Penanda Kubur Anira
Intro
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 April 2016
...Taksubnya pada kecantikan tidak akan pernah padam. Nafsunya pada darah tidak akan pernah puas. Itulah sumpahan Anira... hingga akhir hayat!!...
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3888

Bacaan






Tahun 1827 merupakan permulaan detik baru buat Siti Zanira, atau Anira selepas peristiwa suaminya meninggal dunia dibaham harimau. Selepas pemergian suaminya itu, Anira hidup sebatang kara, kais pagi makan pagi kais petang makan petang dalam membesarkan anak perempuan kesayangannya, Hartini, seorang diri. Dengan ketidakupayaan yang dihadapinya, Anira sukar untuk mendapatkan sebarang pekerjaan. Untuk membesarkan dan menyuap sesuap rezeki kepada Hartini adalah sukar.

Namun, langit tidak selalunya mendung. Suatu ketika, Anira menerima bantuan daripada seorang saudagar jutawan kacak yang ikhlas berniat untuk membantu orang susah seperti Anira. Rupa paras dan kebaikan budi pekerti dan hati saudagar jutawan itu membuatkan Anira jatuh padanya. Akan tetapi selepas saudagar jutawan tersebut mengetahui tentang perasaan Anira, dia mula memulau Anira atas faktor ketidakselesaan. Tiada siapa yang peduli atau ingin ambil kisah tentang perasaan seorang janda hodoh yang sudah menjangkau usia 44 tahun seperti Anira. Hati Anira yang hancur ditolak oleh saudagar jutawan itu mendorongnya untuk bertemu dengan seorang dukun.

Atas dorongan dan kekecewaan yang dilalui oleh Anira, Anira bertekad untuk mempunyai kecantikan seperti yang diingini. Dengan dorongan itu, Anira menurut segala perbuatan dukun tersebut; memasukkan paku di belakang tengkok Anira dan memaksa Anira minum semangkuk darah dan jantung lelaki. Anira nekad, tanpa ragu-ragu melaksanakan segala perintah dukun tersebut dan serta merta bertukar wajah menjadi seorang wanita muda yang cantik jelita. Kecantikannya kini membuatkan saudagar jutawan yang pernah menolak cintanya juga kini amat tergila-gilakan Anira.

Akan tetapi, kecantikan yang diperoleh oleh Anira kini tidak bertahan lama, dan hanya mampu bertahan selama semalaman atau dalam masa 24 jam sahaja. Selepas tamat tempoh itu, Anira akan kembali menjadi hodoh seperti sediakala. Anira mula tamak dan terdesak selepas itu. Keinginannya untuk menjadi cantik membuak-buak; meminta untuk dipenuhi. Oleh itu Anira mengambil tindakan drastik dengan membunuh manusia setiap hari. Desakan itu semakin lama semakin kuat, membaham diri sebenar Anira, mengakibatkan dia terpaksa akur dengan desakan diri sendiri. Akan tetapi, Anira semakin cuai dan akhirnya, perbuatan kejinya yang membunuh manusia tanpa henti telah disaksikan oleh orang-orang kampung.

Orang kampung yang dalam kemarahan membakar rumah Anira, dan Hartini yang sedang tidur di dalam rumah terkorban – dibakar hidup-hidup. Anira yang dalam kesedihan dan kemarahan yang meluap-luap mengambil langkah membunuh semua penghuni kampung. Dan daripada situ, Anira mula sedar bahawasanya dia tidak seperti manusia biasa lagi.

Akan tetapi Anira tidak pernah menyesal dan tidak mahu berhenti. Keinginannya untuk berterusan menjadi cantik harus dipenuhi, mengakibatkan Anira terpaksa bergerak daripada satu kampung ke kampung yang lain untuk membunuh korban daripada mangsa lelaki. Setiap kali Anira membunuh juga, kuasanya semakin bertambah dan semakin kuat.

Taksubnya pada kecantikan tidak akan pernah padam. Nafsunya pada darah tidak akan pernah puas. Itulah sumpahan Anira... hingga akhir hayat.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku