Kekasihku anak bos!
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2817

Bacaan






Bab 1

“ Cinta? Apa maksud cinta bagi Muadz Hazami? Tiada apa makna! Cinta bagi aku umpama angin yang datang dan berlalu sekelip mata. Seperti gula-gula yang akan hilang manisnya, saat dimamah hempedu. Sayang, jika kita jatuh cinta! Buang masa! ” Muadz Hazami melangkah dengan gaya. Wajahnya yang tampan bak lelaki melayu terakhir kelihatan begitu serius. Quezairy yang mendengar hanya menjeling sekilas.

“ Cinta bagi aku menikmati! Cinta yang indah anugerah TUHAN. Jika dibaja dengan kasih sayang dan mengikut peraturan, kau akan terasa manisnya bercinta!” Quezairy membetulkan tanggapan Muadz Hazami. Lelaki itu begitu memandang rendah erti cinta jauh sekali untuk bercinta. Membuang masa katanya.

“ Mengarut! Mustahil cinta itu begitu indah seperti yang kau katakan Quezairy. Lagilah cinta satu saat, satu minit, nonsense!” Muadz Hazami mencebik seraya berjalan dengan megahnya tanpa melihat ke kiri ke kanan. Tanpa disangka, dia terlanggar seseorang dan jatuh terduduk di atas jalan. Pandangan matanya tidak berkelip ke tempat lain. Satu saat, satu minit…

“ Buta ke? Jalan punya luas! Eh, mustahil aku akan suka pada kau!” Muadz Hazami menjerit kuat. Gadis di hadapannya itu terpingga-pingga kehairanan. Matanya diluaskan seluas-luasnya. Quezairy yang melihat tergelak-gelak. Seronok dia melihat Muadz Hazami yang marah sesuka hati.

“ Mata bertentangan, hati mula tergoda..” Quezairy seakan memerli.

“ Tiada cinta untuk satu minit! Kau kalau berjalan, boleh tak buka mata luas-luas? Tengok aku bukan main lagi!” Muadz Hazami masih tidak berpuas hati. Dia masih terduduk di atas jalan.

“ Bangun!” sergah gadis itu. Muadz Hazami membulatkan matanya.

“ Berani kau!” Muadz Hazami naik darah. Pantang dia jika perempuan bersuara tinggi dengannya.

“ Bangun Muadz Hazami bin Dato’ Zahari!” Gadis itu seakan menjerit. Muadz Hazami terpingga-pingga.

“ Ni dah lebih! Mana kau tahu nama aku?” Muadz Hazami benar-benar hairan. Dia mengerutkan dahinya dalam-dalam.

“ Kuasa cinta!” Quezairy menjawab singkat.

“ Mustahil!” Muadz Hazami menggelengkan kepalanya.

“ Muadz Hazami..bangun! Dah pukul berapa ni?” gadis itu menjerit sekali lagi.

“ Aik, kau tanya aku pukul berapa? Kau tak tahu kau cakap dengan siapa? Quezairy, cuba kau terangkan pada minah ni!” Muadz Hazami mula hilang sabar. Dia bangun dan membulatkan matanya dekat dengan wajah gadis itu. Pantas gadis itu mencurah air yang berada di tangannya ke muka lelaki itu.

“ Aku cekik kau! Aku bunuh kau!” Muadz Hazami mencekik kuat leher gadis itu. Berani betul dia dilakukan sedemikian rupa.

“ Kau nak bunuh mama ke Muadz?” suara gadis itu mula bertukar secara tiba-tiba.

“ Aik, apasal suara kau lain ek? Kau minum madu ya?” Muadz Hazami benar-benar keliru.

“ Muadz Hazami,buka mata kau! Ni mama! Tidur waktu Zohor, sekarang dah mengigau bukan-bukan!” jerkah Datin Zahara dengan kuat. Pantas mata Muadz Hazami terbuka luas. Kelihatan baldi kecil di tangan wanita itu.

“ Mama?? Mama buat apa kat sini? Quezairy mana? Perempuan gila tu mana?” Muadz Hazami melilau mencari gadis yang dilihatnya sebentar sahaja tadi.

“ Perempuan gila mana ni?” Datin Zahara kehairanan.

“ Yang simbah Muadz dengan air tadi! Tak ke gila tu?” Muadz Hazami menguap beberapa kali.

“ Muadz Hazami…” jerit Datin Zahara seraya mencurah air yang masih berbaki ke atas tubuh anak bujangnya. Boleh dia kata mamanya perempuan gila! Datin Zahara berlalu keluar dari bilik anak bujangnya itu.

“ Mama! Alahai,mimpi ke?? Tak betul ke tadi? ” Muadz Hazami menggeliat malas sebelum bangun untuk ke bilik air. Dia mencapai tuala untuk mandi. Kemudian dia tergelak kecil mengenangkan mimpinya sebentar sahaja tadi.

“ Boleh tahan perempuan tadi. Marah- marah, tapi cute! But…Cinta is nonsense!” Muadz Hazami menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“ Muadz Hazami..mandi, kemudian solat zohor!” Laung Datin Zahara dari luar bilik.

“ Yes mom!” Muadz Hazami bersuara malas. Dia bergegas ke bilik air. Tidak lama kemudian kedengaran jirusan air dan suara Muadz Hazami menyanyikan sebuah lagu, tetapi bukan lagu cinta kerana cinta is nonsense!

****

Muadz Hazami melangkah ke ruang tamu. Kelihatan Datin Zahara asyik menonton televisyen. Sekilas dia menjeling anak bujangnya yang berpakaian kemas. Entah hendak merayap ke mana! Asyik keluar je!

“ Ala mama, Muadz nak jumpa Quezairy je. Bukan Muadz melilau ke tempat lain.” Muadz Hazami seakan dapat membaca pemikiran Datin Zahara. Dia tersenyum lebar sambil menyalami wanita separuh abad itu.

“ Dah solat?” Datin Zahara merenung anak bujangnya itu.

“ Dah mama. Solat itu kan wajib!” Muadz Hazami bersuara penuh semangat.

“ Dah makan?” soal Datin Zahara lagi. Bibik Sarti yang berada tidak jauh dari situ pantas mendapatkan mereka dua beranak. Dia tersengih-sengih melihat Muadz Hazami yang tampan.

“ Encik Muadz, mahu makan, bibik sudah sediakan. Makanannya enak-enak semuanya.” Bibik Sarti tersenyum pula. Seronok dia melihat anak majikannya itu. Muadz Hazami dianggap lelaki cool dan macho!

“ Bibik Sarti, bibik Sarti makanlah ya! Saya tak lalu nak makan sekarang. Saya dah kenyang!” Muadz Hazami seakan mengajuk kata-kata pembantu rumahnya itu. Dia melangkah ke muka pintu utama sebelum berpaling apabila dipanggil oleh Datin Zahara.

“ Apa Muadz mimpi tadi? Perempuan kan? Siapa?” soal Datin Zahara bertalu-talu. Muadz Hazim tersenyum lebar. Terbayang wajah perempuan yang dimaksudkan mamanya itu. Wajahnya yang serius, sifat marah-marahnya..

“ Mana ada perempuan mama. Muadz mana suka perempuan-perempuan ni!” Muadz Hazami mencebik seakan bangga dengan kata-katanya sendiri. Lagipun perempuan itu hanya di alam mimpinya sahaja. Bukan betul-betul!

“ Muadz jangan main-main! Muadz suka lelaki ke?” Datin Zahara nampak kaget. Bibik Sarti yang mencuri dengar terkekeh-kekeh di suatu sudut. Sempat Muadz Hazami menjeling dengan jelingan maut.

“ Merepeklah mama ni. Muadz belum ada calonnya lagi,” Muadz Hazami rasa sedikit tercabar. Geram juga dengan orang gajinya yang mencuri dengar. Asyik mengendap sahaja. Kerja dibuat main-main!

“ Bila Muadz nak kahwin?” Datin Zahara memandang tepat anak mata Muadz Hazim. Dia masih tidak berpuas hati. Televisyen di hadapannya tidak lagi menarik perhatiannya saat itu.

“ Kahwin? Nak kahwin kena ada orangnya mama.” Muadz Hazim mula kepanasan dengan soalan Datin Zahara yang berterusan. Panas telinganya mendengar tentang perkataan KAHWIN! Boleh bernanah telinganya!

“ Carilah calonnya!” Suara Datin Zahara seakan menekan.

“ Mustahil ada cinta mama.” Muadz Hazim ingin berlalu.

“ Cinta pasti ada jika Muadz beri peluang pada diri Muadz!” Datin Zahara tidak senang mendengar alasan anak bujangnya itu.

“ Tidak walaupun satu minit mama,” Muadz Hazim berlalu meninggalkan mamanya yang menggelengkan kepala tidak berpuas hati. Tidak lama kemudian, kedengaran enjin kereta dihidupkan sebelum meluncur laju meninggalkan halaman rumah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku