PROJEK SERAM - CERMIN: 3 PERMINTAAN
BAB 1
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 April 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
847

Bacaan






RIMAS. Itu yang tidak disenangi Sofea Jane apabila di kelilingi lelaki berhidung belang. Jambangan bunga bersusun di atas meja solek di belakang pentas pertunjukan itu. Namanya sedang gah di dunia peragaan. Antara model top5 di Asia. Sofea Jane, wanita berwajah pan-Asia. Berusia 27 tahun. Bertubuh tinggi lampai. Ketinggian 175 meter. Berat 47 kilogram. Berambut lurus keperangan. Hidungnya terletak mancung. Ulas bibirnya berwarna kemerahan bak delima. Wanita idaman lelaki itu telah dimiliki oleh anak seorang jutawan terkenal di kota metropolitan. Lelaki bertuah itu adalah Damian Dato’ Zaharin.

“Untunglah jadi orang cantik ni, berlambak-lambak lelaki kejar,” ujar Noreen sambil menjuih bibir. Dia iri hati dengan populariti Sofea Jane.

Well...” ujar Sofea Jane sambil mula membelek-belek wajahnya pada cermin.

Sehari dia tidak menghadap cermin memang tidak sah. Dia sentiasa memastikan wajahnya kelihatan cantik. Sofea Jane sanggup berhabis wang ringgit demi kecantikan. Gincu merah dicalitkan sedikit pada bibirnya. Dia menyapu sedikit pemerah pipi dan pembayang mata. Sofea Jane tidak memerlukan contact lenskerana matanya sudah sedia cantik.

Lydia yang duduk di sebelahnya itu hanya menggeleng melihat gelagat Sofea Jane. Lydia adalah model baru yang disenangi Sofea Jane. Lydia tidak seperti Noreen yang merupakan musuh ketatnya.

“Sofea... boyfriend handsomeyou nak jumpa you!” panggil Haley.

“I lupa. Today is my birthday.”

Really?Patutlah bukan main segak lagi Damian tu,” puji Haley. Sofea Jane memang bertuah.

“Dia dah janji nak celebratedengan I malam ni.”

Celebratekat mana tu?” soal Lydia, teruja.

Kekasih Sofea Jane itu anak jutawan. Masakan akan menyambut hari lahir Sofea Jane di tempat biasa. Sudah mestinya di tempat yang ada kelas.

“Damian dah preparesegala persiapan untuk birthdayI. Dia nak berikan surprisekat I. I hope I dapat celebrateberdua dengan dia. Semaklah kalau ramai orang ni,” ujar Sofea Jane, bangga punya kekasih seperti Damian.

Apa saja permintaannya akan ditunaikan Damian. Gelagat Sofea Jane menjengkelkan Noreen. Noreen meluat. Sofea Jane serba-serbi lebih daripada.

“You tunggu apa lagi tu? Cepat! Damian dah lama

tunggu you,” gesa Haley. Sofea Jane menyandang beg tangan.

“I gerak dulu.”

Noreen merengus kecil. Jika Sofea Jane tidak berada di agensi model ini, pastinya Damian menjadi miliknya.


DAMIANmelepaskan keluhan berat. Sofea Jane masih sempat menghadap cermin make-upnya. Cermin lebih utama pada wanita itu.

“You dah cantik,” ujar Damian, lembut.

“Tapi I tengok kulit I macam kusam pulak malam ni. MaybeI tak sempat cuci muka tadi sebelum I kenakan make3 up,” omel Sofea Jane.

“Mana ada kusam. I tengok cantik aje.”

“Betul ni?”

“Betullah, sayang.”

Mata Sofea Jane masih melekat pada cermin make-up.

“You dah cantik, sayang. Tak payah nak belek lagi wajah you kat cermin tu. Kalau you tak cantik, masakan you antara top5 model tercantik kat Asia.” Sofea Jane tersenyum senang hati.

“I rasa tak puas kalau I tak tengok wajah I kat cermin.”

Sejak kecil, dia memang gemar cermin. Cermin tempat dia meluahkan perasaan dan memuji kecantikannya itu. Sikapnya itu dibawa ke usia dewasa. Ahli keluarga juga sudah puas menegur, dia hanya pekakkan telinga.Kereta jenis Volkswagen itu terus bergerak menuju ke destinasi. Damian memberhentikan kereta di hadapansebuah hotel bertaraf lima bintang.

“Sayang, you nak celebrate birthdayI kat sini ke?” soal Sofea Jane sambil membulatkan biji mata.

Yes, you tak suka?”

Of course, I suka. Kita berdua aje, kan?”

Damian sekadar tersenyum. Dia menyerahkan kunci kereta kepada pekerja hotel.

Sofea Jane memaut lengan Damian. Air mukanya sedikit keruh. Damian hanya memerhatikan riak kekasihnya itu dengan senyuman. Damian membawa Sofea Jane ke kawasan kolam renang. Ada meja bulat dan dua buah kerusi disediakan. Di tengah-tengah meja itu diterangi sepasang lilin.

“Sayang...” ujar Sofea Jane sambil menekup mulut.

Seorang pekerja hotel menyerahkan sejambak bunga mawar kepada Sofea Jane. Alunan lagu ‘selamat hari lahir’ dimainkan. Dua orang lagi pekerja hotel menolak kek menghampiri mereka. Sofea Jane meniup kesemua lilin di atas kek itu.

“Malam ni, hanya I akan celebrate birthdayyou,” ucap Damian sambil menyuakan sepotong kek ke mulut Sofea Jane.

“Terima kasih, sayang.”

Damian menarik kerusi untuk Sofea Jane. Seorang lelaki berpakaian tuksedo menghampiri mereka bersama biolanya. Irama daripada biola yang dimainkan mengiringi makan malam mereka. Senyuman di bibir Sofea Jane kian terukir panjang. Malam ini adalah malam yang paling istimewa buatnya.

“I nak you tutup mata,” ujar Damian ketika mereka sedang menghadap hidangan bersama. Sofea Jane menurut. Kelopak matanya ditutup. Damian memberikan isyarat kepada salah seorang pekerja hotel terbabit. Kotak yang berbalut kertas berwarna pinkdan dihiasi reben itu diletakkan di hadapan Sofea Jane.

“Buka mata you, sayang.”

Sofea Jane membuka kelopak mata semula.

“Boleh I buka?”

“Ikut suka you. Hadiah tu memang untuk you.”

Ligat jari-jemari Sofea Jane mengoyakkan pembalut pada kotak itu. Sebaik sahaja penutup kotak itu dibuka,dia menjerit kecil melihat isi di dalamnya. Sebuah cermin tangan antik yang cantik.

“Untuk I? Cantiknya!” ujar Sofea Jane sambil membelek-belek cermin antik itu. Dia sukakan hadiah daripada Damian itu. Baginya, hadiah itu cukup berharga.

“Lepas ni, you boleh cakap kat depan cermin tu, cermin-cermin, siapakah wanita paling cantik kat Malaysia? Mana tahu cermin tu boleh bercakap, youlah wanita yang paling cantik,” seloroh Damian. Sofea Jane ketawa kecil.

“You ingat, cerita Snow White ke? I tak naklah jadi watak ibu tiri dalam Snow White tu. I nak jadi Snow White.”

Sofea Jane memandang wajahnya di dalam cermin itu.Dia merasakan wajahnya lebih cantik di dalam cermin itu.

“Sofea, I love you so much,” ucap Damian, jujur.

I love you too,” ucap Sofea Jane.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku