Kekasihku anak bos!
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1296

Bacaan






Bab 8

Sesampai di pejabat, Ellysa Qairina duduk di tempat duduknya. Bayangan Juliza Damia masih belum kelihatan. Tidak lama kemudian, kedengaran suara Juliza Damia dan Quezairy silih berganti. Erm..datang dengan bakal boyfriend! Sempat Ellysa Qairina membuat andaian. Pantas Ellysa Qairina mendapatkan Juliza Damia yang melangkah masuk.

“ Amboi..bukan main lagi kauorang! Baru kenal, dah datang sekali!” Usik Ellysa Qirina sambil menjeling kepada Quezairy yang tersenyum lebar.

“ Kami bertembung je tadi. Tak ada apa-apalah. Kau ni!” Bisik Juliza Damia seakan malu. Sempat dia melirik kepada Quezairy yang masih tersenyum. Mukanya berubah merah secara tiba-tiba.

“ Hari ni bertembung! Esok bercinta! Lusa berkahwin! Dapatlah aku makan nasi minyak kauorang!” Sakat Ellysa Qairina lagi. Juliza Damia pantas mencubit pipi gadis itu. Banyak pula cekadaknya!

“ Saya belum tahu nama awak berdua. Kalau tak keberatan..” Quezairy melempar senyum.

“ Saya Ellysa Qairina. Ni, my bestfriend..namanya Juliza Damia. Kalau awak ada apa-apa masalah, boleh ceritakan kepada kami, atau staf yang lain. Tak payah segan-segan!” Pantas Ellysa Qairina memberi penerangan. Juliza Damia hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiakan kata-kata gadis itu.

“ Perempuan harimau..apa namanya tadi?” Quezairy bercakap sendiri. Ellysa Qairina mengerutkan dahi. Apa pulak mamat ni membebel!

“ Apa awak cakap tadi?” soal Ellysa Qairina kelihatan was-was. Telinganya seolah-olah menangkap sesuatu yang kurang enak didengar.

“ Tak, saya tanya nama awak? Saya lupa!” Quezairy mula berpeluh.

“ Ellysa Qairina. Panggil je Lysa,” balas Ellysa Qairina dengan senyuman manis.

“ Lysa? Okey! Terima kasih. Saya buat kerja dulu!” Quezairy duduk di tempatnya. Dia memberi tumpuan kepada kerjanya yang masih banyak. Sesekali dia mencuri pandang kepada Juliza Damia. Gadis itu begitu cantik pada pandangan matanya. Belum sempat dia menilik kemolekan gadis itu, telefonnya tiba-tiba berbunyi kuat.

“ Helo Muadz! Apahal kau call aku pagi-pagi ni?” soal Quezairy tidak senang. Lelaki itu suka benar mengganggu kerjanya.

“ Kau tengah ejas awek ke?” kedengaran suara Muadz Hazami di corong telefon.

“ Ejas awek apanya! Aku kerjalah! Kau tu jangan goyang kaki je. Datanglah kerja kat sini! Ramai awek-awek cantik. Erm..perempuan yang kau langgar tu, memang peramah habis! Kalau kau tak suka, boleh aku ambil je!” Quezairy sengaja membakar perasaan Muadz Hazami.

“ Mengarutlah cinta-cinta ni!” Tingkah Muadz Hazami dengan keras.

“ Dah tu, kau nak kahwin dengan bibik kau? Kau tak suka bibik kau kan?” soal Quezairy sambil tergelak kecil.

“ Memang aku tak suka! Bibik aku tu sibuk jaga tepi kain orang. Kau apahal tanya? Kau nak bibik Sarti tu?” Muadz Hazami pantas menyoal. Quezairy tergelak kuat sebelum menutup mulutnya.

“ Kalau kau tak percaya pada cinta, kau ambil je bibik Sarti! Bibik Sarti tu anak dara lagi kan?” soal Quezairy sambil tergelak sakan.

“ Dah tu, kau nak aku kahwin dengan dia? Kau jangan banyak hal Quezairy! Dahlah bercakap pasal cintan-cintan ni. Jom, teman aku minum! Boringlah!” Ajak Muadz Hazami penuh berharap.

“ Aku ni kerja. Kau suruh je bibik Sarti temankan! Dah, aku nak sambung kerja. Sambil tu, boleh tengok awek-awek cantik kat sini. Bye..” Quezairy memutuskan panggilan dan tersenyum puas. Padam muka kau Muadz!

****

Muadz Hazami melangkah ke dapur dan mengeluarkan jus apple dan diletakkan ke atas meja. Pantas air itu dituang ke dalam gelas dan diteguknya dengan rakus. Kemudian dia mengambil beberapa buah epal dan dimasukkan ke dalam mangkuk berhias. Sesekali kepalanya dijenguk ke kanan dan ke kiri. Bayangan bibik Sarti tiada di situ.

“ Bibik…” laung Muadz Hazami dengan kuat. Bibik Sarti yang sedang menyiram pokok bunga terkocoh-kocoh datang menghampiri.

“ Ada apa Encik Muadz panggil bibik? Kalau boleh, jangan jerit-jerit! Nanti jiran-jiran sebelah rumah dengar! Malu bibik.” Bibik Sarti berdiri tegak apabila direnung dalam-dalam oleh lelaki tampan itu.

“ Sekarang bibik potong buah epal ni! Nanti bawa ke halaman rumah. Jangan lupa jus apple sekali!” arah Muadz Hazami sebelum berlalu. Bibik Sarti mencebik lama. Macam bagus sangat! Sudah habis belajar, malas kerja! Kalau macam ini gayanya, lingkup orang tua! Bibik Sarti membebel sendiri. Setelah selesai dia membawa mangkuk buah dan jus apple ke halaman rumah.

“ Ini buahnya Encik Muadz!” Bibik Sarti meletakannya di atas meja.

“ Dato’ dan Datin pergi mana?” soal Muadz Hazami sambil menggoyang-goyangkan kakinya yang bersilang. Buah epal dikunyah perlahan.

“ Dato’ sama Datin pergi rumah ciknya Katrina. Ingin jumpa Datin Zainab dan Dato’ Redzuan kata mereka.” Bibik Sarti pantas mengambil buah epal yang siap dipotong. Dia menguyah perlahan-lahan.

“ Jumpa?? Buat apa?” sergah Muadz Hazami dengan kuat. Hampir tersembul buah epal yang dimakan oleh bibik Sarti.

“ Agaknya mahu merisik Cik Katrina sama Encik Muadz! Encik Muadz belum ada pacarnya. Kalau saya jadi Cik Katrina, saya tidak akan menolak!” Ujar bibik Sarti sambil tersengih lebar. Naik darah juga Muadz Hazami melihatnya. Inilah namanya mulut murai! Banyak cakap!

“ Bibik Sarti kalau nak kahwin sangat, tu Pak Abu ada! Pak Abu tu duda. Kalau bibik nak..” ulas Maudz Hazami dengan geram.

“ Encik Muadz ni ada-ada saja! Bibik suka sama Encik Muadz, boleh pula bagi saya pada Pak Abu! Tak romantik!” Balas bibik Sarti sambil berlalu. Dia meneruskan kerjanya yang masih belum selesai. Pokok-pokok bunga disemburnya dengan geram sebelum terdengar jeritan seseorang.

“ Buta ke bibik!” Jerkah Katrina dengan geram. Habis lencun baju yang dipakainya. Kawan-kawannya yang berada di belakang terselamat dari terkena air. Pak Abu yang nampak, cepat-cepat datang untuk meredakan suasana.

“ Maaf Cik Katrina. Tadi saya tak sengaja!” Pantas bibik Sarti menyapu baju Katrina yang basah. Secepat itu juga Katrina menolaknya dengan kuat.

“ Maaf cik! Bibik Sarti tidak sengaja. Nanti, dia tukarkan baju untuk cik Katrina.” Pak Abu memandang bibik Sarti yang memuncungkan mulutnya tanda tidak berpuas hati.

“ Nak pakai baju siapa? Baju bibik? Baju saya ni bibik, mahal tahu! Buatan luar negara! Kalau rosak..” Katrina membutangkan matanya luas-luas.

“ Dahlah tu Katty! Kau ni..” Meera menyinggung siku gadis itu apabila melihat seorang lelaki tampan menghampiri mereka.

“ Apahal ni? Bibik, kenapa ni?” soal Muadz Hazami sambil melempar senyuman kepada kawan-kawan Katrina. Bibik Sarti menarik muka masam. Geram dia apabila dijerkah oleh Katrina sebentar sahaja tadi.

“ Bibik siram pokok bunga. Boleh pula terkena Cik Katrina. Bibik tak perasan encik Muadz! Cik Katrina ini, masuk pagar enggak bagi salam! Manalah bibik tahu!” Bibik Sarti seakan mengadu. Katrina menggigit bibir dengan geram.

“ Sekarang, baju I dah basah! So macam mana?” soal Katrina dengan muka ketat. Dia merenung wajah tampan Muadz Hazami tanpa secalit senyuman.

“ Kita baliklah!” Balas Tina tidak senang dengan sikap temannya itu. Dia mencuit bahu Meera yang hanya mendiamkan diri.

“ No! sekarang, bibik bertanggungjawab!” Katrina menunding jari telunjuknya ke muka bibik Sarti. Pak Abu yang melihat menggelengkan kepalanya. Dia malas untuk bertekak dan berlalu dari situ.

“ Macam nilah Cik Katrina. Oleh kerana Cik Katrina dah ceroboh kawasan rumah saya, secara automatiknya, Cik Katrina yang salah! Sekarang, bibik Sarti tak bersalah dalam soal ni. Jadi, dipersilakan balik. Jangan buat kecoh kat sini!” Muadz Hazami bersuara dengan senyuman sinis. Katrina menggigit bibir dengan kuat.

“ You ni kan..” Katrina merenung tajam anak mata lelaki itu.

“ Kenapa? Ada tak kena ke dengan saya?” soal Muadz Hazami dengan selamba.

“ Sudahlah!” Jerkah Katrina sambil berlalu diikuti teman-temannya. Sakit hatinya bukan sedikit dengan layanan yang diberi.

“ Sekejap!” Panggil Muadz Hazami. Pantas mereka bertiga berhenti serta-merta.

“ Apa lagi??” jerkah Katrina dengan kuat.

“ Bukan You! Kawan-kawan You!” Balas Muadz Hazami sebelum mengarahkan bibik Sarti mengambil dua kuntum bunga ros yang berada di situ.

“ Ini untuk You and You!” Ucap Muad Hazami sambil memberinya kepada Tina dan Meera. Katrina menyumpah keras dan berlalu keluar. Sekali lagi dia dimalukan oleh Muadz Hazami. Niat ingin memperkenalkan lelaki itu sebagai teman lelakinya kepada Tina dan Meera tidak berhasil sama sekali. Pasti dia akan ditertawakan selepas ini. Pasti juga dia dituduh sebagai perempuan syok sendiri. Segalanya cukup pasti!

****

“ Bodoh punya orang gaji!” Katrina bersuara kuat. Meera dan Tina hanya mampu menggelengkan kepala. Simpati juga melihat Katrina yang basah kuyup. Jika tidak kerana pembantu rumah itu, pasti mereka dapat berbual dengan Muadz Hazami yang dikatakan sombong dan berlagak oleh Katrina.

“ Apa nak buat. Benda dah jadi. Salah kita juga, tak bagi salam.” Tina seakan merungut.

“ Bibik tu memang sengaja nak malukan I . Dasar tak sedar diri! Nanti I adukan pada Datin Zahara, baru dia tahu!” Balas Katrina dengan geram. Dia memecutkan keretanya dengan laju dan memperlahankannya apabila terlibat dengan kesesakan lalu lintas.

“ Katty, You cakap Muadz Hazami tu sombong orangnya! Tapi I tengok, dia okey je!” Ujar Meera secara tiba-tiba. Terbayang seraut wajah tampan Muadz Hazami. Tidak hairanlah jika Katrina boleh jatuh cinta dengan lelaki itu.

“ Entah! Dia tu ikut mood! Kadang-kadang okey! Kadang-kadang tak!” Balas Katrina seraya memasang radio. Lagu nyanyian Siti Nurhaliza berkumandang dengan merdunya.

“ Betul ke Muadz Hazami tu, boyfriend kau Katty? Aku tengok, dia layan kau semacam je! Kauorang gaduh ya?” Tina pula menyampuk. Katrina mendengus perlahan. Bibirnya diketap lama. Muadz Hazami seakan ingin berperang dengannya. Lelaki itu langsung tidak memandang kecantikan yang ada pada dirinya.

“ Dia akan jadi boyfriend aku! Tunggu dan lihat!” Jawab Katrina dengan yakin. Dia akan mendapatkan lelaki itu walaupun terpaksa merayu. Pantang dia jika ditolak mentah-mentah seperti itu.

“ Bertuahlah kalau kau dapat dia Katty. Dahlah hensem, kaya pulak tu! Tapi..kau terpaksa layanlah kerenah orang gaji dia tu! Orang gaji kesayangan katakan!” Meera tergelak kecil. Teringat dia gelagat bibik Sarti yang masam mencuka apabila diherdik oleh Katrina. Raut wajah wanita itu turut mencuit hatinya.

“ Kalau aku kahwin dengan Muadz Hazami, bibik Sarti tu tak akan jejak lagi rumah tu! Tu janji aku!” Balas Katrina kedengaran serius. Meera dan Tina berpandangan sesama sendiri sebelum menjungkit bahu. Nasiblah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku