KEMBARA CINTA KAHAKEA
( Fatimah S.) BAB 16 (bhg. 1) - Inilah Tuhanmu, Elima.
Genre: Islamik
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2016
Assalamualaikum wbt, kepada pembaca sekalian. Sekiranya tuan/puan merasai bahawa karya ini mempunyai nilai-nilai murni dan patut dihebahkan kepada orang ramai, tuan/puan bolehlah 'share' di FB tuan/puan dengan klik ikon FB yang terdapat di bahagian atas post ini. Moga usaha kita mendapat ganjaran pahala, rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Tuan /Puan juga dijemput untuk memanjangkan perkenalan dengan saya di laman FB saya dihttps://www.facebook.com/fatimah.saidin.5
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
531

Bacaan






Semakin lama tinggal di Kahakea, Jihad ternampak lebih ramai lelaki dan wanita berpakaian jaket atau jubah berkelumbung milik gereja. Barulah Jihad sedari bahawa kelompok yang dibaptis sebenarnya lebih ramai dari yang disangkakannya. Jihad terasa begitu cemburu dengan pencapaian agama Khatolik di rantau itu. Agama Khatolik yang telah tiba di situ lebih 200 tahun yang lalu telah mengalami perkembangan yang begitu pesat. Begitu ramai penduduk Kahakea berkehendakkan kepada agama Sam’iyyat berbanding agama Pagan yang tidak berteraskan konsep ketuhanan yang logik. Penerapan agama Khatolik yang banyak menggunakan pendekatan lemah lembut dan kesanggupan mereka membiayai kehidupan penganut-penganutnya yang miskin menjadi satu sebab utama agama itu diterima ramai.

Selepas kejadian dipukul itu, Elima dan dua orang rakannya sering datang ke pinggir pantai untuk belajar mengenai ketuhanan darinya. Mereka tetap memakai jaket berkelumbung gereja bagi mengelakkan diri mereka dikenali. Ada kalanya mereka mengenakan kaca mata bercermin gelap untuk menutup lagi wajah mereka. Jihad mengajar mereka banyak konsep Islam asas seperti kewujudan Allah SWT, keesaan Allah SWT, sifat-sifat Allah SWT, bukti-bukti kekuasaan Allah SWT dan segenap perkara yang berkaitan dengan ketauhidan. Mereka membandingkan dengan kepercayaan yang mereka anuti seperti konsep Trinity dan pembaptisan. Jihad bukan sekadar membeli dalil-dalil naqli berkenaan ketuhanan, dia juga menggunakan penguasaan ilmu mantiknya untuk memahamkan mereka bertiga mengenai topik berkenaan. Kebolehan dan ketinggian ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepadanya seringkali menyebabkan Elima dan rakan-rakannya patah dalam mempertahankan sebarang pendapat mereka yang berbeza dengan agama Islam.

Jihad telah memaklumkan mengenai pengajaran itu kepada Haji Abdul Hamid, Ustaz Zaki Yatim, Ustaz Safuan Saidi dan Doktor Ariffin. Mereka sangat bersetuju kelas itu diadakan kerana mereka sendiri tidak menang tangan untuk mengadakan begitu banyak kelas kepada penduduk tempatan. Setiap kelompok pelajar mereka telah memeluk Islam dalam fasa yang berlainan. Mereka menghadapi kesukaran untuk menggabungkan kelompok-kelompok ini dalam satu kelas yang sama kerana tahap pengetahuan dan pemahaman mereka tidak sama. Kadangkala satu kelas terpaksa diulang berkali-kali untuk kumpulan yang berlainan. Hujung minggu menjadi waktu bekerja yang begitu memenatkan bagi golongan dai’ separuh umur itu. Kini, Jihad juga membuat kelas dihujung minggu. Dia menjadi begitu sibuk. Ada kalanya, Fahim dan Zaid menemai Jihad mengajar pelajar-pelajarnya di bawah pohon cemara itu.

Aukanai’i telah membawa lima orang rakannya untuk menghadiri kelas agama yang dikendalikan Jihad. Namun begitu, kelas mereka terpaksa diasingkan dari kelas yang dihadiri Elima dan rakannya kerana mereka dari golongan Pagan. Mendakwah golongan pagan ini lebih mudah dari mendakwah golongan yang telah ditanami fahaman agama Sam’iyyat. Pengganut agama Kristian Khatolik lebih kritis dan mereka lebih pandai membanding beza. Agama pagan yang jauh berbeza dari agama Islam dan tidak didasari fahaman yang logik itu sangat mudah dipatahkan hujah-hujahnya. Jihad terkenangkan hari pertama Aukanai’i mengajak kawan-kawan baiknya itu ke kelas. Wajah masing-masing mencuka. Jihad hampir ketawa melihat wajah pelajar-pelajarnya.

“Why you look so unhappy?” tanya Jihad, dengan senyuman. Tui ‘siburung madu’ memuncungkan wajahnya. Dia menjawab dengan bahasa Inggeris yang tunggang terbalik.

“Today holiday. I wanna go fishing. He pull me to... here. He said he kill me if I no follow him.”

“Ohh..” Jihad mula memahami. Dia tersengih. “No wonder you’re so unhappy. How about you Tuisamoa? He forced you too?”

“Yea. He wanna kill me too… This guy is really fierce. Like lion. I don’t wanna friend with him. Sir, do something to him. He’s so big bully.”

“Of course, I’m a chief of the strong worrior,” Aukanai’i membangga diri. Jihad terus ketawa. Dia tahu Aukanai’i mempunyai hati yang begitu tulus dan baik.

“It’s okay. I wanna go fishing too. Let go fishing together,” ajak Jihad. Wajah pelajar-pelajarnya berkerut. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

“We no bring fishing rod. No fishing net.”

“It’s okay. Just follow me,” ajak Jihad.

Mereka mengikut Jihad ke tepi pantai. Jihad membawa mereka berenam menaiki jeti. Tiba di hujung. Dia menunjuk dan mengajarkan mereka mengenai kehidupan laut dan keperluan-keperluan Tuhan mencipta sesuatu. Jihad bercakap dan bercakap lagi mengenai sains dan ketuhanan yang menyebabkan kelompok pelajar itu terlopong dan terus mendengar sehingga habis waktu kelas.

Di hari lain pula Jihad menyuruh pelajar-pelajarnya membawa patung kayu Tuhan Tiki masing-masing ke kelas mereka yang diadakan di bawah pohon cemara. Mereka membuat eksperimen terhadap patung-patung itu. Jihad menyuruh mereka menggantungkan patung-patung itu di bawah pepohon cemara di perkarangan Yayasan Dalquds. Dileher patung-patung itu digantungkan buah pisang dan makanan lain yang mereka bawa. Dia menyuruh mereka memohon kepada patung-patung itu untuk melepaskan diri masing-masing dari ikatan yang telah dibuat dan memakan makanan yang telah diikat ke tengkuk masing-masing. Keesokan harinya, mereka datang untuk melihat patung masing-masing. Patung-patung itu telah dihurungi lalat dalam keadaan busuk baunya. Jihad menyuruh mereka merendam patung masing-masing ke air dan meninggalkan patung-patung itu di situ.

“If they’re powerful, they will come and get you tonight. They will kill you because you’ve insulted them. Look, look at your Tiki now.”

Mereka semua memandang patung Tiki masing-masing yang telah dibuang ke dasar laut. Sekumplan ikan karang telah datang dan memakan makanan yang disangkut ke leher patung patung itu. Patung-patung itu bergolek ke sana dan ke sini dihentam ikan karang yang bersaiz besar itu. Beberapa ekor jerung karang juga menghentam patung itu hingga terbenam di dalam pasir.

“Now, who is a better creation, you or fish?”

“We are better,” mereka menjawab hampir serentak.

“Correct. You have been given brains to think. Fish has limited function of brain. Even those fishes never afraid of your God Tiki power, why should you? Hah.. Strong worrior? Chief of earth? Why should you feel so afraid of this bulky carved wood? It’s actually a wood. You are the one who carved it and you are the one who worship it. Why? Tiki cannot even help himself from the weaker creation than you. Neither flies nor fishes. Yet you still devoted yourselves to him. Please, please use your brain.”

Jihad sering menghabiskan kelasnya dengan meninggalkan persoalanan kepada pelajar-pelajarnya untuk dibawa pulang ke rumah dan difikirkan. Dia juga tidak lupa mengingatkan mereka agar membaca doa khas iaitu, ‘O Sir Jihads’ God, show us the right way of life.”

Elima telah sembuh dari luka-luka akibat dipukul di kaki dan badannya. Dia tidak sabar-sabar hendak mempelajari cara membuat minyak gamat sebagaimana yang telah dijanjikan Jihad padanya. Hati Elima begitu ceria semenjak Jihad memberi perhatian kepadanya. Dia tidak lagi merasa sunyi, kecewa dan marah terhadap nasibnya. Walaupun Stephanie dan Margarietta telah berkali-kali mengingatkan padanya tentang status dirinya dan risiko yang bakal dihadapi sekiranya di berterusan menyimpan perasaan terhadap Jihad, dia nampaknya tidak ambil kisah. Kali ini dia benar-benar nekad untuk menurut kata hatinya dan tidak ingin mengikut takdir hidupnya yang begitu mendukacitakan.

Pagi Ahad yang cerah itu, Elima, Margarietta dan Stephanie berjalan kaki ke Yayasan Dalquds sebagaimana yang telah dijanjikan. Mereka membawa pakaian sukan yang akan digunakan untuk berenang. Jihad telahpun memperingati mereka agar membawa pakaian yang benar-benar menutup aurat. Jaket berkelumbung itu juga harus dipakai ketika berenang. Fahim dan Zaid telah berjanji untuk membantu di dalam misi mencari gamat itu.

Sebaik mereka bertiga sampai, Jihad, Fahim dan Zaid telah bersiap sedia menunggu di jeti.

“Itupun mereka,” Zaid mengejutkan dua rakannya yang sedang asyik melihat jerung karang. Spesis jerung karang itu begitu besar, hampir separuh saiz badan lelaki dewasa, malah ada seekor dua yang bersaiz wanita dewasa. Fahim dan Zaid yang kurang biasa dengan spesis ikan karang, agak kecut perut melihat jerung-jerung itu meskipun telah beberapa kali diberitahu bahawa sepsis ini tidak memakan daging manusia. Jihad tidak hairan lagi dengan spesis jerung karang kerana dia memang memiliki lesen menyelam dan sering menyelam di perairan Malaysia.

“Sorry Sirs, we are late,” Stephanie meminta maaf. Dia memang mengenali Fahim dan Zaid yang mengajar di dewan kuliah bersebelahan.

“It’s okay. Let’s start. Come here everybody,” panggil Jihad. Kesemua mereka lantas mengerumuni Jihad.

“Look at the sea bed now. Do you see the black cucumber like things?” tunjuk Jihad. Kesemua mereka merenung ke dalam air.

“That one?” soal Margarietta, langsung menuding jarinya kepada hidupan air berwarna hitam yang bertebaran di dasar laut.

“Yes, the one that moves very slowly.”

“Hmm.. yes, Sir. What is it? ”

“That’s one type of sea cucumber. But this one has no medicinal value. Don’t take it. You must be able to identify which type of sea cucumber that can be used for remedy. Now, wait. I’ll get the right one for you,” ujar Jihad lalu menanggalkan kemeja T nya lalu menyangkutnya ke jeriji jeti. Jihad bersiap sedia untuk membuat terjunan ke dalam air.

Elima yang sedang asyik mendengar penerangan Jihad, terkejut apabila terpandang Jihad dalam keadaan begitu. Satu perasaan yang aneh menusuk ke dalam hatinya. Bagaikan terkena renjatan elektrik, matanya terpaku memadang pemuda itu. Elima terpana seketika dan kemudian tersedar kembali. Dia lantas menundukkan wajahnya. Hatinya kini menjadi galau. Dia rasa bersalah. Kenapa begitu dahsyat pandangan matanya terhadap pemuda itu? Sedangkan, pada awal pertemuan, dia tidak merasa apa-apa yang terlalu istimewa pada fizikal Jihad. Elima terasa sungguh malu. Dia sedar, semua itu berpunca dari sikapnya yang terlalu melayan perasaan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 - Belayar ke Hujung Dunia | BAB 2 - Oh, Orang Pulau! | BAB 3 - Indahnya Bumi Kahakea! | BAB 4 - Kesilapan Yang Tidak Diduga | BAB 5 - MasyaAllah, bidadarikah? | BAB 6 - Terima Kasih Duhai Perawan | BAB 7 (Bhg. 1) - Poly, melan atau Kristian? | BAB 7 (Bhg. 2) - Aku dibenci Kahakea. | BAB 8 - Tak Ingin Kutatap Wajahmu, Bidadari! | BAB 9 (Bhg. 1) - Aduhai, Perawan larangan! | BAB 9 (Bhg. 2) - Kupancing hatimu itu. | BAB 10 - Sinar untuk Elima | BAB 11 (Bhg. 1) - Daging oh, Daging! | BAB 11 (Bhg. 2) - Aduh! terkena sungguh | BAB 12 - Bukan Salah Elima. | ( Fatimah S.) BAB 13 - Sir, help me! | ( Fatimah S.) BAB 13 (Bhg.2) - Tembok hati semakin cair. | ( Fatimah S.) BAB 14 - Sir, I love you. | ( Fatimah S.) BAB 15 - Bebaskan daku dari romancinta ini. | ( Fatimah S.) BAB 16 (bhg. 1) - Inilah Tuhanmu, Elima. | (Fatimah S)- BAB 16 (Bhg. 2) - Sukarnya membohongi hati. | ( Fatimah S.) BAB 17 - Ingin ku sunting bidadari itu, tetapi... | ( Fatimah S.) BAB 18 - Sir, give Elima to me! | ( Fatimah S.) BAB 19 - Pergilah kepadanya, selamat tinggal. | ( Fatimah S.) BAB 19 - Cinta yang terpenjara... | ( Fatimah S.) BAB 20 (bhg. 1) - Maafkan daku, suamiku... | ( Fatimah S.) BAB 20 (bhg. 2) - Sir, Please marry her if I die. | ( Fatimah S.) BAB 21 (bhg. 1) - Selamatkan Ketua Panglima Polinesia itu. | ( Fatimah S.) BAB 21 (bhg.2) - Perginya dua jiwa.. | ( Fatimah S.) BAB 23 (Bhg.1) - Aku akan menjaga kamu. | (Fatimah S.) Bab 23 (bhg.2) - Hati yang terisi... | (Fatimah S.) Bab 24 - Inilah Elima, menantu kalian. | (Fatimah S.) Bab 25 - Takdir menghampiri | ( Fatimah S.) BAB 26 - Dia dalam urusan Kami... | (Fatimah S.) Bab 27 - Elima dalam tahanan. | (Fatimah S.) Bab 28 - Resah si Korban Vailea. | (Fatimah S.) Bab 29 - Apabila Allah SWT membuat keputusan. |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku