IBU, MAAFKAN ADAM.
IBU, MAAFKAN ADAM
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 30 April 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
662

Bacaan






Bab 4

Ibu , Maafkan Adam

Setelah dua hari terbaring tidak ke sekolah, akhirnya Adam sembuh. Selama dua hari itu jugalah Puan Fatimah sedikitpun tidak tidur kerana ingin memastikan keadaan kesihatan Adam kembali pulih. Keesokkan harinya Adam memulakan rutin hariannya seperti biasa.

“Krrrriiiiiinnggg!!!”

Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan tamatlah waktu persekolahan pada hari itu. Adam berjalan pulang ke rumahnya. Setelah sampai di rumah, Adam memanggil ibunya.

“Ibu! Ibu!”.

Tetapi ibu Adam tidak menyahut. Adam pusing keliling rumah cuba mencari kelibat Ibunya. Tiba-tiba Pak Abu, jiran mereka muncul dan menyapa Adam.

“Adam, ibu kamu tidak ada di rumah. Dia demam panas. Tadi, Makcik Ani ke rumah kamu dan terjumpa Ibu kamu terbaring dalam bilik. Pak Abu dengan Makcik Ani yang hantar ibu kamu ke klinik. Doktor yang bertugas di klinik bagitahu kami bahawa ibu kamu mengalami demam panas yang amat serius. Jadi, Pak Abu terus bawa ibu ke hospital”.

Adam terus menangis. Hatinya sebak. Adam berasa amat berdosa terhadap ibunya.

Pak Abu terus membawa Adam berjumpa Ibunya di hospital. Apabila dapat bertemu Ibunya Adam terus memeluk Ibunya dan menangis teresak-esak.

“Ibu, maafkan Adam. Adam berdosa. Adam janji tak akan layan Ibu dengan kasar lagi”.

“Adam, ibu dah lama maafkan Adam. Ibu ada Adam je sekarang ni.”

Adam menangis dengan kegembiraan.

Selama tiga hari Adam duduk di rumah tanpa ibunya yang tersayang. Pada pagi itu, Adam bangun pada pukul 6.00 pagi, Adam terus mengambil wuduk dan mengerjakan solat subuh. Setelah selesai mengerjakan solat subuh, Adam berdoa “Ya Allah,tempatkanlah arwah ayahku bersama orang-orang yang beriman. Sembuhkanlah ibuku dengan segera. Amin” Adam menangis. Hati Adam berasa sebak, Adam menyesal dengan perbuatannya terhadap satu-satunya insan yang telah banyak berkorban untuk dirinya.

Akhirnya ibu Adam sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah. Adam berasa amat gembira. Setelah ibu Adam sampai di rumah, Adam terus memeluk ibunya dengan erat sambil menangis. Adam telah berjanji kepada ibunya bahawa dia tidak akan mengingkari ibunya lagi.

TAMAT



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku