Pertandingan Ayat Cinta
Genre: Lucu
Kategori: Jenaka Santai
Paparan sejak 27 April 2016
Penilaian Purata:
(14 orang telah menilai karya ini)
646

Bacaan






Suatu hari, tiga sahabat iaitu Ali, Amin, dan Abu yang bertanding ayat cinta yang paling romantik untuk memikat Aminah, gadis jelita anak ketua kampung mereka..


Ayat Ali : Demi kau Aminah, lautan berapi sanggup Abang Ali renangi.


Ayat Amin : Demi cinta ku pada mu, akan ku petik bintang di angkasa.


Ayat Abu : Kalau tak percaya, belahlah dada, lihatlah nama siapakah yang terpahat dihati ini.


Setelah itu, ketiga-tiga sahabat itu memberi surat cinta kepada Aminah. Sejam saja kemudian, Aminah membalas jawapan surat mereka, inilah jawapannya :-


1) Kepada Ali : Abang Ali, Aminah tak dapat terima abang sebab kalau abang mati berenang lautan berapi, nanti Aminah jadi janda berhias.


2)Kepada Amin : Kenapalah nak petik bintang kat angkasa tu, Aminah sendiri dah bergelar bintang (artis).


3)Kepada Abu : Isk! Tak mahulah Aminah nak belah dada awak. Nanti awak mati, saya pula kena tangkap dengan polis. Hukuman gantung mandatori..Tidak..!


Akhirnya, Aminah memilih Ahmad menjadi bakal suami..bila ditanya apakah ayat yang diberi Ahmad sehingga disukai oleh Aminah , maka jawab Ahmad..


Ahmad : Saya sukakan awak dan ingin mengambil awak sebagai isteri...Kalau Aminah sudi, jom kita kahwin.


Pengajaran cerita : Orang zaman sekarang lebih suka jujur dan berterus terang.





Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku