Isteri Aku Nanny!
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Oktober 2015
alhamdulillah.. Sudah diterbitkan..boleh dapatkan di MPH atau Popular dan juga ditoko-toko buku terpilih berhampiran anda :) terima kasih buat para pembaca..bab ini bukan versi penuh.. boleh dptkan buku dri penulis juga ya di fb ayu balqishah
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4144

Bacaan






BAB 1

Aina menekan punat on pada laptop kesayangannya. Apa lagi yang boleh dia buat di hujung minggu begini? Selain membelek manuskripnya yang sekian lama dibiarkan. Bukan Aina sengaja hendak menangguhkan cita-citanya. Dia benar-benar nanar seketika. Jadi dia terpaksa mengambil masa untuk bertenang. Menulis pun memerlukan perasaan yang sihat. Akal yang waras tanpa memikirkan yang luka-luka.

"Sudahlah Aina. Lupakan je dia. Aina kena kuat. Kena tumpu pada kerja. Jangan sebab lelaki hidup Aina musnah." Kata-kata semangat dari mak selalu dia semat dijiwa. Kerana maknya jugalah dia semakin tabah.

Perlahan, Aina melarikan jari telunjuknya di touch pad. Anak panah pada skrin berlari ke album gambar yang tertera tulisan 'Hisham'. Segera dia klik pada folder itu. Sesaat tertera puluhan gambar dia dengan Hisham yang masih belum mampu dia padam. Setiap gambar diteliti. Pantas setiap keping gambar yang terpampang, menggamit kenangan.

"Saya sukakan awak" Ayat pertama yang Hisham luahkn saat cinta mereka baru hendak berputik. Jujur lelaki itu berterus terang dihadapannya. Beserta seratus kuntum ros merah yg diserahkan, Aina menerima cinta Hisham.

Jauh Aina termenung, entah ke mana fikirannya menerawang. Namun, jari telunjuknya masih di touch pad.

Walaupun di hadapan emak, Aina berpura-pura sudah melupakan semuanya. Tetapi di dalam kotak akalnya, masih tersimpan babak perpisahan diantara mereka.

Malam itu, hujan lebat. Dia hanya bersendiri di rumah. Setelah menunaikan solat magrib, dia berlama-lama di sejadah.

'Tok..tok..tok..', kedengaran daun pintu rumah Aina diketuk agak kuat dan bertalu-talu.

"Siapa pulak datang time-time macam ni", hati kecil Aina menyoal.

"Kenapa datang tak beritahu?"

"Saya tak sempat.Lagipun saya tak singgah lama".

"Maaflah tak dapat jemput awak masuk ke dalam. Mak ayah dah keluar sejak maghrib tadi. Ada kenduri tahlil di blok C".

"Tak apa. Macam saya cakap tadi saya hanya singgah sekejap. Ada perkara penting yang saya perlu beritahu awak.Harap awak takkan marahkan saya atau pun dendam pada saya."

"Mm..Apa perkara pentingnya awak?" Aina cuba berlagak tenang. Padahal jauh dilubuk hatinya,berasa tak sedap.

"Saya mahu awak lupakan saya Aina Batrisya. Lupakan semua kenangan kita.Lupakan semua janji-janji kita bersama.Anggap saja hubungan kita hanya sekadar persinggahan.Mimpi."Lancar sungguh pertuturannya. Tak menjaga perasaan langsung. Rasa kasihan. Sikap kasih sayang,ambil berat Hisham yang dulu pernah diberikan pada Aina sebelum ini,bagaikan lakonan semata-mata.Semua itu hilang.Lesap. Pergi begitu sahaja pada hanya satu malam!

"Puncanya apa?" Aina masih berlagak tenang.

"Saya tak perlu jelaskan. Cukuplah awak tahu, hubungan kita sudah berakhir".

Aina kelu.Bisu.Tanpa sebarang bantahan. Tanpa sebarang luahan. Jiwanya kosong.Gelap-gelita. Tiada cahaya yang menyusup masuk walaupun sehalus mata jarum. Aina tidak mampu berdiri.Kakinya kaku seolah diserang stroke. Dia cuba mencuri nafas yang seakan terhenti.Sebelah tangannya berpaut di dinding kosong putih,dan sebelah lagi tangannya menekan sedikit dadanya yang kian sesak.Sedikit demi sedikit dia mengumpul tenaga.Lalu, mendongak merenung Hisham yang sedari tadi hanya mematung melihat Aina yang seolah kehilangan separuh nyawa. Kejam!

"Kenapa wak..kenapa mesti sekarang? Kenapa disaat saya terlalu mencintai awak lebih dari segalanya? Apa salah saya?" Aina cuba menahan beban dihati. Dia perlu tahu saat ini juga.Diketika ini juga.Dia tidak mahu menanti esok atau pun lusa.Dia tidak mahu.

"Awak tak ada salah apa-apa.Cuma saya rasa,kita dah tak serasi. Kita dah tak boleh teruskan hubungan kita ini. Awak mulakanlah kehidupan baru awak. Carilah pengganti saya.Dan mulakan semula apa yang telah kita bina selama ini bersama dia."

"Semudah itu je?"

Diam.

"Saya tanya semudah itu je ke?" Hisham tetap memilih itu menjadi pekak dan bisu.

Aina kaget. Hisham nampaknya benar-benar tekad dengan keputusannya.Tidak mungkin akan berpaling lagi.

" Maafkan saya."

"Kalau betul apa yang awak katakan ini Hisham, awak pergilah. Pergilah balik. Biarkan saya di sini.Biarkan saya mati. Saya benci awak Hisham. Jangan sesekali awak mencari saya lagi. Saya takkan maafkan awak." Perlahan sahaja suara Aina.

Sungguh dia tidak kuat menerima takdir perpisahan ini.Selama ini,Hishamlah satu-satunya lelaki yang berjaya menawan hatinya.Bukanlah kerana wajahnya yang tampan,bertubuh sasa,kulit sawo matang dengan ketinggiannya 182cm sudah melayakkan dia menjadi model maskulin idaman Malaya.Tetapi sikap Hisham yang sangat mengambil berat itulah yang berjaya menawan hati Aina sepenuhnya.Bersamanya terasa dilindungi.Tiada satu mata lelaki pun yang berani mengerlingnya jika bersama Hisham.

"Apa yang kau menungkan lagi tu Aina?" Puan Ani Zaleha memecahkan suasana.

Pantas saja jari Aina mengklik paparan close.Dia tidak mahu ibunya risau dan memikirkan yang bukan-bukan.

"Tak ada apalah mak,saja tengok-tengok apa yang patut. Sambil tu belek-belek ni ha. Rasa macam nak sambung balik manuskrip ni, manalah tau ada rezeki." Aina menunjukkan manuskrip yang terletak disebelah laptopnya. Sampai bilalah agaknya akan terperam.

"Ooo.. mak ingatkan apa tadi. Kau jangan selalu sangat termenung, bukan apa takut syaitan ambil kesempatan. Disuntiknya perasaan yang bukan-bukan. Mak tak naklah kau jadi sasau sebab sijantan tak guna tu". Puan Ani bijak menebak. Dia tahu anaknya masih dihantui kenangan silam.

Hati Aina sedikit tersentuh dengan kata-kata ibunya. Baginya Hisham, tidaklah langsung tak berguna. Selama perkenalan mereka, kemana saja Aina nak pergi, Hisham pasti menghantar dan menjemputnya. Waima, mahu ke 7-Eleven yang hanya sekangkang kera tu pun ditemaninya.

" Oklah, mak keluar dulu. Jangan sampai tertidur pulak. Dah nak Isyak ni. Bising ayah kau nanti. Mak nak tanak nasi. Lepas Isyak kita makan sama."

Aina hanya angguk perlahan.

Sungguhpun Hisham dilabel hatinya sebagai lelaki kejam, namun kebaikan lelaki itu masih wujud. Iya, Aina tahu kerana Aina berkawan lama dengan Hisham.

Masih segar bugar dalam memori akal Aina. Saat dia dan Hisham berjalan-jalan di tengah lautan manusia yang rata-ratanya menantikan percikkan bunga api sempena sambutan tahun baru di KLCC, saat itu ada seseorang yang cuba meraba Aina. Atau mungkin dia hanya dirempuh. Entah dia sendiri tidak pasti. Orang terlalu ramai pada masa itu. Berasak-asak.

"Saya rasa...ada orang raba sayalah..." adu Aina pada Hisham.

"Hah???" dahi Hisham kerkerut. "Berani...betul" dia mula hilang kawalan. Segera dia berpaling mencari siapa-siapa yang berada berdekatan Aina.

"Eyh, biarlah...mungkin cuma...terkena je kot..." Aina tidak mahu Hisham mengamuk di tengah-tengah org ramai. Nanti dia juga yang malu.

"Siapa yang berani usik awek aku? Kalau betul anak jantan,muncul depan mata aku sekarang!" Nampaknya Hisham tidak membiarkan sahaja apa yang telah berlaku.

Dikerumunan ramai, muncul seorang lelaki,berkulit gelap dan kurus kering, lagaknya nampak seusia mereka awal 20an. Kelihatan, ada yang tidak langsung terjejas dengan apa yang terjadi. Namun ada juga yang saling memerhati antara satu sama lain. Seolah menanti babak seterusnya

"Aku lelaki tu. Kenapa? Apa masalahnya? Bukan luak pun.Aku cuma pegang sikit je. Montok sangat. Geram aku tengok".Lelaki itu seolah-olah sengaja mencurahkan minyak pada api yang sedang marak.

"Kau memang cari nahas",jerkah Hisham.

Aina hanya mampu melihat setelah puas memujuk Hisham agar lupakan sahaja. Aina tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Dia tidak mahu apa-apa perkara buruk terjadi pada lelaki kesayanngannya itu.

"Alah, tak payah nak tunjuk alim kat sinilah brader. Ini KL, silap haribulan satu tubuh dia kau dah jamah." Lelaki itu sengaja ketawa yang dibuat-buat.

Pang! Hisham menampar lelaki tersebut dengan sekuat tenaganya.

"Hei,setakat tamparan kau ni,aku langsung tak rasa apa punlah bangsat!"tempik dia lagi.

Lelaki tersebut cuba membalas tamparan yang singgah di pipinya tadi. Tidak sempat berbuat demikian,

Buk!

Satu tumbukan singgah tepat ke hidungnya dan dia terdorong ke belakang lalu terus menghempap salah seorang penonton yang menonton aksi mereka.Dia menjerit kesakitan. Darah mengalir deras melalui hidungnya terus keluar mengenai bibirnya dan terus ke leher.Sungguh kuat tumbukan yang dilepaskan Hisham. Satu tepukan dan sorakan orang ramai membuat Hisham bertambah bersemangat untuk mempertahankan maruah teman wanitanya.

'Allah.. mengapa begitu sukar untuk aku melupakan dia?'

**********

Puan Ani Zaleha, sedari tadi berdiri di muka pintu memerhatikan sahaja anak perempuan kesayangan itu. Langsung tak diperasaan maknya di sini. Kalau pencuri masuk tak tahulah apa akan terjadi. Nauzubillah!

" Ehem.. ehem..."

" Apa lagi yang kau dok pikir tu? Lama je mak perhati dari tadi".

Aina tersentak.

"Hisham mak.Aina tak dapat lupakanlah dia mak. Dia terlalu istimewa dihati Aina,"Aina menahan sebak.

" Ya Allah nak... dah nak setahun dah. Entah-entah Hisham tu tengah berseronok je kat luar sana. Yang kau kat sini sampai nak banjir dah bilik ni penuh dengan air mata kau tu". Ibu mana yang boleh berdiam sahaja melihat anak sendiri yang seolah tidak keruan.

Aina merenung sayu ibunya. "Apa yang Aina perlu buat sekarang mak?"

"Tak apalah Aina.Lupakan jelah si Badrul Hisham tu.Mungkin betul katanya korang tiada jodoh. Bersabarlah sayang. Mana tau suatu hari nanti ada putera raja ke, anak menteri ke, dato' ke nak kat kau. Haa.. masa tu baru melopong si Hisham bedebah tu", sempat lagi Puan Ani Zalehaberseloroh.

" Mak ni.. ", Aina tersenyum manja.

"Sekarang ni, kau delete semua gambar si monyet tu. Jangan ada sekeping pun gambar dia yang kau simpan."

Aina terus memeluk ibunya. Menangis lagi. Entah untuk keberapa kian kalinya. Jika dibiarkan, nasibnya pasti serupa Kassim Selamat yang menangis sehingga buta matanya akibat kehilangan isteri tersayang.

"Sakit mak. Sakit sangat. Aina tak mampu nak tanggung. Aina boleh jadi gila mak. Aina tak boleh lupakan dia. Terlalu banyak kenangan kami. Tak mungkin semudah itu Aina nak biar dia pergi."

" Habis sudah bahasa mak kat kau, Aina. Sekarang terserahlah. Usah diikutkan hati yang lara, kelak nanti diri sendiri yang rugi".

Aina menarik nafas panjang. Dilepaskan perlahan. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan mak.

"Dah-dah jom! Mak datang nak ajak solat Isyak sekali. Ayah kau dah lama tunggu agaknya tu. Kita doa sama-sama. Kalau ada jodoh kau dengan dia nanti, insyaAllah adalah. Tapi kalau kau tanya mak, mak memang takkan terima dia lagi dalam hidup mak".

" Tak pelah mak. Aina tak nak dia kembali. Buat apa sakitkan hati perempuan lain demi kebahagiaan diri kitakan?" Aina nampaknya sudah mampu memujuk hatinya sendiri.

" Eloklah tu. Dah pergi siap-siap. Lepas jemaah kita makan sekali. Mak dah masakkan sambal telur goreng kegemaran kau."

" Yes! Thank you mak", sekelip mata Aina berubah ceria.

Mengingati wajah Hisham hanya memberi tekanan dijiwa. Berpuluh kali Aina cuba menelefon Hisham,menghantar 'sms' merayu,tanpa ada perasaan malu hatta sedikit pun. Memohon agar dirinya diterima semula. Langsung tiada jawapan. Malahan talian juga selalu dimatikan pada deringan pertama. Aina tiba-tiba teringat bagaimana bodohnya dia merayu pada lelaki yang tak tahu menghargai wanita sepertinya.

'Mmm.. ya! aku bodoh ketika itu.

Aina duduk di sisi katil.Terasa berat sungguh mahu turun dari katil peneman setia. Sebelum bingkas bangun untuk mengambil wudhuk, Aina mengurut-ngurut pinggangnya sebentar, terasa lenguh, mungkin terlalu lama berteleku inilah akibatnya.

Seusai solat Isyak diimami ayahnya, dia istighfar, merintih dan mengadu kepada yang Maha Mendengar.

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim..

Hanya padaMu tempat aku memohon,merintih dan menagih..

Sucikanlah jiwaku, lembutkanlah hatiku, redhakanlah aku

Aku tak mampu ya Allah untuk melupakannya, namun aku mahu dia pergi jauh dariku

Meski pun hanya bayangannya aku tidak mahu terlihat.

Aku sudah letih menangisinya yang tidak mendatangkan keberuntungan untukku..

Berdosanya aku ya Allah..

meletakkannya terlalu tinggi,

hingga hampir aku melupakan kekasihMu..

Aku hampir lupa rindu ini sepatutnya dan selayaknya hanya padaMu dan untuk Baginda S.A.W.,

Pimpinlah aku ya Allah..

agar aku tidak lagi tersesat, terlalu naif mengejar yang bukan selayak nya untukku.

Ameen ya Rabbal A'lamin..

Kini sudah tiba masanya Aina melepaskan semuanya. Akibat derita cinta manusia, susuk tubuh Aina yang dulunya persis model kebaya kini melidi. Raut wajah juga kelihatan cengkung. Langsung tiada seri. Rambutnya yang dulu ikal mayang terurus,kini sudah kering tanpa belaian. Sekali sekala ibunya hanya memotong hujung rambut Aina yang sudah bercabang. Selama hampir setahun ini, dia hanya berkurung di dalam bilik. Mujurlah dia masih punya orang tua yang sudi melayan karenahnya. Aina dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Kini..

Dia telah pun memasang niat untuk berubah. Berubah penampilan. Berubah angin. Dia perlu membuat sesuatu,agar dunia kembali memandangnya. Tiada lagi Aina yang sugul. Biarlah Hisham menjadi keramat. Dia sudah bersedia. Biarlah hidup tanpa lelaki buat masa sekarang. Aina mahu mengumpul segala aset selagi termampu. Aina Batrisya binti Muzaffar versi baru akan muncul.

“Ya, Tuhan. Aku masih punya Tuhan. Aku masih punya Dia. Tetap akan ada Dia. Dia tetap akan ada,”. Aina memejamkan mata. Menghayati setiap bait kata tersebut.

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [22:46]”.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku