Isteri Aku Nanny!
BAB 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Oktober 2015
alhamdulillah.. Sudah diterbitkan..boleh dapatkan di MPH atau Popular dan juga ditoko-toko buku terpilih berhampiran anda :) terima kasih buat para pembaca..bab ini bukan versi penuh.. boleh dptkan buku dri penulis juga ya di fb ayu balqishah
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1729

Bacaan






BAB 9

"Aku dah pindah"

"Ha?! Pindah? Sampai hati kau nak tinggalkan aku sorang-sorang". Hana memuncungkan bibir. Geramnya dia saat ini, teman baiknya berpindah tanpa memberitahu dia terlebih dahulu.

"Mula la tu". Aina membuat muka serius, supaya kelihatan seperti seseorang yang sedang marah.

"Eh-eh, kita yang patut marah, dia pula yang buat muka bajet Hulk!" Hana sendiri lupa apakah nama kartun animasi yang bertukar hijau bila waktu dia marah.

"Hulk Hogan ke?" Aina saja je menyebut nama ahli gusti profesional yang sudah dimamah usia itu.

"Yelah kau tu, suka sangat menyampuk dulu, sebelum aku habis cerita". Tiba-tiba je nak sampai hati-sampai hati. Nak sampai hati sangat, pi la karoke nyanyi lagu kumpulan Spring, Sampai Hati. Kau nak cakap, nak nyanyi juta kali pun aku tak kisah waktu tu."

"Haarkan, yang kau sampai tersesat hari tu, sebab dari rumah baru majikan kau tu la kan?" Hana kembali riang. Wajahnya bertukar rona merah. Rupanya Aina maksudkan yang tempat kerjanya sudah berpindah. Bukan di kondominium itu lagi.

"Erm faham pun. Cerita tentang sesat tu, aku dah beritahu kat kau kan semalam?" Aina menyesali dengan apa yang berlaku. Benarlah sombong memakan diri! Sekarang hatimu yang merengus malu, akibat perbuatan dirimu sendiri.

"Ada. So, lepas ni nak cakap sesuatu tu fikir dulu tiga empat kali. Tapi aku pelik bin ajaiblah, kenapa kau benci sangat dengan mamat tu erk?"

"Nak kata tahap sampai membenci tu, aku rasa... tak adalah sangat. Cuma kadang-kadang dia tu suka perli-perli aku. Kalau elok tu, sedap je telinga aku ni dengar. Bila kena tang tak elok tu, aku rasa nak langgar je dia dengan skuter kau tu, tau tak?"

" Jangan pula satu hari nanti, tak pasal-pasal kau cakap kat aku, yang kau dah jatuh cinta kat dia."Hana senyum nakal.

"Huh! Tak mungkin aku akan jatuh cinta kat Mat Ungka tu. Harap muka jelah boleh pakai, tapi mulut mengalahkan mak nenek. Aku berani cakaplah, kalau aku jatuh cinta kat mamat tu, aku belanja kau makan dekat Secret Recipe. Time tu kau nak makan sepuluh pinggan spagetti olio kau tu, kau makan. Aku belanja pakai duit dia, ok tak?" Serentak keduanya gelak sakan.

"Kau ni tak seriklah, kes kau sesat tu pun tak habis cerita lagi tau. Ni kau pi tambah lagi satu doa, aku tak boleh bayangkan macam manalah rupa kau waktu tu".

"Dahlah aku nak mandi. Lepas tu aku nak buat solat sunat dhuha. Kau tak kerjakan hari ni? Jap lagi kita solat sama. Lama sangat dah aku tinggalkan solat sunat dhuha ni."

Setelah mengetahui tentang yang Aina sesat hari itu, Datin Qalsum dengan murah hati memberi Aina cuti rehat selama dua hari. Dia minta supaya Aina cuba untuk mencari sendiri rumah barunya ini. Suruh tinggal sama, Aina menolak. Jadi mahu tak mahu, Aina kenalah cari alternatif sendiri, supaya dia tak sesat lagi.

**********

Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat Aina. Pertama sekali, hari ini genap enam bulan dia bekerja dengan Datin Qalsum sebagai pengasuh. Keduanya, mulai hari ini gajinya sudah dinaikkan kepada RM2200 sebulan. Dia mula sebenarnya kurang percaya, kerana baginya takkanlah sebagai pengasuh gaji hampir sama dengan orang yang bekerja di pejabat. Tetapi setelah dia mencucuk kad ATM nya tadi untuk transfer sebahagian duit gajinya kepada ibu dan ayahnya di KL akhirnya dia akur. Dan dia juga sudah boleh menerima, bahawa masih wujud lagi insan-insan baik di dunia ini, termasuklah insan baru yang berjaya mengetuk pintu hatinya kini. Walaupun Aina belum menerima sepenuhnya kehadiran si dia, namun setelah puas Hana menasihati dan memujuk ketika itu baru dia sedar, cinta itu selalu datangnya tanpa diundang. Jadi bila cinta hadir, maka hargailah kehadirannya.

"Sekejap awak, saya nak ke toilet." Aina sekali lagi diserang perasaan gugup. Hari ini banyak sangat istimewanya. Dan kejutan yang tak disangka-sangka.

Aina memboloskan dirinya ke dalam perut kereta lelaki yang berjaya menawan hatinya itu. Sungguh dia tertawan pada senyuman jejaka yang berada di sebelahnya sekarang.

"So, awak boleh pilih sama ada nak tidur dulu. Atau pun awak boleh teman saya berbual sepanjang perjalanan kita ni".

"Saya teman awaklah, lagi pun saya tak boleh tidur kalau perjalanan jauh macam ni." Masih bermain di ruangan mata Aina, ayahnya memandu, dan dia ketika itu sedang tidur di tempat duduk belakang. Manakala ibunya duduk dia bahagian depan bersebelahan ayahnya.

Allah sahaja yang memelihara mereka bertiga dari berlaku perkara yang lebih teruk lagi. Ayahnya terlelap tidak sampai satu saat, tiba-tiba Aina tersedar yang kereta mereka sudah berpusing dan hampir melanggar divider. Dan syukur alhamdulillah, ketika itu jalan raya agak lengang dari sebarang kenderaan.

"Maafkan ayah sayang. Maafkan abang, Ani. Abang terlelap. Abang sendiri tak sedar apa yang terjadi." Sejak dari itu Aina sangat takut atau pun mungkin dia fobia untuk tidur ketika di dalam kenderaan, sama ada perjalanan itu mengambil masa yang pendek atau pun panjang.

"Okay! Jom.. kalau awak nak pasang radio, pasanglah. Kalau tak nak dengar DJ membebel awak pilih je lagu-lagu kat situ. Saya dah cucuk pendrive kat situ." Lelaki itu mematikan lamunannya.

"Aina menekan-nekan punat yang ada di situ. Semuanya lagu orang putih je, lagu yang saya tak berapa nak tahu pula tu. Pitt Bull, Rihanna, Black Eye Peas, Gwen Stefani.. Alah.. melayu ke nasyid ke takkan tak ada?" Jari runcingnya masih sibuk menekan-nekan mencari lagu yang sesuai dengan jiwanya.

"Sekejap-sekejap janganlah merajuk sayang.. Ada tu ada tapi lagu-lagu Maher Zain je. Boleh?" Aina angguk. Dia tersenyum bagaikan kanak-kanak yang baru sahaja disuakan gula-gula.

Sepanjang perjalan Aina ditemani lagu-lagu yang menyedapkan halwa telinganya. Sesekali lelaki di sebelahnya itu sengaja menguatkan volume sehingga bingit telinga Aina dibuatnya.

"Saya taulah butang volume tu ada kat stereng tu, tapi janganlah berlagak! Sakit tau telinga saya." Aina sempat mencubit kecil bahu teman lelakinya itu.

"Aduh.. awak ni suka sangatlah cubit. Entah-entah dah lebam-lebam bahu saya ni awak kerjakan. Asyik tempat yang sama je pula tu."

"Uwek..", Aina menjelirlah lidahnya. "Bukannya kuat pun kan, awak tu yang mengada. Kena sikit nak komplen." Aina tergelak kecil. Dia kini merasa bahagia bersama lelaki ini. Baginya cinta itu adalah saling lengkap melengkapi. Sekiranya si dia ada kekurangan pada sesuatu perkara, pasangannya pasti punya kelebihan untuk menutupi kekurangan tersebut.

Sampai di Tol Air Keroh mereka berhenti sebentar untuk singgah membeli ais krim Baskin Robbin. Aina betul-betul teringin untuk menikmatinya, lebih lagi waktu tengahari sebegini. Setelah membayar, mereka terus menuju ke kereta untuk meneruskan perjalanan.

Akhirnya mereka sampai tepat jam dua petang. Aina tidak sabar lagi untuk memeluk insan yang sudah banyak berkorban untuknya.

"Assalammualaikum mak! Aina dah kat bawah ni. Mak dengan ayah tunggu tau. Tak sabarnya nak sampai atas. Rasa nak terbang je." Aina dan ibunya, masing-masing tergelak kecil. Kelihatan ibunya merenung ke luar melalui balkoni kecil yang dibuat berasingan, itu pun selepas 10 tahun ayahnya berkhidmat sebagai anggota Penguat Kuasa. Puan Ani Zaleha melambai-lambaikan tangannya setelah terlihat kelibat anak perempuannya itu. Aina seakan lupa diri melompat-lompat kecil membalas lambaian ibu tersayang, sambil tangan sebelah kirinya diangkat sedikit tinggi menunjukkan buah tangan yang berjaya disambarnya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.

"Ya Allah bang.. tengoklah kereta yang Aina naik tu. Orang ada-ada agaknya ni. Malu pula saya nak jemput dia masuk ke rumah kita yang sekangkang kera ni".

"Awak ni, apa nak dimalukan. Kita bersyukur ada tempat tinggal. Ada yang terpaksa tidur bawah jambatan tu lagi susah dari kita tau. Abang tak tahulah nak katakan sekangkang apa pula tempat tidur mereka tu. Lagipun kalau betul budak tu nakkan si Aina, dia takkan kisah dari mana asal usulnya. Apa yang penting, suami tu sendiri yang kena bijak handle si isteri dengan ilmu agama. Adanya ilmu agama dan beramal dengannya, insyaAllah usahkan dunia, akhirat juga dapat kita nikmati".

"Yelah bang. Saya faham. Abang jangan pula berkecil hati, saya langsung tak maksudkan apa-apa. Abang pun tahukan saya terima abang seadanya diri abang. Saya pun sangat bersyukur dengan kehidupan kita sekarang ni. Walaupun tak semewah mana, tapi kita cukup makan pakai dan tempat tinggal" Puan Ani Zaleha melemparkan senyuman dengan penuh kasih sayang pada suaminya. Gusar juga hatinya andai telah membuat suaminya berasa hati.

"Assalammualaikum! Aina segera masuk ke dalam rumah, berlari anak memeluknya ibunya. Di ciumnya berkali-kali dahi ibunya. "Aina rindu mak sangat-sangat.

"Waalaikummussalam.. mak dengan ayah pun rindukan Aina. Sejak kamu duduk di JB, mak dah jarang sangat memasak. Mana tidaknya, dah tinggal berdua ni, makan pun tak berapa nak selera."

Aina tergelak kecil. "Habis tu.. hari ni mak masak tak? Aina meletakkan kepalanya ke bahu kiri ibunya. Lagaknya seperti anak-anak kecil. Sejak berjauhan ni, kemanjaan Aina lain macam! Aina menyeka airmatanya. Dan terus menyalami kedua tangan ayahnya.

"Tu lelaki kat luar tu, bodyguard kamu ke?" Aina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Allah! Zairel masuklah.. maaf sangat-sangat, saya tak tahu macam mana saya boleh lupa yang saya datang dengan awak." Dia benar-benar terlupa untuk memperkenalkan si dia kepada kedua orang tuanya. Zairel membalas dengan senyuman, " No hal lah, saya okay je, lagi pun saya memang sengaja beri peluang untuk awak lepaskan rindu. Nanti kita dah nak balik ke JB semula".

"Ayah.. Mak.. ini lah dia lelaki yang Aina ceritakan tempoh hari. Namanya Zairel Benjamin.

Zairel salam tanda menghormati dihulurkan. Namun, dia tidak pula menyalami Puan Ani Zaleha, kerana Aina sudah awal-awal memberi warning. " Awak nanti, sampai sana, cuma salam dengan ayah je tau, mak tak perlu".

"Kenapa?"

"Kitakan belum bernikah lagi, kalau nak salam juga, mak saya kenalah jadi mak mentua awak dulu." Aina mengenyitkan matanya. Gatal sungguh Aina ni, baru sangat umur perkenalan mereka dah cakap tentang mak mentua.

Dek kerana pesanan itulah, dia tidak jadi menyalami tangan wanita yang bergelar ibu kepada Aina itu.

Aina dan Puan Ani Zaleha sibuk di dapur menyiapkan makan tengahari. Awal-awal lagi ibunya sudah pun memasak beberapa makanan kegemaran Aina. Beetungkus lumus dia, pagi-pagi selepas subuh, sudah pun berada di dapur. Manakala suaminya keluar ke pasar mencari daging tetel, serta beberapa jenis lauk sampingan yang lain. Meriah sungguh hari ini, Puan Ani Zaleha bertambah cerianya apabila Aina memberitahu, ada membawa teman nya sekali untuk diperkenalkan.

"Dah lama kamu kenal Zairel tu?" Soal ibu Aina sambil tangannya sibuk menyusun atur gelas. Aina yang sibuk mencedok lauk ke dalam mangkuk, berhenti sebentar bagi memberi tumpuan.kepada ibunya.

"Erm.. baru je lagi mak. Nak dekat sebulan macam tu rasanya. Mula-mula kenal biasa-biasa je. Malaslah Aina nak layan sebab nampak macam orang kaya je. Tapi bila difikirkan semula, dia nampak agak bersungguh-sungguh nak kenal dengan Aina, jadi Aina cuba berikan peluang tu." Aina kembali mencedok sesuatu di dalam.periuk. Baunya asam pedas menusuk ke hidungnya sehingga ke rongga paling atas. Puan Ani Zaleha sengaja masak lebih untuk daging tetel asam pedas kegemaran Aina.

"Tak sampai sebulan? Kamu rasa dia betul-betul ada ciri-ciri lelaki yang kamu cari ke? Dia akan jadi bakal suami kamu?" Membutang mata Puan Ani Zaleha mendengar perkataan sebulan itu. Bagaimana dalam tempoh sebulan, Aina sudah berani membawanya untuk dikenalkan kepada mereka berdua. Pasti ada yang istimewa di hati Aina tentang lelaki ini.

"Susah nak cakaplah mak. Aina sebenarnya pun masih keliru dengan perasaan sendiri. Tapi bila Aina nampak kesungguhannya nak berkenalan dengan Aina, jadi apa salahnya Aina beri dia peluangkan mak?" Aina tahu ibunya sangat risau, andai anaknya ditipu lagi. Maklumlah Zairel tu nampak macam orang kaya, ada rupa pula tu, bila-bila masa sahaja boleh dapatkan yang lebih cantik dan setaraf dengannya.

"Jadi.. dia serius dengan hubungan kamu berdua?" Soal ibunya lagi.

Angguk.

"Katanya dia nak hubungan kami pergi lebih jauh lagi. Aina beritahu kalau betul apa yang dia cakapkan tu, jumpa dengan mak dan ayah. Tak sangka pula secepat ini. Tapi Aina taklah terlalu menaruh harapan tinggi melangit macam sebelum ni. Mak jangan risau ya."

"Kalau macam tu kamu kata mak ikut sahaja. Lagipun kamu pun dah besar panjang. Mak tak kisah siapa pun kamu pilih, yang penting dia tahu jaga maruah kita semua".

"InsyaAllah mak. Terima kasih sebab percaya anak mak ni", Aina sangat terharu, ibunya yakin bahawa dia kini mampu untuk tidak terlalu mengharap pada cinta manusia.

"Dah jom kita bawa makanan ni semua ke depan. Dengar rancak betul mereka bersembang, mak nak juga tahu, apalah yang best sangat tu". Mereka berdua masing-masing membawa hidangan di tangan masing-masing dan diletakkan di meja makan.

Di meja makan terhidang pelbagai jenis lauk pauk. Ada daging tetel asam pedas, ikan masin terung masak lemak, sambal udang, ayam kampung goreng berlada, ikan siakap 3 rasa, ulam-ulaman dan sambal belacan. Air ada Jus Kurma dan juga Pink Guava. Hampir kesemuanya adalah makanan kegemaran Aina Batrisya.

"Pergi panggil ayah dengan Zairel tu makan. Nanti sejuk tak sedap pula". Aina hanya mengikut apa yang disuruh Puan Ani Zaleha.

Mereka masih ralit bersembang. Nampaknya seperti serius sahaja. Tiba-tiba Aina terlihat sesuatu berada di genggaman Zairel. Ish! Takkanlah.. Aina menafikan apa yang terlintas difikirannya sekarang. Di tolaknya jauh-jauh.

"Ayah, Zairel jom kita makan. Semua dah ada atas meja tu, sejuk nanti takut kurang umpp! "

"Yelah tu Aina, kamu tu ada-ada je. Bukan dulu nasi sejuk keluar dari peti sejuk pun kamu bedal ke? Sebab tak sabar nak makan masakan mak kamu tu." Pipi Aina merona merah, menahan segan.

Di meja makan, mereka makan dengan tertib. Langsung tak bersuara, senyap menikmati makanan yang terhidang. Aina pula sudah dua kali menambah, tak dihiraunya Zairel yang duduk bertentangan dengannya. 'Pelahap sungguh, badan je kecik, aku kan depan ni, dia buat tak nampak je' Zairel hanya berbisik di dalam hati.

Selesai menjamu selera, mereka duduk berbual di ruang tamu. Zairel pula kelihatan tidak keruan. Sekejap-sekejap membetulkan rambutnya yang separas bahu itu.

"Aina kamu tahu ke tujuan Zairel ni ikut kamu ke sini?" Tiba-tiba ayahnya bersuara, ditenungnya wajah Aina menanti jawapan. Aina hanya menggeleng.

"Jadi kamu nak surprisekan Aina lah ni ya?" Pandangan dialih kearah Zairel pula.

"Ya pakcik. Saya sengaja tidak memberitahunya terlebih dahulu, takut nanti dia tak setuju pula." Zairel mengetap bibir.

"Jadi lebih baik kamu tanya tuan empunya badan. Dia setuju, pakcik dan makcik pun akan setuju". Pak Muzaffar memberi arahan, dah macam tentera askar sahaja bunyinya. Tegas dan serius.

Sejurus dengan itu, Zairel Benjamin menerangkan semuanya kepada Aina tujuan dia datang menemani Aina hingga ke Kuala Lumpur. Puan Ani Zaleha dan juga Aina Batrisya mendengar dengan penuh khusyuk. Sesekali mereka memgangguk.

"Jadi Aina.. erm macam mana awak setuju tak?" Zairel mematikan lamunan Aina.

"Saya fikir dulu boleh tak?"

"Nak fikir apa lagi Aina, benda baik baik setuju je. Lagipun kamu dah kenal dengan Zairel ni kan? Lagipun dia hanya berikan cincin tanda je dulu. Nanti kita buat kenduri kecil doa selamat, jemput saudara mara, buat sekali majlis tunang kamu berdua". Puan Ani Zaleha membentangkan cadangannya yang difikirkan bernas itu. Suaminya Pak Muzaffar hanya melihat dan menggelengkan kepala. Baginya biarlah Aina yang membuat keputusan untuk dirinya sendiri.

Aina menghela nafas panjang. Tapak tangannya sedikit basah akibat peluh, mungkin peluh gemuruh agaknya. Dia serba salah, kerana keluarga Zairel pun dia belum pernah berjumpa. Walaupun Zairel memberitahu mama dan papanya bercuti bersama kawan setamannya dia Perth, itu bukan menjadi masalahnya. Lagipun dia boleh menunggu sehingga orang tua Zairel pulang dari bercuti. Apa yang menjadi beban fikirannya sekarang adalah, adakah keluarga Zairel boleh menerima dia seadanya? Aina merenung wajah ibunya, Puan Ani Zaleha melemparkan raut wajah yang penuh pengharapan, dah nampak macam Puan Ani Zaleha pula ibu kepada Zairel. Nampak bersungguh betul menyuruh Aina menerima sahaja si Zairel tu. Entah ilmu apa dipakai Zairel membuatkan ibunya beriya mahukan Zairel menjadi menantunya. Ayah Aina pula hanya memandang dengan wajah sayu, mungkin sedih bakal melepaskan tanggungjawab yang kini digalasnya kepada orang lain.

"Baiklah Aina terima Zairel. InsyaAllah jodoh panjang kita akan ke jinjang pelamin pula". Akhirnya Aina bersuara. Puan Ani Zaleha terus mengucapkan alhamdulillah, tanda syukur. Dia mahu Aina lekas berkahwin dan ada tempat berlindung apabila berjauhan dengan mereka nanti.

Sebelum bertolak pulang, banyak betul pesanan yang ditinggalkan Encik Muzaffar kepada Zairel. Puan Ani Zaleha pula sekadar curi-curi dengar, dia sibuk mengisi lauk pauk ke dalam tupperware untuk Aina bawa pulang ke rumah sewanya. Puan Ani Zaleha ada mempelawa Zairel untuk bungkuskan sekali untuk Zairel bawa pulang, tetapi Zairel menolak dengan baik, katanya bibik pasti sudah siapkan makan malam untuknya. Sepanjang perjalanan pulang ke Johor Bharu, Aina hanya banyak mendiamkan diri. Sesekali sahaja mereka berbual.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku