Kekasihku anak bos!
Bab Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Disember 2015
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1774

Bacaan






Bab 20

Petang itu, Irna Arina menjenguk-jenguk ke laman banglo dua tingkat yang tampak megah itu. Dia menekan loceng berkali-kali sebelum pintu pagar terbuka seperti merestui kehadirannya di situ. Irna Arina melangkah lambat-lambat. Entah ada atau tidak Katrina di rumah! Bosan terperap di rumah, dia datang untuk berjumpa teman lamanya itu. Katrina, gadis cantik yang sewaktu dulu adalah pelajar perempuan yang digilai ramai lelaki. Berbagai ragam mereka yang ingin mendapatkan Katrina. Ada yang sanggup memutuskan perhubungan yang sedia ada walaupun Katrina tidak pernah menjeling mata kepadanya. Entah apa yang menarik perhatian mereka tidak pula Irna Arina ambil tahu. Apa yang dia pasti, Katrina adalah anak orang kaya! Anak orang ternama! Pasti ada sahaja yang ingin mendekati. Tentang sikap Katrina, gadis itu seorang yang memilih dalam berkawan. Bukan anak Dato’ ataupun anak Tan Sri, semuanya ditolak untuk menghampirinya. Kononnya tidak sama taraf! Entah bagaimana Katrina boleh menerimanya sebagai kawan malah sebagai teman baik. Mungkin dia tidak sesusah mana. Boleh dikatakan tergolong dalam golongan orang berada walaupun tiada status Dato’ pada pangkal nama ayahnya.

“ Erm..cari siapa?” soal seorang lelaki separuh abad di hadapan Irna Arina. Wajah manis Irna Arina ditenung lama. Naik segan pula Irna Arina dibuatnya.

“ Katrina ada pak cik?” soal Irna Arina teragak-agak untuk senyum. Lelaki berumur itu masih segak pada pandangan matanya. Sukar untuk meramalkan umur lelaki itu melihat kepada gaya dan cara pemakaiannya.

“ Janganlah panggil saya pak cik! Macam tua lah pulak!” Balas Dato’ Redzuan tersenyum tipis. Irna Arina menelan air liur. Bagaikan ada magnet untuk dia terus memandang lelaki itu. Dadanya berdebar saat mata mereka bertentangan agak lama sebelum seseorang datang menyapa.

“ Arina?? You? Kenapa tak masuk! Daddy, kenapa biarkan tetamu Katty kat luar ni?” soal Katrina seraya menarik Irna Arina masuk. Wajah Irna Arina kemerahan. Janganlah Katrina perasan apa yang telah dibuatnya sebentar tadi.

“ Arina baru je sampai! Daddy tak sempat nak panggil Katty,” dalih Dato’ Redzuan seraya duduk di sebelah Datin Zainab yang asyik menonton televisyen.

“ Siapa bang?” soal Datin Zainab. Dia memandang seraut wajah manis Irna Arina yang duduk bersebalahan dengan Katrina.

“ Mummy, ni kawan baik Katty, Arina! Dia baru habis belajar dekat London. Dah lama tak jumpa! Alih-alih dah nak kahwin!” Ujar Katrina sambil tergelak kecil. Irna Arina melempar senyum sambil bangun untuk menyalami Datin Zainab. Lupa pula dia untuk memperkenalkan diri.
Dato’ Redzuan yang mendengar berita itu seakan tidak senang duduk. Entah kenapa hatinya terpaut dengan Irna Arina. Saat pertama kali bertemu, hatinya mula merindu. Rindu yang bukan dibuat-buat! Wajah gadis itu sentiasa bermain di ruangan mata. Sentiasa di layar ingatannya! Jika Datin Zainab dan Katrina dapat menghidu perasaan dan getar di jiwanya itu, pasti bom atom akan meletus!

“ Baru habis belajar? Arina kerja apa sekarang?” soal Datin Zainab seakan senang dengan tetamu yang dperkenalkan oleh anak gadisnya. Belum sempat Irna Arina menjawab, bibik Nara datang dengan sedulang air dan pemanis mulut. Dia kemudian berlalu dari situ untuk ke dapur.

“ Belum kerja lagi Datin. Tak ada rezeki lagi!” balas Irna Arina dengan jujur.

“ Daddy tak nak ambil pekerja ke? Ambillah Arina! Katty yakin, Arina ni cekap orangnya!” Puji Katrina secara tiba-tiba. Air muka Irna Arina merona merah. Malunya semakin bertambah apabila lelaki 40-an itu merenung kepadanya dengan senyuman. Senyuman yang hanya dia seorang sahaja yang memahami saat itu.

“ Boleh juga! Arina nak kerja, saya boleh aturkan! Kerja dengan saya. Kebetulan tak lama lagi setiausaha saya akan berhenti. Ingin berubah angin katanya.” Dato’ Redzuan mereka cerita. Irna Arina mengerutkan dahinya. Begitu mudah dia mendapat kerja! Kalau dah razeki, untuk apa ditolak? Irna Arina menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

“ Ye ke daddy? Erm..dengar tu Arina. Dah rezeki kau dengan daddy aku! Kau kerja rajin-rajin! Jangan makan gaji buta.” Katrina senang dapat membantu temannya itu. Dalam teruknya, ada juga baiknya! Sempat Katrina menilai peribadi diri.

“ Dahlah tu sembang. Arina, jemput minum!” Datin Zainab melempar senyum. Irna Arina mengangukkan kepalanya. Sempat dia melihat sekeliling. Perabot mewah dan nampak klasik menghiasi rumah banglo tersebut. Terasa begitu kerdilnya dia berada dikalangan mereka yang berharta. Kehidupannya tidaklah sepayah mana jika dibandingkan dengan mereka yang susah di luar sana. Orang tuanya menjalankan perniagaan warisan keluarga. Berniaga makanan di Restoran yang berada di Cheras Jaya itu sudah cukup untuk mereka merasa senang. Kerana perniagaan itulah dia dapat menyambung pelajaran ke luar negara dan berjumpa dengan Irwan Hanif.
Irna Arina mencapai segelas jus tembikai dan meneguknya perlahan.Katrina dan Datin Zainab asyik bergelak ketawa. Irna Arina tersenyum melihat telatah mereka. Tiba-tiba pandangan Dato’ Redzuan menikam anak matanya dalam-dalam. Irna Arina merasa lemas! Entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Bagaikan hatinya berbisikkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia merasa tidak tenang.

“ Katty, aku nak baliklah!” Irna Arina seakan berbisik apabila gadis itu memeluk bahunya dengan kemas.

“ Dah nak balik? Cepatnya! Okey, aku hantar. Kau tunggu sekejap!” Katrina bergegas ke biliknya dan mengenakan mekap ala kadar. Kemudian dia meminta izin orang tuanya untuk menghantar Irna Arina.

“ Jangan lupa datang ke pejabat! Arina boleh mula kerja bila-bila yang Arina suka!” ucap Dato’ Redzuan sambil diperhatikan oleh Datin Zainab.

“ Baik Dato’! Datin, saya balik dulu.” Irna Arina menghulurkan tangan kepada Datin Zainab. Pelukan wanita anggun itu membuatkan Irna Arina merasa serba salah. Serba salah dengan perasaannya kini!

****

Seusai menghantar Irna Arina ke rumah, Katrina memecut keretanya untuk pergi ke rumah Datin Zahara. Hatinya bagaikan dicuit-cuit untuk berjumpa dengan Muadz Hazami. Entah kenapa hatinya merindu kepada lelaki itu. Ada sesuatu yang membuatkan hati Katrina tertarik kepada Muadz Hazami. Senyumannya? Ya, senyuman itulah yang membuatkan hatinya menjadi cair biarpun Muadz Hazami tidak pernah melemparkan senyuman ikhlas kepadanya. Katrina sampai di hadapan banglo dua tingkat itu. Pantas dia memasuki halaman banglo dan mencari kelibat Muadz Hazami. Setelah enjin kereta dimatikan, Katrina bergegas keluar dari perut kereta dan mendapatkan Pak Abu yang sedang menilik sekuntum bunga ros.

“ Pak Abu, mana Muadz? Saya nak jumpa dia sekejap!” Ucap Katrina smbil melilau mencari bayangan lelaki itu.

“ Encik Muadz belum balik lagi! Mungkin sekejap lagi, sampailah dia.” Pak Abu menjawab sekilas sebelum meneruskan kerjanya. Katrina mendengus kecil seraya menuju ke pintu utama untuk berjumpa dengan Datin Zahara. Belum sempat dia memanggil penghuni rumah, kedengaran bunyi motosikal memasuki halaman rumah tersebut. Pantas Katrina berpaling sebelum menjengilkan biji matanya. Muadz Hazami menaiki motor buruk? No! Jatuh standard! Katrina pantas menghampiri Muadz Hazami yang membuka helmet dan meletakkannya ke dalam raga motor.

“ Sayang..kenapa You naik motor buruk ni? Kereta BMW You mana? Kenapa tak pakai?” soal Katrina bertalu-talu. Pak Abu yang mendengar kata-kata gadis itu menelan air liur. Tidak pasal-pasal motosikalnya menjadi mangsa!

“ Pak Abu terima kasih! Lepas ni Pak Abu kena beli motor lain!” Laung Muadz Hazami tanpa menghiraukan Katrina yang membelek motor tersebut dengan air muka yang tidak senang. Dia memegang tangan lelaki muda itu dengan erat sambil melemparkan senyuman yang paling manis.

“ Eh, kau ni pegang-pegang aku ni kenapa? Tak tahu halal haram?” sergah Muadz Hazami. Pantas tangannya ditarik kuat. Wajah Katrina direnung sekilas sebelum berlalu untuk memasuki rumah.

“ Sayang..You ni tak boleh ke berbaik-baik dengan I ? Asyik nak marah je!” rungut Katrina mengekori langkah Muadz Hazami. Dia tidak menghiraukan pandangan sinis Pak Abu. Sibuk hal orang! Sempat Katrina mengomel sendiri.

“ Yang kau panggil aku sayang ni kenapa? Dah buang tabiat?” soal Muadz Hazami seraya duduk di atas kusyen. Dia menyandarkan dirinya untuk menghilangkan rasa penat. Seharian bekerja di pejabat benar-benar mengajarnya erti kesabaran. Selain disuruh menghantar surat dan membuang sampah, Muadz Hazami turut mejadi pembancuh air di situ. Apa yang membuatkan Muadz Hazami naik geram apabila Quezairy yang beria-ria menyuruhnya itu dan ini! Hendak atau tidak, diturutkan juga demi memenangi hati Ellysa Qairina. Hati perempuan yang berjaya membuka hatinya kini!

“ Muadz, I datang nak jumpa You! Kenapa You garang sangat ni? Tak suka I datang?” soal Katrina berjauh hati. Dia turut duduk di atas kusyen. Sesekali dia melilau mencari Datin Zahara. Namun kelibat wanita separuh abad itu tidak kelihatan di matanya.

“ Encik Muadz sudah pulang? Nanti bibik bawakan air!” Bibik Sarti menjeling Katrina sekilas. Dia berpaling untuk ke dapur. Malas dia melayan air muka masam gadis itu. Silap haribulan dia diherdik tanpa sebarang sebab.

“ Bibik, bawakan saya jus oren!” Arah Katrina dengan suara yang kuat. Tidak lama kemudian, bibik Sarti datang dengan dua gelas jus oren dan meletakkannya ke atas meja kaca. Dia berdiri di situ sambil menilik kecantikan Katrina. Wajah Katrina yang putih bersih ditambah dengan mekap yang tidak keterlaluan menambahkan lagi keayuan gadis itu. Rambutnya yang panjang mengurai membuatkan bibik Sarti merasa cemburu. Kalaulah dia secantik itu, pasti..

“ Bibik ni kenapa renung saya macam tu? Buang tabiat?” soal Katrina tidak senang.

“ Sebenarnya Cik Katty, saya suka lihat wajahnya Cik Katty! Mukanya cantik bangat!” jelas Bibik Sarti sambil tersengih lebar. Muadz Hazami hanya mencebik sebelum tersenyum kecil.

“ Bibik..panggil Si Katty! Saya rindu nak jumpa dia!” Muadz Hazami tiba-tiba bersuara. Katrina kelihatan tercegang. Rindu? Sama siapa? Diakah? Mustahil!

“ Si Katty mana ni Encik Muadz! Orangnya dah ada di hadapan mata!” bibik Sarti kelihatan bingung.

“ Ala bibik..bibik tak ingat kucing yang saya jumpa tempoh hari. Namanya si Katty. Ala kucing yang suka berak merata tu! Bibik tak ingat?” soal Muadz Hazami sambil mencuri pandang reaksi Katrina.

“ Ooo..kucing besar tu ya Encik Muadz! Aduhai, bibik rasa kucing tu dah terlepas! Payah mahu jaganya. Tak faham-faham bila dimarahi! Asyik mahu dekat saja..” tokok bibik Sarti mula faham dengan sindiran majikannya itu.

“ Eh bibik! Mulut tu jaga sikit! Jangan nak menyibuk!” Katrina mula bengang. Dia bangun dengan wajah yang tegang. Bibik Sarti mencebik apabila ditengking seperti itu. Belum sempat dia bersuara, kedengaran suara Datin Zahara dari arah bilik. Mungkin terdengar percakapan mereka yang tidak mesra alam.

“ Apa ni bising-bising? Eh, Katty pun ada? Kenapa tak panggil aunty!” Datin Zahara memeluk erat Katrina yang tersenyum hambar. Kemudian dia menarik gadis itu untuk duduk di sebelahnya. Kemudian matanya menangkap air muka Muadz Hazami yang mencentun. Anak bujangnya itu langsung tidak mempedulikan Katrina. Hairan bin ajaib! Gadis cantik macam Katrina tidak tersangkut pada mata anak muda itu.

“ Mummy apa khabar? Sihat?” soal Datin Zahara

“ Sihat aunty! Alhamdulillah..Ni Katty dah nak balik. Nanti bising pulak Mummy tu.” Katrina malas berlama-lama di situ. Sakit matanya melihat gelagat Muadz Hazami yang memusuhinya tanpa sebab.

“ Kenapa cepat sangat? Tunggulah dulu. Nanti makan malam kat sini,” ujar Datin Zahara seraya memegang erat tangan gadis itu.

“ Tak boleh aunty. Nanti mummy tunggu. Katty dah janji nak makan dengan mummy. Lain kali kita makan sama-sama.” Katrina melempar senyuman manis. Datin Zahara mendengus kecil sebelum menganggukkan kepalanya.

“ Yalah..Nanti kirim salam aunty pada mummy dan daddy Katty!” balas Datin Zahara seraya bangun menemani Katrina sehingga ke pintu. Pantas gadis itu berlalu mendapatkan keretanya tanpa berpaling lagi. Sakit di hatinya bagai ditusuk duri sembilu. Tidak nampak dimata, tapi sakitnya cukup terasa. Cukup untuk dia merasa terdera!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku