Kekasihku anak bos!
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2401

Bacaan






Bab 5

Muadz Hazami merenung seorang gadis yang berada di ruang tamu rumahnya ke atas dan ke bawah berulangkali. Kemudian dia menggelengkan kepalanya sebelum berlalu untuk ke dapur. Puas dia berfikir gerangan gadis yang tidak cukup kain itu. Pakai kain separas lutut. Pakai baju nampak ketiak! Alahai anak gadis zaman sekarang. Entah apa yang diorang belajar. Kasihan!

“ Bibik, bibik..” laung Muadz Hazami dengan kuat. Panggilannya itu membuatkan Katrina terbangun dari tempat duduknya. Suara lelaki itu membuatkan dia tersenyum lebar. Pantas Katrina mencari arah suara tersebut.

“ Iya Encik Muadz! Ada apa terjerit-jerit panggil bibik,” Bibik Sarti terkocoh-kocoh keluar dari bilik air. Wajah menyinga Muadz Hazami dipandang dengan cebikan. Asyik nak marah je! Kurang asam betul!

“ Siapa perempuan tak cukup kain kat luar tu? Cuba jelaskan sejelas-jelasnya!” Jerkah Muadz Hazami seakan ingin menelan bibik Satri saat itu. Pembantu rumah itu terkulat-kulat untuk menjawab.

“ Itu tetamunya Datin Zahara. Encik Muadz tak kenal sama perempuan itu?” Bibik Satri merenung wajah tampan Muadz Hazami. Marah-marahpun masih enak dipandang! Masih kelihatan tampan seperti Baim Wong gitu!

“ Kalau saya kenal, saya tak tanya! Dah bibik pergi..” Muadz Hazami tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Bibik Satri memuncungkan mulutnya kepada Muadz Hazami. Naik berbulu matanya melihat gadis itu memeluk bahu anak majikannya tanpa perasaan malu. Boleh pula menyuruhnya beredar dari situ.

“ Muadz…” Panggil Katrina dengan manja. Pantas Muadz Hazami berpaling dengan raut wajah yang mencuka.

“ Kau siapa?” soal Muadz Hazami dengan kasar.

“ Ala..buat-buat tanya pulak! I ni kan anak kawan mama You! Anak Datin Zainab. You dah lupa?” Katrina bersuara geram. Hilang manjanya sebentar sahaja tadi.

“ Datin Zainab mana? Manalah aku kenal datin-datin ni! Yang kau berdiri kat sini buat apa? Naik berbulu mata aku ni! Pakai baju macam tak cukup kain. Lagi kaya, lagi tak cukup duit rupanya!” Muadz Hazami bersuara sesedap rasa. Katrina mengetap bibirnya. Ini dah lebih! Dia ingat dia siapa!

“ Mulut You ni tak ada insuran ke? Cakap main lepas je! Macamlah You tu baik sangat!” ujar Katrina naik darah. Muadz Hazami hanya berwajah selamba. Dia langsung tidak hairan dengan kemarahan gadis itu.

“ Ada aku kisah? Langsung tak ada!” Balas Muadz Hazami sebelum Datin Zahara mendapatkan dirinya. Dia kemudian melempar senyuman hambar kepada orang tuanya itu.

“ Erm..Katty dah jumpa Muadz? Muadz, ni Katrina, anak Datin Zainab. Katty ni baik orangnya. Tadi dia ada bawa kek coklat untuk kita. Kiriman Datin Zainab. Nanti boleh kita sama-sama rasa.” Datin Zahara bersuara ceria. Katrina hanya menarik muka. Sakit hatinya dengan sikap Muadz Hazami sebentar sahaja tadi.

“ Beli kek mampu! Beli kain..” Muadz Hazami memutuskan kata-katanya sebelum berlalu. Datin Zahara yang mendengar kata-kata anak bujangnya menjengilkan mata. Wajah Katrina yang merah padam dapat dilihat dengan jelas.

“ Maafkan anak aunty, Katty! Dia memang macam tu. tapi hati dia baik!” Pujuk Datin Zahara sedangkan Katrina masih lagi panas hati. Tidak pernah ada lelaki yang bersikap kurang ajar dengannya sebelum ini.

“ Katty faham aunty. Katty tak marah dia. Sekarang, Katty nak balik dulu. Lain kali Katty datang lagi.” Katrina tersenyum paksa. Dia memeluk Datin Zahara sebelum berlalu dengan menyumpah seranah Muadz Hazami di dalam hati.

“ Kau belum kenal aku siapa! Jika kau tak jadi milik aku, nama aku bukan Katrina Dato’ Redzuan! Getus Katrina sambil meloloskan diri di dalam kereta Iriz miliknya. Sepanjang perjalanan, hatinya kepanasan!

****

Muadz Hazami merenung wajah Quezairy yang masam mencuka. Lelaki itu berjalan ke hulu ke hilir sebelum berdiri betul-betul di hadapannya. Air muka Quezairy nampak keruh tidak bercahaya. Entah meroyan ke apa! Muadz Hazami hanya bersahaja. Malas dia melayan temannya itu. Matanya berkalih memandang sekumpulan kanak-kanak yang bermain di kawasan padang bola yang berada di situ. Gelak tawa mereka membuatkan Muadz Hazami tergelak kecil.

“ Aku panas, boleh pulak kau katawa Muadz!” Suara Quezairy dengan keras. Muadz Hazami memandang lelaki itu sambil menjungkit kening. Apa kena mengena panas dengan dirinya! Tadi beria-ria ajak keluar!

“ Kau ni kenapa? Sawan ek!” Muadz Hazami mula naik geram.

“ Aku sawan? Eh, Muadz! Kau tahu tak, gaji aku kerja dengan bapak kau, Rm 2500..Gaji aku dekat Shah Alam tu Rm4000. Kau nak miskinkan aku ke Muadz??” soal Quezairy dengan geram. Muadz Hazami menelan air liurnya. Kalau dia sendiri pun marah. Elok-elok gaji mahal, dapat ciput! Tak ke nayer!

“ Ala..baru lagi kan! Kau ni, dengan kawan pun nak berkira. Nanti pergi mana-mana, aku belanjalah kau! Macam tak biasa!” Tutur Muadz Hazami kurang senang dengan kata-kata Quezairy. Papa pun satu, bayarlah lebih sikit! Dengan pekerja pun nak berkira. Sekarang, mamat ni dah memekak! Payah betul!

“ Satu lagi, yang ni lagi mendatangkan maut punya! Kau tahu tak kat pejabat papa kau tu ada perempuan! Perempuan kau tahu Muadz!” Tekan Quezairy seakan sengaja bermain dengan teka teki. Muadz Hazami mengerutkan dahinya. Apa masalahnya kalau ada pekerja perempuan! Bukannya tak biasa. Di Shah Alam tu, mustahil tiada staf perempuan! Di mana-mana pun ada perempuan!

“ Masalahnya, perempuan tu, perempuan yang kau langgar hari tu! Nak terkeluar biji mata aku ni! Ha, kawan dia tu pun kerja kat situ. Naik seram aku tengok diorang! Berpeluh-peluh aku dibuatnya.” Quezairy berterus terang. Pantas Muadz Hazami menghampirinya. Dia memandang Quezairy ke atas dan ke bawah.

“ Kau tak reka cerita kan?” Muadz Hazami merenung tajam muka lelaki itu.

“ Ya ALLAH…buat apa aku nak reka cerita! Ini betul-betul, bukan tipu-tipu! Kalau diorang tahu, masak aku! Muadz, kau kerjalah dengan papa kau. Aku sayanglah nak tinggalkan kerja kat Shah Alam tu!” Pujuk Quezairy dengan penuh berharap. Dia tidak mahu bermain dengan api. Pasti kelak dia akan terbakar dengan sendiri.

“ Tak payah! Kau kerja je dengan papa aku! Tentang minah dua orang tu, kau jangan gelabah boleh tak? Diorang tak cam muka kau! Apa yang penting, jangan kau jatuh cintan sudah dengan diaorang,” jawab Muadz Hazami acuh tak acuh. Quezairy hanya mampu menurut. Jika A, A lah jawabnya! Payah berkawan dengan anak Dato’ seorang ni. Pandai mengarah, kerja malas! Nasib bukan kaki perempuan. Jika tidak, pasti habis harta orang tuanya dikikis. Maklumlah, bila ada girlfriend, semua benda mahu diberi. Anak orang kaya katakan!

“ Tapi kau janji pujuk papa kau naikkan gaji aku! Setakat Rm 2500, aku nak makan apa kat KL ni! Lagipun…” Quezairy tersengih secara tiba-tiba. Muadz Hazami merenung wajah Quezairy yang ceria secara tiba-tiba. Pasti ada sesuatu yang disorokkan dari pengetahuannya. Mungkin kerana perempuan!

“ Yang kau tersengih tu kenapa? Ada awek sangkut kat kau ke?” soal Muadz Hazami ingin tahu.

“ Adalah… Biar rahsia. Jom! Kita pergi minum. Kau belanja!” Ucap Quezairy dengan bersahaja. Muadz Hazami hanya menganggukkan kepala tanda setuju.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku