Kekasihku anak bos!
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1316

Bacaan






Bab 6

Katrina berjalan ke hulu ke hilir di kamar tidurnya. Wajahnya masam dan kelat. Hatinya masih sakit dengan layanan anak Datin Zahara. Selama hidupnya, belum ada lelaki yang menghinanya sedemikian rupa. Tetapi lelaki yang bernama Muadz Hazami itu terlalu berani menjatuhkan hukuman sekelip mata. Tiada senyuman mahupun kata-katanya yang lembut, hanya sergahan yang menerima kedatangannya sebentar sahaja tadi.

“Siapa perempuan tak cukup kain kat luar tu? Cuba jelaskan sejelas-jelasnya!”

“ Datin Zainab mana? Manalah aku kenal datin-datin ni! Yang kau berdiri kat sini buat apa? Naik berbulu mata aku ni! Pakai baju macam tak cukup kain. Lagi kaya, lagi tak cukup duit rupanya!” Kata-kata itu teriang-iang di telinga Katrina. Dia duduk dibirai katil seraya menutup telinga. Matanya ditutup rapat-rapat. Bayangan Muadz Hazami dan kata-kata lelaki itu cuba dilontar jauh dari pemikirannya.

“ Katty…Katty dah balik?” panggil Datin Zainab seraya mengetuk pintu Katrina. Berkali-kali dia mengetuknya sebelum pintu dibuka dari dalam. Wajah Katrina tersembul di muka pintu dengan senyuman paksa.

“ Ya Mummy..ada apa mummy?” soal Katrina sambil berlalu dan duduk kembali di birai katil. Datin Zainab turut melangkah masuk ke bilik anak gadisnya itu. Kemudian matanya tertangkap gambar-gambar perempuan seksi di bilik tidur Katrina. Gambar-gambar artis dari Negara barat menjadi sebahagian hiasan bilik tidur itu. Datin Zainab mengeluh perlahan sebelum duduk di sebelah Katrina yang hanya mendiamkan diri. Raut wajah Katrina tampak muram dan tidak ceria seperti biasa.

“ Kenapa muka Katty masam je mummy tengok. Dah pergi rumah aunty Zahara belum?” tanya Datin Zainab sambil memegang erat jari jemari Katrina. Pasti ada sesuatu yang berlaku kepada anak daranya itu. Masakan Katrina yang ceria dan lincah muram sekelip mata. Katrina bukanlah seorang gadis yang mudah mengaku kalah dengan apa sahaja yang berlaku. Sikap keras kepala dan mementingkan diri adalah sikap buruk yang sukar dikikis oleh Katrina. Jika kehendaknya tidak dituruti, pasti dia akan mengamuk sakan. Semua penghuni rumah itu telah tahu sikap Katrina yang tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang.

“ Katty tak akan lepaskan dia macam tu je!” Bentak Katrina dengan kasar. Datin Zainab mengerutkan dahinya. Dengan siapa Katrina bergaduh? Datin Zahara? Mustahil!

“ Katty bergaduh dengan siapa ni? Cuba cakap dengan mummy!” Sampuk Datin Zainab dengan cepat. Wajah kelat Katrina direnungnya dalam-dalam.

“ Muadz Hazami, kau ingat, kau bagus sangat! Malukan aku di hadapan orang gaji kau! Depan mama kau, kau ingat kau siapa?” Katrina bersuara keras. Pandangan mummynya tidak diendahkan sama sekali. Hatinya benar-benar sakit saat itu.

“ Apa yang Muadz dah buat pada Katty sampai macam ni sekali sikap Katty? Muadz tu baik budaknya! Mummy kenal dia!” Datin Zainab cuba membela anak bujang kawannya itu.

“ Dah tu, anak mummy tak baik? Anak orang je baik! Lelaki macam tu, berlagak je alim! Tapi perangai macam apa. Kurang ajar!” Balas Katrina sedikit terguris dengan kata-kata Datin Zainab.

“ Apa dia dah buat pada Katty? Katty jangan buat mummy risau!”

“ Ada ke patut dia kata Katty ni pakai baju tak cukup kain! Disergahnya Katty di hadapan bibik dan mama dia. Dia ingat, Katty ni apa! Kucing kurap!” Ulas Katrina seraya bangun dari katil.

“ Mungkin dia bergurau. Katty jangan ambil serius dengan kata-kata Muadz tu.” Datin Zainab turut bangun dan memegang bahu anak gadisnya perlahan. Wajah mencuka Katrina membuktikan anak gadisnya itu benar-benar marah.

“ Kalau macam tu, bukannya bergurau mama! Itu namanya nak malukan Katty! Sudahlah mama, Katty nak mandi. Mama tak payah nak sokong mangkuk hayun tu sangat. Nanti tahulah Katty nak mengajarnya.” Katrina mengambil tuala dan berlalu masuk ke bilik air. Datin Zainab hanya mampu menggelengkan kepalanya. Hatinya sedikit resah. Janganlah Katrina membuat sesuatu yang boleh meretakkan persahabatannya dengan Datin Zahara. Jika tidak, pasti hubungan akhrab itu akan berakhir sekelip mata!

****

Di sebuah restoran kelihatan Muadz Hazami dan Quezairy berbual rancak. Sesekali Quezairy menarik muka apabila dikenakan oleh Muadz Hazami apabila diperli kerana bercakap tentang cinta. Apa masalah lelaki cukup sifat itu, Quezairy sendiri tidak pasti. Payah sekali Muadz Hazami untuk jatuh cinta. Jika dilihat dari luarannya, pasti ramai orang akan mengatakan lelaki bernama Muadz Hazami itu dikeliling ramai perempuan. Lagilah statusnya sebagai anak Dato’ yang berjaya di ibu kota. Mustahil tiada cinta! Jika tidak, mustahil tiada perempuan!

“ Bagi aku, perempuan zaman sekarang ni suka ambil kesempatan! Macam kau tengok dalam TV tu, sikit-sikit ajak pergi shopping! Minta tu minta ini! Kalau setakat harga ratus-ratus tu tak apa. Aku boleh terimalah! Ni tak, beg tangan saja dah harga puluhan ribu. Macam tu kata cinta?” soal Muadz Hazami sambil menjungkit keningnya kepada Quezairy.

“ Tapi, takkan kau tak ada langsung perasaan cinta! Sangkut mana-mana awek ke? Aku ni, dah tiga kali putus cinta tahu! Tapi bukan aku yang tinggal diorang, diorang yang tinggal aku adalah! Sampai kurus aku dibuatnya!” Ujar Quezairy sambil mengelengkan kepala.

“ Kurus poketkan?” soal Muadz Hazami pantas. Perlahan-lahan Quezairy menganggukkan kepalanya seraya tersengih lebar. Itulah yang berlaku kepadanya apabila melibatkan cinta.

“ Tapi tak semua perempuan macam tu Muadz! Mama kau perempuan, mak aku perempuan, diorang okey apa,” balas Quezairy cuba membetulkan tanggapan lelaki itu.

“ Mama aku dan mak kau lain! Perempuan dulu-dulu cukup jaga adab dan budaya. Kaki kikis jauh sekali. Tapi sekarang, nak pilih cukup payah. Ada je yang tak kena!” Tutur Muadz Hazami dengan muka sepuluh sen.

“ Ermm..dah cakap pasal perempuan, aku ni sebenarnya dah tersangkut dengan mata air kat ofis papa kau tu. Cara dia tengok aku kan, cair beb! Senyuman dia..Aku rasa aku dah jatuh cintalah Muadz!” Ujar Quezairy tersipu-sipu malu. Muadz Hazami menggelengkan kepalanya. Tidak serik-serik!

“ Minah mana pulak ni? Ke kau jatuh cinta dengan awek yang aku langgar tu? Kalau yang tu jangan, nahas kau nanti! Garang tu!” Muadz Hazami melayangkan jarinya tanda tidak bersetuju jika perempuan itu pilihan Quezairy. Wajah manis gadis itu terbayang di matanya. Suara gadis itu juga masih terlekat di telinga. Entah kenapa, seakan ada magnet yang melekatkan hatinya kepada gadis itu di dalam diam.

“ Bukan minah tu. Aku jatuh cinta kepada kawan kepada minah tu! Senyuman dia, cara dia pandang aku, aku rasa dialah jodoh aku Muadz!” Balas Quezairy dengan yakin.

“ Aku harap betullah tu jodoh kau! Jangan bodoh sudah! Apa-apa nanti, jangan kau jumpa aku, Muadz, poket aku kurus lagi! Muadz perempuan tu tipu aku! Muadz..” ujar Muadz Hazami sambil menggelengkan kepalanya.

“ Sudahlah tu! Kau ni lebih-lebih pulak buat andaian. Cepatlah minum! Penatlah aku duduk kedai ni lama-lama. Rimas!” Quezairy malas untuk mendengar bebelan Muadz Hazami. Memang cinta itu tidak sesuai untuk mamat berlagak macam Muadz Hazami. Dah terkena, barulah meracau tak ingat dunia! Time tu, pandai-pandailah bawa diri. Jangan mengadu pada aku sudah! Bernanah telinga aku nanti.

“ Dah tu, kau confirm kerja terus kat situ?” soal Muadz Hazami inginkan kepastian dari lelaki itu.

“ Yalah! Dah jatuh cintakan!” Jawab Quezairy sambil tersenyum.

“ Gaji ciput tu??” tanya Muadz Hazami sengaja menduga lelaki itu.

“ Nanti naiklah gaji aku! Papa kau dah janji!” Balas Quezairy acuh tak acuh sahaja bunyinya. Muadz Hazami menjungkit bahu seraya bangun untuk membuat pembayaran di kaunter. Saat itu tanpa dipaksa, bayangan gadis skuter itu datang menerpa.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku