Love at Second Sight
Part 5 (FINAL)
Afy
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Fans Fiction
Paparan sejak 02 Mei 2016
Apabila si playboy bertemu si gadis kasar.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
713

Bacaan






     Hujung minggu tu, ketika sedang menyiram bunga di beranda..

Yi Jae : (menyanyi) I love you...you love me...

Ji Yong : (tiba-tiba menyampuk) You love me...I love you...

Yi Jae : (terdiam sambil memandang Ji Yong) Apesal kau ni?

Ji Yong : Aku tolong siram bunga ye! (tersenyum)

Yi Jae : (sangsi) Kau nak apa sebenarnya ni? Beberapa hari ni perangai kau pelik betul! Kau ada buat salah kat aku ke? Baik kau cakap sekarang!!

Ji Yong : Tak delah... Kalau aku minta sesuatu, boleh tak?

Yi Jae : Minta apa? Minta mati?

Ji Yong : Boleh tak kau senyum ke, ketawa ke, ini asyik marah je. Kau tak takut tua ke? Walaupun kau baru 18 tapi dah nampak macam 38. Kau tengok aku, baru 21 tapi still nampak macam 11 tahun.

Yi Jae : (╬) Diamlah!! Mengarut je!!

Ji Yong : Bolehlah, ketawa sekali je.....!

Yi Jae : (╬) Kau nak buat apa kalau aku ketawa?!

Ji Yong : Aku nak bagi sesuatu yang kau sangat suka.

Yi Jae : (senyum paksa) Dah!

Ji Yong : Itu senyum namanya, aku nak kau ketawa.

Yi Jae : (Hish, geram betul!!) HaHaHaHa! (ketawa paksa) Dah!! Puas hati?!

Ji Yong : Lain juga bunyi ketawa kau tu, tak ikhlas langsung! Nah, ambil! (memberi patung panda besar kepada Yi Jae)

Yi Jae : (╬ (cuba buat selamba)) Apa maksud kau bagi aku benda ni?

Ji Yong : Itu kan keturunan kau, jagalah baik-baik.

Yi Jae : (╬) TAK GUNA! JANGAN MAIN-MAIN BOLEH TAK?! (membaling bekas penyiram bunga ke arah Ji Yong tapi tersasar) 

Di bawah... TOK!!

Halmeoni : Aduh!! Apa benda pula yang jatuh kat atas kepala ni? Sakit betul! (menggosok-gosok
kepalanya)

Ji Yong : (memandang ke bawah) Nenek!

Yi Jae : Hah? Nenek?! (turut sama memandang ke bawah) 

       Di rumah...

Yi Jae : Minta maaf ye, nek.. Nenek tak apa-apa?

Halmeoni : Tak pa, jangan risau. Nenek datang ni.....ada hajat...

Ji Yong : Nenek nak apa? Cakap je, kami pasti tunaikan hajat nenek.

Yi Jae : Ye nek, cakap je.

Halmeoni : Nenek nak kamu bercerai.

Ji Yong & Yi Jae : (terdiam kemudian berpandangan serentak)

Halmeoni : Nenek minta maaf, nenek tak perasan yang kamu tak nak berkahwin sebenarnya.. Tapi nenek pentingkan diri..kerana nak buat cucu sendiri berubah, nenek korbankan perasaan orang lain.. Disebabkan nenek dah tua, semua tak berani nak bantah sebab nak jaga hati nenek.. Nenek minta maaf banyak-banyak..

Yi Jae : Tak pelah, nek... Bukan salah nenek...

Ji Yong : Tapi...

Yi Jae : Saya setuju untuk bercerai.

Ji Yong : (sepantas kilat melihat Yi Jae) Tapi..

Yi Jae : Sebenarnya hidup dengan dia ni tak de persefahaman langsung! Jadi baik bercerai jelah.

Halmeoni : Kamu pasti ke nak bercerai? Kamu akan jadi janda muda.

Ji Yong : Wah, saya dah tak sabar dah ni, nek! Bila nak sain surat cerai?

Yi Jae : (memandang Ji Yong perlahan)

Ji Yong : Kalau nenek nak tau, Yi Jae ni tak best langsung dijadikan teman hidup! Dahlah kuat marah, sakit mental, keturunan panda pula tu.

Yi Jae : (╬)

Halmeoni : Nenek tak nak nenek buat silap kali kedua. Kamu betul-betul nak bercerai ke? Bukan kerana hajat nenek?

Ji Yong & Yi Jae : Ye, nek! Kami dengan senang hatinya nak bercerai! (serentak)

Ji Yong : Sejak awal perkahwinan memang kami dah nak cerai pun, tapi tak berani nak beritau nenek.

Halmeoni : Kamu ni.... Kenapa tak beritau nenek?

Yi Jae : Nenek yang tak nak dengar cakap kami dulu dan tetap nak kahwinkan kami, jadi kami ikut jelah supaya nenek tak susah hati.

Halmeoni : Nenek minta maaf. Tak keterlaluan ke kalau nenek minta kamu tinggal berasingan sekarang? Nenek tak nak kamu gaduh-gaduh sampai baling benda macam tadi tu.

Yi Jae : (tersengih-sengih sebab tersindir) Err...hehe.. Itulah yang dah lama saya tunggu, nek! Hah, akhirnya saat tu muncul juga! Gembiranya!! (terlompat-lompat kegembiraan)

Ji Yong : Kalau macam tu, saya kemas baju dulu. (berlalu ke biliknya)

Yi Jae : Saya pun. (berlalu ke biliknya)

Halmeoni : (tersenyum (Baguslah kalau diorang dah tak tipu diri sendiri lagi.))

Ji Yong : (menyandarkan kepalanya di belakang pintu) Han Yi Jae, si bodoh...

Yi Jae : (mengemas beg pakaiannya) Kwon Ji Yong, tak guna! Berani mengumpat aku di depan Halmeoni! 

     Di kediaman agam keluarga Han...

Eomma : Yi Jae tak apa-apa ke?

Yi Jae : Saya okay jelah, mak..don’t worry. Sementara tunggu proses penceraian siap, saya nak duduk kat rumah je. Tak nak pergi mana-mana pun. Boleh kan, mak?

Eomma : (tersenyum) Hm, tak kisahlah semua tu, asalkan kamu tak apa-apa.

Yi Jae : (turut sama tersenyum) Ye. 

     Hubungan Ji Yong dan Yi Jae putus sama sekali. Sepanjang menunggu proses penceraian, YiJae dengan halnya sendiri dan begitu juga dengan Ji Yong. Sebulan kemudian..

Yi Jae : Mak, tak de surat dari mahkamah ke mak?

Eomma : Tak de lagi, sayang. Belum sampai kot.

Yi Jae : Kenapa lambat sangat?

Eomma : Yi Jae, ayah ajak berkelah. Jom pergi.

Yi Jae : Baiklah! 

      Di taman rekreasi...

Yi Jae : Mak, saya main buaian dulu ye! (berlari ke arah buaian)

Eomma : Baiklah, tapi jangan pergi jauh sangat pula.

Yi Jae : Ye, baik! 

      Sepanjang bermain buaian, Yi Jae bertukar jadi orang lain. Yi Jae yang kononnya okay, kekal ceria, kini kehilangan senyuman di bibirnya. Yi Jae termenung dan berfikir...

“Mengapa...dulu begitu membenci tapi kini terlalu mencintai?”

“Mengapa...dulu tidak menyedari tapi kini merindui?”

“Mengapa...dulu tidak menghargai tapi kini mencari-cari?”

“Mengapa...dulu terlalu pentingkan diri tapi kini menangis sendiri?”

Di saat kamu perlukan cinta..

Yi Jae : (memejam matanya)

...pejamkanlah matamu....

Yi Jae : (menarik nafas sedalam-dalamnya)

...tarik nafas...

Yi Jae : (menghembuskan nafasnya perlahan-lahan)

...hembus...

Yi Jae : (membuka matanya)

...dan buka mata....

Yang ada di depan kau tu adalah cinta kau.

Yi Jae : (terdiam sebentar kemudian memandang patung panda yang dibawa bersamanya) Panda, kau tau tak, dia ajar cara ni bila kita perlukan cinta.. Tapi, tak de apa-apa pun kat depan aku, pokok je semuanya. Hish, geramnya!!! Dia tu penipu betul!! Bencinya!!! (terdiam sebentar)Tapi..kenapa..selepas berjauhan..baru mengerti..dia amat bererti dalam hidup ni? Kenapa..selepas sekian lama...baru menyedari..dia sebenarnya...

Ji Yong : (tiba-tiba menyampuk) Tapi aku juga pernah kata “Kalau anda temui jalan buntu di hadapan, jangan fikir di belakang tiada harapan”.

Yi Jae : (tersentak)

Ji Yong : Apesal kau tiba-tiba jadi macam Mr. Bean ni? Cakap dengan patung, kau ingat dia faham ke apa yang kau cakap?

Yi Jae : (sepantas kilat menoleh ke belakang) Ji....Ji Yong...

Ji Yong : Oh ya! Lupa pula! Kalau satu spesies, cakap dengan patung pun boleh faham juga! Hahaha!

Yi Jae : (╬) Pergi mampuslah!

Ji Yong : By the way, tadi kau nak kata aku ni sebenarnya apa?

Yi Jae : Hm! Siapa yang bercakap pasal kau?! Perasan betul!

Ji Yong : Tadi kau cakap pasal “dia”, “dia” tu aku kan?

Yi Jae : Heh, tolonglah jangan perasan! Kau ingat kau seorang je ke yang boleh jadi “dia”? Orang lain tak boleh jadi “dia”?!

Ji Yong : Jadi “dia” pun ada ajar kau untuk mengenali cinta macam yang aku ajar kat kau?

Yi Jae : (Gulp!)

Ji Yong : Sebenarnya, cara tu bukan nenek yang ajar, aku yang reka sendiri. Akulah tu, kan?

Yi Jae : (╬) Kau ingat kau sorang je ke yang tau benda tu?! Tak mustahil orang lain pun boleh terfikir benda yang sama! Lagipun, itulah cara paling bodoh pernah aku dengar untuk mengenali cinta!

Ji Yong : Tapi, kau buat juga, kan? (tersenyum)

Yi Jae : (merah muka) Itu..

Ji Yong : Kadang-kadang tak semuanya kita perlu lafaz untuk buat orang faham.. 

     Perlahan-lahan Ji Yong berlalu ke hadapan Yi Jae..

Ji Yong : ...betapa kita menyayangi mereka.. (menarik perlahan jari jemari Yi Jae dan mengajaknya berdiri) ..kadang-kadang apa yang kita lafazkan.. (memeluk Yi Jae perlahan) ..tak seperti yang kita nak lafaz dalam jiwa..

Yi Jae : (terkaku)

Ji Yong : ..kadang-kadang kita marah, padahal kita sebenarnya bahagia.. (tersenyum kecil) Jadi kalau kita bersatu tapi bergaduh adalah lebih bahagia dari terpisah tapi merana, kenapa kita pilih merana?

Yi Jae : (hanya mendiamkan diri)

Ji Yong : Kita sama-sama pentingkan diri, sama-sama tipu diri sendiri, sedangkan kebahagiaan di depan mata, tapi kita masing-masing pilih derita.

Yi Jae : Sebab perangai kau tu macam hantu! Menyampah betul!

Ji Yong : Kau tau tak, orang yang buat aku berubah, bukan nenek sebenarnya. Tau tak kenapa aku selalu tarik kau ke sebelah aku? Sebab aku nak kau ada di sisi aku, bukan di hadapan aku bukan juga di belakang aku. Biar kita sama-sama hadapi apa yang patut kita hadapi. Aku sedar ada orang yangbmenyayangi aku dan nak yang terbaik untuk aku, dan salah seorangnya ialah nenek...dan juga kau.

Yi Jae : Hm, yelah tu!

Halmeoni : Wah....macam pengantin baru...

Ji Yong : (segera melepaskan dakapannya dan berpura-pura melihat ke langit) Wah, cerah betul cuaca hari ni, kan nek?

Halmeoni : Ye, cerah sangat ni. Naik silau mata nenek ni hah.. (tersenyum) Kamu ni, kalau tak nak cerai, cakaplah tak nak, jangan main tipu-tipu boleh tak? Nenek bingung tau.

Eommoni : Yi Jae, Ji Yong sebenarnya amat sukakan kau. Surat panggilan mahkamah, dia simpan..

Ji Yong : (sepantas kilat memintas cakap ibunya) Eh, tak delah mak! Mak jangan buat dia perasan lagi! Tak de tu! Itu tipu je semuanya! (memandang Yi Jae) Kau jangan perasan!

Yi Jae : (tersenyum) Kadang-kadang apa yang kita lafazkan tak seperti yang kita nak lafaz dari jiwa...tak pe, aku faham. Kau suka aku, kan?

Ji Yong : (merah muka) What? Aku pekak ke? Muka kau ni aku nak suka? Hm, buang masa betul!

Yi Jae : Sedangkan kebahagiaan di depan mata, kenapa kita tetap pilih derita? (memandang muka Ji Yong sambil tersenyum)

Ji Yong : (memandang ke arah lain (Alah, malulah pula nak pandang muka dia!!)) Kau ni P, E, R, A,S, A, N, perasan! Kau ingat ayat tu untuk kau ke, hah?!

Yi Jae : Kadang-kadang tak semuanya kita perlu lafaz.. (menarik tangan Ji Yong) ...untuk buat orang faham.. (memegang tangan Ji Yong lama) ..betapa kita menyayangi diorang.. (senyum mengejek-ngejek)

Ji Yong : Aku buat camtu ke tadi? Hah, rasanya aku dah sakit mental ni. Nek, tolong hantar aku ke rumah sakit jiwa!

Halmeoni : Nenek nak batalkan permohonan penceraian kamu ni, kamu nak tak?

Ji Yong & Yi Jae : (terdiam seketika kemudian berpandangan)

Yi Jae : Saya tak nak, aku nak cerai juga.

Ji Yong : Eh, jangan! Tak boleh cerai! Aku dah kehilangan harta yang paling berharga buat pertama kalinya, dan aku betul-betul terasa kehilangannya. Kali ni, aku dah dapat balik, tak mungkin aku akan membiarkan dia hilang buat kali kedua. Kau dengar ni?! Kalau kau degil, siaplah kau!

Yi Jae : Kau dengar sini! Kalau kau buat aku hilang sekali lagi dari hidup kau, aku tampar-tampar muka kau! Dengar?! Tampar-tampar!!

Ji Yong : Eh...pemaksa....tak naklah aku. Nek, jom urus penceraian secepat mungkin, nek.

Yi Jae : (╬) Tak guna!! Kau bagus pergi mampuslah! Geramnya!!! (berlalu pergi)

Ji Yong : Eh, tunggu dulu!

Yi Jae : (berapi-api) Jangan sentuh aku atau aku akan koyakkan mulut kau jadi dua!!

Ji Yong : (sepantas kilat menutup mulutnya) Tak nak... (Menakutkan!) Aku cuma nak cakap, patung panda kau tertinggal ni..

Yi Jae : (mengambil patungnya dengan kasar dan berlalu pergi)

Ji Yong : My wife is a gangster..

Yi Jae : (╬) Siapa isteri kau?! (tiba-tiba ada gunting besar ditangannya)

Ji Yong : Yi Jae, aku sukakan kau, sayangkan kau, cintakan kau. Boleh tak kita jangan gaduh-gaduh lagi? (muka kesian)

Yi Jae : (terdiam sebentar) Heh, muka kau ni... MENYAMPAH BETUL!!

Ji Yong : Okaylah, aku serius ni. Aku....aku cintakan kau (10X) Heh, penatnya mulut aku. Kau kiralah berapa kali aku sebut, begitulah sayangnya aku kat kau.

Yi Jae : Alah, sepuluh kali je pun! Bukannya susah sangat nak kira.

Ji Yong : Eh, kau kira ke?

Yi Jae : (Gulp!) Err..

Ji Yong : Bukan sepuluhlah, 1000 kali. Tak pandai kira ke? Ini ke keturunan panda?

Yi Jae : (╬)

Ji Yong : Gurau jelah, janganlah marah...hehe.. (tersengih-sengih takut)

Halmeoni : Hey, sudahlah kamu kat sana tu, jom makan!

Ji Yong & Yi Jae : Baik!

Abeoji : Hm, bukan main lagi senyuman diorang berdua, semanis madu!

Appa : Biasalah tu, jiwa muda.

Eomma : Hm, Yi Jae.. dah tak nak duduk ngan mak lagi ye..

Yi Jae : Bukanlah, mak..

Eommoni : Ji Yong pun dah tak manja dah dengan nenek.

Ji Yong : Eh, masih....!! Dalam dunia ni, neneklah yang paling aku sayang, lepas tu mak dan ayah,mak dan ayah mentua, kawan-kawan, guru-guru, bla..bla..bla..bla...haiwan, gunung dan last sekali barulah Yi Jae.

Yi Jae : (muka hantu) Apa kau kata?

Ji Yong : Sayang Yi Jae!

Yi Jae : Tapi orang yang paling last, kan?! (╬)

Ji Yong : Mana da, orang firstlah. Kan, nek?

Yi Jae : Kau ingat aku pekak ke tak dengar?!

Ji Yong : Tak delah, kamu semua aku sayang tahap tertinggi. Dari nenek, mak, ayah, mak mentua, ayah mentua, sampai kau, kamulah orang yang aku sayang sangat-sangat.

Eommoni: Yi Jae, sepanjang kamu berpisah, Ji Yong asyik terfikir apa yang kamu buat seharian. Dia risau kalau kamu dah dapat boyfriend baru. Dia..

Ji Yong: (memintas cakap ibunya) I love you, you love me, we are happy family~ (berbisik dengan ibunya) Cukuplah tu, mak. Malulah saya.

Yi Jae: (tergelak kecil)

Halmeoni : Ji Yong dan Yi Jae sayang nenek, kan?

Ji Yong & Yi Jae : Sayang!!

Halmeoni : Nenek nak cicit, boleh?

Abeoji, Eommoni, Appa & Eomma : Kami nak cucu boleh?

Ji Yong & Yi Jae : (terdiam sebentar kemudian berpandangan serentak)

Ji Yong : Err...nek, permohonan cerai tu boleh mohon balik tak?

Yi Jae : Mak, kita pindah ke Jepun nak tak?

Halmeoni, Abeoji, Eommoni, Appa & Eomma : (╬) Jangan nak bagi alasan yang bukan-bukan!

Ji Yong : Okaylah, nanti kami cuba.. (tunduk) Eh, jom makan! (memegang tangan Yi Jae) Tu ada pisau kat sana, kau tak nak bunuh aku? Aku tengah pegang kau ni.

Yi Jae : Tak naklah, buat apa nak bunuh orang yang kita cintai? Buat rugi je.

Ji Yong : Oh.....dulu masa membenci, bukan main lagi kejar aku dengan pisau....sekarang....tak nak pula..

Yi Jae : Mestilah, nanti aku kehilangan seorang yang menyayangi aku.. (tersenyum)

Ji Yong : Hey...kenapalah boleh wujud cinta pandang kedua? Tak faham betul aku!

Halmeoni : Sudahlah, asalkan korang saling mencintai, cukuplah! =D

                                -TAMAT-


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 (FINAL) |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku