CINTA UNTUK DIA
Bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Januari 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
43

Bacaan






NADIA  merenung  tajam wajah Fakhrul. Soalan pertamanya langsung tidak berjawab. Begitu juga dengan soalan kedua dan ketiga. Lelaki itu terus membisu. Fakhrul buat tidak endah dan memandang kosong ke arah komputer. 


"Kau marah aku ke Fakhrul?Aku minta maaf. Aku tahu kau marah pasal aku dengan Najman. Dari pagi tadi aku cari kau... petang baru nampak." 

Soalan yang sama diajukan lagi. Fakhrul Azim masih diam.  Bila terdengar sahaja nama Najman, perasaannya bagai dicalar-calar, luka dan pedihnya sehingga ke ruang hati. Dia tahu, dalam hal ini Nadia tidak bersalah, namun kecemburuan dan rasa kecewanya telah membuatkan dirinya seakan ingin membawa diri. Menjauhkan diri dari Nadia dan juga sesiapapun. 

"Banyak kali aku call, kau langsung tak jawab. Janganlah buat aku lagi rasa bersalah." Rayu Nadia. 

Di akui, setelah peristiwa tempohari, Fakhrul sudah beberapa kali mengelakkan diri bertemu dan bertembung dengan Najman mahupun Nadia. Malah, panggilan telefon  dan whatsapp yang diterimanya juga langsung dibiarkan tanpa jawapan. Sengaja berbuat begitu untuk menenangkan hatinya yang sedang rungsing. 

"Fakhrul... kalau aku bersalah, aku minta maaf. Kau kan kawan aku, janganlah macam ni. Ya.. ya, aku mengaku, aku malu, aku malu dengan kau sebenarnya. Tapi antara aku dengan Najman dah lama berlalu."

"Tapi sebelum ni kau cakap, kau tak pernah kenal dia kan?" Fakhrul melepaskan lahar di hati. Berminggu-minggu dia memendam, memikirkan  apakah status gadis di hadapannya dengan Najman. Cuma sebelum ini, dia tidak mahu berprasangka. Namun kini, dia agak kesal kerana Nadia tidak berterus terang. 

"Aku minta maaf. Tak bermaksudpun begitu...  "

Fakhrul memberanikan diri memandang dan merenung gadis di hadapannya. Jantungnya berdegup kencang. 

"Aku minta maaf Nadia... " Ujar  Fakhrul perlahan. 

"Boleh aku tahu kenapa kau larikan diri dari aku?"

Fakhrul terkunci kata-kata. Dia memejamkan mata. Bagaikan  hendak runtuh jantungnya. Jawapan itu dibiarkan tergantung tanpa jawapan.  Nadia masih di situ. Kedua-dua mereka senyap. Tidak tahu bagaimana mahu meneruskan bicara. Nadia dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakannya. Mata Nadia berkaca, Fakhrul mula buntu. 


...............................................

NADIA mulai tenang, biarpun masih banyak lagi persoalan yang menjadi tanda tanya.  Namun, fikirannya masih  menerawang memikirkan sikap Fakhrul yang tiba-tiba berubah.   

Entahkan mengapa, hatinya menjadi sebak. Dia sudah mula merindui seseorang.... Tiada panggilan telefon, whatsapp dan jambangan bunga. Tidak seperti biasa...  Di tarik nafas dan dilepaskan perlahan. Pandangannya di lepaskan kosong di luar jendela, mengharapkan sesuatu yang dapat mengubat keresahan dan kerinduan pada yang tak pasti.  Nadia memejamkan matanya dan  bersandar pada kerusi di balkoni. 

Sedetik kemudian, deringan telefon berbunyi. Cepat-cepat dia menjawabnya. 

"Assalamualaikum..." Lembut dan mesra suara di hujung talian. 

Nadia tergamam. Air matanya laju membasahi pipi. Dia cuba menahan sendu di hati, dan esakannya semakin jelas. 

"Nadia Hani..."

Nadia diam. Kerinduannya mematikan kata. Diikutkan hati, mahu sahaja di tanya kepada lelaki itu, ke mana dia pergi. 

Kedua-duanya diam. Masing-masing menahan rindu yang sama dan tak terluah. 

"Nadia Hani... awak menangis?"

"Tak..." Nadia cuba berbohong. 

"Jawab dengan jujur Nadia...  awak menangis?" 

" Bagaimana saya mahu jujur jika awak pun tidak bersikap jujur dengan saya." 

Fakhrul mati kata. 

" Kenapa awak tiba-tiba diam? Kenapa awak tiba-tiba hilang?Siapa awak sebenarnya? "

Fakhrul mula serba salah.  Ingin bersuara, namun tidak berdaya, dia mematungkan diri.

"Tolonglah jangan seksa saya. Saya dah cukup terseksa dengan sikap lelaki yang sering pura-pura. Janganlah mainkan perasaan saya..." Rayu Nadia. 

"Nadia, saya tidak bermaksud untuk mempermainkan awak...  saya ikhlas."

"Tapi awak tak jujur." 

" Saya tak pernah menipu perasaan saya terhadap awak..."

"Awak tipu..."

Fakhrul buntu. Terdengar esakan kecil di hujung talian. Hatinya mula berat. Dadanya juga turut sebak.

"Saya sebenarnya.... "

"Ok... ok saya takkan paksa awak," ujar Nadia tegas.

Belumpun sempat Fakhrul menjelaskan segalanya, talian sudahpun diputuskan. Nadia menekup wajah dengan esak tangis yang berbaki. 

Tidak terdaya lagi untuk bersuara. Bukan kerana benci mahupun dendam, tetapi kerinduan yang tiada kesudahan. 

NADIA terjaga dari lena, pipinya masih basah. 

Dia mengalihkan pandangan pada  jam di dinding. Tepat jam 4 pagi. Nadia bangkit dan terus melangkah ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk. Di atas sejadah, dia mengangkat tangan dan berdoa kepada ALLAH  yang Maha Esa agar diberikan petunjuk dan hidayah, serta ketenangan jiwa.

'YA ALLAH  kau yang Maha Pemurah, Pengasih, Penyayang dan Pengampun. Hanya padamu tempat aku mohon pertolongan.. Berikanlah ketenangan jiwa dalam diriku. Ampunilah segala kesilapanku ya Allah. Sesungguhnya hanya padamu tempat aku mengadu. Berikanlah aku petunjuk sertan jalan ke arah kebaikan. Aku tidak terdaya menghadapi ujianmu ya Allah.'

Moga hari esok lebih bahagia...







Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku