Ketaq Perut ( Darah Gemuruh )
Genre: Lucu
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 20 Februari 2016
Lain negeri, lain maksudnya.Lain orang, lain sebutannya. Ketaq Perut ini adalah sikap gabra atau darah gemuruh yang bercampur perasaan takut yang keterlaluan.
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)
2812

Bacaan







LUTUT Ain sudah mula berlaga bila melihat Asmat sedang berjalan menuju ke arahnya. Asmat bukan bersendirian dan Ain juga bukan bersendirian. Masalahnya Ain menaruh minat terhadap Asmat dalam diam.

Ain tahu, berdosa kalau menyimpan perasaan terhadap lelaki sebelum ada ikatan sah tapi Ain adalah seorang remaja. Perasaan tu tak dapat dikawal. Ia hadir tanpa diundang dalam hati Ain.

Bila setiap kali Ain berselisih dengan Asmat, secara automatik tubuhnya akan mengigil. Jantung Ain akan berlari laju dan lutut Ain akan bergetar. Langkah Ain turut menjadi pincang.

"Dia datang, dengan lenggang lengoknya.." Shifa yang sedang berjalan di sebelah Ain sudah bernyanyi sambil ketawa perlahan. Antara Shifa dan Ain memang tiada rahsia. Mereka berkawan sejak sekolah tadika lagi.

"Hang senyap boleh dak. Ishhh.." Ain tahu, Shifa sedang cuba menyakat dia. Ain cuba meredakan perasaannya dengan berpura-pura selamba.

"Oh mak cow lembu..." tak semena-mena Ain melatah. Bila Asmat sudah berada hanya beberapa langkah darinya kaki Ain terpeleot dan Ain hampir jatuh. Tanpa Ain sengaja, laju saja perkataan itu meluncur daripada mulutnya.

"Mak sapa pulak dah jadi lembu?" kawan Asmat yang berada bersama Asmat menyoal laju. Shifa pula sudah tergelak tanpa sengaja. Manakala Asmat turut tersenyum sambil merenung Ain, sedangkan Ain sudah malu teramat sangat.

"Mak cow lah lembu!" dalam mengelabahnya Ain dia tetap menjawab.

"Mat, dia kata kat hang tu. Aku dak, mak aku manusia ori.." Ipin cuba mencari helah bila membalas kata-kata Ain. Merah lagi wajah Ain bila dia tersedar Asmat masih merenung dirinya.

"Eh, hang jangan nak buat fitnah. Aku kata cow, c.o.w bukan k.a.u..." dalam ketaq perut Ain membalas kata lagi. Siap mengeja perkataan cow lagi.

"Ain, Mat kata dia rela jadi c.o.w tu.." Ipin bersuara lagi sambil gelak berdekah-dekah. Asmat sudah membuntangkan matanya.

"Kalau aku lembu, hang tu kambing." kali ini Asmat turut mencelah. Malu betul dia bila Ipin berkata begitu tadi.

"OMG!.." Ipin berkata kuat sambil menepuk dahi.

"Hei..tak baik tau Ipin. Hang tau dak maksud OMG tu Oh My God? Takkan hang nak kata Oh My Goat pulak kot?" Shifa yang hanya mendengar sambil tersenyum dan ketawa akhirnya bersuara juga.

" Woi..Oh My God tu hampa ja yang cakap. Tapi aku maksud yang lain. Aku kata kat Mat ni Otak Mu Gelong..ada pula kata kat aku kambing. Bila masa pulak aku mengembik?" Ipin membantah kata-kata Shifa. Akhirnya mereka hanya saling berpandangan antara satu sama lain.


''Sebagai orang Islam, tak payah nak OMG sangatlah. Biaq omputih atau non muslim sudah yang sebut perkataan OMG tu. Allah is only one for us. Payah sangat ka nak sebut Ya Allah? Kalau nak sebut Ya Allah pun payah, macam mana dengan sembahyang kita? Tak tau baca apa,tau-tau dah bagi salam?'' Asmat tak semena-mena bersuara serius. Ain sudah terpegun mendengarnya. Ini dia calon suami terbaik. Ain memuji di dalam hati.


...............

AIN tersenyum seorang diri bila mengingati peristiwa yang berlaku tujuh tahun yang lalu. Ketika itu dia baru tingkatan lima. Darah gemuruh yang sering menyerangnya ketika menghadapi saat-saat sukar masih tidak dapat dikikisnya hingga kini.

Ain ingat lagi, setiap kali dia berhadapan dengan sesiapa saja yang dia minat atau terpaksa berdepan dengan orang ramai jantungnya akan mengepam darah dengan laju. Orang Kedah kata ketaq perut. Masa tengah ketaq perut tu, kalau boleh Ain macam nak ghaib saja.

Pernah beberapa kali ketika masih bersekolah dulu Ain terpilih sebagai pelajar cemerlang. Setiap kali nak naik ke atas pentas kaki Ain jadi krem kerana terlalu gemuruh. Akibatnya Ain selalu tersadung kakinya sendiri ketika berjalan naik ke atas pentas.

"Hang ni pasai pa Ain? Angin takdak, ribut takdak, jatuh terjelepok tang ni?" selalunya Shifa yang membantu Ain untuk bangun.

"Aku ketaq perut. Langkah tak pi." Ain berbisik perlahan.

Pada hari yang lain pula, Ain pernah terserempak dengan Asmat di atas tangga. Ketika itu masing-masing berjalan seorang diri. Ain nak turun dan Asmat nak naik. Sebab ketaq perut punya pasai Ain dah tersalah langkah dan merudum jatuh tangga di depan Asmat. Lepas tu Ain pitam sebab terlalu malu.

"AINNNN....awat ni? Sengih sorang-sorang. Apa yang lawak sangat ni?" Ain menoleh ke sisi. Asmat sudah duduk di sebelahnya.

"Takdak pa aih, cuma terkenang zaman dolo-dolo ja." Ain berterus terang sambil tersenyum lagi. Selepas itu Ain melepaskan tawa pula.

"Abang ingat dak, masa Ain pitam atas tangga tu?" Ain bertanya dalam tawanya yang masih bersisa.


“Aih..awat yang dok tak dok pi ingat cerita zaman tok nadoq tu?” Asmat bertanya kembali dan bibirnya sudah merekah dengan senyuman


“Lawakkan?..apa perasaan abang masa tu?” Ain bertanya lagi.


“Memang lawak pun. Abang rasa macam abang pun nak pengsan sama. Ketaq perut tak tau nak habaq masa tu. Tau-tau ada anak dara jatuh tangga depan abang sampai pengsan. Nasib baik pengsan sat ja. Kalau lama jenuh jugak abang nak usung..” Asmat menghabiskan ayatnya sambil tergelak kuat. Terbayang lagi kejadian itu. Bagaimana gabranya dia berdepan dengan situasi itu.

Ain mencubit lengan Asmat dengan kuat. Selepas mereka kahwin Asmat selalu menyakat dia dengan insiden-insiden yang berlaku di sekolah dulu. Banyak insiden-insiden lucu berlaku antara mereka berdua. Tak sangka pula mereka berjodoh. Itu pun dijodohkan oleh orang tua-tua.


Selepas tamat tingkatan lima masing-masing bawa haluan sendiri dan tak pernah berhubung walaupun dalam laman sosial. Orang kata asam di darat, ikan di laut. Dalam belanga bertemu juga.


“Tapi, banyak-banyak kejadian, abang paling tak boleh lupa kejadian malam pertama kita.” Asmat bersuara lagi dan ketawanya berterusan.


“Abanggg…” wajah Ain sudah merona merah.


“Ain malu sangat ka malam tu?” Asmat menyoal Ain sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali.


“Bukan malu la. Ain ketaq perut!” Ain terus sembamkan wajahnya di dada Asmat dan kenangan malam pertama mereka terus terbayang dalam mindanya.


“Teruk betoi penangan ketaq perut Ain. Abang baru pegang tangan, Ain dah pengsan sampai kena bawa pi hospital. Tebai telinga abang dok dengar adik beradik dok kata kat abang ganaih. Padahal baru nak pegang tangan. Hahaha…” Asmat tergelak lagi. Hailah isteriku!


“La ni tak ketaq perut dahkan?” Asmat cuba menyakat Ain yang kini sudah sarat mengandung anak sulung sambil mengusap perlahan perut Ain yang sudah memboyot.


“In Sha Allah..tak ketaq perut dah kot. Kalau dok ketaq lagi. Perut ni tak boyot la..” Ain berkata sambil tersenyum manja. Rugilah kalau dok ketaq perut lagi. Ain berbisik di dalam hati.

Nota : Sesiapa yang ada darah gemuruh tu tentu tau macam mana perasaannyakan? Di Kedah selain Ketaq Perut, ada juga yang kata ketaq lutut ataupun ketaq gigi, hihi.. Bermaksud gemuruh campur takut.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku