Isteri Aku Nanny!
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Oktober 2015
alhamdulillah.. Sudah diterbitkan..boleh dapatkan di MPH atau Popular dan juga ditoko-toko buku terpilih berhampiran anda :) terima kasih buat para pembaca..bab ini bukan versi penuh.. boleh dptkan buku dri penulis juga ya di fb ayu balqishah
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2179

Bacaan






BAB 12

Mata Aina membutang. Percaya dengan tidak apabila nama Zairel terpampang di screen whatsappnya.

Hye orang tu dah ada whatsapp, tak nak text kita pun. ~ Zairel

Assalammualaikum. Mana tau saya dah ada whatsapp?

Aina yang masih baru dalam dunia gadget dan aplikasi smartphone sedikit pelik. Dia tak update pun kat mamat ni yang dia dah ada whatsapp.

Awak kat mana tu. Tengah kerja ke?

Zairel tak kuasa menjawab soalan bodoh Aina. Baginya sekarang, dia perlu dapatkan gadis bajet suci ini untuk dijadikan isteri. Cinta? Mungkin lepas kawin nanti baru fikir macam mana nak hadirkan rasa cinta. Zairel sebenarnya dia tidak tahu, bagaimana caranya menawan hati Aina.

Zairel Benjamin langsung tak menepati ciri-ciri lelaki idaman Aina Batrisya.

Zairel pun satu, bukan tak ada gadis-gadis di luar sana yang terkejar-kejarkan dia, cuma bagi Zairel kalau nak jadikan isteri biarlah seorang gadis yang sukar didapatkan dan lagi jual mahal, lagilah dia suka. Lagipun kalau dia pilih Lily pilihan mamanya yang seksi, hot, kaki panjang, menggoda belum tentu dia dapat didik jadi elok. Lebih lagi Lily kaki clubbing dah ramai lelaki yang ditidurinya. Mamanya sahaja yang buta menilai.

Ya saya tengah kerja, cuma sekarang time lunch. Bolehlah layan awak sekejap. Awak pergi mana selama ni? Sekarang baru nak muncul?

Aina tak mahu berbasa-basi lagi. Alasan apalah yang akan digunakan Zairel untuk mengaburi mata dia.

Saya outstation seminggu di Penang. Lepas tu saya terus bergegas ke Sabah. Semua atas urusan kerja.

Erm.. patutlah saya sms tak reply. Call tak pernah dapat. Lepas ni janganlah buat macam tu. Kalau betul awak nakkan sayalah. Lagipun saya pun sedar diri saya ni siapa. Gadis kampung. Pelajaran pun tak ada. Kikis harta awak saya taulah.

Aina sudah keluar ayat sinis. Sengaja dia cucuh api, bagi panas hati si Zairel. Harapnya Zairel bantutkan niatnya untuk melangkah ke fasa hubungan yang lebih serius.

I miss u so much. Hati meronta, tubuh menggeletar ingin mendapatkan mu.. Haruman wangianmu membuat aku terpaku. Andainya kita bersua, pasti aku ingin merangkulmu, mendakapmu dalam pelukkan hangatku. Apa yang dapat aku pastikan kau tidak akan terlepas dari genggamanku. Nanti kita jumpa ya sweetheart..

Terbeliak mata Aina sesaat. Membaca madah pujangga kiriman Zairel. Seram sejuk dibuatnya sampai meremang bulu tengkuk beregu dengan bulu hidung Aina. Jika meremang saat menonton filem Puntianak Harum Sundal Malam, lebih lagi part kepala atas tanah tu dah tak boleh tahan. Saat ini meremangnya memang melebihi daripada menonton filem seram! Apa tujuan Zairel? Pelik! Ada genetik hantu agaknya dia ni.

Aina cuba menatap screen telefon bimbitnya sekali lagi. Cuba menghayati apa yang ingin disampaikan si Zairel. Geli geleman Aina nak menghabiskan pembacaannya. Mual nak termuntah warna pelangi dibuatnya. Dasar jantan miang! Penyudahnya telefon bimbit disumbatkan semula ke dalam tas tangan yang dikepitnya sejak dari tadi.

**********

Sejak dari minggu lepas, anak asuhan Aina sudah mula ke tadika. Rutin harian Aina juga berubah sejak itu. Setiap hari Aina perlu menyediakan segala keperluan Adam, dari segi keperluan, belanja harian dan segalanya tentang Adam. Dan dia juga ditugaskan untuk sentiasa mengawasi Adam di private school yang telah dipilih majikannya, ini adalah kerana Adam masih belum pandai membiasakan diri dengan rakan sekelas. Tambahan pula dengan keadaan Adam, lagi menyukarkan untuknya menyesuaikan diri.

Mengingati perbualan bersama Izhan Rayqal pagi tadi, betul-betul bikin Aina lemah lutut. Dia masih belum bersedia sebenarnya. Memang boleh redah je, tapi nanti kalau apa-apa jadi macam mana. 'Kalau tiba-tiba aku kena serangan jantung macam mana? Sudahlah kena ambil sekaligus, ingat otak aku ni memory card ke apa. Semua nak kena ingat dalam masa yang singkat!'

"Seminggu dari sekarang, saya akan hantar awak ke Metropolitan Driving School. Awak akan belajar memandu selang satu hari dalam masa satu minggu, sehinggalah awak lulus." Izhan Rayqal pandai-pandai membuat keputusan untul Aina tanpa meminta persetujuan dari tuan punya badan.

Aina hanya tunduk membisu. Nanti dibalas cakap, katanya tak hormat majikan pula.

"Dan.. lagi satu katakanlah kelas memandu awak hari Isnin, maka hari Selasa tu, saya akan hantar awak ke kelas Bahasa Inggeris. Kelas tu tak lama pun, sehari hanya dua jam sahaja." Zairel membuat muka serius menandakan arahan perlu dipatuhi, tidak boleh membantah.

Kali ini wajah Aina berubah kelat. Dia cukup tak suka orang melakukannya sesuka hati. Lantaklah majikan sekali pun. Aina tangkas berdiri menghadap wajah anak majikannya itu.

"Encik Izhan Rayqal. Saya Aina Batrisya sangat-sangat tidak suka orang membuat keputusan untuk diri saya sendiri tanpa kebenaran saya. Lagi pun langsung tak mendatangkan faedah pun untuk saya. Saya bukannya ada kereta, buang duit saja nak ambil lesen. Kedua saya langsung tak berminat dengan kelas bahasa-bahasa ni, cukuplah Bahasa Melayu dan Kesusateraan Melayu saya dapat A masa SPM". Aina senyum mengejek, sengaja dia tekankan dua subjek tu, supaya Izhan Rayqal tahu walaupun dia bodoh dalam Bahasa Inggeris namun bahasa jiwa bangsanya tetap A !

Wajah Aina Batrisya agak dekat dengan wajah Izhan Rayqal. Diperhatinya setiap inci wajah gadis polos itu. Dia akui dalam hati, bahawa gadis yang berdiri di hadapan nya ini, asli kecantikkannya, jika dipandang sekali imbas wajahnya persis gadis arab tapi masih nampak melayu. Kecuali jika dia mengenakan purdah, pastinya matanya yang agak galak itu menjadi kegilaan ramai lelaki.

"Hello". Aina menggawangkan tangannya ke ruang mata lelaki itu.

Izhan Rayqal tersedar, pantas wajahnya dialihkan ke arah lain. Malu sungguh rasanya, kalaulah Aina Batrisya tahu apa yang bermain di kotak fikirannya, pasti dia mendapat dua kali malu. Izhan Rayqal buat-buat membetulkan suaranya dengan berdehem.

"Okaylah macam ni, faktor utama saya hantar awak ke kelas memandu sebab lepas ni, awak kena hantar dan ambil Adam dari private schoolnya. Kedua saya nak semua pekerja saya mampu menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa. Lagipun even Mak Piah pun belajar Bahasa Inggeris, takkan awak pula saya nak kecualikan".

"Tapi saya dah ada dua bahasa yang saya tahu. Bahasa Melayu saya sangat fasih dan Bahasa Arab, memanglah tak lancar macam orang arab tu, tapi sekurangnya saya ada basic". Aina tetap tak mahu mengalah.

"No, when i said you must attend, so you have to go! No excuses!" Izhan Rayqal sudah menunjukkan wajah singa yang menanti mangsa untuk diterkam.

"Aina, jom Adam dah keluar tu. Nanti lambat pula kita sampai ke rumah". Suara Pak Mat mematikan lamunan Aina. Pak Mat sudah hampir 15 tahun berkhidmat bersama keluarga Datin Qalsum. Kesetiaannya bersama majikannya sangat Aina kagumi, mungkin sebab tu Pak Mat tinggal serumah bersama keluarga majikannya. Lagi pula Pak Mat seorang duda tanpa anak.

Aina bangun lantas menyambut Adam dengan senyuman manisnya. Adam juga begitu, dipeluknya Aina seperti sudah bertahun tidak bersua.

**********

"Kenapa dengan kau ni, Aina? Aku tengok monyok semacam je sejak kau balik dari kerja tadi." Tanya Hana sewaktu Aina menghenyakkan punggung di sebelahnya.

Aina mengeluh berat untuk ke sekian kalinya. Dia sangat kusut sekarang.

"Aku tak fahamlah dengan anak majikan aku tu. Senang-senang je dia buat keputusan untuk aku. Bukan nak tanya dulu. Aku cukup benci orang macam tu, kau tau tak?" Luah Aina. Dia sangat takut untuk belajar memandu. Bukannya dia tidak pernah mencuba, tapi sejak dia terlanggar anak kucing melintas di tengah jalan semasa latihan memandu dijalankan, dia sudah menjadi seorang yang fobia untuk pegang stereng kereta.

"Macam mana aku nak tahu, kalau kau sendiri tak cerita. Apa yang kau marahkan sangat dengan Izhan Rayqal tu?" Sambil bertanya, sambil itu juga tangan Hana laju menyuap maggi cawan yang dibelinya siang tadi.

"Dia paksa aku ambil lesen, lepas tu masuk kelas Bahasa Inggeris. Aku tak naklah. Kelas omputeh tu aku okay lagi, tapi kelas memandu tu...". Aina mati kata-kata. Kelihatan airmatanya bertakung. Tunggu masa mencurah je.

"Allah.. takkan sampai nak menangis. Perkara tukan dah lama. Aku yakin kau boleh punya. Sebelum masuk kelas kau doa banyak-banyak. Mintak pada Dia, agar semua dipermudahkan." Jelas Hana, namun masih setia bersama maggi ditangan.

"Kau cakap senanglah". Serentak Aina berlari meninggal Hana yang terpinga-pinga.

Hana yang serba salah terus meletakkan mee maggi kesayangannya ke lantai. Berlari anak mengejar Aina dari belakang. Dah macam orang bercinta pula.

"Kau ni takkan dengan aku pun nak merajuk. Tak bestla macam ni. Kau nak mee maggi tak? Aku ada belikan perisa tomyam, kau sukakan?" Hana buntu bila terdengar tangisan Aina, walaupun wajahnya disembamkan ke bantal Stitch, ternyata masih kedengaran jelas ke gegendang telinga Hana. Nampaknya tangisan Aina agak parah.

Akhirnya pujukan Hana berhasil. Hilang sedikit gundah dihati.

"Dah pergi cepat buatkan aku maggi tomyam". Aina separa merengek, dah macam budak kecil. 'Siapalah yang bertuah dapat si Aina yang gembengni.'

"Nah!" Aina menyambut huluran maggi tomyam dengan mata yang merah.

"Kau ni, asyik-asyik nak sentap. Haish macam manalah bila dah ada suami nanti, mati kutu dia nanti nak pujuk kau. Kesian Zairel".

"Hilang selera aku bila kau sebut nama Zairel. Dah la jangan sebut nama dia lagi". Aina buat muka slamber.

"Pulak dah..."Hana tepuk dahi sendiri.

"Aku fobialah. Buatnya aku melalak masa tengah nak belajar bawak kereta macam mana? Malulah aku depan pegawai tu nanti".

"Ha.. dah tau malu, kau cubalah lawan perasaan fobia tu. Kalau ikutkan aku ni pun ada fobia, kau tau tak?" Hana buat muka teruja nak sambung cerita.

"Kau tak pernah cerita pun. Apa benda yang kau fobiakan tu?" Aina mula tunjuk muka ingin tahu.

"Aku fobia nak bawak basikal. Masa tu, arwah atuk aku ada lagi. Biasalah kan budak bandar masuk kampung. Semua benda nak cuba. Aku bawaklah basikal tua atuk aku tu, dah la besar, brek pun macam makan tak makan je. Tapi aku tetap jugak nak bawak. Lastnya, aku terlanggar sekor anak ayam tengah dok sibuk melintas nak ke seberang ikut mak dia. Basikal pulak tinggi, aku nak tahan pakai kaki bagi dia berhenti tak sampai pulak, apa lagi aku dengan basikal atuk aku tersadai masuk dalam semak. Nasib baik tak masuk longkang. Paling sadis, anak ayam tu mati katak je kat situ. Sampai sekarang dah 10 tahun berlalu, aku langsung tak tahu siapalah gerangannya tuan punya ayam tu". Hana buat muka toyer dengan mata yang mengecil.

"Haha... hahaha...". Pecah berderai gelak Aina hingga mengalir airmata yang berbaki tadi.

"Tak baik kot gelakkan. Aku serius ni. Tapi sekarang fobia tu dah pun hilang. Makan masa tiga tahun jugalah nak baik pulih fobia aku ni". Hana hanya tergelak kecil mengingati kenakalan zaman kanak-kanaknya.

"Aku bukan sengaja nak gelak. Tapi aku tak boleh tahan. Sebab terbayang kat ruang mata aku ni, kau jatuh tergolek dengan basikal tua tu. Zaman sekarang ni, mana ada dah kan basikal macam tu." Aina mengelap air matanya. Hatinya kembali tenang. Ada betulnya juga kata Aina, tak salah mencuba, selagi tak cuba mana nak tahu sama ada kita boleh ke tidak.

"Haar, aku pernah juga balik kampung arwah atuk aku, masa raya baru-baru ni. Basikal tu dah tak ada. Kata mak, pihak muzium dah ambil. Aku rasa untuk pameran la kot. Aku malas tanya lebih-lebih sebab nanti aku sedih pulak kenangkan arwah."

Al Fatihah buat Haji Mohd Yusoff b. Puteh Jalil

"Terima kasih, Hana. Sebab kau selalu ada waktu aku happy, aku sedih. Aku susah. Aku untung dapat kawan macam kau. Dan kau pun mesti rasa beruntungkan ada kawan macam aku." Aina menjongketkan kening kirinya persis Ziana Zain.

"Mestilah beruntung. Aku untung, kau pun beruntung. Win win situation." Aina hanya kerut dahi mendengar apa yang dikatakan Hana. Malas pula nak bertanya maksud win win situation yang dimaksudkan.

"Harapnya ukhuwah fillah yang terjalin kekal hingga ke syurga". Serentak perkataan ameen keluar dari mulut mereka berdua.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. ~ kata-kata indah Imam Syafie r.a



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku