Orked : Nota Cinta 2.0
BAB 3
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Januari 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1233

Bacaan






BAB 3


SUASANA rumah mayat menjadi kelam-kabut dengan kehadiran pihak polis. Kehilangan mayat terutamanya mayat untuk kes bunuh bukan perkara biasa. Kejadian itu menambahkan lagi syak wasangka tentang kes pembunuhan itu.

Badrul kelihatan sibuk berbincang dengan pemilik rumah mayat itu. Itu merupakan kali pertama perkara tersebut dihadapi. Mayat hilang! Kemana pergi mayat itu? Mayat adalah satu jasad yang tidak bernyawa, masakan bergerak sendiri. CCTV pula langsung tidak menangkap sebarang imej mahupun pergerakan.

Karl terus melangkah laju ke arah mereka. Seperti Badrul, dia juga pelik dengan kehilangan mayat Arundina.

Badrul terus menuju ke arah Karl saat matanya terpandangkan kehadiran Karl.

Bro, macam mana boleh hilang?” soal Karl.

Badrul menjungkit bahu. “Aku sendiri tak pasti. Ikut kenyataan pihak rumah mayat ni, mereka memang ada terima mayat Arundina tapi baru aje mereka tinggalkan sekejap, mayat Arun hilang. Mereka tak sempat nak buat autopsi.”

Dah cek cctv? Keterangan sesiapa?” soal Karl.

Aku dah cek cctv tapi tak jumpa apa-apa. Tak nampak sesiapa pun yang masuk ke dalam bilik tu.” Badrul menyatakan pemerhatiannya. Sedari tadi, sudah banyak kali dia ulang tayang cctv rumah mayat tu.

Pelik!” Karl mengerutkan dahinya.

Aku rasa, pasti ada sesuatu pada Arun yang buatkan hal jadi macam ni.”

Maksud kau?” soal Karl.

Mesti ada sesuatu. Kau tak pelik? Arun tiba-tiba mati dibunuh. Sebab apa? Mesti ada sebabnya. Sekarang, mayat dia hilang. Aku rasa ada seseorang yang tak nak kita autopsi Arun.”

Untuk sebab apa?”

Tak tahu. Semuanya mesti bersebab. Mungkin Arun tu bukan manusia biasa? Klon atau genome-x. Lepas tu, ada sindiket yang mahukan sesuatu daripada dia? Nak jadikan dia tikus putih dalam makmal ke? Dan kalau Arun jatuh ke tangan kita, kita akan tahu perkara tu dan ianya akan mengganggu gugat aktiviti mereka?” telah Badrul.

Hipotesis kau mengarut. Tahu tak? Kita sebagai pegawai polis, kena berlandaskan fakta dan bukti. Bukan berdasarkan teori tak masuk akal tu!” Karl enggan bersetuju walaupun jauh di sudut hatinya, dia separa bersetuju dengan Badrul. “Kau ni, terlalu banyak disogokkan dengan rancangan televisyen. Klon dan genome-x diharamkan di dunia, tahu tak?”

Badrul tersengih. Walaupun begitu, dia yakin ada satu komplot yang sedang bersembunyi di Kapitalis. Dia yakin klon dan manusia mutasi itu memang sudah berkeliaran di Kapitalis dan sekiranya benar, dunia pasti akan bercelaru.


KARL terus menuju ke dalam bilik rakaman cctv rumah mayat. Gest terus disarung sebelum wall format dihidupkan. Serta-merta lima skrin hologram terpamer di hadapan matanya. Karl ralit memerhatikan rakaman itu. Dari minit pertama hinggalah ke minit terakhir, dan seperti Badrul, dia menemui perkataan buntu.

Karl melihat jam di i-watch. Hari sudah pun lewat, dia terus mencari butang pause sebelum matanya terhenti pada satu imej. Karl pantas mengulang tayang imej yang dilihatnya. Satu imej yang sedang bersembunyi di sebalik tembok kelihatan. Jika dilihat dengan mata kasar, ianya kelihatan seperti satu corak, tapi bila dilihatnya dengan teliti, ianya merupakan kelibat seseorang yang sedang bersembunyi.

Karl mengerutkan dahinya. Dia pelik. Kenapa kelibat itu berada di situ? Lembaga itukah yang telah mencuri mayat kekasih hatinya itu.

Derapan langkah seseorang membuatkan Karl panik. Dia pantas memuat turun rakaman itu ke i-watch miliknya. Mujur saja proses pemindahan maklumat itu mengambil masa yang singkat, kemunculan Badrul terus disambut dengan sengihan.

Jumpa apa-apa?” soal Badrul. Dia baru sahaja menemubual pekerja yang berada di rumah mayat itu.


USAI memarkir keretanya di kawasan parkir, Karl terus menuju ke dalam lif. Unit apartmentnya terletak di tingkat 25. apartment Kapitalis merupakan salah sebuah apratment yang agak tinggi di bandar Kapitalis itu. Malah, kerjayanya sebagai seorang pegawai kerajaan buatkan dia layak untuk memiliki rumah di aparment itu.

Masuk saja ke dalam lif, dia terus menekan butang nombor 25. Belum sempat pintu lif tertutup, pintu itu dihalang dengan sepasang tangan. Karl mengerutkan dahinya. Wajah seorang gadis terjengul di muka pintu.

Gadis itu kelihatan pelik. Gadis itu memakai mask. Hanya mata yang kelihatan. Mulut dan hidung terselindung di sebalik topeng.

Karl mencuri pandang gadis itu daripada pantulan cermin. Gadis itu kelihatan leka mendengar lagu memandangkan di telinga gadis itu tersumbat earphone. Karl ralit melihat mata gadis itu. Mata gadis itu sama seperti Arundina. Dia mahu menegur namun niat itu dibatalkan. Mustahil itu Arundina!

Pintu lif terbuka di tingkat 20. Gadis itu terus keluar daripada lif. Saat gadis itu pergi meninggalkannya, wangian Orkid hinggap di hidungnya. Karl meneguk liurnya.


SAMPAI sahaja di unit rumahnya, Karl terus menekan kata kunci untuk membuka pintu. Setelah itu, dia terus meletakkan beg galasnya ke atas kerusi. Karl tidak terus ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya, sebaliknya dia terus menuju ke arah wall formatnya. Gest disarung. Setelah itu, dia terus memuat turun data rakaman yang diambilnya sebentar tadi.

Karl terus memainkan rakaman tersebut. Rakaman yang diambilnya secara rahsia di rumah mayat dimainkan di wall format. Minit di dalam rakaman yang berjaya dikesannya dicari. Setelah jumpa, dia tersenyum. Jari telunjuk dan ibu jari dibesarkan sebagai tanda zoom in. Lambang Orkid di jubah itu membuatkan dahinya berkerut. Dia sepertinya pernah melihat lambang itu.

Karl teringatkan buku nota Arundina. Kalau tak silap, lambang kedua-duanya sama.'

Karl terus mencapai beg galasnya. Buku nota milik Arundina dikeluarkan. 'Tak silap lagi, memang sama!'

Karl pelik. 'Apa kaitan Arun dalam hal ni? Arun dengan lembaga tu ada kaitan ke? Siapa kau sebenarnya Arun?'


EPILADAE Naja membaringkan mayat yang baru dicurinya daripada rumah mayat. Panthera segera membantu rakannya. Setelah mayat itu diletakkan di atas pelantar di makmal itu, mereka saling berpandangan. Masing-masing menanti dengan debaran. Mereka mahu mempersembahkan mayat itu kepada bos mereka.

Selang beberapa minit, kedengaran derapan kaki seseorang menghampiri makmal itu. Bunyi pintu dibuka kedengaran, muncul seseorang lelaki berkot putih makmal. Lelaki itulah yang telah memukul Epiladae Naja dan Panthera tadi.

Mayat siapa yang kau bawa ni?” Kerutan jelas terpancar di dahi lelaki itu. Dia pelik. “Arun?”

Epiladae Naja mengangguk. Dia tiada pilihan. Itu mayat Arundina. Dia harus mencuri mayat Arundina daripada dibedah siasat oleh pihak polis. Jika mayat Arundina dibedah siasat, pasti semua orang di Kapitalis akan tahu tentang kewujudan mereka semua dan ianya akan membahayakan mereka.

Doktor, kami tak ada pilihan untuk biarkan Arun di situ. Kalau pihak polis atau manusia bedah siasat Arun, rahsia kita akan terbongkar!” Panthera pula menyampuk.

Tahu pun!” bentak lelaki itu. “Sebelum bunuh dia, tak pulak kau fikir hal ni? Bodoh. Ada akal tak reti nak guna masa diperlukan!” Mata lelaki itu mencerlung marah.

Panthera tertunduk. Lelaki yang dipanggil doktor itu benar-benar bengis orangnya. Silap hari bulan, dia pula akan dibelasah. Panthera bukan seperti Epiladae Naja. Panthera tidak memiliki kebolehan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Kalau doktor memukulnya, dia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Doktor terus mendekati mayat Arundina yang sudah terbaring di pelantar. Matanya lari meliar memeriksa tubuh itu. Riaknya terus berubah. Doktor terus membelek tangan kiri Arundina. Di situ, tiada langsung ukiran Orkid. Ukiran Orkid harus ada pada setiap bahan eksperimen yang dibuatnya, tidak kiralah ianya klon mahupun genome-x. Doktor terus melenting.

Mayat siapa yang kau bawa ni?” suaranya kuat melantun.

Epiladae Naja terperanjat. “Kami bawa mayat Arun, doktor.”

Ni bukan Arun. Siapa sebenarnya yang kau bunuh?” soal doktor itu lagi.

Tapi...” Panthera pula keliru. Mereka memang membawa mayat Arundina. Sangat pasti.

Siapa sebenarnya yang kau bunuh?” Doktor mengulang lagi soalannya. Amarah sudah mula menghantuinya.

Epiladae Naja mengetap bibir. Tanpa berlengah, dia terus mendekati doktor.

Doktor yang sedari tadi berdiri di sebelah mayat 'Arundina' segera memberi laluan.

Epiladae Naja turut membelek tangan 'Arundina'. Satu keluhan terbit di bibirnya. Telapak tangan itu kosong. Tiada ukiran Orkid!

Panthera mengerutkan dahinya. Dia pelik.

Ni bukan Arun, Tera.” Suara Epiladae Naja.

Habis tu siapa?” soal Panthera. Dia tidak tahu perihal itu.

Yang ni klon dia. Arundina sebenar, masih hidup. Kita dah salah bunuh orang.” Epiladea Naja berterus-terang.

Maksud kau, ada orang selain kita yang klon?” soal Panthera. Panthera merupakan genome-x yang baru dicipta oleh doktor. Genome-x merupakan satu mahkluk ciptaan manusia yang mempunyai DNA binatang. Lanteran mempunyai DNA binatang, manusia itu akan mempunyai keboleh seperti DNA binatang yang dipilih.

Epiladae Naja mengangguk laju. Melihatkan telapak tangan 'Arundina' dia sudah tahu, itu bukan 'Arundina'. Lagipun, Arundina sama seperti bos mereka. Arun mempunyai kebolehan untuk mencipta klon dan genome-x.


USAI membersihkan dirinya, dia terus duduk di beranda apartmentnya. Di situ, dia mengeluarkan beberapa warna air untuk mewarnakan telapak tangannya. Dia perlu memastikan walaupun dia dalam keadaan tidur, telapak tangannya ada ukiran Orkid. Dengan itu, sekurang-kurangnya dia dapat mengelirukan pihak musuh.

Mayat Arun hilang?” soal lelaki berjubah itu. Dia terus sahaja datang ke apartment wanita itu saat wanita itu memberitahunya tentang kehilangan mayat Arundina.

Aku nak ke rumah mayat tadi. Nak ambil mayat Arun tapi aku dah terlambat. Doktor dan konconya lebih awal,” sambung wanita itu. Wanita itu melepaskan keluhan kasar.

Macam mana boleh jadi macam ni? Apa yang mereka mahukan daripada Arun? Arun kan merupakan ciptaan mereka juga.”

Aku tak tahu.” Wanita itu enggan mengulas lebih lanjut. Dia tahu apa yang doktor mahukan tapi dia tak rasa lelaki di hadapannya wajib tahu.

Kenapa kita selalu terlambat selangkah daripada mereka?” soal lelaki itu. Dia juga diburu perasaan bersalah. Kerana itu, Arun terkorban. Semuanya kerana mereka terlambat selangkah.

Dia tinggal dekat apartment ni.”

Mana kau tahu?”

Aku baru tahu. Selama ni, dia tak pernah bagi tahu. Aku ternampak dia tadi, masa aku baru balik tadi daripada rumah mayat tu.”

Kau nak aku buat apa sekarang?”

Awasi dia. Jangan bagi Epiladae dapat tahu dia dekat mana!”

Lelaki itu akur. Dia terus menghilangkan dirinya. Lelaki itu memiliki kebolehan seperti burung. Serta-merta lelaki itu menghilangkan diri.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | BAB 3 | BAB 4 (i) |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku