Isteri Aku Nanny!
BAB 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Oktober 2015
alhamdulillah.. Sudah diterbitkan..boleh dapatkan di MPH atau Popular dan juga ditoko-toko buku terpilih berhampiran anda :) terima kasih buat para pembaca..bab ini bukan versi penuh.. boleh dptkan buku dri penulis juga ya di fb ayu balqishah
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
730

Bacaan






BAB 18

"Aku rasa cuti yang tinggal 3 hari lagi ni, nak balik KL. Kau nak ikut tak?" Aina merasakan, Hana perlu tahu perancangannya, yelah merekakan teman serumah merangkap sahabat sejati.

Hana yang lagut mengunyah jagung manis yang direbusnya setengah jam yang lalu, tidak mempedulikan pertanyaan Aina. Matanya juga tertancap di TV menonoton Nasi Lemak Kopi O di channel 9.

"Wei, aku tanya ni. Kau leh wat donokan. Aku merajuk kejap lagi baru kau tahu." Aina mengugut.

"Buat apa nak merajuk pagi-pagi macam ni. Rezeki baru nak masuk pun payah nanti. Baik kau tolong aku buatkan air. Lagi besar pahala sebab tolong kawan yang dah tak mampu nak berdiri ni". Lain ditanya lain pula si Hana di melalut.

"Jawablah dulu, kau nak ikut tak, aku balik KL." Aina bertanya buat kali kedua.

Hana merenung sekejap wajah temannya yang mengharap.

"Aku rasa kau tak payah balik KL dulu. Cuba kau tengok diri kau kat cermin. Dengan muka pucat lesi macam orang sakit, badan dah melidi. Kalau mak ayah kau tengok keadaan kau macam ni, bukan ke buat dia orang risau je. Nanti depe ingat kau tu putus cinta lagi." Hana tak menghalang kalau Aina benar-benar nak menjenguk mak ayahnya di KL, tapi melihat keadaan Aina yang separuh siap tulah yang menjadi punca Aina patut dihalang. Nanti tak pasal-pasal Aina kena pindah semula ke KL, tak ke naya nanti.

"Yelah kan. Aku duduk rumah jelah jawabnya." Aina hampa. Ada benarnya kata-kata sahabat baiknya itu. Dia datang ke sini nak ubah kehidupan, berdikari. Nanti apa pula kata mak ayah nya kalau tengok dia macam tu. Aina memikirkan perkara yang sama seperti Hana. Dia bukan tak mahu tinggal semula di KL, namun dia belum bersedia. Lagipun setahun pun belum sampai lagi dia berada di JB ini.

"Ha.. yang tu kau tak payah risau, aku dah plan baik punya untuk cuti kita yang tersisa ni, tanpa melakukan perkara yang sia-sia. Kau tengok and enjoy the moment". Hana betul bersemangat, tak sabar rasanya di hati nak laksanakan apa yang telah dirancang.

"Kenapa pulak kita? Bukan kau kerja ke minggu ni. Jumaat je kau off. Kan?" Aina pelik mendengar perkataan 'KITA'.

"Kalau nak tau, kau pi tolong bancuh Hazelnut Old Town untuk aku. Letak 2 paket dalam satu kole, lepas tu letak ais batu. Pergh! Menyengat! Terangkat!" Sementara mata Hana masih melekat menghadap TV.

Selaku teman yang baik, Aina menurut sahaja permintaan Hana. Dia juga teringin juga nak minum ais pagi-pagi macam ni. Aina melangkah ke dapur. Lima minit kemudian dia muncul bersama satu jug saiz sederhana di tangan kanan, dan dua cawan ditangan kiri.

"So apa plannya?" Soal Aina sebaik sahaja meletakkan jug dan cawan di hadapan Hana.

"Ha.. bagus soalan ni." Sambil Hana menuang air ke cawan masing-masing. Dia bersila menghadap Aina Batrisya. Old Town Hazelnut diteguk rakus, seumpama tidak minum setahun, sampai meleleh di tepi bibir.

"Cepatlah, penat aku tunggu ni", Aina memeluk tubuh.

"Kau ikut aku pergi Melaka. Taufiq sponsor penginapan, makan minum, kebetulan dia ada kursus kat situ. Macam mana bernas tak otak aku?" Hana menyengih.

"Bernas tu memanglah bernas, tapi Taufiq betul-betul okay ke? Dia tak kisah? Kotlah menggangu kerja dia nanti." Aina memohon kepastian.

"Sebab dia tak kisahlah aku ajak. Lagipun nak tunggu dia bawak kita pi Lego Land tu, entah bila-bila. Aku dah kawin nanti lah kot, itu pun entah. Cuti aku pun dah diluluskan, kebetulan waktu sekarang ni tak sesibuk mana, tu yang senang approve."Hana mengagak sendirian apabila meilhat Taufiq semakin hari semakin sibuk dengan kerjayanya. Jadi bila ada kesempatan yang ada ni, lebih baik dipergunakan.

"Oo... maknanya kau dah plan dari awal la ya. Kalau macam tu, aku on jelah. Cuma penginapan tu biarlah aku yang bayarkan. Dia nak bawak kita pun aku dah rasa happy sangat. Untung kau dapat boyfriend macam Taufiq tu, aku doakan moga kau orang kekal hingga ke jinjang pelamin dan hingaa ke anak cucu. Dan lagi satu, terima kasih tau, kau selalu cuba bagi aku happy saat aku tengah sedih." Aina olok-olok menyeka airmata yang tak kunjung tiba.

"Kau kalau aku dah tempeleng, terus lesap airmata kau selamanya. Buat-buat menangis konon." Hana menjelirkan lidahnya seakan budak kecil.

Aina mencebik. Lakonannya tak menjadi.

"Malam ni packing apa nak dibawak esok. Dalam tiga ke empat hari jugak ni. Kau ada benda nak beli tak? Kalau ada petang ni, kita keluar pi Tesco." Bijak betul Hana mengatur perancangan.

"Seingat aku macam tak ada. Barang-barang mandian selalunya pihak hotel sediakan, ye tak?"

Hana hanya mengangguk perlahan, sambil matanya kini tertancap pada skrin iphone 6 nya pula.

**********

Akhirnya sampai juga mereka ke The Majestic Malacca. Mujur ada Taufiq yang sudi memandu sendiri ke tempat kursusnya. Lagi pun, teman sepejabatnya yang turut serta rata-rata semuanya menaiki kenderaan yang sudah disediakan pihak syarikat. Dan Taufiq juga bertolak sehari lebih awal sebelum kursusnya bermula pada keesokkan hari.

Kali ini, Taufiq memandu kereta barunya Toyota Vios. Plastik yang membaluti tempat duduk pun belum ditanggalkannya. Di tangannya kelihatan berendet-rendet beg pakaian.

"Yang.. boleh tak awak satu beg yang kecik ni", Taufiq bersuara setelah begitu lama menyepi. Hanya kedengaran celoteh anak dara dua orang itu sahaja, dari mula bertolak sehinggalah ke destinasi akhir.

"La hawla wala.. bie... kan ada bell boy.. kenapa awak angkat semua beg-beg kita", Hana kelihatan terkejut melihat Taufiq berada jauh ke belakang dengan empat buah travel bag di tangannya.

"Tak apalah yang.. ni kan beg kita, buat apa nak suruh orang lain pulak yang tolong bawakan", sempat lagi Taufiq memberi sedas terhadap pertanyaan Hana. Walaupun bukan itu sebenarnya niat Taufiq. Dia cumalah lelaki yang naif dan lurus, tidak pandai membelok-belok dan menyusahkan orang lain.

"Itu kan memang dah tugas diaorang. Aduhailah bakal zaujku, mengapakah dikau begini." Aina yang mendengar keluhan Hana, hanya tersenyum lebar melihat pasangan itu. Adakala hatinya terdetik, berharap ditemukan bakal suami yang sebaik Taufiq.

"Tulah tadikan dah cakap, berhenti depan lobi. Letak beg-beg ni semua dulu kat situ. Nanti diaorang bawak lah ke bilik kita. Sekarang saya pulak yang kena tolong awak bawak. Saya dengan Aina dah lah insan yang lemah", Hana buat-buat merajuk. Aina yang hanya melihat dari tadi, turut membantu Taufiq membawa beg pakaian mereka.

"Tak pelah, aku tolong bawak sekali. Beg kita berdua je dah tiga, belum campur bag kecik ikea ni lagi." Aina angkat tinggi sedikit beg ikea yang dimaksudkan. Dibelinya dengan harga RM 1.90 semasa menemani Hana dan Taufiq membeli perkakas rumah teman lelakinya itu.

Hana hanya diam tanpa sebarang tindak balas.

Tiba sahaja di kaunter, Hana dan Aina diberi sekeping sensor kad untuk bilik yang telah ditempah mereka. Pada mulanya Hana pilih pakej Escape 20, bermakna ada 20% diskaun, tapi sayang, diskaun tersebut adalah hanya untuk hari yang terpilih sahaja, iaitu Ahad sehinggalah Khamis. Selain dari hari itu, cajnya adalah normal rate. Begitu juga Taufiq, syarikatnya memperuntukkan Deluxe Room untuk dua orang. Cuma Taufiq sampai awal sehari, makanya malam ini Taufiq tidur seorang.

"Fuiyo......" melopong mulut Aina melihat sekitar bilik mereka. Mengikut apa yang dikatakan receptionist di situ, hotel mereka ada menyediakan library, gym dan swimming pool. Aina begitu teruja apabila membuang wajah ke bawah. Dilihatnya ada sebuah kolam renang yang luas.

"Alah.. Aina kau tu, agak-agaklah mulut tu kalau nak melopong sekali pun. Takkan sampai tak boleh nak tutup. Apa-apa pun aku nak matikan mobile data aku dulu. Guna wifi free, kalau tak guna memang sahlah kita ni dungu tahap dua. Dah bayar mahal-mahal tapi tak manfaatkannya". Hana membebel.

"Japlah. Besar kot kolam dia. Cantik betul tempat ni." Aina terus berlari pantas lalu nelompat ke atas tilam tebal yang paling empuk pernah di rasainya selama dia hidup di dunia yang fana ini. Bergegar katil mewah itu, dengan perilaku Aina yang bertukar menjadi budak umur lima tahun tu.

"Andailah kita kaya, boleh lah kita beli katil sebiji macam ni", Hana juga turut teruja dengan keempukkan tilam yang seakan berada di atas air itu. Berombak-ombak springnya mengikut rentak pergerakkan mereka.

"Malam ni kita jejalan, tengok-tengok tempat ni. Sebel

um keluar kita pasanglah aircond ni, tak payah off. Mesti nanti masuk je bilik terasa macam dekat oversea kan." Hana memberi cadangan. Dia seolah tidak letih langsung selepas menempuhi perjalanan yang panjang siang tadi.

"Aku rasa lebih baik malam pertama kita kat sini, kita nikmati je dalam bilik yang indah ini." Aina sengaja menyakat Hana dengan menggunakan perkataan malam pertama.

"Kau ni, gelilah aku. Malam pertama jangan sebut. Meremang bulu tengkuk aku ni. Nasib baik aku dah cukur awal-awal bulu ketiak aku. Kalau tak dengan bulu ketiak aku sekali tirit meremang." Hana membalas kata-kata Aina. Biar dia faham apa itu geli.

"Euwwwww.. pengotorlah kau ni. Bulu ketiak pun nak sebut. Alah kau ni.. malam pertama ni kita ringan-ringanlah dulu. Waktu macam ni lah best. Sejuk. Damai. Mewah lagi." Aina mendekati Hana perlahan-lahan secara merangkak.

"Kau kan!!!!" Dengan tidak semena-mena satu pukulan maha hebat hinggap di belakang Aina. Hana yang tak dapat menahan rasa, automatik mencapai bantal putih berdekatannya yang ketebalan hampir lima inci itu dihempuknya di belakang tubuh Aina. Aina yang mengaduh, langsung tak dilayannya. Hana terus bangun melangkah ke bilik mandi.

"Wei, teruknya kau, sanggup kau biar aku tahan sakit kat sini kan." Ucap Aina yang tak berpuas hati dengan tindakan pantas sahabatnya. Aina mengurut-ngurut belakang.

"Padan muka. Tulah main-main lagi bab-bab cenggitu. Sekarang rasakan kepedihan dibelakangmu. Hana terus menutup rapat daun pintu bilik mandi. 'Jika dilayan, menjadi-jadi perangai si Aina ni. Lebih baik aku mandi', bisik Hana sendirian.

"Aina!!" Cepat tengok. Pintu bilik mandi dibuka mengejut oleh Hana.

"Apa dia, kau ni. Aku baru nak lelap kot." Giliran Aina pula tidak puas hati dengan Hana. Lalu dengan langkah terpaksa dia bingkas bangun.

"Tu...tu", Hana memanjangkan muncungnya kedepan. Bukannya tak boleh tunjuk guna tangan.

"Mana?". Aina pula yang belum sampai pun ke muka pintu bilik mandi, awal-awal lagi dah bertanya.

"Ni haa.. lah.. takkan tak nampak, besar gila kot." Hana memegang sisi tab mandi. Takut juga kalau-kalau tergelincir, walaupun lantainya kering tanpa ada setitis air pun di situ.

"Ooo.. okay", hanya itu jawapan yang mampu diberi oleh Aina. Sememangnya dia teruja melihat semua itu. Tapi baginya tiada yang lebih mengagumkan ketika ini selain daripada meneroka ke alam mimpi.

Hana yang masih tercegat di situ menggaru-garu hidungnya yang tidak gatal. Dia pun sebenarnya sudah lemah lutut untuk terus berjaga. Akhirnya mereka berdua tidur lena bagaikan tidak pernah melelapkan mata setahun lamanya.

**********

"Dah jom, tak payah nak siap sangat. Makeup pun tak payah. Kau gosok gigi, cuci muka. Kita gi breakfast dulu, lepas tu kita pergi manjakan diri kat spa. Dengar-dengarnya dekat sini kebanyakannya menggunakan konsep Baba Nyonya atau pun dia orang panggil Peranakan." Hana menerangkan beberapa perkara yang sememangnya dia ketahui.

"Macam mana kau tahu tentang spa ni?" Aina yang mendengar sudah mula teruja. Mereka sudah pun hampir sampai ke tempat yang dimaksudkan.

Sungguh mendamaikan melihat reka bentuk dan hiasan dalamannya yang merangkumi intipati alam semula jadi, siap ada TV nipis lagi yang melekap di dinding buluh tersebut. Kedengaran bunyi burung dan air terjun datangnya dari TV tersebut. Lantainya pula nampak halus pembuatannya, berjubin berjajaran dengan pintu masuk menggunakan bidai kayu tradisional yang direka dalam pelbagai bentuk dan warna bagi menghasilkan satu ruang tenang dan damai khusus untuk pemulihan peribadi.

Sekali sekala mereka menghirup udara segar di situ, bauan aromtherapy yang datangnya dari oil burner yang dipasang menambah rasa tenang. Kosong sekejap fikiran dari segala masalah. Damai. Masing-masing diberi menu pilihan untuk melakukan rawatan di situ oleh seorang wanita yang bersanggul kemas dengan pakaian yang ala-ala baba dan nyonya. Cantik!

"Aku tak tahulah nak pilih yang mana. Kau ni betul ke nak belanja ni. Aku tengok harga pun, mampu telan air liur je ni." Akhirnya Aina melepaskan apa yang tersimpan dihatinya dari tadi. Melihat harga servis diantara RM 300 sehingga RM 1200 membuatkan Aina memicit-micit kepalanya yang tidak pening tanpa sedar.

"Tak pe dont worry dear. Tentang bayaran kau jangan risau, bukan ke aku dah beritahu waktu kita kat JB lagi, yang aku belanja. Kalau aku beritahu kat mana, aku gerenti kau tolak habis-habisan. Sebab tulah aku main redah je ni", Hana memandang wajah Aina sekejap dan melemparkan senyuman manis tanda dia betul-betul sayangkan hubungan persahabatan mereka. Dia mahu Aina berubah menjadi Aina yang baru, segar dan yakin pada diri sendiri.

Tanpa berlenggah Hana pergi ke kaunter dan memilih pakej Suam-suam Panas Enperience untuk dua orang. Gadis kaunter tersebut menerangkan apa yang akan mereka dapati apabila memilih pakej tersebut.

"Okay, cik berdua akan berada di dalam selama tiga jam untuk pakej ini. Dan hari ini, kita akan beri satu sesi percuma untuk cik berdua iaitu Meditation Theraphy." Hana mengangguk tanda faham. Aina yang setia di sisi hanya mendengar dengan mulut sedikit ternganga, lagi besar ngangaannya apabila dia mendengar bayaran yang dikenakan ianiti RM 1170.

"Hye budak kampung macam kau pun ada hati nak masuk spa", Aina dan Hana, mereka dua-dua berpaling ke belakang. Terkejut Aina melihat kelibat Elisya bersama seorang lelaki berambut perang di sebelahnya. Apa yang pasti ianya bukanlah Izhan Rayqal.

"Siapa perempuan gila ni Aina?" Hana tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang celupar. Tak dipedulinya siapa pun yang berada di hadapannya kini.

"Kau jaga sikit mulut kau tu, aku ni keturunan Tengku, jangan nak main sembur je", Elisya berbohong.

"Dia nilah Elisya sepupu Izhan Rayqal anak majikan aku tu." Aina separa berbisik.

"Oo yang buat onar tu ke? Yang aku cakap nak blend cili tu untuk perempuan jalang ni la ya?" Sengaja Hana menguatkan sedikit suaranya apabila menyebut perkataan jalang.

"What do you call me jalang? How dare you!" Elisya sudah mula naik berang.

Baru sahaja Elisya mengangkat tangan untuk menampar Hana, muncul Taufiq yang entah dari mana. Elisya mengeluh.

"Kau siapa nak halang aku?" Elisya semakin tak malu terjerit-jerit di situ.

"Cik maafkan saya, saya rasa cik boleh pergi sekarang. Saya perlu bawa mereka berdua ini untuk sesi mereka pula. Maaf ya cik." Sapaan penyambut tetamu di situ terpaksa menegur Elisya. Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan reputasi spa mereka terjejas.

Elisya tanpa banyak cakap terus berlalu menarik lengan mat salehnya yang hanya menjadi penonton dari tadi. Sempat juga dia memberi amaran kepada Aina, bahawa dia tidak akan berdiam diri kerana memalukannya.

"Pui! Keturunan Tengku konon. Peduli apa aku kau keturunan bunian sekali pun. Kau usik dia, memang aku akan buat apa yang aku cakap. Kau pun tunggu je nanti!" Hana yang membengis lagaknya seperti lelaki. Berani betul, Taufiq di sebelahnya pun bagaikan tidak wujud dibuatnya.

"Dah la tu sayang. Saya nak masuk Conference Hall semula dah ni. Jangan garang sangat okay", Taufiq yang kelihatan segak berkemeja kuning air bersama tie nya, bisa mencairkan sesiapa sahaja. Namun bagi Taufiq cintanya hanya untuj Hana Qaisara.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku