Isteri Aku Nanny!
BAB 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Oktober 2015
alhamdulillah.. Sudah diterbitkan..boleh dapatkan di MPH atau Popular dan juga ditoko-toko buku terpilih berhampiran anda :) terima kasih buat para pembaca..bab ini bukan versi penuh.. boleh dptkan buku dri penulis juga ya di fb ayu balqishah
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
582

Bacaan






Hampir dua minggu sudah berlalu, itulah kali pertama Aina mendengar suara Adam. Walaupun cuma hanya satu perkataan iaitu kakak, namun bagi Aina ianya adalah permulaan yang baik. Hana teman baik Aina juga berasa teruja mendengar cerita Aina.

Pagi ini Aina sudah bersiap seawal tujuh pagi. Dia sudah berjanji kepada Hana untuk turut sarapan bersama-sama dengannya dan juga Taufiq. Selepas itu Taufiq akan hantar Aina ke rumah majikan Aina. Dan mereka berdua akan terus pulang ke kampung Hana di Kuala Kangsar, Perak. Oleh kerana Taufiq sudah bersedia untuk meneruskan satu langkah yang pertama dalam perhubungan cinta mereka.

"So, macam tulah plannya buat masa ni." Hana yang dari tadi tak habis-habis berceloteh tentang hubungannya dengan Taufiq. Dia juga berharap agar satu hari nanti Aina akan berjumpa seseorang yang sesuai untuk dirinya.

"Tak sangka aku, kau dah nak kawinkan. Aku ni bilalah lagi agaknya", Aina juga ingin merasai apa yang Hana dan Taufiq rasai.

"Belum nak kawin lagilah. InsyaAllah kami bertunang dulu. Enam bulan lepas tu, barulah kami bernikah. Then, sebulan lepas tu barulah buat kenduri besar." Jelas Hana dengan perasaan teruja.

"Alhamdulillah aku tumpang happy untuk korang berdua." Hana mengerling jam di tangan, 'masih banyak lagi masa'. Lalu meneruskan suapan Nasi Lemak Pandan yang dipesannya.

"Awak bila lagi Aina? Cepat-cepatlah buat pilihan." Hampir tersedak Aina mendengar soalan yang muncul secara drastik dari Taufiq. Aina langsung tak terfikir yang Taufiq akan bercakap dengannya. Sebab sebelum ni, mereka berdua jarang sangat bersua, yang terakhir sewaktu mereka di Melaka.

Glup.

"Pilihan? Macam tak de je lagi. Ada nanti, saya beritahu. Doa-doakanla ya." Segan sungguh rasanya dihati Aina. Si Hana boleh pulak buat senyum nakal. Mesti ni kerja dia. Kalau tak kenapa dia sebut tentang pilihan? Macam mana Taufiq boleh fikir perkara yang sama, macam mana Hana pernah beritahu pada dia sebelum ni. Huh!

"Kau okay ke?" Tanya Hana dengan menunjukkan senyuman kambing yang bertaring. Nak je si Hana cabut gigi taring si Aina tu guna playar. Geram!

"Okay je", Aina buat muka pasrah. Namun kakinya sempat memijak hujung kasut yang di pakai Hana. Nasib baik Aina duduk berhadapan mereka berdua, kalau di sebelahnya sekarang ada Hana, pasti sudah dicubit-cubitnya si Hana guna kuasa penyepit ketam.

Selesa sahaja makan. Taufiq pun sudah membayar makanan yang dipesan. Aina yang menawarkan untuk belanja sahaja mereka ada pagi itu, ditolak mentah-mentah oleh buah hati Hana. Bila ditanya kenapa jawapannya mudah, dia tak makan duit perempuan.

"Pagi ni, biar aku belanja korang berdua, okay? Sebagai tanda yang aku tumpang happy dengan berita baik dari korang." Sambil Aina meneguk sisa Teh Aisnya. Kali ni pagi-pagi lagi dia sudah minum teh ais. Nak berubah angin katanya.

Sewaktu Aina memanggil salah seorang pekerja di situ untuk membayar, rupanya si Taufiq sudah terlebih awal membayarnya. Malahan sebelum pesanan makanan dibuat! Bermakna dia beri duit dahulu, nanti bila semua dah habis makan, pekerja buat kira-kira, dan akan pulangkan baki.

"Awalnya dah bayar, apa pun terima kasih bakal pengantin baru", Aina senyum ke arah Taufiq.

"Yelah, saya tak suka perempuan belanja. Lagi pun saya lelaki, sayalah yang kena keluar duit untuk belanja. Perempuan duit dia simpan je. Buat beli jajan ". Sambil gelak tertahan-tahan. Tak sangka Aina, teman lelaki si Hana ni boleh tahan lawaknya. Ingatkan jenis orang yang pendiam je. Kera sumbanglah dalam konteks orang melayu.

"Dah-dah jom. Kau jangan nak mulakan angan-angan kau tu. Tak sudah-sudah. Nanti lambat pulak si Taufiq ni nak masuk merisik aku", sambil ditariknya tangan Aina menuju ke kereta.

"Aku ingatkan kau risaukan aku masuk kerja lambat. Rupanya risau kan diri sendiri ya. Dah mula la tu naik daun", Aina ketawa berselang seli dengan teman baiknya.

Si Taufiq? Hanya menjadi penonton setia.

Masuk sahaja ke perut Toyota Vios, kereta Taufiq meluncur perlahan di atas jalan raya. Macam biasa, bila perlahan tu luncurannya bermakna jalan memang jammed!

**********

"Hai cik adik, tunjuk tocang nampak", sapa Izhan Rayqal sebaik sahaja Aina melangkah masuk ke dalam banglo itu. Aina buat-buat tak dengar untuk sementara waktu. Dia melambai-lambai ke arah Hana dan Taufiq. Dalam hatinya, terdetik mengatakan, untungnya lah kau Hana.

"Kenapa lambai sekali? Tak ada kerja ke?" Sebaik sahaja kereta berlalu pergi, Aina teeperasan yang Izhan Rayqal turut sibuk melambai ke arah kedua-kedua temannya itu dari dalam rumah.

"Biarlah tangan sayakan. Suka hati sayalah. Mana tahu boleh ada tocang macam awak". Izhan Rayqal jeling sebelah mata pada Aina dan terus berlalu ke ruang tamu. Lalu mencapai alat kawalan jauh dan menekan butang 114.

"Bukan ke saya pakai tudung, mana pulak datang tocangnya?" Aina sengaja buat-buat tak faham sambil meraba-raba atas kepalanya kiri dan kanan.

"Eleh buat tak faham pulak. Ha! Lagi satu kawan awak kan kawan saya jugak. Tak salahkan saya lambai-lambai kat dia orang?" Izhan Rayqal cuba memancing perasaan Aina.

"Adam mana?" Tanya Aina bagi menghilangkan topik pelik yang cuba diwujud Izhan Rayqal.

"Ada kat atas kejap lagi turun lah tu", jawab Izhan Rayqal yang sibuk menonton rancangan ulangan bersama Ustaz Don di TV Al hijrah.

"Kenapa lambat hari ni? Sebelum subuh dah saya tunggu awak. Tapi awak tak muncul-muncul", gurauan Izhan Rayqal langsung tidak mencuit hati Aina.

"Maaf, jalan jammed tadi." Jawab Aina ringkas.

**********

"Next week ikut aunty bawa Adam jumpa Doktor Malika, dia yang rawat Adam selama ni dan pantau segala perkembangan Adam. Memandangkan Adam pun rapat dengan Aina, jadi aunty fikir, eloklah Aina ikut sekali. Jangan lupa bawa sekali buku report yang Aina buat hari-hari untuk dia tu." Datin Qalsum begitu tidak sabar untuk memaklumlah pada Doktor Malika tentang perkembangan anak kesayangannya itu.

"InsyaAllah. Moga semuanya akan bertambah baik", Aina cuba mengelak sehabis mungkin untuk memanggil Datin Qalsum sebagai aunty. Dia masih lagi ragu-ragu, dan masih lagi memikirkan apa kata orang.

Adam anak kecil itu menarik-narik tangan Aina. Dia menuntun Aina naik ke tingkat atas.

"Kita nak pergi mana ni sayang?" Aina cuba untuk berinteraksi dengan Adam. Harapannya dapat mendengar lagi suara kecil Adam yang sangat berharga itu.

Adam hanya mendiamkan diri, dan terus menuntun Aina supaya naik ke atas. Aina dengan rela mengikut sahaja kehendak anak asuhan kesayangannya itu. Datin Qalsum dan Izhan Rayqal hanya melihat dari tingkat bawah.

"Sudah-sudahla tu Iz, kamu pandang si Aina tu semacam je dah kenapa?" Soal Datin Qalsum.

"Pandang semacam? Semacam yang macam mana pulak tu mama? Iz rasa, Iz pandang Aina tu sama je macam Iz pandang Adam dengan mama". Izhan Rayqal cuba menyangkal, bukannya dia tidak tahu apa yang Datin Qalsum maksudkan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku