Kekasihku anak bos!
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
999

Bacaan






Bab 7

Seusai makan malam, Ellysa Qairina bergegas ke bilik tidur. Entah kenapa hatinya tiba-tiba keresahan. Seakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Pantas dia merebahkan diri ke atas tilam sambil merenung kipas yang berputar laju di atas siling. Tiba-tiba ingatannya berkalih kepada Irwan Hanif. Tunangnya itu tidak lagi mneghubunginya seperti biasa. Seingat Ellysa Qairina sudah hampir tiga bulan lelaki itu menyepikan diri. Tiada sms mahupun surat yang dihantar. Telefon untuk bertanya khabarpun tidak pernah. Sesekali rajin juga Ellysa Qairina membuka laman facebook tunangnya itu. Apa yang menghairankannya, semua gambar pertunangan mereka yang dimuatkan di dalam facebook telah hilang. Lebih tepat, telah dipadam oleh Irwan Hanif.

“ Mak tak paksa Lysa terima pertunangan tu. Kalau Lysa menolak mak tak akan marah walaupun mak cik Aleeza itu jiran rapat kita sewaktu di kampung dulu.” Puan Hana bersuara apabila mendapat panggilan dari Puan Aleeza untuk menyatukan anak bujangnya dengan Ellysa Qairina. Wajahnya kelihatan bersahaja walaupun jauh di sudut hati dia mengharap pertunangan itu akan berlangsung juga. Bukan dia tidak kenal dengan keluarga Puan Aleeza dan Encik Razak. Keluarga mereka cukup peramah dan baik budi bahasanya.

“ Mak cik Aleeza yang merancang atau Irwan Hanif yang sendiri yang inginkan Lysa dan dia untuk bertunang? Lysa tak nak pertunangan tu nanti terputus macam tu je! Mak juga pasti tak nak Irwan Hanif mengungkit nanti kalau semua ni dirancang tanpa kerelaan hati dia.”

“ Sebenarnya, Irwan Hanif yang suruh mak cik Aleeza merisik Lysa. Dia kata, dia dah lama jatuh cinta pada Lysa sejak kita berjiran di kampung lagi. Sekarang, terpulanglah pada Lysa untuk membuat keputusan.” Puan Hana memandang kepada suaminya. Encik Zarul faham dengan pandangan isterinya itu. Dia sendiri tidak tahu apa jawapan yang wajar diberikan. Sekarang terserahlah kepada Ellysa Qairina. Dia berhak untuk menetukan calon suaminya!

“ Ayah juga ikut keputusan Lysa. Mana baik bagi Lysa, baiklah bagi mak dan ayah. Irwan Hanif tu baik orangnya. Dia buat keputusan nak bertunang dengan Lysa sebab tak lama lagi dia nak keluar Negara. Sambung belajar katanya!” ulas Encik Zarul. Ellysa Qairina termenung sejenak. Irwan Hanif adalah rakan sepermainan. Walaupun telah lama tidak berjumpa, dia yakin lelaki itu adalah jodoh terbaik untuknya.

“ Jika mak dan ayah setuju, Lysa terima je. Mungkin ini jodoh Lysa..” Ellysa Qairina tersenyum manis. Dia bukan jenis memilih rupa atau harta. Apa yang penting, budi bahasa, kejujuran dalam perhubungan dan yang paling penting dapat menjadi imam dalam keluarga.

“ Lysa…keluar kejap. Ada benda mak dan ayah nak cakap ni!” Panggil Puan Hana dari luar. Ellysa Qairina tersentak dan lamunannya terhenti secara tiba-tiba. Pantas dia bangun dan bergegas untuk keluar. Tanpa disengajakan, Ellysa Qairina terlanggar frim gambar yang berada di atas meja dan jatuh berkecai di atas lantai. Belum sempat dia membersihkannya, kedengaran suara Puan Hana dari luar. Masih memanggil namanya!

****

Ellysa Qairina duduk di sebelah Puan Hana. Matanya merenung kaca televisyen dengan pandangan kosong sebelum berkalih kepada emaknya yang menepuk pehanya perlahan. Ellysa Qairina tersenyum sambil membuat muka sebelum ketawanya terhembur kuat. Puan Hana dan Encik Zarul menggelengkan kepala dengan telatah anak gadis mereka itu.

“ Kenapa mak panggil Lysa ni? Ada apa-apa kejutan ke?” soal Ellysa Qairina ingin tahu.

“ Tak..mak dan ayah nak tanya, ada tak Irwan Hanif telefon? Rasanya tahun ni dia habis belajarkan? Soal Puan Hana. Ellysa Qairina menganggukkan kepalanya dengan wajah yang muram.

“ Dah tu kenapa sedih je ayah tengok! Dia tak bagitahu Lysa bila nak balik?” sampuk Encik Zarul pula. Seingatnya sudah hampir tiga tahun bakal menantunya itu belajar di luar Negara. Janji mereka untuk melangsungkan perkahwinan selepas kepulangan Irwan Hanif akan termeterai tidak lama lagi.

“ Entahlah mak, ayah! Irwan Hanif dah lama tak hubungi Lysa. Mesej pun tidak. Surat jauh sekali. Mungkin dia terlalu sibuk belajar untuk exam akan datang.” Ellysa Qairina kurang yakin dengan jawapannya. Mustahil tiada masa walaupun satu minit! Ketika makan atau minum, berehat atau mandi, lelaki itu boleh menghantar pesanan kepadanya walaupun satu ayat..Melainkan si hempunya hati telah berubah! Itu sahaja alasan yang lebih tepat.

“ Erm..mungkin juga. Nanti mak cuba tanya mak cik Aleeza. Benda macam ni tak boleh dibuat main-main! Lysa pun cuba hubungi Irwan Hanif tu.” Puan Hana mengeluh perlahan.

“ Dia sibuklah tu! Jangan fikir bukan-bukan!Lysa nak kerjakan esok? Dah, masuk tidur!” Encik Zarul seakan memberi arahan. Pantas Ellysa Qairina meminta diri untuk masuk ke bilik. Lega sedikit hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku di dada. Sebelum membaringkan diri ke atas tilam, terlebih dulu dia membersihkan serpihan kaca yang berada di biliknya. Kemudian gambar yang berada di situ diambil dan diletakkan ke dalam album. Selesai! Ellysa Qairina mula terlena selena-lenanya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku