BAYANGAN GURAUAN
Special Teaser 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 September 2015
** ALHAMDULILLAH.. Bayangan Gurauan sudah diterbitkan pada Januari 2017 under Alaf 21 / Karangkraf & kini sudah berada di pasaran.. Anda boleh dapatkannya melalui belian secara online di Karangkraf Mall, melalui Whatsapp, di outlet Karangkraf & juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.. Terima kasih semua yang setia dan sabar menanti BG selama lebih 3 tahun ini.. Salam sayang dari #HarrysIrish.... ^_^
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3013

Bacaan








"Masih ternanti-nanti bayangan dia... Bilalah agaknya dapat peluk naskhahnya....." ~

SPECIAL TEASER 9 


“Saya tak tahu pulak ada lelaki luar yang lebih rapat dengan awak selain saya. Juga keluarga lain yang mengambil berat pasal awak selain keluarga saya. Sampai terindu-rindu, kan? Baru empat bulan tak jumpa dah rindu? Jadi dengan orang yang awak tinggalkan ni, tak rindu?”

Serta-merta pandangan Irish dihala tepat ke arah Tengku Harrys. Sedikit kaget dengan apa yang diucapkan lelaki itu. “Siapa cakap?”

“Saya yang cakap. Kenapa? Salah?”

“Kalau betul pun saya rindu, perlu ke saya cakap?”

“Kalau dengan orang lain awak boleh cakap, why not me?”

Kata-kata itu sekaligus mematikan bibir Irish dari terus berbicara. Nampaknya dia sudah terjerat dengan perbualan yang dia mulakan sendiri tadi.

“Kenapa diam? Hmm, Irish? Atau awak malu nak luahkan pada saya? Macam tu?”

Irish tidak menjawab. Sebaliknya cuba memandang mata lelaki di sebelah yang terlindung di balik kacamata ‘Rayban’nya. “Cemburu ke?”

“Cemburu? Cemburu dengan siapa?”

“Nazmi.”

“Kenapa saya perlu cemburu dengan dia?”

“Sebab saya lebih rapat dengan dia.Macam yang awak cakap tadi.”

Tengku Harrys bungkam. Tipulah kalau dia tidak punya rasa cemburu terhadap Nazmi. Nama saja bergelar tunang dan bakal suami kepada Irish. Tetapi sampai sekarang dia masih tidak dapat menembusi hati gadis di sebelahnya ini. Jika nak dibandingkan dengan Nazmi, dia sudah jauh ketinggalan sebenarnya.

Melihatkan wajah Tengku Harrys sudah berubah merah, pantas Irish mengunci mulutnya dari terus bersuara. Rahang lelaki itu juga sudah bergerak-gerak, menandakan marahnya sudah datang menjengah. Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik dia membisukan diri. Hampir satu jam berada di atas jalanraya, akhirnya kereta Tengku Harrys membelok ke kawasan letak kereta Haiyan Holdings. Setelah lelaki itu memarkir keretanya, Irish segera keluar dan mula mengatur langkahnya untuk beredar.

“Kalau awak bukan dengan saya, you probably with him now.”

Langkah Irish terhenti serta-merta. Perlahan dia berpusing ke belakang. Dilihat Tengku Harrys sudah melabuhkan duduk di hadapan keretanya. Walaupun terlindung di balik kacamata hitam yang masih dipakai, namun dia tahu pandangan lelaki itu sedang terarah padanya saat ini.

“Kenapa cakap macam tu?”

Cause he know you better than me.”

Irish tergelak kecil. “Tak semestinya dia lebih kenal saya, saya kena bercinta dengan dia. It’s impossible.”

Why?”

“Sebab bukan itu yang tertulis dalam takdir hidup saya.”

Jawapan Irish membuatkan Tengku Harrys tertunduk memandang bawah. Kacamatanya juga turut ditanggalkan.

“Dulu mungkin saya selalu cuba bermain dengan takdir-Nya. Tapi sekarang tak lagi. Sebab saya yakin apa yang sedang berlaku dalam hidup saya sekarang ni memang takdir yang telah ditentukan oleh-Nya untuk perjalanan hidup saya yang seterusnya.”

Ucapan Irish membuatkan Tengku Harrys semakin hilang kata-kata.

“Harrys…,” Irish memanggil lelaki itu. Perlahan Tengku Harrys mengangkat wajahnya. “I catch you.

What?”

“Awak cemburu.”

“Hmm? Saya cemburu?”

Yes.”

Giliran Tengku Harrys pula tergelak. “I don’t have the time to be jealous with you.”

“Mungkin. Tapi muka awak tak pandai menipu,” balas Irish tenang. Dan Tengku Harrys hanya mampu memandang terus wajah mulus itu

But I’m glad you if you feel it so. Thank you.”

Serentak itu Irish berpaling dan terus melangkah pergi dengan senyuman yang terpamer di wajah. Tengku Harrys pula sekadar menghantar setiap langkah gadis itu bersama sebuah renungan sehingga kelibatnya menghilang ke dalam bangunan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghuraikan perasaannya ketika ini. Yang pasti setiap butir bicara yang diucapkan Irish sebentar tadi terasa begitu melekat di jiwanya.



#HarrysIrish
#BayanganGurauan
#NovelJanuari2017
#Alaf21
#GrupBukuKarangkraf
#sayasayangpembacasemua



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku