ANAK KECIL
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Puisi
Paparan sejak 13 Februari 2016
Penilaian Purata:
390

Bacaan






Di mana anak kecil itu?

Sudah lama ibu dan bapa tidak ketemunya,

Saban hari mereka menitiskan air mata,

Meratapi kehilangannya dan

Hingga kini tiada khabar berita,

Ibu dan bapa telah berusaha mencari ke mana sahaja,

Ke utara, selatan, timur dan barat

Namun hampa yang menimpa.

Di mana anak kecil itu?

Apakah dosanya hingga diperlakukan begitu,

Mengapa dia diambil, tanpa keizinan yang empunya,

Pulangkan, pulangkan dia bukan milikmu,

Dia adalah harta ibu dan bapanya,

Harta yang tidak boleh dinilai dengan apa yang ada di dunia ini,

Aku hanya mampu berdoa semoga anak kecil itu sentiasa sejahtera dan

Kembali kepangkuan keluarga.....


Syahla Wahid



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku