskan peluang yang sudah tersedia di depan mata. Lelaki. Setinggi manapun egonya, selangit manapun keras hatinya, bila kemanjaan seorang wanita sudah membelai diri, pasti akan jatuh tersungkur jua akhirnya. Dan malam ini dia sangat pasti Tengku Harrys juga akan rebah dengan pujuk rayunya.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku