Kekasihku anak bos!
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1238

Bacaan






Bab 11

Di balai ketibaan KLIA, Irwan Hanif menolak beg bagasinya sambil melilau mencari seseorang. Tidak lama kemudian, terukir senyuman lebar di bibirnya apabila seorang gadis datang dan merangkul tangannya dengan manja. Tubuh gadis yang tinggi dan langsing itu bagaikan seorang model lagaknya. Ramai yang memandang gadis tersebut sehingga Irwan Hanif merasa cemburu. Pantas mereka keluar untuk mencari teksi.

“ Sayang, nanti jangan lupa jumpa mummy dan daddy I . Mesti diorang suka bila tengok You!” Tutur Irna Arina dengan lirikan manja. Irwan Hanif menganggukkan kepala sambil mencubit lembut pipi gadis itu. Irna Arina adalah seorang gadis lincah yang cantik dan manis. Pertemuan pertama di Kota London membuatkan benih-benih cinta tumbuh subur di hati mereka. Senyuman gadis itu cukup memikat hati Irwan Hanif sehingga lupa statusnya sebagai tunangan orang. Tunang kepada Ellysa Qairina!

“ I janji akan jumpa dengan orang tua You. I sayangkan You, Irna Arina.” Irwan Hanif memegang erat tangan gadis itu. Kemudian dia merangkul pinggang Irna Arina tanpa rasa malu. Beberapa orang yang memandang hanya tersenyum sinis dengan gelagat mereka.

“ Macam mana dengan tunang you tu? You dah cakap pada dia tentang kita?”soal Irna Arina kedengaran cemburu. Irwan Hanif menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan keluhan yang berat. Payah benar untuk dia memberitahu Ellysa Qairina. Jauh sekali untuk melihat orang tuanya kecewa. Namun payah atau tidak, sebagai lelaki dia perlu kuat untuk membuat keputusan tersebut. Cintanya bukan untuk Ellysa Qairina lagi.

“ Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Awak tak rasa, awak sebenarnya buat keputusan melulu. Lagipun, saya takut, kalau-kalau nanti awak yang akan tinggalkan saya, Irwan Hanif!”

“ Saya cintakan awak Ellysa. Sejak kita berjiran sewaktu di kampung, saya dah jatuh cinta pada awak. Mustahil saya begitu mudah untuk tinggalkan awak.”

“ Apa jaminan awak untuk membahagiakan saya?” soal Ellysa Qairina seolah tidak berpuas hati.

“ Saya tak dapat nak jamin apa-apa. Tapi saya janji, saya akan jaga awak sebaik mungkin! Saya yang datang lamar awak Ellysa. Nanti saya habis belajar, kita kahwin!”

“ Sayang…” panggil Irna Arina seakan merengek. Ingatan Irwan Hanif terhadap Ellysa Qairina mati serta merta.

“ Ya sayang…tentang tu, I akan selesaikan. Mungkin dua tiga hari nanti I akan putuskan pertunangan kami. You jangan risau okey!” Irwan Hanif seakan memujuk. Irna Arina menganggukkan kepala seraya menarik tangan lelaki itu menuju ke arah sebuah teksi. Pantas pemandu teksi keluar dan meletakkan bagasi mereka ke dalam bonet kereta.

“ Ampang pak cik!” Irwan Hanif memberi arahan. Setelah teksi itu bergerak, Irna Arina merapatkan dirinya kepada Irwan Hanif. Kepalanya dilentok manja ke bahu lelaki itu.

“ Lega I sekarang! Dah sampai malaysia, tak ada lagi awek-awek mat saleh tu kejar You. Yang paling I geram, dengan Jeniffer! Gila betul dia dengan You. Sanggup dia colour rambut warna hitam, pakai baju kurung! Tak sedar dia tu dah jadi mat saleh celup! Buat apakan?” tutur Irna Arina dengan geram. Terbayang seraut wajah bujur Jennifer yang putih kemerahan. Ditambah pula dengan lesung pipit yang memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandang. Nasiblah citarasa Irwan Hanif bukan kepada gadis mat saleh itu. Jika tidak, pasti dia yang makan hati berulamkan jantung kerana menyintai lelaki itu sepenuh hatinya.

“ Jennifer??” Irwan Hanif tergelak kecil mendengar kata-kata kekasihnya. Teringat dia kepada Jennifer. Jennifer seorang gadis beragama kristian yang amat menyintai dirinya. Gadis itu sanggup membantunya ketika dalam kesusahan. Hidup di perantauan serba serbi kekurangan apalagi apabila melibatkan wang ringgit! Payah sekali! Apa yang Irwan Hanif tidak akan lupakan ialah saat dia keluar bersama Jennifer menikmati keindahan malam Kota London tanpa pengetahuan Irna Arina. Ketika kepulangannya ke Malaysia, dari jauh Irwan Hanif dapat melihat kelibat Jennifer dari jauh. Air mata gadis itu jatuh ke pipi sambil melambainya secara bersembunyi.Sedikit sebanyak, hati Irwan Hanif tersentuh dengan cinta Jennifer.

“ Sayang…Tengok tu, melamun lagi! Ingat si Jenniferlah tu!” Tekan Irna Arina dengan geram. Irwan Hanif tersengih lebar. Tepat tekaan Arina Irna!

“ I orang melayu. Pastilah I nak orang melayu jadi isteri I .” Irwan Hanif tersenyum pula. Pemandu teksi yang membawa mereka sesekali mencuri pandang dari cermin. Dahinya berkerut dan jantungnya berdegup kencang apabila menyedari lelaki itu adalah Irwan Hanif. Tunang kepada anaknya, Ellysa Qairina! Apa yang paling mengguris hati Encik Zarul , gelagat gadis seksi di sebelah lelaki muda itu. Hancur! Bisik Encik Zarul di dalam hati.

“ Erm..maaf pak cik tanya, anak ni Irwan Hanif kan?” Encik Zarul cuba mendapatkan kepastian. Pantas Irwan Hanif memandang lelaki separuh abad di hadapannya itu. Matanya membutang luas dan lidahnya kelu untuk berkata-kata. Pemandu teksi itu adalah ayah kepada tunangannya, Ellysa Qairina. Irwan Hanif menelan air liur perlahan. Pantas diolaknya kepala Irna Arina dari bahunya.

“ Kenapa sayang? Pucat je muka You!” Irna Arina kelihatan hairan. Wajah Irwan Hanif kelihatan pucat tidak berdarah.

“ Ya pak cik. Saya Irwan Hanif. Maaf, saya tak perasan pak cik tadi.” Tutur Irwan Hanif serba salah. Encik Zarul tersenyum hambar. Tergambar kekecewaan di wajah tuanya. Anak muda itu terlalu asyik melayan kerenah kekasih hati sehingga melupakan hubungan yang terjalin antara mereka.

“ Dah habis belajar? Pak cik ingat, belum tamat pengajian Hanif,” sambung Encik Zarul lagi. Irna Arina mengerutkan dahi seraya menepuk peha kekasihnya.

“ You kenal pak cik ni?” soal Irna Arina seraya mencuri pandang lelaki separuh abad di hadapannya itu. Pantas Irwan Hanif memberi amaran supaya gadis di sebelahnya itu tidak menyoal lagi.

“ Dah habis belajar pak cik. Pak cik dan semua sihat ke? Hanif minta maaf lama tak call! Hanif sibuk sikit!” Irwan Hanif memberi alasan. Sesekali dia memandang keluar tingkap. Terasa lambat benar perjalanan mereka saat itu. Badannya berpeluh walaupun teksi itu dipasang penghawa dingin.

“ Semua sihat. Alhamdulillah…Ellysa Qairina pun sihat!” balas Encik Zarul sengaja mencuri respon Irwan Hanif. Lelaki muda itu terdiam mendengar kata-katanya.

“ Ayah tunang You??” soal Irna Arina dengan kuat. Pantas Irwan Hanif menganggukkan kepala dan menyandar tubuhnya ke kusyen. Dia menutup mata rapat-rapat. Wajah manis Ellysa Qairina melayang-layang di dalam mindanya. Gadis cantik dan manis itu telah menerima lamarannya tanpa sebarang bantahan. Mana baik bagi orang tuanya, baiklah baginya! Itulah kata-kata Ellysa Qairina apabila Irwan Hanif meminta pendapat gadis itu tentang pertunangan mereka.

“ Irwan!” panggil Arina Irna dengan geram. Pantas Irwan Hanif membuka matanya.

“ Apa??” tekan Irwan Hanif tidak senang. Fikirannya buntu saat itu.

“ You tak payah nak ingatkan perempuan tu! You nak putuskan!” Irna Arina seakan berbisik namun cukup jelas di telinga Encik Zarul. Hati tuanya benar-benar terluka dengan sikap Irwan Hanif dan gadis tersebut. Kesetiaan anak gadisnya bagaikan tiada erti buat Irwan Hanif . Dia yang memulakan dan dia yang mengakhiri hubungan itu dengan begitu mudah. Kasihan kau Lysa! Encik Zarul menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan keluhan yang berat.

“ Arina, please…Tolong jangan bising! I pening okey!”

“ Pening?? Sebab You rasa You dah kantoi! Pak cik, kalau pak cik nak tahu, saya dan Irwan Hanif akan bertunang tak lama lagi!” ujar Irna Arina dengan geram.

“ Arina! You jangan kurang ajar boleh?” jerkah Irwan Hanif dengan kuat. Encik Zarul hanya menggelengkan kepala melihat gelagat mereka. Pantas teksi dipecut dengan laju agar cepat sampai ke destinasinya.

“ Hanif, dah sampai!” ujar Encik Zarul sebelum keluar untuk mengeluarkan bagasi mereka dari bonet kereta.

“ Terima kasih pak cik!” Irwan Hanif menghulurkan wang namun ditolak oleh Encik Zarul dengan elengan.

“ Nanti, kamu bagitahu Lysa! Datang putuskan pertunangan secara baik. Cakap pada mak dan ayah!” ujar Encik Zarul sambil memasuki perut teksi. Tidak lama kemudian dia berlalu dari situ dengan beristighfar berulang kali. Kasihan Lysa! Getus Encik Zarul seraya memandu teksinya untuk pulang ke rumah. Hari itu dia tiada bersemangat lagi untuk meneruskan kerja. Kelakuan Irwan Hanif dan gadis itu menyesakkan dadanya! Menjerut terus perasaannya!

****

“ Sayang…jom! I hantar You balik,” pujuk Irwan Hanif sambil menarik tangan Irna Arina yang mencuka. Wajahnya merah menahan marah.

“ Pasal pak cik tu, You sanggup tengking I ?” soal Irna Arina dengan geram. Dia cuba menarik tangannya kembali namun hampa. Pegangan tangan lelaki itu cukup kuat dan kemas.

“ I minta maaf! Lain kali I tak buat lagi. I janji!” Irwan Hanif seakan merayu.

“ You masih cintakan dia? You tak boleh lupakan dia?” desak Irna Arina. Wajah tampan Irwan Hanif direnung dalam-dalam.

“ Tak, I tak cintakan dia dah! I sayangkan You!” Tekan Irwan Hanif sambil membalas renungan gadis itu. Kemudian jari jemari Irna Arina digenggam kemas.

“ I nak You jadi isteri I ! Isteri I yang sah! You tunggu sini. I nak ambil kereta. Jangan pergi mana-mana okey!” Pantas hidung mancung Irna Arina dicuit perlahan. Kemudian dia bergegas memasuki halaman rumah. Irwan Hanif memberi salam dan melemparkan senyuman lebar kepada emaknya yang tampak terkejut dengan kehadirannya di situ.

“ Hanif dah habis belajar? Ya ALLAH..kenapa tak bagitahu mak dan ayah! Boleh mak jemput Hanif!” Puan Aleeza kelihatan teruja.

“ Tak ada apalah mak! Hanif tak nak susahkan mak dan ayah,” balas Irwan Hanif dengan sneyuman di bibir.

“ Lysa tahu tak, Hanif balik ni?” soal Puan Aleeza lagi. Pantas Irwan Hanif menggelengkan kepalanya.

“ Mak..pinjam kereta. Hanif nak hantar kawan.” Irwan Hanif mengambil kunci yang berada di atas televisyen. Pantas dia ke muka pintu sebelum ditegur oleh Puan Aleeza.

“ Kawan? Hanif balik dengan kawan, kenapa tak jemput masuk?” Puan Aleeza sedikit was-was. Lain benar sikap anak bujangnya itu. Bercakap tentang Ellysa Qairina seolah-olah tidak menarik minat Irwan Hanif.

“ Dah lambat mak! Lain kali Hanif ajak. Hanif pergi dulu!” Pantas pipi puan Aleeza dicium sebelum berlalu mendapatkan kereta. Tidak lama kemudian kereta bergerak keluar dan berhenti di tepi jalan. Puan Aleeza mengendap melalui tingkap. Darahnya berderau saat melihat seorang gadis seksi memeluk Irwan Hanif dengan erat. Siapa perempuan tu? Itu bukan Ellysa Qairina! Jadi siapa? Adakah Hanif ada perempuan lain?Puan Aleeza terduduk di atas sofa. Matanya merah menahan sakit di hati. Irwan Hanif berlaku curang di belakang anak kawan baiknya sendiri. Mereka yang melamar Ellysa Qairina atas permintaan Irwan Hanif, tetapi kesudahannya…Puan Aleeza beristighfar beberapa kali. Di dalam hatinya dia merasa terdera!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku