Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Bab 11
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 19 Februari 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
135

Bacaan






Din tidak terus memandang wajah yang berada di hadapannya tetapi terus menunduk untuk mengambil semula handphonenya.

Apa la nasib aku hari ini, macam-macam bala pulak datang. Adui, handphone ni cikai-cikai pun aku sayang woo..Kalau rosak mana duit aku nak cekau beli baru..Keluh Din di dalam hati.

Memang Din sangat sayang pada handphonenya itu walaupun sudah ramai kawan-kawannya yang menyuruh dia menukar kepada handphone yang baru. Din pula hanya senyum sahaja mendengarkan cadangan kawan-kawannya itu. Biarlah, selagi handphone ini masih boleh digunakan selagi itu dia akan menggunakannya. Lagipun tidak elok membazir, membazir tu kan amalan syaitan.

Perempuan yang berdiri di hadapan Din juga turut tunduk dengan niat untuk membantu Din mengutip semula ceraian badan handphone tersebut tetapi sebaik sahaja mereka berdua bertentang mata..

“Kau?!” secara spontan kedua-dua mereka menjerit sehingga membuatkan beberapa orang yang lalu lalang menoleh sebentar kepada mereka.

Niat asal Azlin yang pada mulanya ingin membantu terus terbantut sebaik sahaja mengetahui gerangan pemuda yang berdiri di hadapannya kini. Sengaja dia melemparkan semula handphone itu kepada Din.

“Hoi lempeng, kau ni memang spesis tak berhati perut ke apa? Dahla jatuhkan handphone aku, lepas tu dengan muka ala ala tapir langsung tak minta maaf kat aku?” marah Din sehingga dia rasakan pipinya sudah panas. Memang dia tidak berkenan benar dengan perangai perempuan berlagak bagus di hadapannya ini.

“Minta maaf kat kau?” Azlin buat-buat ketawa jahat. “Kau tu yang langgar aku dulu, mundar mandir macam jalan ni kau punya, nasib la handphone kau jatuh pun.” Azlin sudah pun berdiri lalu bercekak pinggang.

“Aku tak kira, kau kena ganti jugak handphone aku ni!” marah Din lagi. Mahu sahaja dicincang-cincangnya si lempeng ni.

“Ganti? Kau tu yang kena bayar ganti rugi kat aku sebab kau memang ada niat nak aniaya aku kan hari tu. Kau kata kau baiki motor aku, tapi tengok apa jadi ni.” Azlin menunjukkan kaki kanannya yang ada kesan luka kepada Din yang sedikitpun tidak berminat untuk melihat kakinya itu sebaliknya terus membetul-betulkan handphonenya yang terburai tadi.

“Disebabkan kau yang memang ada niat nak kenakan aku, aku dah terjatuh motor tahu tak! Jadi kau yang kena minta maaf pada aku.” Azlin masih tidak mahu mengalah.

“Jatuh motor? Haha.” Kali ini Din pula yang mentertawakan Azlin, baru puas hatinya.

“Padan muka. Tu la balasan paling sesuai untuk kau.” Sambung Din lagi dan ketika itu dia terpandang ibunya dari jauh lalu terus meninggalkan Azlin yang masih berang kerana diketawakan oleh Din sebentar tadi.

*****

Din mengerling jam yang setia menjalankan tugasnya di dashboard keretanya. Habisla, betul-betul sudah lewat ni! Gara-gara si lempeng tadi, segalanya terbengkalai. Tak pasal-pasal Din terlupa terus untuk menelefon Mamat. Dunia oh dunia, kenapa wujud perempuan lempeng tu? Menyusahkan betul! Din terus-terusan mengutuk Azlin di dalam hati, sementara Fatimah pula sedang bercerita sesuatu dengan Din.

“Din..oo Din..”Panggil Fatimah apabila melihat tiada sebarang reaksi daripada anaknya itu.

“Iye..iye..” Din terpinga-pinga sebentar apabila terdengar suara ibunya.

Fatimah menggeleng kepala.

“Mak ada cakap apa-apa ke tadi?” Tanya Din tetapi dalam masa yang masa masih cuba cool meneruskan pemanduan walaupun jantungnya sudah berdegup-degup tidak mengikut irama.

“Berangan la tu.” Jawab Fatimah menjeling anaknya itu. Din cuma tersengih.

Sorry la mak. Din tengah fokus memandu ni..fokus..” Din masih lagi tersengih macam kerang busuk.

“Ye sangat la tu..Macam la mak tak tahu ada benda yang kau tengah fikir kan. Cuba bagitahu mak.” Fatimah cuba untuk mengorek rahsia anaknya itu.

“Tak ada apa-apa la. Haa, mak tadi ada nak cakap apa? Kali ni Din bagi perhatian 150 %.“

“Isy, budak ni.” Fatimah tersenyum melihatkan perangai anaknya itu yang adakalanya susah benar nak membuka rahsia.

Fatimah berdehem seolah-olah mengambil mood baru. Sambil itu dia menyandarkan badannya di kerusi.

“Tadi kan Din, mak hampir terjatuh tau kat bilik air hospital.” Fatimah memulakan semula mukadimahnya.

Din sedikit terkejut mendengarkan kata-kata ibunya. Hampir terjatuh?

“Ye ke mak? Kenapa tak bagitahu?” Din nampaknya sedikit risau.

“Ni mak dah bagitahu la ni.” Pintas Fatimah. Sebentar kemudian Fatimah tersenyum. Din yang sempat mengerling ibunya berasa sedikit pelik. Kenapa senyum-senyum pula ni?

“Tapi kan, ada sorang budak perempuan ni dah tolong mak tau. Baik nampaknya budak perempuan tu, tapi tak sempat pula mak nak tanya nama dia. Dia pun nampak macam nak cepat. “ sambung Fatimah lagi..

“Ooo” Din terangguk-angguk. Pasal tu ke ibunya itu ingin memberitahunya? Din sendiri tidak kisah siapa gerangan budak perempuan yang dimaksudkan ibunya itu asalkan ibunya selamat itu sudah cukup.

“Mak nak dengar tak cerita Din? Pasal budak perempuan jugak. ” Tanya Din cuba menarik perhatian ibunya.

“Haa..cerita la.” Fatimah nampaknya berminat dengan cerita yang ingin disampaikan anaknya itu lagipun bukan senang untuk Fatimah mendengar Din bercerita lagi-lagi tentang perempuan.

“Tadi kan Din ada jumpa perempuan sewel. Berlagak tau mak, tak padan badan macam lempeng.” Din mula bercerita dengan sepenuh emosi.

Berkerut-kerut dahi Fatimah mendengar cerita Din. Budak perempuan sewel mana pulak la ni?

“Din pun tak tahu la kenapa boleh pulak jumpa perempuan sewel tu kat hospital tadi. Menyemak betul.” Sambung Din lagi tetapi Fatimah sudah pun menggeleng geleng kepala.

“Tak baik cakap macam tu. Din suka tak kalau ada orang kutuk-kutuk Din macam tu?” Tanya Fatimah cuba menyedarkan anaknya itu. Din terdiam.

Ya, dia sendiri tidak suka jika dirinya dikutuk tetapi dengan perempuan bernama lempeng itu, ish! Memang benar-benar menguji kesabarannya, memang Din berharap biarlah dia tidak terserempak lagi Cik Kak Lempeng yang menjadi igauan ngerinya itu.

Azlin tiba di rumah sewanya dengan perasaan yang mendongkol marah. Disebabkan bertembung dengan Mat Lidi, dia tidak jadi untuk berjumpa doktor. Sia-sia sahaja dia mengambil nombor giliran. Kalau dia tahu akan jadi macam ni, baik dia terus sahaja ke sekolah. Sakit pun sakit lah! Dahlah terpaksa bayar tambang teksi mahal tapi apa pun tak dapat. Untuk ke klinik biasa juga dia sudah tiada mood. Memang Azlin betul-betul panas hari ini seperti cuaca di luar sana yang panas membahang.

Azlin mencapai remote televisyen, satu persatu butang-butang kecil remote itu ditekan dengan cepat untuk mencari channel tetapi tiada satu pun yang berkenan di hati. Kesudahannya, remote pula yang menjadi mangsa lontaran cakra Azlin sehingga terjatuh di atas karpet. Alangkah bagusnya jika remote yang dilempar tadi adalah Mat Lidi. Mahu sahaja dibalingnya Mat Lidi yang kurus keding itu biar sampai terburai isi perut. Haha.

Tiba-tiba perutnya mula berkeroncong minta diisi. Ah, malasnya nak masak, lagipun bukan ada sesiapa di rumah. Hana masih di tempat kerja, lambat lagi mahu balik. Kalau dia berada di sekolah sekarang, dia makan sahaja di kantin sekolah, senang. Tak perlu nak susah payah nak masak untuk seorang diri macam ni. Hm..Azlin berfikir lagi. Perlu ke dia menelefon Hana supaya membelinya nasi bungkus dan membawa balik untuknya. Amboi, lagak macam puteri raja pulak. Malas benar Azlin untuk keluar semula semata-mata untuk membeli makanan. Ah, masak je la apa-apa yang ada, janji perut ni kenyang daripada terus berdendang-dendang sayang tak berhenti.

Akhirnya dengan langkah malas, Azlin bangun juga dari kerusi. Perlahan-lahan Azlin menuju ke dapur kerana kakinya masih berdenyut. Mujur ada minyak gamat, sekurang-kurangnya boleh juga disapunya kepada luka akibat jatuh motor malam tadi. Entah bagaimana tanpa dapat dikawal tiba-tiba Azlin terjatuh dari motor. Ketika itu dia bercadang untuk ke kedai runcit yang tidak jauh dari kawasan rumahnya untuk membeli ubat nyamuk. Azlin tidak perasan bekalan ubat nyamuknya sudah habis dan Azlin memang tidak betah bermalam tanpa memasang ubat nyamuk. Tak lena tidur jadinya terpaksa berperang dengan nyamuk, nanti tak pasal-pasal mata berubah jadi macam mata panda sebab tak cukup tidur. Jatuh saham woo..Nasib baik juga ketika itu dia tidak menunggang bersama Hana, jika tidak pasti Hana juga akan cedera sepertinya.

Mahu tidak mahu dengan keadaan kaki yang masih sakit, perlahan-lahan Azlin menunggang semula motornya kembali ke rumah sewa. Ubat nyamuk tidak jadi dibeli, biarla malam ni dia berubah jadi panda ataupun Incredible Hulk sekalipun. Dia tidak peduli, apa yang difikirkannya pada waktu itu ialah segera sampai ke rumah. Memang sudah dijangka Hana terkejut melihat keadaan Azlin yang menyeringai menahan kesakitan.

Sengaja Azlin menambahkan cerita menjadi lebih saspen untuk menarik simpati Hana, ditambah pula dengan riak muka yang sedih.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku