Kekasihku anak bos!
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1071

Bacaan






Bab 14

Duduk bersantai di kerusi rehat berhadapan dengan kolam mandi, Muadz Hazami melayari laman facebook miliknya. Kemudian dia menekan laman friend request sambil merenungnya dengan pandangan kosong.

“ Katrina Sweet!” Muadz Hazami menyebut perlahan secara mencebik. Gadis manis itu dipandang tanpa perasaan.

“ Sweetlah sangat! Jangan harap aku nak layan. Abaikan!” Muadz Hazami melihat info yang berada di laman facebooknya. Tiba-tiba dia mengerutkan dahi sebelum tersenyum lebar. Pantas Muadz Huzaimi menghubungi Quezairy untuk bertanyakan sesuatu.

“ Apa dia Muadz..” kedengaran suara Quezairy yang serak basah.

“ Kau tidur lagi ke?”

“ Yalah! Cuti-cuti ni buat apa lagi. Kau apahal pagi-pagi buta ni call aku.” Quezairy bersuara malas. Dia menarik selimutnya dengan lebih kemas. Matanya masih lagi mengantuk.

“ Erm…pagi butalah sangat! Atas kepala aku ni, matahari dah naik tegak tahu!” Tekan Muadz Hazami sambil menyorot ke dada langit.

“ Yalah…Kau nak apa call aku ni?” sambung Quezairy malas untuk bertekak dengan bos tidak bergajinya itu.

“ Ni, aku nak tanya, budak tu nama apa?” Muadz Hazami seakan berbisik. Risau jika ada telinga yang memasang dengar. Lebih-lebih lagi bibik Sarti yang suka menyibuk tepi kainnya.

“ Budak mana?” soal Quezairy dengan malas.

“ Budak skuter tu!” Tekan Muadz Hazami dengan sabar. Geram juga dengan sikap Quezairy yang acuh tak acuh. Membuta je tahu!

“ Budak skuter?” suara Quezairy kedengaran kuat. Jika di hadapan Muadz Hazami, pasti bersembur air liurnya.

“ Budak skuter tu lah! Kau jangan menjerit boleh tak?” Muadz Hazami bersuara geram. Sakit telinganya dengan suara lelaki itu.

“ Sorrylah!” Quezairy tergelak kecil. “ Nama dia Ellysa Qairina. Kau nak buat apa dengan dia?”suara Quezairy kedengaran sedikit cuak. Janganlah lelaki emo itu melakukan sesuatu yang tidak baik kepada teman sekerjanya itu.

“ Adalah..okeylah, kau sambunglah tidur!” Arah Muadz Hazami sebelum memutuskan panggilan. Dia tersenyum sendiri. Laman facebook dibuka kembali.

“ Ellysa Qairina” Muadz Hazami mencari nama tersebut di kolum search.Beberapa nama yang sama berada di ruangan itu. Dia mencari-cari dan akhirnya tersenyum lebar saat melihat wajah gadis manis itu terpampang di situ.

“ Erm…boleh tahan!” Muadz Hazami menilik raut wajah bersih Ellysa Qairina. Kemudian dia melihat pada profil gadis itu.

“ Nama Ellysa Qairina. Asal pahang. Status…Got Engaged!” Muadz Hazmai membutangkan matanya. Terasa pedih matanya melihat perkataan itu. Dia bangun dan berjalan ke hulu ke hilir. Pantas dia menghubungi Quezairy sekali lagi.

“ Apa lagi??” soal Quezairy seraya bangun dari katil. Hilang sudah rasa mengantuknya. Panggilan Muadz Hazami membuatkan tidurnya terganggu.

“ Sekarang aku nak kau siasat tentang Ellysa Qairina!” tekan Muadz Hazami sedikit keras.

“ Siasat? Pasal apa pulak ni?” Quezairy menggaru-garu kepalanya. Dia menguap beberapa kali.

“ Siasat, betul ke dia dah bertunang!” Tokok Muadz Hazami lagi.

“ Bertunang? Aku tak tahupun!” Ujar Quezairy sambil mengerutkan dahi.

“ Sebab tu aku nak kau siasat! Kalau boleh, pastikan semua itu bohong. Aku tak suka!” Bentak Muadz Hazami dengan geram.

“ Apahal pulak kau tak suka? Kau dah fall in love dengan dia?” serkap Quezairy sambil tergelak kecil. Muadz Hazami mendiamkan diri buat seketika apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

“ Siasat je. Jangan banyak tanya! Aku nak tahu secepat mungkin! ” ujar Muadz Hazami sebelum memutuskan talian.

“ Ellysa Qairina…” nama itu disebut lagi oleh Muadz Hazami. Dia kembali duduk di atas kerusi rehat. Kepalanya tiba-tiba terasa berserabut. Hatinya tidak tenang dengan berita yang baru diketahuinya. Aduhai…pasal apa pulak ni! Aku dah jatuh cinta ke? Jatuh cinta dengan perempuan? Parah!

****

Di sebuah taman rekreasi, Ellysa Qairina sabar menunggu kehadiran Irwan Hanif. Dia ingin bersua muka dengan lelaki itu sebelum kedua belah pihak mereka bertemu untuk memutuskan tali pertunangan. Marah? Ellysa Qairina tidak pasti perasaannya ketika itu. Cuma, mustahillah jika dia mengatakan dia tidak kecewa dengan keputusan Irwan Hanif. Perpisahan yang dipinta kerana lelaki itu mempunyai gadis lain di hatinya membuatkan Ellysa Qairina merasa dikhianati. Kesetiaannya dimusnahkan sekelip mata tanpa sebarang kesilapan dipihak dirinya. Jadi, sebenarnya apa yang ingin dibuktikan oleh lelaki itu!

“ Sorry buat awak tunggu lama.” Irwan Hanif tiba jua dengan t’shirt berwarna biru dan seluar jeans yang tampak menarik perhatian Ellysa Qairina. Perjumpaan yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan dan gelak tawa hanya impian yang musnah. Tiada kegembiraan yang terlukis di wajah mereka. Hanya senyuman hambar tanda ada hati yang terluka.

“ Saya dah biasa tunggu awak, Hanif! Tiga tahun bukan masa yang begitu singkat!” Tegas Ellysa Qairina seraya merenung anak mata Irwan Hanif. Pantas lelaki itu memandang ke arah lain. Sekumpulan kanak-kanak yang bermain buaian direnungnya dengan pandangan kosong.

“ Saya minta maaf! Anggaplah kita tiada jodoh.” Irwan Hanif menutur kata sebaik mungkin. Ellysa Qairina tersenyum kelat. Begitu mudah! Alasan yang paling senang untuk menutupi kesilapan diri.

“ Cuma satu saya nak tanya Hanif! Apa kesalahan saya? Adakah saya dalam tak sengaja menyakiti hati awak?” soal Ellysa Qairina kedengaran sayu. Irwan Hanif menelan air liur yang tersekat di kerongkong. Dia bingung untuk menjawab soalan tersebut. Dia tahu kesilapan adalah dipihaknya snediri. Pantas dia merenung wajah Ellysa Qairina yang kelihatan mendung.

“ Awak tak salah Ellysa! Saya yang salah kerana jatuh cinta dengan orang lain!” terus terang Irwan Hanif melukakan hati Ellysa Qairina. Dia memalingkan mukanya dari pandangan Irwan Hanif. Hina sangatkah dia sehingga lelaki itu berubah hati? Tidak berhargakah kesetiaannya walaupun sekelumit?

“ Jadi, kemana awak campak cinta awak kepada saya selama ini?” soal Ellysa Qairina kedengaran begitu sinis di telinga Irwan hanif.

“ Ellysa…saya minta maaf! Awak akan dapat pengganti yang lebih baik daripada saya!” suara Irwan Hanif seakan menekan.

“ Saya tahu Hanif! Kekasih yang tidak setia, tidak wajar menyintai orang lain! Tidak mustahil suatu ketika, awak akan buang juga dia dari hidup awak! Saya bangga kerana dibuang sebelum kita berumahtangga.” Ellysa Qairina pasrah dengan ketentuan ILLAHI. Irwan Hanif mengetap bibir perlahan.

“ Apa pun, awak jangan putuskan persahabatan kita, Ellysa.” Irwan Hanif serba salah. Ellysa Qairina tersenyum pahit. Tiada apa lagi yang dapat dikatakan. Persahabatan atau perhubungan lain telah diputuskan sendiri oleh Irwan Hanif tanpa dia menyedari.

“ Awak yang telah putuskan semua hubungan Hanif! Hubungan orang tua kita, kepercayaan mak dan ayah saya kepada awak dan hubungan kita! Apapun, tahniah sebab awak akan bertunang tak lama lagi kan? Sebab tu, pertunangan kita juga akan putus esok lusa! Awak tak perlu ambil masa yang lama untuk hantar orang tua awak putuskan hubungan kita, Hanif!” panjang lebar tutur kata Ellysa Qairina. Hatinya membeku saat iu. Sakitnya cukup terasa. Irwan Hanif bukan ditakdirkan untuk dirinya.

“ Lysa…awak tak faham, saya…” Irwan Hanif mendengus keras. Air mukanya masam tanpa senyuman.

“ Hanif…saya tahu saya tak belajar tinggi macam awak. Tapi sekurang-kurangnya saya ada maruah! Mungkin perempuan yang awak suka tu, sama taraf dengan awak. Saya, saya tak layak! Dahlah Hanif, sampai sini sahaja hubungan kita. Lepas ni, anggaplah kita tidak pernah kenal antara satu sama lain! Assalamualaikum…” tutur Ellysa Qairina sambil berlalu. Air matanya merembas keluar juga membasahi pipi. Irwan Hanif yang ditinggal jauh hanya mampu mengetap bibir. Keputusan yang telah dibuat, itulah yang terbaik baginya. Dia mengatur langkah saat Ellysa Qairina hilang dari pandangan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku