Kekasihku anak bos!
Bab Bab 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
501

Bacaan






Bab 19

Pagi-pagi lagi Muadz Hazami keluar untuk ke pejabat dengan motosikal Honda C70 Pak Abu. Tergelak orang tua itu melihat gaya anak majikannya yang tidak seperti biasa. Berpakaian t,shirt dan seluar track dengan menaiki kenderaannya yang hampir roboh! Kasihan! Bibik Sarti yang melihat turut melepas tawa. Cepat-cepat pula dia menceritakan tentang perjanjian Muadz Hazami dan Dato’ Zahari untuk bekerja sebagai budak pejabat dengan gaji yang sedikit. Sudahnya Pak Abu pula memarahi bibik Sarti yang seakan seronok melihat anak majikan mereka seperti itu.

“ Saya bukan apa Pak Abu! Encik Muadz itu orangnya mana boleh diarah-arah! Mahu pula kerja budak pejabat! Macam aneh saja saya tengoknya Pak Abu. Agak-agaklah, kenapa sama dia?” Bibik Sarti menggarukan kepalanya yang gatal secara tiba-tiba.

“ Okeylah tu dia nak bekerja! Bibik jangan pandai-pandai buat cerita. Nanti disikunya bibik. Bibik mahu balik sana indonesia? Buat kerja sendiri! Jangan sibuk sama orang lain!” nasihat Pak Abu. Bibik Sarti mencebik lama sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian dia datang membawa secawan teh o panas untuk Pak Abu.

“ Rasuah ke?” soal Pak Abu sambil mencapainya.

“ Mana ada! Ini Datin yang suruh kasi sama Pak Abu! Datin bilang, kalau Pak Abu mahu makan, masuk saja ke dalam rumah.”

“ Ia lah! Terima kasih.” Pak Abu duduk sambil menikmati minumannya yang masih panas. Bibik Sarti menganggukkan kepalanya.

“ Saya sambung kerja ya!” Balas bibik Sarti sambil berlalu. Sempat dia mengomel kerana dituduh sebegitu oleh lelaki tua itu. Walaupun mulutnya boleh tahan bisanya, namun hatinya baik. Siapa yang tak kenal bibik Sarti? Bibik yang paling cocok untuk dijadikan pembantu rumah! Rajin dan berkaliber! Berkaliber? Apa itu! Bibik Sarti menggaru kepalanya lagi. Pening!

****

Muadz Hazami memasuki bangunan pejabat. Jarang sekali dia menjejakkan kakinya di situ. Jika pernah sekalipun ketika dia berumur belasan tahun. Itu pun kerana diajak oleh papanya. Kini dia melangkah lagi ke situ. Bukan sebagai bos, tetapi sebagai budak pejabat! Tiada kot mahupun briefcafe seperti anak Dato’ yang lain. Hanya baju t’shirt dan seluar track sementara baju seragam akan diberikan oleh Dato’ Zahari di pejabat itu. Malu? Argh..malu ditolak ketepi! Apa yang penting buah hati pengarang jantungnya ada di situ! Itu yang dia mahu sebenarnya. Cinta is nonsense! Tidak wujud lagi dalam diri Muadz Hazami yang sedang angau lebih dari Laila kepada majnumnya!

“ Erm..awak cari siapa ni, terjenguk-jenguk ni!” sergahan seseorang membuatkan Muadz Hazami berhenti buat seketika. Dia mengurut dada seraya berpaling.

“ Muadz??Kau buat apa kat sini?” soal Quezairy yang berada di hadapan anak majikannya itu. Cara pemakaian Muadz Hazami seakan tidak kena pada tempatnya!

“ Aku datang kerjalah! Kau ni tak reti nak bagi salam! Main sergah je!” Marah Muadz Hazami sambil membetulkan rambutnya yang sedia rapi.

“ Kerja?? Macam ni! Kau biar betul Muadz!” Quezairy tidak percaya. Dia melangkah memasuki pejabat diiringi Muadz Hazami yang tidak berpuas hati. Quezairy ingat dia melawak ke apa!

“ Aku dah cakap dengan papa aku nak kerja. Alih-alih dia suruh aku jadi budak pejabat. Bukan hantar surat je, buang sampah, buat air! Dah nasib aku, nak buat macam mana!” Muadz Hazami seakan mengeluh. Quezairy tergelak kecil. Macam-macam hal! Anak bos dah jadi macam kuli.

“ Okeylah tu! Bukan payahpun kerja. Kerja senang, gaji puluhan ribu! Kalau aku nak.” Quezairy duduk di tempatnya. Bayangan Ellysa Qairina dan Juliza Damia masih belum kelihatan.
Muadz Hazami mendengus kasar. Entah betul atau tidak keputusannya itu. Silap haribulan, apa tak dapat! Kalaulah Ellysa Qairina itu pandang orang berharta, dialah orang pertama yang akan direjek! Dia juga yang tertelan asap.

“ Puluhan ribu tu tak apa! Ni RM800 je! Aku datangpun naik motor Pak Abu. Silap haribulan aku terlingkup tengah jalan. Motor dah nak terbalik..Nak buat macam mana dah macam tu kehendak hati.” Muadz Hazami turut duduk. Dia memandang sekeliling. Hanya dua tiga orang sahaja yang baru tiba. Kelibat gadis yang dipujanya masih belum menunjukkan bayang.

“ RM800?? Alahai! Kalau macam ni, tak bolehlah kau belanja aku lagi. Apalah papa kau ni Muadz!” Quezairy menggelengkan kepalanya. Pelik juga dia dengan Muadz Hazami yang bersetuju. Kalau dia, jangankan RM800, Rm1000 pun belum tentu dia mahu. Hidup di Kuala Lumpur, semuanya perlu dibayar. Tiada percuma!

“ Dah nasib aku nak buat macam mana! Eh, mana budak skuter tu? Tak sampai lagi?” soal Muadz Hazami sambil melilau melihat pintu.

“ Kejap lagi sampailah tu! Kau nak dia tahu ke kau ni anak bos?”

“ Tak payahlah! Cakap je aku budak pejabat. Kau jangan bongkar rahsia ni dah! Malu aku nanti.” Muadz Hazami memberi amaran. Quezairy menganggukkan kepalanya tanda faham. Kemudian dia tersenyum sendiri. Muadz Hazami memandang dengan rasa curiga.

“ Kau apahal senyum-senyum ni! Nak kena siku?” marah Muadz Hazami sambil menunjukkan sikunya.

“ Ala Muadz! Janganlah marah. Erm..kau buatkan aku air! Aku dahagalah!” Arah Quezairy dengan selamba. Pantas Muadz Hazami menunjukkan penumbuknya sebelum mendengar seseorang memberi salam. Ellysa Qairina dan Juliza Damia melangkah masuk dengan senyuman. Jantung Muadz Hazami berdegup kencang. Matanya menatap kayuan wajah manis milik Ellysa Qairina. Senyuman gadis itu bagaikan menarik-narik dirinya untuk menyapa hempunya diri.

“ Hai Quezairy..Awal sampai,” tegur Juliza Damia malu-malu kucing. Ellysa Qairina hanya memandang sebelum matanya menangkap sebatang tubuh yang tidak dikenalinya. Muadz Hazami mengangkat tangan sebelum menjatuhkannya cepat-cepat. Hilang keegoannya selama ini terhadap perempuan!

“ Erm…siapa tu?” soal Ellysa Qairina sambil menunding jari kepada Muadz Hazami. Lelaki itu hanya bersahaja walaupun sesekali bibirnya menguntum senyum. Senyuman paksa! Terasa ingin terbalik dia ke belakang apabila Ellysa Qairina datang menghampiri.

“ Pekerja baru! Dato’ ambil kerja. Boleh tolong Mak Jah. Bersih apa yang patut! Nak air, boleh je dia buatkan!” Quezairy pantas menjawab. Sempat pula dia mengerling Muadz Hazami yang tersenyum kelat. Ellysa Qairina menganggukkan kepalanya seraya tersenyum lebar.

“ Ye ke? Okeylah macam tu! Nama awak siapa?” soal Ellysa Qairina ingin tahu. Dia tidak ingin menjarakkan hubungan dengan pekerja di situ walaupun sebagai staf bawahan. Semua yang ada mesti dihormati dengan sewajarnya.

“ Nama dia…” Quezairy ingin memberitahu. Pantas Muadz Hazami berdehem beberapa kali.

“ Saya Azam! Baru hari ni mula kerja.” Muadz Hazami memperkenalkan diri. Nama penuh biarlah rahsia. Quezairy mencebik dengan nama baru yang didengarnya. Belum sempat dia bersuara, kedengaran suara Dato’ Zahari memberi salam. Pantas mereka menjawab serentak sebelum memulakan tugas yang diberikan.

“ Awak, masuk bilik saya!” Arah Dato’ Zahari kepada Muadz Hazami. Melopong mulut Quezairy mendengarnya. Parah ni! Masakan anak dijadikan kuli! Muadz apa yang kau tengah buat ni?? Kau sengaja cari nahas ni!

“ Baik bos!” Balas Muadz Hazami singkat.

“ Muadz, apa dah jadi?” soal Quezairy apabila Dato’ Zahari berlalu ke biliknya.

“ Kuasa cinta!” Ujar Maudz Hazami seraya meninggalkan Quezairy yang masih tercegang. Lelaki itu asyik terkejut beruk! Silap haribulan, kejang urat saraf! Muadz Hazami menggelengkan kepalanya dengan sikap Quezairy. Tidak matang!

****

“ Okey untuk hari ini?” soal Dato’ Zahari sambil merenung anak bujangnya. Lelaki muda itu hanya bersahaja bagaikan tiada apa yang berlaku. Tiada rungutan mahupun bantahan. Dia melakukan apa sahaja yang disuruh oleh orang tuanya.

“ Bajunya?” soal Muadz Hazami sambil menjungkit kening. Pantas Dato’ Zahari mengambil sesuatu di dalam laci meja. Sepasang baju berwarna hijau muda diberikan kepada Muadz Hazmai.

“ Boleh tahan! Hijau ni mendamaikan!” Muadz Hazami bersuara sinis. Dia membelek-belek baju tersebut.

“ Kerja rajin-rajin! Papa tak nak ada sebarang aduan tentang Muadz!” Tekan Dato’ Zahari tidak senang dengan sikap pelik Muadz Hazami. Masakan kerja begitu yang dipersetujui oleh anak bujangnya itu. Mana pergi sikap sombong dan berlagaknya selama ini! Mesti Quezairy tahu! Sempat Dato’ Zahari berkira-kira.

“ Kalau boleh, jangan bahasakan papa di tempat kerja! Tak elok dipandang orang. Kerja tetap kerja. Tidak boleh campur adukkan dengan hubungan kekeluargaan! ” Muadz Hazami memberi nasihat. Dia tidak ingin dikenali sebagai anak bos!

“ Yang tu betul! Pandai Muadz berfikir. Sekarang, ada apa-apa lagi?” soal Dato’ Zahari sambil menjungkit kening. Pantas Muadz Hazami berfikir sehingga berlipat dahinya.

“ Erm..jangan Dato’ tersasul panggil saya anak pula nanti. Nanti buruk nama Dato’!” tokok Muadz Hazami dengan wajah yang serius.

“ Yalah Muadz! Dah pergi kerja!” Dato’ Zahari malas melayan kerenah anak tunggalnya itu. Semakin dilayan, semakin sakit pula hatinya. Sempat lagi anaknya itu memberi arahan.

“ Okey bos! Saya akan menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya!” Balas Muadz Hazami dan berlalu keluar. Dia menyanyi kecil sambil menjeling Quezairy yang ralit menyiapkan kerja. Nasib kau lebih baik Quezairy! Aku ni..kerana cinta, jiwa raga yang merana! Muadz Hazmai bergegas ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. Buat seketika dia termenung di situ. Entah apa yang dia lakukan! Janganlah ianya perkara yang sia-sia! Ya ALLAH..kurniakanlah impianku agar menjadi kenyataan! Amin…



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku