PROJEK SERAM - CERMIN: 3 PERMINTAAN
PROLOG
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 April 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
709

Bacaan






CERMIN antik itu menarik perhatian Damian. Ukiran di sekeliling cermin itu berasaskan bunga, begitu juga pada tangkai pemegangnya. Damian membelek-belek dengan penuh minat. Kebetulan, dia memang sedang mencari hadiah buat buah hatinya.

“Kamu berminat dengan cermin itukah?” soal lelaki yang berpakaian ala Jawa itu.

Damian mengangguk.

“Wak nak jual pada saya tak?”

Wak Sani adalah seorang pengumpul barang-barang antik yang dikenali Damian. Orangnya berketurunan Jawa tetapi fasih berbahasa Melayu.

“Cermin ini asalnya kepunyaan seorang gadis dari timur Jawa. Kemudian, setelah gadis itu hilang tanpa dikesan, cermin ini dijual kepada wak oleh teman lelakinya.”

“Oh, berapa wak nak jual pada saya? Sebut aje berapa harganya. Saya nak beli cermin antik ni.”

Wak Sani mengusap janggut putihnya yang panjang itu.

“Kamu serius mahu membeli cermin ini?”

“Seriuslah, wak. Wak ingat saya main-main?” ujar

Damian sambil mengangkat kening.

“Baiklah. Kamu bayar saja pada wak 50 ringgit.”

“Lima puluh ringgit?” ujar Damian, bagaikan tidak percaya.

“Iya. Lima puluh ringgit sahaja.”

Murah sangat. Damian mengeluarkan wang dalam dompetnya. Kemudian, dia menghulurkan not 50 ringgit kepada Wak Sani.

“Wak jual, ya.”

Damian mengukir senyuman. Sofea Jane pasti menyukai hadiahnya. Buah hatinya itu memang gemarkan cermin.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku