Isteri Aku Nanny!
BAB 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Oktober 2015
alhamdulillah.. Sudah diterbitkan..boleh dapatkan di MPH atau Popular dan juga ditoko-toko buku terpilih berhampiran anda :) terima kasih buat para pembaca..bab ini bukan versi penuh.. boleh dptkan buku dri penulis juga ya di fb ayu balqishah
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
2574

Bacaan






BAB 7

"Aku dah gaji hari ni, jom aku belanja makan. Kau nak makan kat mana?" Hana kelihatan bersungguh-sungguh nak belanja Aina makan, kebetulan hari ini Hana dapat hari cuti yang sama dengan teman baiknya itu.

"Boleh juga, kejap lagi aku nak keluarkan duit sikit, kita singgah ATM."

"Okay, no hal. Tapi kau nak keluarkan buat beli apa? Pakai je duit aku dulu, nanti gaji kau bayarlah balik."

"Tak payahlah. Aku cuma nak keluarkan buat beli topup. Nak call mak aku, apa khabarlah diaorang kat sana. Lepas tu aku nak beli sikit barang dapur. Kau jangan nak halang ya. Jangan risau, aku ada aku bagi. Kalau tak ada aku senyap. Kikiki", Aina sengaja gelak sebegitu, menampakkan sebaris gigi putihnya yang teratur sama panjang, rapat-rapat pula tu. Cantik kalau jadi model iklan 'Colgate' gantikan pelakon manis Fazura, mana tahu ada rezeki.

"Yelah. Dah kau cakap macam tu, aku okay je. Kita nak pergi mana? Aeon ke Tesco? Dua ni je dekat dengan kita."

"Aeon. Alang-alang kau nak belanja makan, aku teringin nak makan kat Nando's". Kali terakhir seingatnya makan di restoren yang terkenal dengan 'peri-peri' tu adalah 4 tahun yang lalu! Dengan siapa lagi, kalau bukan dengan jejaka yang telah berjaya membuat dia tersungkur kerana cinta. Sekarang Aina dah kuat, jika tidak dulunya, asal lalu sahaja di Nando's, dia akan berhenti sebentar dan pasti airmatanya akan tumpah terkenangkan Hisham.

"No problem darling... Mandi sat!" Hana bergegas meninggalkan Aina yang sedang mengerutkan dahinya. Pelik si Hana ni, dah berapa lama dia tinggal serumah. Susah sangat nak nampak dia keluar dengan si Taufiq tu. Dah break ke? Ish! Takkanlah.

**********

"Aku rasa, dah gaji kot. Sebabnya duit dalam akaun aku cuma ada RM 325.50 je. Sekarang ada tambahan kat akaun, ada lebih RM 1600." Aina telan air liur. "Maknanya dalam akaun aku ada dekat-dekatRM 2k", sambil jarinya menunjukkan dua ke wajah Hana. Inilah kali pertama dia memiliki duit sebanyak itu di dalam akaunnya.

"Kalau ya pun, tak payah la sampai nak tertonjol biji mata aku. Jadi macam mana?" Hana hairan dengan si Aina, apa yang dia nak terkejutkan. Bukan ke dia bekerja selama ni.

"Aku nak transfer duit ke akaun ayah aku jap." Aina menekan butang transfer ke akaun lain, lalu pantas jarinya menekan papan kekunci mengikut nombor akaun yang telah di berinya ayahnya ketika bekerja di tempat lama. Tangan kirinya memegang telefon bimbit purbanya untuk tujuan pengesahan, mana tahu kalau-kalau tersalah tekan nombor. Naya je!

"Selesai, jom!" Aina dan Hana terus laju menuju ke Nando's yang kebetulan berdekatan dengan ATM. Mereka memilih tempat duduk yang agak tersorok. Jauh sedikit dari pengunjung yang lain. Tenang sikit rasanya. Setiap kali datang, mereka tak pernah sekali pun nampak Aeon ni lengang, selalu sahaja penuh. Lebih-lebih lagi parkir kereta di tingkat bawah. Nasib baiklah mereka hanya menunggang skuter. Kalau tak memang jenuh berpusing-pusing nak cari parkir kosong.

Sebaik sahaja mendapatkan tempat duduk, pelayan pun datang mengambil pesanan. Mereka memilih 'Meal Platter', ayam seperti kebiasaanya Aina memilih hot peri-peri, untuk 'side' mereka pilih kedua-keduanya 'Mediterranean Rice', air pula kedua-duanya memilih 'Orange Juice'. Hana hanya mengikut sahaja kehendak Aina. Apa yang dipilih Aina, itu jugalah yang akan masuk ke tekaknya.

"Fuiyo dah lama tak makan benda alah ni pun, kau masih ingat cara-cara nak pilih menu tu. Kalau aku entahlah, sebab ada 1/4 lah, apalah whole lah. Belum masuk side atau pun beverages nya lagi. Nampak macam pro je kau cakap omputeh dengan budak tu tadi."

Aina tergelak kecil. "Mana ada pro, sebab dekat menu tu kan memang dah tulis. Aku pilih jelah. Masa mula dulu, aku pun keliru, dalam menu tulis lain, sampai ke dia jadi lain bunyinya, siap ada quater bagai. Dulu aku ingat beverages tu sayur ke apa, rupanya minuman." Jenuh jugalah, nasib baik ada Hish... kata-kata Aina habis di situ.

"Dah-dah, jangan rosakkan mood sendiri. Kejap lagi sampai je kita tinggal ngap"

"Aku ngep", jelas sekali Aina sudah boleh lupakan Hisham.

Hana menarik nafas lega.

"Dik, bagi akak bil. Lepas tu ayam ni bungkus boleh? Lepas tu akak nak tambah 'Peri Chips 1' dengan.. 'Spicy Rice'." Hana tenganga. Bukanlah sebab bil yang bakal dia bayar nanti. Tapi dengan perkataan 'bungkus' dan 'tambah' tulah yang membuatkan dia terkejut tahap tapir tertelan ubat gegat.

"Eh kau biar betul, bungkus ayam dengan chips n rice tu, kau tak kenyang lagi ke?". Hana cuba mendapatkan kepastian.

"Ayam ni kan ada separuh lagi lebihnya, apa salah kita bungkus. Nanti kang, bila nak makan aku goreng bagi panas. Nasi tu nanti makanlah dengan ayam tu, chips tu buat kudap-kudap sambil layan drama kat TV3 karang."

"Maaf kak, ni bilnya." Sepantas kilas Aina mengeluarkan note RM 100.

"Kan aku dah cakap tadi, aku nak belanja. Ni terbalik pulak."

"Tak pe akukan dah gaji. Apa salah aku belanja kau sekali sekala." Aina cuba mematikan serba salah di hati Hana.

"Ni bakinya kak. Terima kasih jumpa lagi"

"Sama-sama".

"Next timelah kau belanja aku. Dah jom. Barang dapur ni pun sikit je aku nak beli. Ikutkan aku nak beli setroli penuh. Kenangkan kita naik skuter, aku terus cancel!" Sengaja Aina berjalan mendabik dada. Tak sesuai langsung! Dengan mengenakan dress ala-ala ayu gitu, menampakkan Aina seperti kanak-kanak ribena.

Tiba-tiba.

"Ai... " Tak sempat Hana menghabiskan nama kawannya tu, Aina kemungkinan akan habis dahulu dimarahi lelaki yang dilanggarnya. Aina selalu sangat macam ni, jalan tak pernah nak fokus ke depan. Entah macam mana dia bawak skuter aku tu. Sempat lagi Hana membebel di dalam hati.

"Allah... Maaf-maaf saya tak sengaja". Aina cuba membantu lelaki tersebut mengambil majalah yang terjatuh dari pegangannya. Maskulin. Hampir sahaja Aina nak tergelak terbahak-bahak di situ. Rupanya masih wujud lelaki yang membaca majalah seperti ini. Nak baca tips agaknya. Aina cepat-cepat menutup mulutnya dengan sebelah tangan. Lama juga Aina membaca muka depan majalah tersebut.

"Ehem-ehem", jejaka itu berdehem sambil membetulkan sedikit rambutnya yang terurai sedikit ke depan mengenai dahi. Hana yang dari tadi hanya memerhati dari jauh, kini sudah menghampiri Aina. Berdiri betul-betul di sebelahnya. Kalaulah di makinya Aina, memang aku ketuk kepala dia guna majalah dia sendiri. Biar dia rasa, majalah yang memakan tuannya. Hana kuat sangat berprangsaka. Eloklah mereka berdua berkawan baik. Prasangka dalam diri mereka berdua berpisah tiada.

Lelaki di hadapan mereka kini, tidak kurang hebatnya. Tinggi lampai, kulit putih, bermata kuyu, dan rambut paras bahunya tulah yang mahal. Tapi sayang rambutnya berwarna! Coklat lagi tu. Jadi dia terkeluar dari senarai lelaki yang boleh dijadikan teman sehati berdansa. Hana mencongak sendirian.

Aina melepaskan keluhan yang mungkin boleh menyebukan perut sesiapa sahaja yamg mendengarnya. Malasnya aku nak layan mamat hollywood coklat ni! Macam mana dia boleh ada kat sini ni. Aduh!

"Well, seperti yang saya jangkakan kita pasti bertemu lagi suatu hari nanti. Hari-hari saya berdoa tau."

"Nah buku maskulin awak ni, baca sampai khatam. Huh!" Aina menarik lengan Hana. Langkah dilajukan. Dia tak mahu lelaki itu mengekori mereka. Boleh gila dibuatnya nanti.

"Aina.. Sekejaplah.. 5 minit je, please. Lama tau saya tunggu supaya dapat terserempak dengan awak lagi." Lelaki itu separuh merayu.

"Talk to my hand", Aina menunjukkan tapak tangan, dengan jarinya runcing itu. Dibuka luas-luas tapak tangannya.

"Give me 5", seraya dengan itu lelaki tersebut menepuk perlahan tangan mulus Aina.

"Hei! Siapa suruh sentuh?" Aina geram. Di ketap perlahan giginya.

"Aina, perlahan sikit suara. Nanti orang dengar. Ramai ni tengah perhatikan kita ni". Hana cuba memujuk Aina supaya tenang.

"Sorry. Saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan awak."

"Zafrel, saya dah ada boyfriend. Jadi please jangan ganggu saya, kalau awak tak nak cari nahaslah", Aina cuba menipu lelaki di hadapannya.

"Awak nama saya Zairel, Zairel Benjamin. Bukan Zafrel.Saya tak kata pun nak jadi boyfriend awak. Saya cuma cakap nak berkawan dengan awakkan?"

Malu sungguh rasanya. Ya tak ya juga. Dia cuma cakap nak berkawan bukan jadi boyfriend.

"What ever! Saya tak nak awak ganggu saya, hidup saya dah tenteram sekarang. Dan yang penting saya tak nak boyfriend saya yang caring and loving tu nanti salah sangka dengan kehadiran awak." Aina merenung Hana, mahu memberi isyarat padanya.

Hana menjeling tajam. Dia nak tunjukkan protesnya pada keterangan Aina tadi. Geram sungguh rasa di hati. Membengkak dah macam disengat tebuan. Tak boleh jadi, dia perlukan penjelasan Aina, saat ini juga. Tak mahu menanti di rumah. Jika dibawa ke rumah, silap-silap dah bersarang agaknya tebuan tu.

Aina hanya memandang wajah si Hana, yang dah bertukar biru. Nak jadi avatar agaknya. " Sampai hati kau Aina. Kata kita kawan baik. Teman sejati macam lagu kumpulan brothers tu. Tapi kau tengok, ada hikmahnya kau berlanggar dengan jantan ni. Kalau tidak sampai ke sudah aku takkan tahu kau dah ada boyfriend". Hana nampak sedih, marah, terkilan dan bermacam lagi yang tak boleh digambarkan.

Aina menggaru-garu keningnya yang tidak gatal. Si Zairel masih setia menanti macam orang bodoh. Nak je Aina pijak-pijakkan bagi penyet. Lepas tu masukkan dalam tong sampah. Argh! Tensionnya. Ni baru kena dengan lagu di sana menanti, di sini menunggu.

"Aduh Hana.... " Aina mencangkung di tengah-tengah tempat orang lalu-lalang. Dia tidak peduli lagi dengan lirikan-lirikan mata liar di situ. Dia dah penat berdiri. Kalaulah tadi dia buat tidak peduli sahaja dengan mamat hollywood coklat tu, tentu sekarang dia dah sampai di rumah. Baring di tengah laman, menikmati angin kipas sambil menonton drama petang-petang. Hana hanya melihat reaksi Aina, dia hanya ingin tahu, kenapa lelaki tu perlu jadi orang yang pertama mengetahui yang dia dah ada boyfriend.

"Boleh tak aku cerita kat rumah aje nanti?"

"Tak nak.. Aku nak tahu sekarang juga". Hana langsung tak faham dengan bahasa isyarat si Aina. Malahan dia siap berpeluk tubuh, masih menunjukkan protesnya.

Aina terus berdiri.

"Kau ni, Hana. Dengan aku pun boleh fikir yang bukan-bukan. Kalaulah aku dah ada penduduk tetap di hati aku ni, memang kaulah orang pertama yang aku beritahu." Aina masih merenung Hana, dengan harapan agar Hana sudah faham situasi sekarang.

"Habis tadi tu?" Hana menyoal lagi. Nampaknya Hana masih tak faham isyarat yang diberikan.

"Aku sengaja cakap aku dah ada boyfriend, aku tak nak laki ni kacau aku". Aina menundingkan jari telunjuk ke arah Zairel. Zairel tersenyum untuk kemenangan pertama.

"Lain kali kau cakaplah awal-awal. Tak adalah aku sentap." Hana kembali ke bentuk asal, iantu kejadian paling sempurna yang dicipta olehNya, bukan lagi avatar jadian seperti tadi.

Aina memicit-micit kepalanya, sambil anak matanya menjeling Zairel. Apa pasallah Zairel yang hensem macam ni, sanggup menanti babak seterusnya.

"Awak sakit kepala ke? Tak sihat? Jom duduk kat kerusi tu", Zairel hanya memuncungkan sahaja bibirnya. Hana hanya membontoti mereka dari belakang. Walhalnya Aina pening melayan si Zairel Benjamin ni. Tiba-tiba Aina terasa dunianya akan gelap.

"Kalau sakit lagi lepas rehat ni, saya bawa awak pergi klinik". Sayup-sayup sahaja suara yang didengarnya. Belum apa-apa lagi dah bagi kata arahan. Membuat Aina meluat. Hana pula boleh tersengih-sengih macam kerang busuk. Aina pitam!

**********

Akhirnya tamat sudah episod penderaan jiwa Aina bersama Zairel Benjamin. Kini Aina dan Hana selamat sampai ke rumah, tanpa membeli barang dapur. Geramnya di pelusuk jantung Aina, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Di sebabkan migrain yang datang tanpa diundang, menyebabkan Aina terpaksa menumpang naik BMW milik si Zairel. Manakala Hana menjadi pemandu arah dengan menunggang skuter pinknya!

"Banyak sangat tu Aina, kamu dah bagi mak dengan ayah sampai Rm 700, kamu ada ke duit lagi tu, nak buat makan, pakai semua tu? Mak dengan ayah ni, kamu jangan risaukan sangat. Kami cukup. Waktu kamu kat sini pun, masih cukup lagi".

"Ada mak, insyaAllah. Mak, ayah jangan risau. Nanti kirim salam rindu pada ayah ya." Aina bukan tidak mahu bercakap lama dengan ibunya, cuma baterinya sudah hampir kong. Sudah 1 jam lebih mereka dua beranak bergayut. Dan hampir 3 kali ibunya mengulangi perbualan yang sama, berulang-ulang tanpa letih. Asal ada kesempatan sahaja itulah yang akan diperdebatkan, iaitu 'JODOH'.

Puan Ani Zaleha tidak sampai hati menerima duit dari anaknya yang satu ini. Teringat kata-kata suaminya, " Kalau boleh gaji pertama dia tu, tak payah la kita ambil. Abang dapat bayangkan macam mana susahnya nak menempuh bulan pertama tu." Ayah Aina sangat kuat simpatinya berbanding isterinya. Dia lebih suka, asalkan anaknya sihat, jaga hukum hakam bila berada di tempat orang, itu sudah cukup menyenangkan hatinya. Sempurna.

“ Tak ngapelah kalau kamu dah cakap gitu. Terima kasih la ya. Insya Allah nanti mak kirimkan salam kamu pada ayah. Ayah dah ke masjid ada ceramah Ustaz Harianto Rizal katanya. Kamu jaga diri baik-baik ya. Jaga solat apa semua.” Pesan Puan Ani Zaleha kepada anak tunggalnya itu.

“ Owh yeke. Bestlah tu ayah. Memang ayah suka sangat dengan ustaz tu. Aina pun minat, selalu jugak ada masa, tengoklah ustza tu kat tv Al Hijrah. Okay mak, nanti esok lusa Aina call mak lagi, assalammualaikum”. Ujar Aina lembut.

**********

"Wei kau tak beritahu pun ada kenal mamat hensem kaya macam tu kan?"

Aina yang sejak dari tadi mengenggam telefon bimbitnya agak kaget. Dia dah dapat hidu, Hana pasti akan interview dia nanti. Jenuhlah nak menjawab. Lebih sukar dari menjawab kertas SPM.

"Mana ada. Ni baru dua kali tau, aku terserempak dengan mamat poyo tu."

"Dua kali? Yang 1st tu kau tak cerita pun", Hana merengus perlahan.

"Hahaha.. kau ni, tak penting punlah nak cerita. Lagi pun, kami kenal tak sampai seminit. Aku terlanggar dia masa dekat Shell hari tu. Aku pun tak tahu, apa masalah aku ni, asyik nak melanggar anak orang je. Aku ni, kau tengok kelam kabut ke orangnya?" Dah lama Aina nak bertanyakan soalan yang kurang cerdik ni. Mana tahu Hana boleh beri jawapan yang bijaksana.

"Nak jawapan jujur ke, belok-belok sikit?"

"Jujurlah. Jujur tukan lebih baik. Tak nak lah jawapan jaga hati." Aina betul-betul ingin tahu. Ditenungnya wajah Hana dengan sepenuh perhatian.

"Apa yang aku nampak, sejak dari mula kita kenal sampailah sekarangkan.. mm" Aina mengangguk laju sambil memerhatikan bukaan mulut si Hana meneruskan pendapatnya.

Hana terasa janggal pula nak bercakap secara hati ke hati dengan Aina. Hana menung sekejap, dipandangnya kipas yang sedang berpusing laju. Macam mana aku nak terangkan ni, nanti terlebih terang kecil hati pula.

"Hana! Cepatlah aku tunggu ni."

"Ya, kau adalah sikit clumsy tu. Tapi taklah sampai tahap nak dapat title Ratu Clumsy" Hana tergelak kecil. Dalam hati risau sahabat baiknya makan hati dengan apa yang dia sudah beritahu.

"Clumsy?" Terbeliak mata Aina. "Apa tu? Tak pernah dengar pun".

"Clumsy omputeh, kelam kabut melayunya". Hana mengecilkan matanya sambil senyum ala-ala kucing gatal nampak ikan.

"Ooo.. faham-faham. Yeke, aku clumsy? Kenapa aku tak perasan erk".

"Macam aku cakap tak sampai tahap ratu kau punya clumsy tu. Cuma bila kau terlalu excited, tak pun bila kau takut baru nampak clumsy kau tu. Ha! Lagi satu, kalau kau terasa ada lelaki hensem dok usha kau, yang ni kau akan jadi terlebih clumsy.. Itu apa yang aku tengoklah, waktu lain aku tak perasan pulak".

Baru Aina teringat, ketika umurnya 17 tahun. Kiranya waktu tu dia masih dibangku sekolah. Tengah dia nak melangkah keluar untuk ke tandas, tiba-tiba lelaki yang dia minati Syamsul Arif budak kelas sebelah juga turut keluar. Aina terus berpatah balik, sampai terlanggar meja tulis si Alia, dah tu kaki dia tersadungkan kerusi si Herman. Apa lagi satu kelas gelak sakan tengok dia tergolek kecuali Hana. Hana yang sibuk siapkan kerja rumah Matematik yang Puan Yau bagi, pantas bangun dari duduknya membantu Aina untuk berdiri.

Aina tersenyum sendirian. Banyak betul kenangan terindah yang terlakar. Hampir kesemuanya disinari pengalaman termanis dan erti persahabatan yang perfect!

“ Lagi satu kau suka termenung, lepas tu senyum sorang-sorang,” Hana menambah.

“Haish kau ni, aku teringat zaman kita sekolah dulu, macam mana clumsynya aku masa tu,” Aina senyum dan kembali termenung mengenangkan kenangan zaman sekolah.

“Yelah tu!”. Hana menceber.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku