Isteri Aku Nanny!
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Oktober 2015
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1547

Bacaan






BAB 11

Hampir dua minggu Zairel Benjamin hilang entah ke mana. Langsung tiada khabar berita. Entah apa yang tidak kena, Aina sendiri kurang pasti. Dia mahu mendengar dari Zairel sendiri apa alasannya. 'Mungkin mama dan papa Zairel tak sukakan aku. Yelah kami bagaikan pipit dengan enggang', Aina hanya mampu berkata-kata di dalam hati. Sudah puas Aina cuba memghantar sms, satu pun tidak berjawab. Bila call, masuk voice mail, buang kredit betul. Aina menghela nafas panjang.

Ikutkan hati dia tak mahu bercinta lagi. Tapi bila ibunya Puan Ani Zaleha nampak begitu berharap agar dia menerima Zairel, Aina pasrah. Dia faham, ibu mana yang tak mahu anaknya mendapat yang terbaik pada masa hadapan. Lamunannya terhenti, apabila tiba-tiba satu tamparan hinggap di bahunya.

"Aina.. keluar jom".

"Kau ni kan, suka sangat bagi aku terkejut."

Hana hanya menyeringai hingga menampakkan gigi taringnya yang berada dibarisan atas kiri dan kanan.

"Nak pi mana? Aku rasa macam nak duduk rumah la pulak. Esokkan dah start kerja balik".

"Mana-mana jelah. Takpun aku belanja kau makan Choc Mud dengan Aglio Olio yang kau suka tu". Hana memberi cadangan.

"Secret Recipe?". Aina kelihatan teruja.

"Yelah mana lagi."

"Okay jap aku pakai tudung." Serentak tangannya mencapai purse hitam berjenama Guess yang dihadiahkan Zairel ketika kali pertama Aina menerimanya.

Ketika perjalanan menuruni anak tangga untuk ke parkir motosikal, Hana sempat meminta maaf kepada Aina.

"Kau ni, apa pulak nak minta maaf. Bukan salah kau pun. Mungkin dia menghilang sebab outstation ke kan? Manalah kita tahu." Aina cuba menyembunyikan kegelisahan yang timbul dihatinya sejak kehilangan Zairel yang tiba-tiba itu.

"Yelah.. bukan ke aku yang desak kau supaya cuba terima dia. Bagi dia peluang. Aku tak sangka pulak family dia boleh layan kau macam tu. Tup-tup pulak dia lenyap macam tu je, lagilah buat aku serba salah." Hana meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Tak pe, kali ni aku tak berharap sangat pun. Aku pun dah belajar dari kesilapan lalu. Kita ni tak boleh nak terbang terlalu tinggi, sampai kita sendiri naik gayat." Aina sudah mula mengeluarkan bahasa kiasan.

"Memang lah kita manusia tak terbang. Kalau burung bolehlah, takpun kalau kita naik kapal terbang". Hana bingung.

"Erm.. cuba kau bayangkan kita burung. Lepas tu kita terbang tinggi sangat sampai mencecah awan. Lepas tu tak semena-mena kepak kita terlanggar kipas kapal terbang ke, tak pun tiba-tiba kita pengsan waktu terbang tu." Aina berhenti dari terus berkata-kata cuba memberi ruang kepada Hana untuk membayangkannya.

"Okay lepas tu." Hana begitu teruja mendengarnya.

"Lepas tu kita pun jatuh atas tanah. Sakit tak? Silap hari bulan kita boleh mati. Tak pun kita makan tanah, makan rumput." Aina menduga Hana.

"Mestilah sakit gila, sebab jatuh dari tempat tinggi." Hana menjawab.

"Ha.. tulah maksud aku.. bila mana bercinta ni, kita letak harapan tinggi pada seseorang, suatu hari dia curang ke, atau pun tiba-tiba dia mintak putus. Aku rasa mau meraung kita macam lagu kumpulan New Boyz tu. Silap hari bulan makan tanah, maksud aku gila. Pernahkan kau dengar ada orang jadi gila sebab ditinggalkan, siap bunuh diri pun ada".

"Bagus.. syabas merabete. Kalau kau dah fikir macam tu, aku taklah susah hati sangat. Dan.. sekurangnya aku belajar sesuatu hari ni.. bercinta tak semestinya dia akan jadi milik kita, ye tak?" Sambil mereka berdua mengenakan helmet masing-masing.

**********

"Aku ingat nak beli sesuatulah untuk reward diri sendiri. Sesuatu yang aku susah sangat nak beli sebab aku rasa benda tu tak penting pun. Tapi sekarang tiba-tiba je rasa melonjak-lonjak pulak nak dapatkan dia. Ce teka.. ce teka". Aina berteka-teki. Betul! selama dia berada di JB, dia tak pernah pun nak beli sesuatu yang merepek-meraban. Selalunya kalau keluar pun, adalah dia sambar sehelai dua dress untuk pakai pergi kerja, lepas tu dia beli almari jenis kain tu, untuk letak kain baju dia.Paling terakhir dia beli tilam single, itu pun bukan main lama nak buat keputusan, sampaikan uncle 'tilam baru tukar lama' tu dah nak surrender melayan karenah si Aina. Mana tidaknya, hampir sejam dia menunggu si Aina bagi jawapan pasti. Nasib baiklah Aina setuju nak beli, silap hari bulan kalau Aina tak jadi nak beli mau dihantuknya kepala Aina dengan pembesar suara.

"Jap aku fikir", sambil kepalanya didongak sedikit ke atas menghadap siling pusat beli belah tersebut. Tangan pula disilangkan ke tubuh. Manakala kaki kanan dihenjut-henjutnya ke lantai. Atas bawah si Hana perhatikan Aina.

"Cepatlah sikit, kalau betul aku belanja kau topup RM 30. Tapi tiga kali je boleh, lepas tu tiada talian hayat. Keputusan adalah muktamad.". Aina memberi tawaran. Zaman sekarang ni topup memang sangat penting, lebih-lebih lagi yang dah ada pakwe.

"Kejaplah aku fikir. Handbag?" Geleng. "Lampu tidur yang bentuk turtle tu, yang ada muzik dengan bintang-bintang tu?"

"Ish lagilah bukan. Memanglah pernah aku pernah cakap kau nak beli. Tapi turtle tu kan murah kalau beli dekat Mr. DIY.. ni harga dia mahal sikit". Aina mrengus sampai terjongket bahu.

"Alah kau ni. Bagi jelah tau". Hana seakan merajuk tapi dalam hati melonjak nak jugak-jugak topup RM 30 tu. Bukanlah tak mampu nak beli sendiri, tapi dapat free kan lagi syok!

"So bendera putih la ni? Tak nak topup?" Aina sengaja memancing. Padahal kalau Hana tak jawab dengan betul pun, dia tetap nak bagi. Berapa sangatlah nilai RM 30 tu dengan pertolongan Hana yang membukit.

"Nak-nak". Hana seakan merengek macam budak kecil. " Erm.. perfume idaman kau tu kot. Beautiful Sheer by Estee Lauder. Hana mencuba nasib.

"Wow! Siap hafal lagi. Memanglah aku nak sangat perfume tu, tapi nanti kalau beli sayang pulak nak pakai. Perfume tu tunggu manuskrip aku siap, manatau ada rezeki, aku sambarlah dua botol sekaligus." Aina tersenyum manis, mula memasang angan-angan.

"Wei! Itu bukan. Ini salah. Habis tu apa yang betul?" Hana mencebik.

"Aku... nak.. beli... handphone baru! Suka tak.. suka tak?" Aina mula menunjukkan kegedikannya.

"Wah... ! Aku suka.. aku suka.. Jom." Hana pula yang terlebih teruja. Mana tidaknya hampir setengah tahun Hana pujuk Aina supaya up to date sikit, tukar handphone dia yang zaman batu tu. Tiba-tiba ribut tak ada, angin tak ada, tup-tup nak beli handphone baru.

Mereka beriringan menuju ke kedai Samsung. Sepertu biasa Hana Qaisarah yang melebih-lebih, macam dia pulak yang nak beli handphone baru. Mula-mula Hana mencadangkan beli iPhone 6 macam dia pakai sekarang, namun Aina menolak sekerasnya, katanya iPhone dia tak reti nak guna. Dan memang tak ada dalam list pilihan pun gadget keluaran Apple tu.

Setelah hampir sejam lebih memilih dan membelek, Aina akhirnya membuat keputusan. Model samsung mega menjadi pilihan. Screen besar, dan harga pun sedang-sedang je. Kiranya mampu miliklah. Biarlah Hana nak kata handphone tu agak ketinggalan sedikit ke belakang, Aina Batrisya tetap dengan keputusannya. Setelah membayar, Aina dapatlah beberapa free gift diberi oleh tuan kedai. Aina hanya mengangguk tanda setuju apabila tuan kedai meminta kebenaran untuk pasang terus tempered glass dan juga casing berwarna hijau. Segala application pun, Aina minta tuan kedai installkan. Maklumlah dirumah mana ada wifi, kalau guna internet mobile terasa rugi quota pula. Berjimat cermat ke tangkai jering si Aina ni.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, senyuman langsung tidak lekang sama sekali dibibir mungil Aina. Gembira bukan kepalang, lepas ni tak adalah dia asyik tumpang smartphone Hana semata-mata nak realisasikan salah satu cita-citanya sebagai 'stalker yang berjaya'.

**********

"Assalammualaikum mak! Hi..hi.. " Masih tidak hilang lagi keterujaan Aina. Yalah, kebanyakkan perkara pertama berlaku di Johor Bharu ini. Esok lusa entah apa lagi kali pertama yang akan muncul dalam hidup Aina.

"Kamu dah kenapa, belum apa-apa lagi dah tergelak-gelak. Kena rasuk ke apa? Mak dengan ayah baru balik dari surau ni. Solat isyak kat sana. Kamu ni sihat ke?"

Aina menarik nafas panjang, lalu dilepaskan perlahan." Sihat je mak. Untung mak dengan ayah dapat buat pahala sama-sama. Pergi surau sama-sama. Aina ni nak pergi surau pun jauh. Jadinya solat kat rumah je lah."

"Jangan kamu tak solat sudah. Sekali-sekala nanti solat lah berdua dengan si Hana tu. Dapatkan pahala berjemaah. Ha.. ni yang kamu gelak-gelak tadi dah kenapa?"

"Tak ada apalah mak. Aina.. errr. .. baru je petang tadi beli phone baru. Tu yang teruja tak habis-habis tu. Ada rezeki nanti, Aina beli untuk mak dengan ayah jugak, boleh kita berwhatsapp, hantar gambar ke. Hilang sikit rindu kat mak dengan ayah nanti." Aina mula sebak.

"Dah-dah ada duit tu, kamu simpan. Ayah dengan mak tak sampai hati sebenarnya nak ambil duit kamu. Duit yang kamu selalu bankin kan tu, langsung tak terusik. Sebab kami ni berdua je, banyak mana sangat belanjanya."

"La.. kan Aina dah bagi mak dengan ayah, guna jelah. Aina makayah janganlah risau. Duit tu nanti, buatlah pergi melancong ke, tak pun pergi umrah lagi sekali."

"Kami ni dah tua. Dah tak fikir dah hal dunia ni sangat. Memang rindu nak ngadap Kaabah. Tapi mak dengan ayahkan tahun lepas dah pergi, biarlah bagi ruang kat orang lain pula. Kesian mak tengok masa zaman kami buat haji dulu, berpusu-pusu orang. Ada yang sampai kena pijak pun ada. Syukur alhamdulillah, mak dengan ayah kamu ni, dipanggil awal. Rezeki kami dapat melaksanakan haji dan umrah waktu tengah larat. Badan pun sihat lagi. Ni ayah kamu tu bukan boleh jalan jauh sikit, mulalah sakit dada. Mak pulak, lutut ni selalu sangat sakit-sakit. Kadang-kadang tu solat pun sambil duduk je." Panjang lebar Puan Ani Zaleha bercakap. Dia pun sebenarnya rindu sangat pada Aina. Walaupun baru sahaja mereka bertemu dan berpelukkan, namun tidak puas!

"Mak dengan ayah jangan lupa makan ubat ya. Aina rindu sangat nak peluk mak ayah. Hari tu datang pun sekejap sangat. Uhuk...uhuk.. ", Aina sudah mula menangis. Dia tidak dapat menahan sendu.

"Aina Batrisya sudah lah tu. Eloklah kamu rehat. Esok kamu kerjakan. Nanti kalau dapat cuti panjang, kamu baliklah sini. Tidur sini. Boleh tidur dengan mak. Ayah kamu biar tidur kat ruang tamu. Tak adalah mak nak kena dengar dengkur ayah kamu tu tiap-tiap malam." Puan Ani Zaleha sengaja berkata begitu, supaya anak tunggalnya melupakan sebentar kesedihan akibat rindunya itu.

"Mak ni.. tak baik tau.. kesian ayah". Aina tergelak kecil. Berjaya nampaknya plan Puan Ani Zaleha.

"Okaylah mak. Esok orang ada janji. Nak makan nasi lemak pandan mak cik Milah kat seberang sana tu. Nanti Aina call lagi. Bila cuti nanti ke. Boleh sembang panjang lebar." Memang tak puas rasanya bersembang sekejap-sekejap ni.

"Oo dengan si Zafrel Penjamin tu ya. Kamu dah jumpa orang tua dia ke?" Nampaknya Puan Ani Zaleha benar-benar ingin tahu perkembangan anaknya bersama jejaka yang sudah berjaya memenangi hatinya itu.

"Dah jumpa dah. Tapi nanti Aina cerita kat mak. Panjang sangat.. Ha lagi tu nama dia bukan Zafrel Penjamin mak.. tapi Zairel Benjamin", Aina menutup mulut dengan bantal. Ditahan dari terus tergelak sakan. Benjamin dikata Penjamin.. kalaulah mama dia tahu, makan hati berulam jantunglah jawabnya.

Setelah mematikan talian. Aina mula berasa gusar dengan persoalan yang dilontarkan ibunya. 'Aduh, apa aku nak jawab nanti, kalau mak terus-terusan tanya pasal si Zairel tu. Dah la lesap macam tu je. Masuk angin keluar asap betullah si Zairel Benjamin ni!'

#matilahkaunak



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 | BAB 17 | BAB 18 | BAB 19 | BAB 20 | Bab 21 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku