Kekasihku anak bos!
Bab Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
666

Bacaan






Bab 16

Katrina berjalan beriringan dengan Dato’ Redzuan keluar dari pusat membeli belah terkemuka di ibu kota. Sesekali dia memegang erat tangan daddaynya itu. Air mukanya kelihatan ceria apabila mendapat habuan daripada Dato’ Redzuan. Berborong sakan! Itulah yang membuatkan Katrina tersenyum sepanjang jalan. Pelbagai barang jenama yang menjadi pilihannya. Beg, kasut, pakaian dan jam tangan yang berkenan di hati, pasti berjaya dimiliki. Bertuah jadi anak orang kaya! Sempat Katrina membuat andaian.

“ Sudah-sudahlah tu! Asyik senyum je. Nanti ada yang berkenan, payah pulak daddy.” Dato’ Redzuan sekadar bergurau. Pantas Katrina mencubit lengan lelaki separuh abad itu sebelum memeluknya dengan erat.

“ Ada-adalah daddy ni! Kalau daddy nak tahu, ramai tahu lelaki sukakan Katty! Katty je yang tak nak!” Balas Katrina dengan bangga. Dia mencebik apabila Dato’ Redzuan melepaskan tawa mendengar kata-katanya.

“ Iya ke? Ermm.. Daddy percaya seratus peratus! ” Ujar Dato’ Redzuan dengan tawa yang masih bersisa.

“ Ala..daddy tipu kan?” Katrina mula menarik muka. Tiba-tiba seseorang memanggil namanya dari belakang. Pantas dia berpaling untuk melihat hempunya suara. Seorang gadis cantik bersama seorang lelaki yang agak segak, melempar senyuman kepadanya tanpa memperkenalkan diri.

“ Sorry, awak siapa?” soal Katrina ingin tahu. Dato’ Redzuan turut menilik keayuan wajah gadis yang sebaya anaknya itu.

“ Katty, you tak ingatkan I ke? I Irna Arina!” Irna Arina sedikit cuak dengan sikap Katrina. Mustahil gadis itu melupakannya begitu cepat. Sebelum dia ke London untuk menyambung pelajaran, Katrina adalah salah seorang teman baiknya. Mustahil boleh lupa! Getus Irna Arina sedikit terkilan.

“ Ya ALLAH…sorry Arina… I lupa! Bila you balik dari London?” soal Katrina dengan gembira. Hilang sekejap rasa hairannya sebentar sahaja tadi.

“ Aku ingat kau tak ingatkan aku!” Irna Arina seakan merajuk. Dia memandang Irwan Hanif sekilas. Lelaki itu hanya bersahaja tanpa suara.

“ Dah kau lain sekarang! Makin cantik! Sebab tu aku tak perasan!” Balas Katrina seraya memeluk Irna Arina dengan erat. Kemudian dia menjungkit kening sambil menjeling Irwan Hanif yang berada di sebelah gadis itu.

“ Ooo..sorry..Ni Irwan Hanif! Bakal tunang I .” Irna Arina tersenyum lebar seraya memaut erat tangan kekasih hati. Dato’ Redzuan masih memandang Irna Arina tanpa berkelip. Hati kecilnya merasakan sesuatu! Sesuatu yang membuatkan dirinya menjadi gelisah.

“ Oh ya ke? Sepadan sangat!” Puji Katrina. Kemudian dia melempar senyum kepada daddynya.

“ Ini daddy I, Dato’ Redzuan ! Walaupun dah berumur masih ramai yang terpikat! Mujurlah daddy setia hanya pada mummy I ! Kalau tak..” Katrina melempar senyum kepada daddynya.

“ His, Katty ni! Ada gurau macam tu. Malu daddy tahu!” Dato’ Redzuan mencubit pipi Katrina. Pantas Irna Arina memandang Dato’ Redzuan. Pandangan mata mereka bertentang agak lama sebelum Irwan Hanif berdehem beberapa kali. Dia tidak senang dengan pandangan lelaki berumur itu.

“ Erm..okeylah Arina. Aku pergi dululah! Kita jumpa lain kali. Nanti kau datanglah ke rumah. Kau tahu rumah aku kan?” soal Katrina. Pantas Irna Arina menganggukkan kepala. Sempat dia merenung Dato’ Redzuan yang melempar senyum.

“ Kami balik dulu. Jumpa lagi!” Singkat kata-kata Dato’ Redzuan.

“ Ya, jumpa lagi!” Balas Irna Arina dengan senyuman manis. Katrina memeluknya dengan kemas sambil diperhatikan oleh Dato’ Redzuan. Mereka meminta diri dan berlalu meninggalkan dirinya dan Irwan Hanif. Tanpa disedari oleh Irna Arina, Irwan Hanif menarik muka masam. Senyuman di bibir Irna Arina menambah sakit di hatinya. Orang tua gatal! Omel Irwan Hanif di dalam hati.

****

Ketika memilih barang untuk dijadikan hantaran tunang, wajah Irwan Hanif mencuka sepanjang jalan. Dia tidak senang dengan gelagat Irna Arina dengan Dato’ Redzuan sebentar sahaja tadi. Sakit benar matanya melihat gelagat mereka. Hatinya turut merasa panas. Cemburu? Itulah yang terjadi kepadanya saat itu.

“ Sayang, kenapa ni? Muka tu masam je dari tadi! Tak seronoklah macam ni!” Irna Arina menarik tangan lelaki itu. Wajah kelat Irwan Hanif semakin jelas. Terkena sawan ke apa! Irna Arina mendengus perlahan.

“ I tak suka dengan sikap you! You nak bertunang dengan I , tapi sempat lagi bertentang mata dengan orang lain! Tu depan I, belakang I tak tahulah macam mana!” Kuat Irwan Hanif melontar kata. Irna Arina tergamam buat seketika. Apa salah dia sebenarnya sehingga lelaki itu meradang secara tiba-tiba.

“ Dengan siapa Hanif? You jangan tuduh I !” Irna Arina meninggikan suara. Panas hatinya datang secara tiba-tiba.

“ Tadi tu, dengan Dato’ Redzuan tu apa? Dasar tua bangka tak sedar diri!” Sumpah Irwan Hanif dengan nada cemburu. Irna Arina membutangkan matanya. Tidak sangka Irwan hanif cemburukan Dato’ Redzuan, daddy teman baiknya sendiri.

“ Hanif, you boleh tak berfikir sebelum bercakap? Dato’ Redzuan tu, ayah kepada kawan baik I ! Takkan I nak nak buat macam tu! Datin Zainab, isteri Dato’ Redzuan dah macam mak I ! Takkan I nak bermadu. Nonsense!” Irna Arina benar-benar marah dengan tuduhan itu. Mukanya merah padam. Pantas dia menumbuk dada Irwan Hanif dan berlalu meninggalkan lelaki itu.

“ Sayang, I minta maaf!” Pantas Irwan Hanif meminta maaf. Langkah kaki Irna Arina diikuti dengan perasaan bersalah.

“ You cemburukan I dengan orang lain! Yang you tu, bila nak putuskan pertunangan? Dah lebih seminggu! Ni, kita beli bertunang untuk apa? Kalau you tak putuskan dalam minggu ni, I akan tinggalkan you! Biar I kahwin dengan lelaki tua bangka tu! Senang hidup I !” Jerkah Irna Arina seraya mengugut. Irwan Hanif menelan air liur yang tersekat di kerongkong.

“ I janji! I minta maaf okey!” Tutur Irwan Hanif dengan lembut. Irna Arina merenung lelaki itu dengan muka yang masam. Kemudian dia menganggukkan kepala. Segaris senyuman mula terukir di bibirnya.

“ Janji?” Irna Arina mengangkat tangannya separas bahu.

“ Ya, I janji!” Balas Irwan Hanif sambil mengikut gaya Irna Arina. Gadis itu tergelak kecil.

“ Nak beli apa lagi?” soal Irna Arina. Masih banyak barang yang belum dibeli. Dia berfikir sejenak.

“ Cincin! Belum beli lagikan?” Irwan Hanif mengingatkan kekasih hatinya. Pantas Irna Arina menganggukkan kepala.

“ Jom! I nak cincin yang paling mahal! Harga puluh ribu punya!” Balas Irna Arina dengan senyuman lebar. Irwan Hanif tersentak. Alahai..aku bukannya banyak duit! Mangkuk ni takkan tak tahu.

“ Sayang…I” Irwan Hanif menggarukan kepalanya. Irna Arina tergelak kecil. Dia faham lelaki itu bukannya mampu untuk menunaikan permintaannya itu. Baginya nilai cincin itu tidak penting. Apa yang penting, Irwan Hanif ikhlas dengan cintanya.

“ I gurau jelah! You ni, menggelabah je lebih. I tak kisah mahal atau murah. Yang penting kita kahwin. Okey?” tutur Irna Arina serba salah melihat raut muka Irwan Hanif yang berubah secara tiba-tiba.

“ Terima kasih sayang…” ucap Irwan Hanif sedikit terharu. Dia yakin Irna Arina akan bersamanya walaupun susah mahupun senang.

****

Seusai sampai di rumah, Katrina menjerit memanggil Datin Zainab. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Barang-barang yang dibeli dikeluarkan satu persatu. Dato’ Redzuan yang melihat gelagat anaknya hanya menggelengkan kepala. Perempuan! Getusnya sendiri. Kemudian dia teringatkan renungan teman anaknya sebentar sahaja tadi. Irna Arina! Cantik namanya! Sempat Dato’ Redzuan memuji di dalam hati.

“ Mummy…” panggil Katrina sekali lagi. Matanya melilau mencari wanita itu. Tidak lama kemudian, kelihatan bibik Nara datang dengan tergesa-gesa.

“ Ya Cik Katty. Cik Katty panggil saya?” soal Bibik Nara kelihatan menggelebah. Katrina menjengilkan matanya. Geram!

“ Bila masa saya panggil bibik? Datin mana?” soal Katrina dengan kasar. Wajah bibik Nara direnung dalam-dalam.

“ Tadi datin ada cik Katty. Sekarang saya enggak tahu..” ujar bibik Nara takut-takut.

“ Kau pergi buat air! Jangan memekak kat sini!” Arah Katrina malas melayan. Kemudian terdengar derap kaki seseorang menuruni anak tangga. Pantas Katrina berpaling. Wajah mummynya kelihatan serius. Pasti terdengar jerkahannya kepada bibik Nara sebentar tadi.

“ Berapa kali mummy pesan. Jangan berkasar dengan bibik! Kalau bibik lari macam mana? Payah nak cari pengganti!” Keras kata-kata Datin Zainab. Dato’ Redzuan hanya menggelengkan kepala. Malas dia untuk masuk campur hal perempuan. Panas baran tak menentu! Fikirnya.

“ Ala mummy ni. Dah Katty panggil mummy! Yang dia perasan tu kenapa!” Tekan Katrina tidak mahu mengalah.

“ Banyaknya beli. Kenapa membazir!” Datin Zainab duduk di sebelah Katrina. Sesekali dia menjeling suaminya yang bersahaja. Lelaki itu melabuh duduk sambil menonton televisyen.

“ Ni semua Katty punya. Ala mummy, daddy kan banyak duit. Tak macam tu daddy?” balas Katrina seraya tersenyum lebar.

“ Abang, kenapa manjakan Katty ni? Naik lemaklah dia! Barang-barang ni semua, dah berlambak dalam bilik dia tu! Buang duit je!” Tegas Datin Zainab. Dia tidak suka melihat Katrina yang terlalu boros.

“ Sekali sekala sayang. Awak tu janganlah berkeras sangat dengan anak. Tak elok!” Nasihat Dato’ Redzuan. Katrina tersenyum lagi apabila disebelahi daddynya. Kemudian dia menjeling tajam bibik Nara yang datang membawa air.

“ Terima kasih! Lain kali, pasang telinga betul-betul!” Ucap Katrina dengan sinis. Datin Zainab menggelengkan kepala. Sesak dadanya dengan sikap Katrina. Entah bila akan berubah! Getusnya sebelum berlalu untuk ke halaman rumah. Bibik Nara pula berlalu untuk ke dapur. Malas dia mengadap muka cantik berhati gelap seperti Katrina. sakit hati!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku