Kekasihku anak bos!
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1897

Bacaan






Bab 10

Awal pagi, Muadz Hazami keluar dari rumah. Ada agenda yang dirancangnya semenjak malam tadi lagi. Dia memandu kereta BMW menuju ke pejabat Dato’ Zahari. Bibirnya mengukir senyum sepanjang jalan. Lagu nyanyian kumpulan SLAM menjadi santapan telinganya saat itu. Sampai di hadapan pejabat Dato’ Zahari, tanpa disengajakan kereta Muadz Hazami hampir melanggar seseorang. Mujur sempat dia membreknya sebelum manusia di hadapannya itu menjadi mangsa. Muadz Hazami mengurut dada tanda lega. Kemudian dia mencuri pandang pemilik motosikal yang hampir menjadi mangsanya sebentar tadi. Alahai…gadis skuter itu lagi! Matilah aku! Muadz Hazmai pantas menunduk saat keretanya diketuk kuat dari luar. Janganlah gadis itu nampak muka aku! Parah aku nanti!

“ Kenapa ni Lysa?” Quezairy yang ternampak gelagat Ellysa Qairina datang sebelum sempat memasuki bangunan pejabat. Terkejut beruk dia melihat kereta milik Muadz Hazami yang diketuk oleh Ellysa Qairina saat itu. Sempat dia menjeling Muadz Hazami yang menyembunyikan wajahnya.

“ Lelaki ni! Tak habis-habis nak langgar orang! Tahu bawa kereta ke tak! Hari tu dah langgar saya. Tu pun tak minta maaf! Kali ni saya tak akan lepaskan…” jawab Ellysa Qairina sedikit geram. Dia mengetuk cermin kereta berulangkali dengan hati yang panas. Sikap pemandu itu benar-benar menyakitkan hatinya.

“ Agaknya dia tak sengaja!” Tutur Quezairy mula runsing melihat kemarahan Ellysa Qairina.

“ Saya nak awak keluar sekarang!” Jerit Ellysa Qairina. Muadz Hazami hanya berdiam diri melihat gelagat gadis itu yang mula naik darah. Kemudian dia ternampak gadis itu mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya. Segugus kunci kini berada di tangan Ellysa Qairina dengan senyuman lebar. Pantas Muadz Hazami menurunkan sedikit cermin keretanya.

“ Kau nak buat apa tu?” kasar tutur kata Muadz Hazami. Kemudian dia memandang Quezairy yang kelihatan tercegang.

“ Erm…orang yang tidak tahu menghormati hak orang lain jawapannya…” Ellysa Qairina melayang-layangkan kuncinya. Muadz Hazami menelan air liur. Pasti minah ni nak dajalkan kereta aku lagi! Pantas dia memberi arahan kepada Quezairy melalui pandangan mata. Cepat-cepat Quezairy mendapatkan Ellysa Qairina yang masih tersenyum.

“ Lysa, agaknya mamat ni mabuk tak? Jom kita masuk ofis!” Pujuk Quezairy sambil mengarahkan Muadz Hazami berlalu dari situ.

“ Mabuk ke tak, tu bukan urusan saya! Sekarang…” Ellysa Qairina cuba mencalar bumper kereta lelaki itu. Pantas Muadz Hazami mengundur dan meluncur laju dari situ. Ellysa Qirina yang melihat terkebil-kebil menahan marah. Bibirnya diketap kemas.

“ Lelaki gila!” Sumpah Ellysa Qairina. Nafasnya turun naik memikirkan sikap pemandu kereta itu.

“ Dahlah tu! Jom..” ajak Quezairy sedikit lega. Macam-macam hal! Pagi-pagi dah cari pasal si Muadz ni! Sempat Quezairy mengomel di dalam hati.

“ Orang kaya ni, memang macam tu ke?” soal Ellysa Qairina sambil berlalu. Quezairy yang mengekori dari belakang menganggukkan kepala. Muadz Hazami memang begitu! Tak syak lagi! Quezairy tersengih pula.

****

Ellysa Qairina menghempaskan diri ke atas kerusi. Handbag jenama Gucci diletaknya ke atas meja. Dia masih membebel dengan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab. Apa yang menyakitkan hatinya, lelaki itu payah sekali untuk mengungkapkan perkataan maaf. Sudahlah membuat kesilapan, boleh pula bercakap dengan kasar! Memang tidak beradab!

“ Hoi cik kak! Apa yang kau duk belebel tu? Teringat cik abang tunang ke?” sergah Juliza Damia sambil tergelak kecil. Quezairy yang memandang hanya mendiamkan diri tanpa berniat untuk menegur perbualan mereka. Sedikit sebanyak, dia turut merasa tempiasnya.

“ Bukan cik abang tunang! Ni cik abang meroyan! Tadi, nasib baik aku tak kena langgar dengan mamat tu!” Ujar Ellysa Qairina dengan geram.

“ Mamat mana ni?” Juliza Damia kelihatan hairan.

“ Mamat BMW tu lah! Dahlah tak tahu minta maaf, dia boleh blah macam tu je!” Balas Ellysa Qairina terasa ingin menangis. Dia menunduk saat air matanya bermain di kolam mata. Entah kenapa rasa sebak bermain di dada.

“ Dahlah tu. Kau kenapa sedih sangat ni? Kau fikir benda lain kan?” Juliza Damia serkap jarang. Pantas Ellysa Qairina menganggukkan kepalanya. Dia menyapu air mata yang mulai tumpah dan jatuh membasahi pipi.

“ Irwan Hanif tak hubungi aku langsung! Entah bagaimana keadaan dia sekarang. Sihat ke, sakit ke, aku tak tahu!” Ellysa Qairina berterus terang.

“ Mungkin dia sibuk!” Juliza Damia seakan memujuk.

“ Sibuk sehingga tiada satu minitpun untuk aku? Mungkin betul cakap kau, Irwan Hanif ada orang lain.” Ellysa Qairina melepas kata tanpa berfikir. Dia membelek fail yang berada di atas mejanya. Kepalanya buntu! Fikirannya terasa kosong.

“ Kau sabar jelah Lysa! Apapun nanti, kau akan tahu juga. Yang penting, kau doakan semuanya menjadi baik. Tak payah peningkan kepala fikirkan benda yang kita tak pasti. Mana tahu jodoh kau bukan dengan rwan Hanif! Mungkin juga dengan..” Juliza Damia tersenyum lebar.

“ Dengan siapa?” Ellysa Qairina ingin tahu. Dia merenung wajah Juliza Damia.

“ Mamat BMW tu! Dia asyik nak langgar kau je!” Ulas Juliza Damia sambil melepaskan tawa.

“ Kalau yang tu aku tak nak!” Balas Ellysa Qairina sambil menghemburkan air mata sekali lagi. Hatinya benar-benar merasa pilu.

“ Eh kau ni! Aku gurau jelah. Dah! Jangan nangis-nangis! Tak cantik tahu!” pujuk Juliza Damia seraya memeluk Ellysa Qairina dengan kemas. Quezairy yang mencuri pandang menggelengkan kepala dan berlalu untuk ke tandas.

****

Quezairy yang berada di tandas, berjalan ke hulu ke hilir. Beberapa kali dia menghubungi Muadz Hazami. Masih tiada jawapan. Sesekali dia melihat wajahnya di cermin sambil melurutkan rambutnya agar kelihatan lebih kemas. Senyuman terukir di bibirnya saat mengingati Juliza Damia. Gadis itu mungkin ditakdirkan untuknya! Mengenangkan semua itu, Quezairy merasa seronok bekerja di situ walaupun gaji yang dibayar tidak seberapa. Quezairy menghubungi Muadz Hazami sekali lagi. Tidak lama kemudian, kedengaran suara lelaki itu jelas di corong telefon.

“ Assalamualaikum...” ucap Muadz Hazami dengan lembut. Quezairy membuat muka. Dia cukup kenal dengan lelaki itu. Buat salah, mulalah berlakon seperti tiada apa yang berlaku!

“ Waalaikumussalam…Muadz, kau kat mana?” soal Quezairy ingin tahu.

“ Rumahlah! Mana lagi aku nak pergi!” Ujar Muadz Hazami mula berubah cara percakapannya.

“ Pagi tadi awal benar kau keluar. Kau nak pergi mana?” soal Quezairy bagaikan seorang pegawai polis lagaknya.

“ Aku nak tengok budak skuter tu lah! Sekali kantoi. Aku bukan sengaja nak langgar dia. Lagipun, tak kena langgar pun, hampir je kan?” balas Muadz Hazami bersahaja.

“ Nak tengok? Kau nak tengok Ellysa Qairina tu? Kenapa? Kau dah jatuh cintan dengan dia?” Quezairy menyoal bertubi-tubi. Muadz Hazami tergelak kuat di corong telefon. Macam kelakar je soalan tu!

“ Kenapa kau gelak? Tak betul ke?” Quezairy sedikit tersinggung dengan sikap lelaki itu. Muadz Hazami tidak pernah ambil serius kata-katanya.

“ Aku tak pastilah! Tapi, aku rasa aku suka tengok dia. Cute!” Muadz Hazami berterus terang.

“ Baguslah macam tu! Padam muka kau. Tu lah! Cinta is nonsense! Cinta tu mengarut! Sekarang…”

“ Sekarang, kau pergi kerja. Makan gaji buta ke apa?” sampuk Muadz Hazami sebelum ketawa terbahak-bahak. Seronok dia mengenakan Quezairy yang lurus bendul.

“ Yalah! Aku dah penat duduk dalam bilik kecil ni! Rimas!” Balas Quezairy sambil menilik lagi wajah tampan miliknya.

“ Kau kata mana tu?” Muadz Hazami ingin tahu.

“ Dalam tandaslah mana lagi,” balas Quezairy.

“ Tandas? Tak senonohlah kau ni call aku dalam tu. Dahlah! Aku ada hal ni. Apa pun, kau jaga Ellysa Qairina tu untuk aku. Untuk abang macho!” Muadz Hazami tergelak lagi. Quezairy hanya menganggukkan kepala tanpa bersuara. Panggilan diputuskan dan Quezairy kembali duduk untuk menyambung tugasannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku