KEKASIH VAMPIRE
Bab 2 PELAJAR BARU
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 September 2015
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
260

Bacaan






20 Tahun kemudian

         Maria meneliti segenap sudut wajahnya yang mulai dihiasi dengan kedutan- kedutan halus kemudian dia memintal- mintal pula rambutnya yang mulai beruban. Dia bukan manusia. Dia adalah Serigala jadian..tetapi kenapa mereka boleh menjadi tua dan kemudian akan mati? Bukankah Serigala jadian ini tidak pandai tua dan tidak pandai mati jika tidak dibunuh?

         Ya. Puak serigala jadian yang lain memang tidak pandai tua dan mati tetapi bagi keturunan nenek moyangnya, mereka akan menjadi tua dan kemudian akan mati jika ada adat dan kepercayaan mereka yang mereka tidak turuti. Apa dia adat dan kepercayaan yang akan menjadi sumpahan bagi keturunan mereka jika tidak dilaksanakan?

         Itulah dia. Mengorbankan anak perempuan paling bongsu dan merupakan anak nombor lima itulah yang menjadi adat dan tradisi mereka turun- temurun bagi mengekalkan diri mereka awet muda dan hidup selama- lamanya. Upacara itu tidak semudah yang difikirkan kerana, sebelum anak perempuan itu dikorbankan, ia haruslah meminum darah beratus- ratus manusia dan juga darah vampire.

        Kerana tradisi turun- temurun itu jugalah yang menyebabkan Maria memberontak dan melarikan diri dari keluarganya sendiri yang menipunya selama ini. Mereka konon- kononnya membesarkan dan mengasuh Maria bagai menantang minyak yang penuh tetapi sebaliknya tidak. Mereka lakukan itu kerana Maria sangat penting dalam meneruskan warisan mereka. Maria akan dikorbankan untuk upacara itu.

        Pertemuannya dengan Micheal, seorang manusia telah membuka mata Maria sepenuhnya betapa kejamnya keluarganya dan menyebabkan Maria melarikan diri bersama Micheal namun tindakannya itu hanya meletakkan Micheal, suami yang dia cintai dalam bahaya. Micheal telah terbunuh ketika melindunginya daripada dibunuh oleh adik- beradik Maria sendiri.

good morning mama.” Maria terus kembali ke alam nyata apabila mendengar suara lunak anak tunggalnya.

“ Rikka, dah nak jalan ke? Dah breakfast ke belum?” tanya Maria pura- pura mengelap sinki yang telah digunakan ketika memasak sarapan pagi subuh tadi.

“ dah..mama tu yang tak perasan..dok termenung je..kenapa? mama nak khawin lagi ya?” usik Rikka sambil tergelak kecil.

“ manada..jam berapa habis kuliah hari ni?”

“ awal sikit..saya ada dua kelas je hari ni..Rikka jalan dulu ya ma..mmuahhh.” Rikka mendakap ibunya kemudian sempat mengucup dahi ibunya dan melangkah keluar dari rumah.

“ mana kalung yang mama bagi kat Rikka tu? Kenapa tak pakai?” tanya Maria apabila melihat leher jinjang anaknya tanpa dihiasi seutas kalung yang diberikan olehnya kepada Rikka.

“ Rikka..err..kurang suka sebab kawan- kawan Rikka cakap, kalung tu pelik betul..menakutkan..jadi tak pakai lagi tapi, jangan risau..Rikka sentiasa bawa dalam beg juga.” Rikka berterus- terang. Dia memang pernah memakai kalung yang diberikan oleh ibunya itu kepadanya tetapi kawan- kawan di kolejnya mengusiknya pula. Mereka kata, kalung Rikka itu sangat pelik. Langsung tidak menarik dan bentuknya sangat ketinggalan zaman. Macam kalung entah dari zaman bila.

“ oohh..ya ke? Takpelah kalau macam tu..tapi, pastikan selalu bawa ke mana saja Rikka pegi ya.” Pesan Maria kepada anaknya.

“ kenapa ma?” berkerut dahi Rikka ingin tahu.

“ laa..itukan hadiah dari mama..sedihlah mama nanti kalau Rikka langsung tak guna.”

“ ha ha..comelah mama ni..yalah..Rikka sentiasa bawa juga. Jangan risau. Dah, saya jalan dulu. Malam ni, saya nak makan nasi kerabu buatan mama boleh?”

“ nasi kerabu? Hmm..yalah..nanti mama buatkan ya. Hati- hati jalan.”

of course..bye mama..i love you so much.”

Maria cuma tersenyum melihat keleteh Rikka yang menghiburkan. Walaupun dia sedih atas kehilangan suami tercintanya 20 tahun dahulu tetapi kehadiran Rikka dalam hidupnya memberi sinar baru baginya.

         Ketika suaminya dibunuh oleh adik- beradiknya 20 tahun dahulu, dia sebenarnya sedang mengandung 2 minggu. Selepas melarikan diri dari serangan adik- beradiknya, Maria terus berjalan tanpa arah sehinggalah dia tiba di satu Bandar. Dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan sebab dia bukan manusia. Tetapi, pengalaman hidup bersama Micheal selama satu bulan sedikit sebanyak mengajarnya mengenai kehidupan manusia.

         Setelah beberapa hari berlegar- legar di Bandar itu tanpa tujuan, Maria akhirnya di terima berkerja di sebuah restoran. Dia diberikan tempat tinggal dan makan minum. Di sanalah dia berkerja sehingga Rikka lahir dan membesar. Maria bijak kerana selama 5 tahun dia berkerja di restoran itu, dia menyimpan sikit- sikit wang dan akhirnya dia berjaya membuka satu restoran makanan segera miliknya sendiri.

        Sejak kematian Micheal, Maria tidak pernah lagi terfikir untuk berkhawin lagi walaupun ramai lelaki cuba mendekatinya kerana dia memilik wajah yang cukup jelita. Dan wajah itulah yang di warisi oleh Rikka. Rikka tidak tahu latar belakang ibunya dan siapa dirinya yang sebenar. Rikka tidak tahu dia separuh Serigala dan separuh manusia. Rikka sangka, dia adalah manusia biasa dan Maria juga akan pastikan, Rikka tidak akan tahu mengenai diri mereka yang sebenar. Maria sudah berjanji, dia akan mendidik dan membesarkan Rikka seperti manusia sebenar.

PERKARANGAN KAMPUS

Good morning dear..cantiknya awak hari ni.” Sapa Dilla kepada Rikka yang nampak bersinar- sinar hari itu.

good morning juga Dilla..macam biasa je..awak pun cantik hari ni.” Balas Rikka lalu duduk di sebelah Dilla.

“ saya hari- hari memang cantik kan Edna..ha ha ha.” Dilla memuji dirinya sendiri sambil tergelak kecil.

“ maklumlah..nak pikat Aaron.” Jawab Edna sambil tertawa bersama Rikka.

“ ya..nak pikat dia tapi, dia suka Rikka..bukan saya.” Dilla buat- buat muka sedih. Dilla memang gilakan Aaron, tetapi sayangnya..lelaki itu lebih suka memerhatikan Rikka berbanding dirinya.

don’t worry Dilla..saya tak minat Aaron..saya anggap dia sebagai kawan je..jadi, peluang awak masih terbuka luas..fighting!”

“ yalah..Rikka ni manalah ada perasaan ngan lelaki manusia biasa..dia cuma nak jadi girlfriend si Edward Cullen dalam cerita Twilight tu.” Edna pula mengusik Rikka yang addict sangat dengan cerita dan movie yang berkaitan dengan vampire itu.

“ ha ha ha..ya..saya tunggu Edward datang kat saya je..kalau Edward tak datang, Jacob werewolf tu pun jadilah ha ha ha.” Rikka pula berseloroh.

“ dah dah..asyik citer pasal lelaki je..dah nak masuk kelas ni..jom masuk.” Sela Dilla mengingatkan dua orang sahabatnya itu yang kelas akan bermula beberapa minit lagi. Tiga orang gadis tersebut pun melangkah masuk ke dalam kelas.

Mencecah sahaja kaki mereka masuk ke dalam kelas, kelihatan ramai pelajar berkumpul di hadapan kelas. Macam mengerumuni seseorang. Tiga orang gadis yang baru saja masuk ke dalam kelas pun tidak ketinggalan untuk melihat siapa yang sedang di kerumuni oleh pelajar lain itu.

“ wahh..cantiknya..Dilla, Edna..cepat tengok sini..lelaki tu pun kacak betulah.” Rikka menjerit kecil apabila melihat apa yang sedang dikerumuni oleh pelajar lain itu. Dalam khayalak ramai itu, kelihatan dua orang gadis yang sangat jelita dan dua orang lelaki kacak sedang berdiri di hadapan kelas. Mereka tidak pernah melihat keempat- empat pelajar tersebut.

“ wahh..yalah, pompuan tu cantik..lelaki tu pun kacak! Tak pernah lihat mereka di sini sebelum ni.” Ujar Dilla pula apabila melihat wajah keempat- empat pelajar tersebut.

“ pelajar baru.” Tambah Edna pula.

“ apa kumpul- kumpul ni? Cepat balik ke tempat duduk masing- masing!” tiba- tiba suara prof. Herman mengejutkan semua pelajar- pelajarnya yang sedikit huru- hara dek kedatangan keempat- empat pelajar luar biasa cantiknya itu. mendengar arahan professor mereka, semua pelajar pun kembali ke tempat duduk masing- masing kecuali pelajar- pelajar baru tersebut. Setelah yakin keadaan sudah tenang, prof. Herman pun memulakan kelasnya hari itu dimulakan dengan sesi memperkenalkan empat pelajar baru tersebut.

“ hari ni kita terima empat pelajar baru..sila perkenalkan diri kamu.” Prof. Herman mempersilakan. Pelajar perempuan yang paling tinggi mula memperkenalkan dirinya.

“ hai semua..nama saya Violet, dan tiga orang ni ialah saudara- saudara saya.”

“ hai, saya Julia.”

“ hai, nama saya Arthur.”

“ saya Adry.”

Semua pelajar terpegun seketika melihat kecantikkan dan ketampanan pelajar- pelajar baru tersebut. Kesemua mereka mempunyai mata bundar, anak mata berwarna hitam pekat, kulit kuning langsat, rambut mereka berwarna hitam dan sangat sihat. Tubuh Violet dan Julia tidak ubah seperti model. Arthur dan Adry pula tinggi dan berbadan tegap. Kecantikan dan ketampanan mereka memang sukar diucapkan dengan kata- kata.

“ cantiknya Violet dan Julia.” Spontan ayat itu keluar dari mulut Edna.

“ Rikka pun cantik juga..tengok tu..dia ada ciri- ciri macam Julia dan Violet tu.” Dilla membisikkannya di telinga Edna.

Rikka memang tidak di nafikan..gadis itu juga cantik tetapi dia agak berbeza sedikit daripada Julia dan Violet. Cantiknya itu unik sikit sebab Rikka mempunyai warna mata berwarna coklat jingga. Matanya bundar. Kulitnya putih bersih dan rambutnya pula coklat tua. Memang unik. Ya..unik bagi mereka kerana mereka semua tidak tahu yang Rikka ini hasil dari perhubungan antara Serigala jadian dan juga manusia. Rikka sediri pun tidak tahu yang dia adalah separuh manusia dan separuh Serigala jadian.

“ ok..harap kalian dapat menerima dan berkawan dengan kita punya pelajar- pelajar baru ini. Sila ambil tempat.” Prof. Herman mempersilakan empat pelajar baru itu untuk mengambil tempat masing- masing. Arthur dan Julia duduk di meja nombor tiga paling hadapan sebelah kanan. Manakala Violet dan Adry pula duduk dia tengah- tengah bersebelahan dengan tempat duduk Rikka, Dilla dan Edna. Mata semua pelajar masing mengekori kelibat empat pelajar baru itu.

“ ok..kita mulakan kelas kita hari ini..pelajar semua, mohon bagi tumpuan.” Kata prof.Herman sambil membuka buku modulnya. Semua pelajar senyap dan mula membuka buku nota masing- masing.

“ saya rasa macam ada yang tak kena.” Bisik Violet sambil menyiku Adry.

“ apa dia? kita salah kelas ke?” tanya Adry pura- pura membuka buku notanya. Violet mengerling sedikit ke arah tempat duduk Rikka dan rakan- rakannya.

“ saya tak dapat hidu bau gadis tu..langsung takde apa- apa bau.” Bisik Violet lagi dengan penuh kehairanan. Violet ni ada kebolehan mengesan dan membezakan manusia biasa dengan bukan manusia. Tetapi entah kenapa tiba- tiba kebolehannya itu tidak berfungsi bila dia memandang Rikka.

“ gadis yang mana? Bukan ke semua pelajar di sini manusia.”

“ gadis berambut panjang berwarna coklat gelap tu..saya langsung tak dapat hidu bau dia.

Mendengar siapa yang Violet maksudkan, Adry pun cuba- cuba mengerling ke arah Rikka yang sedang khusyuk menyalin nota.

“ gadis cantik tu ke? Awak langsung tak dapat hidu apa- apa? Mungkinkah dia Vampire?”

“ kalau dia Vampire pun, saya tetap akan dapat kesan bau dia..tapi ni langsung tidak ada apa- apa bau. Bau manusia takde, bau Vampire takde..bau kaum kita pun takde.” Kata Violet geram sedikit kerana kebolehannya tidak berfungsi bila dia cuba mengesan bau Rikka.

“ mungkin awak selesma kot.” Adry tergelak kecil melihat wajah cemberut Violet.

“ gila..kita bukan manusia..takkan sakit.”

“ gurau je..janganlah serius sangat..nanti pelajar lain curiga.”

Violet terdiam sambil menjeling Rikka dengan geram. Kenapa kebolehan saya tidak berfungsi pada gadis ni? Gadis ini mahkluk apa sebenarnya?

“ jaga- jaga..tujuan kita datang ke sini nak cari anak Maria..bukan nak analisis kenapa awak tak dapat kesan bau budak tu.” Adry mengingatkan Violet yang langsung tidak dapat mengalihkan pandangannya dari Rikka.

“ saya tahu..tapi budak ni mencurigakan.”

“ usah pedulikan sangat..anak Maria itu ada darah kaum kita..tentu senang nak cari dia sebab bau dia sama macam kita.”

Ketika Violet dan Adry sedang memakukan pandangannya mereka ke arah Rikka, ketika inilah Rikka menoleh ke sebelahnya. Mata Violet, Adry dan dia bertemu.

BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku