Isteri Aku Nanny!
BAB 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Oktober 2015
alhamdulillah.. Sudah diterbitkan..boleh dapatkan di MPH atau Popular dan juga ditoko-toko buku terpilih berhampiran anda :) terima kasih buat para pembaca..bab ini bukan versi penuh.. boleh dptkan buku dri penulis juga ya di fb ayu balqishah
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3407

Bacaan






"Kau cuma register jelah hari tu ya? Untunglah dapat belajar bawak kereta, free pulak tu. Kalau ikutkan Driving School Metropolitan tu mahal. Sebab dia ajar sampai kita lulus." Hana menyokong tindakan majikan Aina yang baik hati itu.

"Hmm."

"Fobia kau tu, kau cuba buang jauh-jauh. Fikir perkara yang menggembirakan je. Lagi satu baca doa banyak-banyak supaya dipermudahkan." Hana menambah.

"Kau tak payahlah buat perangai menung kau tu lagi. Sekarang ni, kau buat je apa yang dia orang nak kau buat. Lagi pun benda baikkan. Lainlah benda buruk." Hana geram dengan Aina yang tak habis menung dari tadi.

"Aku risaulah. Mamat tu.. macam bencikan aku sangat-sangat. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku tahulah aku ni tak cantik, sebab tu dia layan aku macam aku ni tiada nilai langsung. Macam kaca. Kau tau kan? Kaca dengan permata mana lagi lebih bernilai." Aina menahan sebak. Dia benar-benar tertekan. Sudahlah si Zairel tu hilang lagi entah ke mana. Mana-mana lelaki pun memang tak kan sukakan dia. Itulah yang Aina rasakan sekarang ini.

"Sudahlah tu, tak yah la bandingkan diri kau dengan kaca ke apa ke. Yang penting sekarang ni, kau teruskan apa yang kau dah rancang dari awal. Pasal jantan-jantan tu semua, pegi mam. Ni lagi satu hujung bulan ni, aku gaji aku nak belanja kau pergi satu tempat ni. Kau dan aku je." Ada sahaja rancangan si Hana bagi menghiburkan hati teman baiknya itu. Lalu Hana menghulurkan jari kelinking nya tanda perjanjian diikat. Aina yang dari tadi hanya mendengar akhirnya tersenyum lalu menghulurkan jari kelingkingnya juga tanda setuju.

**********

Hari ini Aina mengambil keputusan untuk bersama anak asuhannya, Adam. Dia telah pun membatalkan kelas Bahasa Inggeris nya untuk hari ini. Datin Qalsum ada memberitahu bahawa Adam seakan kurang sihat semenjak ketiadaan Aina.

Aina tergelak sendirian bila mengenangkan pengalamannya mengikuti kelas memandu. Mujurlah si Izhan Rayqal tiada ketika sesi memandu di jalan raya. Kalau tidak pasti teruk dia dia dibasuh.

Kelas memandu tak pernah miss, dulu masa sesi ceramah selama beberapa jam, Aina setia di dalam kelas sampai tersenguk-senguk menahan ngantuk. Ujian komputer pun sudah lepas dengan cemerlang. Tetapi, yang paling Aina rasa nak terjun lombong, bila mana dia sendiri kena pegang stereng. Tambahan pula ada seorang cikgu lelaki yang begitu setia menonton Aina memandu dengan keadaan teragak-agak.

Ada sekali, baru saja angkat kaki kiri dari clush dan kereta sudah mula bergerak, kelam kabut Aina tarik handbrake sehingga menyebabkan kepala cikgu terhantuk di dashboard. Itu belum lagi masuk bab menangis masa disuruh memandu di jalan raya.

Sudahnya, dek kerana meluat dengan perangai penakut Aina, pihak sekolah memandu nasihatkan agar dia berehat sahaja dulu. Ambil mood semula.

"Aina, awak balik tgok filem KL Driff dulu ye, kot semangat sikit lepas ni" ada pula cikgu lain yang sempat memerli.

**********

"Adam tak sihat ke sayang?" Panggilan sayang memang sudah termaktub untuk Adam. Adam pun nampak senang dengan panggilan itu.

Seperti kebiasaannya, Adam hanya menggeleng jika jawapannya tidak dan sebaliknya jika menandakan ya.

"Mama kata Adam tak nak makan? Kak Aina suapkan ya? Adam nak makan apa, name it akak masakkan. Takpun kita masak sama-sama nak tak?" Aina merenung Adam dengan penuh kasih sayang.

Whiteboard sebesar saiz buku tulis diambil. Lalu Adam mencoretkan sesuatu di atas papan putih tersebut. Aina menanti dengan penuh kesabaran. Ditariknya Adam duduk di atas ribaannya. Ternyata berat badan Adam sedikit ringan. Aina dapat rasakannya.

ADAM RINDU KAKAK. ADAM NAK MAKAN SAMA KAKAK

Cepat betul Adam belajar. Walaupun hanya perkataan mudah. Namun bagi Aina ianya sesuatu yang membanggakan. Selalunya apa yang ditulis Adam, Aina terpaksa meminta bantuan Mak Piah. Hanya Mak Piah yang faham apa yang ditulis Adam, kerana sebelum kemunculan Aina, Adam banyak habiskan masa bersamanya.

"Okay jom, kita tengok apa yang ada kat dapur. Kita masak sama-sama. Tapi akak rasa kita elok makan sup ayam. Adam tak sihat, akak pun jadi tak sihat jugak tau. Kalau Adam sayangkan akak, Adam kena cepat-cepat sembuh, lepas tu boleh jumpa kawan-kawan kat sekolah". Satu ciuman singgah ke pipi kanan Adam. Sungguh Aina sudah terlalu sayang Adam.

Mereka berdua menjengah ke dapur. Kedengaran bunyi sudip berlaga dengan kuali. Apalah agaknya yang sedang digoreng Mak Piah.

"Assalammualaikum Mak Piah, buat apa tu? Kami datang nak tolong kacau." Aina gemar betul mengusik Mak Piah.

"Kamu ni kan, asal masuk ke dapur je tanya buat apa. Takkanlah aku dok baiki beskal, dah tentulah aku tengah memasak", Mak Piah sudah menganggap Aina seperti anaknya sendiri. Terkadang di bahasakan dirinya dengan panggilan Mak Piah, kalau mood nya bertambah baik hati itu, makanya beraku engkaulah jawabnya.

"Ya tak ya lah, apalah kita ni kan Adam.. Hihihi", Aina sengaja gelak gatal, sambil direnungnya Adam yang sudah pun mengambil periuk.

"Hihihi.." serentak dengan itu Adam mengetuk-ngetuk bontot periuk yang dipegangnya.

Mak Piah dan Aina saling berpandangan. Lama mereka merenung Adam. Antara percaya dan tidak sahaja apabila mendengar suara Adam yang meniru gelak Aina. Mereka seolah sedang bermain freeze pula. Iyalah masing-masing kaku, termasuk Adam.

Kelekang!

Tiba-tiba periuk yang dipegang Adam jatuh ke lantai. Barulah Mak Piah dan Aina tersedar dari lamunan yang panjang itu. Bau hangit datang menerpa ke hidung mereka bertiga. Si Adam sibuk menutup hidung, manakala tangan yang satu lagi mengipas-ngipas asap yang sudah berkepul.

"Alamak! Hangit teruk dah ni, Aina." Menggelabah Mak Piah, terus dimatikan api dan ditutupnya permukaan kuali menggunakan penutup periuk kukus.

"Fuh..fuh.. "

Mereka bertiga serentak keluar dari dapur. Cuba melepaskan asap yang terperangkap di paru-paru mungkin. Mujur ruang tamu dipasang Air Purifier, kalau tidak pastinya mengambil masa lama untuk mendapatkan kualiti udara yang baik dengan cepat. Penghawa dingin pula dia pasang lebih rendah dari 25°c ke 16°c. Dah macam anak beranak jika melihat keletah mereka dari jauh. Ketiga-tiganya bersandar di sofa sambil mengdepakan tangan masing-masing. Mata juga turut dipejamkan.

"La.. korang ni dah kenapa?" Datang satu suara dari arah depan. Aina langsung tidak mempedulikan soalan tersebut.

"Mak Piah, kenapa semua duduk santai kat sini?"

"Sengaja kami ambil udara segar kat sini. Kamu tu tak pergi ke pejabat hari ni?" Giliran Mak Piah pula menyoal, tanpa membuka mata yang terpejam. Adam pula, apabila melihat Aina masih berada dalam keadaan yang sama, dia juga turut meniru aksi Aina. Comel sungguh!

"Petang sikit baru saya masuk. Biasalah nama pun bos kan." Lalu diberi jelingan tajam ke arah Aina. Tapi hampa, Aina masih bertahan memejam mata tanpa menunjukkan sekelumit rasa bersalah.

Akhirnya Izhan Rayqal menaiki anak tangga menuju ke atas dengan menghentakkan kaki dengan kuat.

Kelepak! Kelepak! Bunyi tangga batu dihenyak selipar getah crocs.

Jika dia terus melihat aksi Aina sebentar tadi, mahu menanah mata dibuatnya. Dia tidak boleh melihat Aina berehat-rehat, entah apa yang didengkinya Aina sendiri pun hilang akal memikirkannya.

Setelah memastikan tiada lagi kedengaran bunyi selipar getah milik Izhan Rayqal, Aina cepat-cepat membuka mata. Ikutkan keadaan yang sejuk bersama udara segar dan nyaman, ditambah pula bauan aromatheraphy Purifying yang dibeli Datin Qalsum dari Spa Village Kuala Lumpur tempoh hari membuatkan Aina sungguh-sungguh berasa begitu relax sehingga terasa mahu tidur.

"Kamu nak masak apa tadi Aina dengan Adam?"

Adam yang berada di sebelah Aina, lekas-lekas menulis sesuatu di papan putih miliknya. Lalu ditunjukkan kepada Mak Piah.

"Owh sup ayam." Mak Piah angguk laju.

"Pergilah Mak Piah nak berehat sekejap. Lagipun sekejap lagi, cousin si Iz nak datang, katanya nanti nak bawak lauk yang di masaknya. Betul ke tidak wallahulam, silap-silap bibik Noah tu jugak yang tolong masakkan. Dia tumpang glamer", Mak Piah mencebik tanda tak percaya.

"Fany ke?"

"Ya siapa lagi kalau bukan dia. Kau ni soalan tu tak de ke yang taraf universiti sikit?" Mak Piah senyum mengena.

"Hehehehee", Aina gelakkan diri sendiri. Dia pun satu, siapa lagi yang selalu datang kalau bukan si Fany tu.' Tak sedar-sedar yang dia orang tu sepupu. Bagilah change kat orang lain.' Omel Aina dalam hati.

Dia menarik manja tangan Adam pergi ke dapur. Disiapkan segala rencah untuk membuat sup ayam. Sedap sungguh bau tumisannya. Menarik sesiapa sahaja yang terbau keharumannya. Adam pula entah berapa kali terjengket-jengket mahu melihat ke dalam periuk.

"Sekejap ya sayang, sikit je lagi nak siap". Sambil tangan Aina laju mengacau sup ayam. Adam hanya senyum.

"Eleh macamlah sedap sangat. Entah-entah jadi makanan tong sampah". Izhan Rayqal muncul tiba-tiba.

"Adam nanti kalau sedap, Adam hirup sup ni macam ni tau." Aina ambil mangkuk besar, dan buat-buat tuang ke mulut.

Slurp..Slurp..

"Buat bunyi sekali tau, bagi orang tu meleleh air liuq, terketaq tempurung lutut. Huh!" Aina tikam Izhan Rayqal dengan jelingan paling tajam tahap maximum.

"Macamlah orang kebulur sangat", Izhan Rayqal melangkah keluar dari dapur. Duduk di sofa sambil meneguk jus pink guava. Remote astro dicapai. Habis sudah semua channel dijelajahnya, namun tiada yang menarik pandangan. Akhirnya dibiar TV yang menontonnya yang sedang terbang di langit biru. Jauh melayang di buai perasaan yang dia sendiri tidak dapat nak terjemahkan.

Lima belas minit telah pun berlalu. Aina mengalihkan sup ayamnya ke mangkuk corelle bercorak bunga merah jambu. Di cedok sepinggan nasi, diletakkan di atas meja makan dapur. Terasa berat kakinya untuk menjamu selera di meja makan hadapan. Lebih baik makan di dapur dari makan hati berulam jantung di depan. Izhan Rayqal pun nampaknya sedang berehat di ruang tamu. Nanti tak pasal-pasal singa tu mengaum pulak, mati pula selera dia dan Adam.

"Jom sayang. Duduk sini", sambil Aina menarik bangku di sebelahnya. Adam menuruti sahaja apa yang dipinta Aina. Aina mengambil mangkuk kecil dan mengisinya dengan sup ayam. Adam yang tak sabar-sabar terus mengambil sudu dan menghirup sup tersebut. Kepalanya diangguk berkali-kali.

"Tak panas ke tu?", Aina tersenyum riang melihat keletah si Adam.

"Sayang.. kan kak Aina dah pesan sebelum makan kita mestilah berdoa, tanda syukur kepada pemberi rezeki". Aina menadah tangan, begitu juga Adam.

Selesai berdoa, barulah di suapnya nasi putih kosong bersama cebisan ayam yang dicampurkan sedikit sup, dia menggunakan tangannya untuk menyuap anak asuhannya itu. Baginya menggunakan tangan sendiri adalah lebih untuk mengeratkan kasih sayang yang lebih utuh. Di ciumnya dahi Adam berkali-kali. Berselera betul si Adam.

Adam menunding nasi dipinggan menggunakan jari telunjuknya. Aina hanya menganggguk faham, lalu mengambil sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut sendiri. Adam tersenyum riang dan menepuk-nepuk tangan.

Aina memanjatkan doa didalam hati.

'Ya Allah .. berkatilah hubungan kami. Permudahkanlah urusan kami, agar kami saling memahami antara satu sama yang lain. Kembalikanlah Adam seperti kanak-kanak normal yang lain. Hanya padaMu tempat kami bergantung harap.'



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku