I LOVE YOU ABANG SINGA
BAB 8
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Oktober 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3711

Bacaan






BAB 8

     Bunyi kokokan ayam bagaikan irama merdu yang menerobos ke gegendang telinganya. Udara nyaman dan segar dihidu panjang. Rindu sungguh dengan suasana kampungnya yang permai. Senyum manis dihadiahkan kepada Along Ashman serta Kak Long Maimunahnya ketika mereka berpapasan di hadapan pintu biliknya. Tuala yang dipegang disangkutkan ke bahu kanannya. Bau harum nasi lemak kukus menyerbu ke hidungnya. Mesti Kak Long yang masak. Hemm… laparnya…

     “Along dengan Kak Long nak pergi ke mana?” pasangan suami isteri yang sentiasa nampak mesra itu ditegur dengan lembut. Suka tengok mereka berdua. Lovingsangat.

     “Along dengan Kak Long nak pergi melawat isteri Pak Melan yang meninggal dunia malam tadi. Kalau Leesya nak ikut marilah.” Ashman mempelawa adik bungsunya separuh ikhlas.

     Mana mahunya Aleesya ikut, mandi pun belum lagi. Bukannya dia hendak bercampur sangat dengan masyarakat sekeliling semenjak peristiwa sedih itu berlaku. Faham sangat dia dengan perangai Aleesya yang sedikit membimbangkan hatinya itu. Kasihan adik aku.

     “Emak mana Along?” kepala dijengukkan ke halaman rumah mencari-cari kelibat emak kesayangannya.

     “Emak ada kat dapur. Baru balik dari melawat tadi. Pergilah mandi cepat dik, temankan emak bersarapan kat dapur tu.” Kak Long Maimunahnya menolak badan Aleesya ke arah dapur. Buruk benar rupa anak dara yang baru bangun tidur ni. Serabai saja rambutnya.

     Orang kata kalau nak lihat kecantikan asli seorang gadis, cubalah lihat sewaktu dia baru bangun dari tidur. Cantik ke tidak? Memang sudah sah adik ipar aku ni cantik orangnya, walaupun bau ada sikit masam. He he…

     “Tak elok tau anak dara bangun lewat. Orang nak datang meminang terus reject kalau lihat gaya adik yang serabai ni. Ini mesti tak solat Subuh pagi tadi kan?” Ashman mengusik adik bungsunya itu. Lama sudah mereka tidak bergurau senda.

     Kalau dulu, semua deria rasa adiknya seolah-olah hilang kerana kejadian yang menimpa keluarga mereka, tapi kini senyuman sudah kembali mekar di bibir Aleesya. Rasa bersyukur sangat kerana Allah memakbulkan doanya supaya dikembalikan ketenangan dan keceriaan di dalam diri Aleesya.

     “Tolong sikit ya, adik ABC tau, sebab tu adik bangun lewat hari ni,” lewat ke kalau baru pukul 8.40 pagi? Masih awal lagi ni. Wajah Abang Longnya yang kehairanan dipandang dengan sengihan yang meniti di bibir.

     “ABC? Apa tu?” sengal punya soalan. Macam tak biasa sahaja Along aku ni.

     “Kalau Along nak tahu, kena tanya Kak Longlah ya. Pakar sakit dalaman wanita tu.” serentak ketawa Aleesya dan kakak iparnya berpadu. Pagi-pagi sudah mengenakan orang.

     “ABC, Aleesya Budak Cengeng ke?” amik kau nak kenakan orang sangatkan, Ashman menayang gigi di hadapan Aleesya. Cepat sahaja tangan Aleesya mendebik belakang badan abangnya itu. Pantas sahaja Ashman memegang kepala Aleesya lalu dikepit di bawah ketiaknya. Terjerit-jerit Aleesya minta dilepaskan. Riuh sekejap ruang tamu itu.

     “Jomlah bang, nanti dalam kereta ayang beritahu abang.” Tangan suaminya ditarik menuju ke kereta yang dipakir di halaman rumah.

     Sweet sajakan bila dengar Kak Long bahasakan dirinya ayang… Manja gitu… Aleesya melambai-lambaikan tangannya sambil membuat aksi flying kissuntuk abang kesayangannya. Sekali dia jeling daa… Pandai juga Abang Longnya menjeling ek. Ha ha ha…

     Kaki melangkah ke dapur mencari emaknya di situ. “Emak…” pinggang Mak Leha yang sedang membasuh cawan di sinki dipeluk dari belakang. Dagu digesel-geselkan di atas bahu emaknya. Rindu hendak bermanja dengan emak.

     Pap… tangan yang melingkar di pinggang dipukul kuat oleh Mak Leha. Nak bermanja tak kena tempat, amik kau…

     “Bertuah punya anak. Nasib baik tak terlepas cawan ni, kalau pecah, ganti set cawan baru.” Kepala Aleesya yang melekat di tepi lehernya ditunjal lembut.

     “Uiksss… melampau tu, pecah sebiji tapi kena ganti satu set baru. Baik mak pecahkan semua, nanti sah-sah Leesya belikan set cawan yang baru.” Seronok pulak mengusik emak pagi ni. Cup… bibir ditepek ke pipi emaknya.

     “Pergi mandilah, bau masam sangat ni.” pipi Aleesya dicubit kemudian badan Aleesya ditolak ke bilik air yang ada bersebelahan dengan ruang dapur itu.

     “Ada ke masam, wangi apa orang ni?” sekali lagi pipi emaknya dicium sebelum dia melarikan diri ke dalam bilik air. Baik belah cepat-cepat sebelum ketam emaknya menyepit. Pedih woo kalau kena cubit dengan emak, mahu tanggal kulit dibuatnya.

     Bertuah punya anak dara. Senyum mengulum di bibir Mak Leha, senang hati kerana Aleesya sudah kembali ceria seperti dahulu.

     Kedengaran suara orang memberi salam di luar rumah. Tersembul wajah Alawiyah anaknya yang kedua di muka pintu dapur itu. Tangan kanan membawa beg plastik yang berisi bekas makananmanakala tangan kirinya memimpin tangan Izura Hani anak gadis ciliknya yang berusia lima tahun.

     “Nenek…” Izura Hani menerpa ke arah neneknya yang baru sahaja mahu melabuhkan punggung di atas kerusi.

     “Amboi, comelnya cucu nenek pagi ni!” pipi montok Izura Hani dikucup bertalu-talu.

     “Pakai cantik-cantik ni nak pergi mana sayang?” Huluran tangan yang disuakan oleh Alawiyah disambut dan digenggam erat. Pipi kedutnya dicium oleh Alawiyah.

     “Hani nak pergi bandar dengan ibu dan Mak Ucu.” Petah sahaja mulut Izura Hani menjawab soalan neneknya.

     “Zabidi tak datang sekali Wiyah?” Ramah mulut Mak Leha bertanyakan menantunya nan seorang itu.

     “Abang Bidi pergi rumah Pak Melan mak, nak menolong apa-apa yang patut.”

     Kerusi ditarik perlahan-lahan. Punggung lebarnya dilabuhkan di situ. Bekas makanan yang berisi kuih apam beras, kuih kegemaran Mak Leha dan Aleesya dikeluarkan dari dalam plastik lalu diletakkan di atas meja.

     “Kau tak pergi melawat arwah ke Angah? Kenapa tak pergi dengan Bidi sekali?” pelik pula rasanya. Suami ke hulu, yang isteri pula ke hilir.

     “Angah dah pergi malam tadi mak. Bergilir-gilir dengan Abang Bidi. Kalau dua-dua yang pergi, siapa yang nak jaga Hani nanti.” Cawan kopi yang dihulur oleh emaknya disambut dengan berhati-hati. Semerbak bau harum kopi memenuhi ruang dapur itu.

     “Lama mak tak makan apam beras ni. Kau buat sendiri ke Wiyah?” sepotong kuih apam dicapai lalu disuap ke dalam mulut. Lembut dan gebu bila dipegang. Manis bercampur masin kelapa parut bersatu bila dikunyah. Sedap sungguh rasanya. Kuih lembut yang memang sesuai untuk orang tua yang tidak berapa kuat giginya.

     Mak ni sekejap panggil Angah, sekejap panggil Wiyah. Hem, itu pun nak jadi hal ya Alawiyah. Kan orang yang sama tu…

     “Ha’ah mak. Leesya yang suruh buat semalam. Lagipun dah lama juga Angah tak buat kuih ni, teringin juga nak makan.” Nasi lemak diceduk ke dalam pinggan. Menggoda sungguh bau harum daun pandan dan lemak santan bersatu. Aroma sebati yang menyelerakan.

     “Mak masak ke nasi lemak ni?” sengaja bertanya. Tahu sangat kalau nasi lemak kukus dengan sambal sotong kering dan ayam goreng berempah ni, tak ada orang lain yang pakar membuatnya kalau bukan Kak Long Maimunahnya.

     “Kak Long kau yang masak. Mak lepas solat Subuh tadi pergi jenguk anak-anak Pak Melan tu. Mak pergi dengan Mak Yam. Tu yang tak sempat nak buat sarapan. Kesian pulak tengok budak-budak tu.”

     “Siapa sangka, arwah Zaharah lepas sesak nafas terus meninggal. Senang sangat perginya.” Sepotong lagi kuih apam beras dicapai. Rasa sedap pulak tekak ni menelannya.

     Alawiyah mengangguk-angguk sambil memandang rumah Mak Yam yang terletak bersebelahan dengan rumah emaknya dari tingkap dapur. Member kamcing emak tu, ke mana-mana selalu berdua. Maklumlah masing-masing balu, kalau tak menyembang di depan rumah, mereka berdua akan pergi ke masjid dan ke kelas agama bersama-sama.

     Kadang-kadang Mak Yam akan tidur di rumah emak dan begitulah sebaliknya emak sekali sekala akan bermalam di rumah Mak Yam. Bangkit tengah malam untuk menunaikan solat Tahajud dan solat sunat lain serta mengaji bersama-sama. Aktiviti orang yang sudah di hujung senja kata Mak Yam.

     Pintu bilik air terbuka, keluar Aleesya yang berkemban dengan kain batik sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.

     “Hani…” pipi tembam anak saudaranya yang ralit mengunyah ayam goreng dicium geram. Rasa macam nak digigit-gigit sahaja pipi montok Izura Hani. Tangan Kak Ngahnya disalam dan dicium.

     “Tak senonoh punya anak dara. Elok sangatlah tu bangun lewat-lewat. Ajak orang pergi bandar, tapi dia masih tak siap-siap lagi.” kepala Aleesya ditunjal lembut. Aleesya hanya tergelak. Sempat lagi meraba perut Kak Ngahnya yang sudah nampak membukit sedikit.

     “Dah berapa bulan dah ni Kak Ngah?” seronok pula menggosok-gosok perut orang yang sedang mengandung ni. Kalau dia jadi berkahwin dulu tentu sekarang ni dia sudah memiliki anak sendiri.

     Erkk… teringat pulak dengan naga Malaya tu pagi-pagi ni, cis… Lagi aku nak lupakan dia, makin dia mengacau fikiran aku le pulak. Kenapalah aku boleh terserempak dengan dia kelmarin. Hantu punya buaya tembaga, bikin otak aku serabut saja, ishh…

     “Dah nak masuk enam bulan dah ni. Pergilah pakai baju adik oii. Tak malu ek kalau anak bujang Mak Yam nampak. Si Izzat tu macam suka aje dengan adik.”

     Keningnya dijongket-jongketkan ala-ala kening Ziana Zain. Senyumannya berpadu dengan senyuman Mak Leha. Masing-masing sudah puas memadan-madankan mereka berdua, cuma Aleesya sahaja yang jual mahal.

     “Tak hingin adik dengan Izzat tu. Adik tak nak lagi ada apa-apa hubungan dengan anak jiran ni. Adik dah serik dah Kak Ngah. Takut pisang berbuah dua kali. Kalau kena lagi sekali, kita nak pindah ke mana pulak?” pantas dia bangun meninggalkan ruang dapur.

     Alawiyah menelan liur. Wajah Mak Leha yang menunduk dipandang dengan perasaan serba salah. Itu rupa-rupanya yang ada dalam kepala Aleesya. Rasa bersalah pula kerana tidak memahami perasaan adik bungsunya yang pernah menderita kerana putus tunang dengan anak jiran yang terdahulu.

     “Mak, Angah tak ada niat pun nak buat adik sedih.” Sudu yang dipegang diletakkan di tepi pinggan. Hilang terus seleranya hendak menghabiskan nasi lemak kukus itu. Ingatkan hendak bergurau dengan Aleesya, rupa-rupanya dia tersilap langkah.

     “Dahlah tu. Lepas ni jangan sekali-kali kita sebut pasal Izzat tu Angah. Kesian Leesya. Agaknya dia masih tak boleh lupakan peristiwa dulu. Mak Yam ada juga bertanyakan pasal Aleesya. Dia kata Izzat berkenan sangat dengan Leesya. Nanti mak cakap baik-baik dengan dia. Tak mahulah pasal Leesya menolak anak dia, mak dengan Mak Yam kau tu bermasam muka pula.”

     Lengan Alawiyah ditepuk-tepuk untuk menenangkannya. Mata dilarikan ke ruang tamu, mencari kelibat Aleesya yang sudah menghilangkan diri di dalam biliknya. Kasihan Aleesya…

     “Omak kau lebam! Apalah Kak Ngah ni, tak reti-reti nak beri salam ke, ketuk pintu dulu ke, main redah aje masuk bilik orang ye.” Bahu Alawiyah ditepuk kuat. Amik kau, suka sangat buat orang terperanjat.

     Uikss… sekejapnya angin dia berubah. Punggung dilabuhkan ke birai katil. Aleesya yang sedang menyisir rambut dipandang dengan perasaan sayu. Perlahan-lahan dia bangun lalu berdiri di belakang Aleesya yang sedang duduk mengadap cermin soleknya. Sikat yang dipegang oleh Aleesya dicapai. Rambut ikal melepasi bahu adiknya disikat perlahan-lahan.

     “Kak Ngah minta maaf ya dik. Kak Ngah tak sengaja tadi. Tak sangka Leesya terasa dengan kata-kata Kak Ngah.” Perlahan sahaja suaranya. Rasa bersalah sangat. Adiknya itu baharu sahaja nak pulih daripada merana kerana perbuatan bekas tunangnya dahulu, dia pula pandai-pandai nak membuka kembali luka yang baru sembuh.

     “Ala Kak Ngah ni. Itu pun nak emo ke? Adik tak apa-apalah,” Tangan Alawiyah yang sedang menyisir rambutnya dipegang lembut.

     Hekeleh… yang tadi tu apa Leesya? Bukan emo ke namanya? Angkat punggung depan orang. Lepas tu buat muka. Sikit punya bagus ayat tadi, bikin hati emak dan Kak Ngah sentap. Terasa tau hati mereka berdua.

     “Kak Ngah sayang Leesya. Kak Ngah tak mahu lihat Leesya bersedih. Kalau boleh Kak Ngah tak mahu lihat adik akak ni merana lagi. Cukup-cukuplah pengalaman pahit yang pernah kita sekeluarga alami dulu. Maafkan Kak Ngah ya dik.” Bahu Aleesya dipeluk dari belakang. Aleesya memusingkan badannya. Dakapan Kak Ngahnya dibalas erat.

     “Leesya pun sayang dengan Kak Ngah. Insya-Allah, Leesya dah kuat dan boleh melupakan kenangan pahit tu. Kak Ngah jangan risaukan Leesya ya. Tak ada apa yang perlu Leesya maafkan. Kak Ngah tak salah apa-apa pun pada Leesya. Leesya aje yang terlebih emo tadi.”

     Senyum sehabis manis diberikan kepada Kak Ngahnya. Tak pasal-pasal dia sudah membuat Kak Ngahnya bersedih. Dahlah orang tu sedang mengandung. Apalah kau ni Leesya…

     “Kak Ngah, kat nak pergi bandar. Kalau asyik buat drama air mata ni bila kita nak gerak. Jom kita pergi Alor Gajah. Lama dah Leesya tak makan rojak kat situ. Kita ajak mak dengan Mak Yam pergi sekali.”

     Sebut pasal rojak terus cerah muka Alawiyah. Hilang terus rasa sedihnya. Pandai Aleesya mengambil hati Kak Ngahnya. Pipi Aleesya menjadi sasaran tangannya. Amik kau…



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku