To Heal Your Loneliness
BAB 2
Genre: Fantasi
Kategori: Fans Fiction
Paparan sejak 05 Disember 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
837

Bacaan






Harumi tergamam, tidak sangka yang dua baru sahaja terlanggar senior yang dia mula jatuh hati sejak dia memberi semangat kepadanya apabila dia kalah di pertandingan Chess. Dia menggigit bibirnya dan lebih selesa memandang bawah, kasutnya daripada bertentangan mata dengan Daisuke Okazaki. 

Nasib dia baik apabila dia terdengar rakan Okazaki; mungkin rakan sekelasnya yang memaklumkan mereka perlu bergegas sebelum kelas tambahan mereka seterusnya bermula. Harumi mengangkat kepalanya dan mendapati Okazaki telahpun beredar tapi dia sempat tangkap bisikan, "Maaf" sebelum dia pergi. Harumi memerhatikan kelibat Okazaki yang makin lama makin jauh sebelum dia hilang sebaik sahaja dia berlari ke bangunan lain.

"Ahh.. menyesalnya tak dapat tatap mata dia lama-lama! Kenapalah aku ini bengap sangat? Sudahlah tidak boleh bercakap betul-betul bila dia ada depan mata, tapi tak boleh pandang muka dia langsung!" 

Sambil dia mengomel tanpa meninggikan suaranya, Harumi akhirnya ternampak Chitoge sedang duduk dan matanya tajam menjelingnya. Ah, sudah. Dia pasti sudah buatkan rakannya itu menunggu lama.

"Sorry.. aku ada problem sikit tadi. Aku terlanggar.. someone masa aku buka pintu tadi." Harumi cuba meraih simpati daripada Chitoge namun dia cuma dapat jelingan sahaja daripadanya. Seakan-akan tidak percaya kata-kata Harumi sebentar tadi.

"Yang kau pergi masuk melalui pintu kecemasan kenapa? Bukan kita ade pintu automatik besar di hadapan kafe?" Chitoge jeling lebih tajam ke mata Harumi yang sudah pasti cuba mengelak daripada memandangnya. Dia tahu sangat sikap Harumi, lagipun dia bukannya baru kenal Harumi semalam jadi dia dapat tangkap sekiranya Harumi menipunya. Tiba-tiba nama seseorang yang dapat membuat rakannya ini terdiam begini sekali terlintas di fikirannya. 

"Oh.. jadi kau terserempak dengan ketua presiden kita ya?"


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku