LOVE YOU FOREVER!!
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2395

Bacaan






Tepat pukul 2 petang, Farah tiba di Kuala Lumpur. Cuaca panas terik membakar dirinya hingga peluh merecik di dahi dan juga badannya. Lama Farah berdiri di stesen perhentian bas kerana tidak tahu arah mana yang sepatutnya dituju untuk ke rumah mak longnya, Puan Sri Najihah. Dua minggu lepas ibunya memaksa untuk menerima dan mengahwini sepupunya. Oleh kerana dibantah dirinya dihina dan dimarah dengan teruk sekali. Sakit hatinya masih lagi belum hilang. Alamat yang tertulis di atas kertas yang dipegangnya hanya dipandang kosong.

“Aduh! Panasnya. Macam mana aku nak cari tempat ini? Dah lah jauh. Penat pun belum lagi hilang. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ku ini,” getusnya dan berdoa kecil. Lama dia berdiri di tempat yang sama akhirnya dia melabuhkan jua punggung di kerusi yang terdapat di stesen bas. Fikirannya mula menerawang pada peristiwa yang berlaku dua minggu lepas.

“Ibu, tolonglah bu. Farah tak nak kahwin dengan dia. Farah baru aje habis SPM. Perjalanan hidup Farah jauh lagi, bu. Tolonglah faham,” rayu Farah dengan linangan air mata.

“Aku kata kahwin, kahwin je la. Apa yang susah sangat ni? Aku dah tak boleh nak bela kau. Kau tu hanya tahu menyusahkan aku aje. Aku penat dengan kau ni. Baik kau terima je anak mak long kau tu. Lagi senang hidup aku,” marah Kalsom anak perempuan tunggalnya. Rayuan dan tangisan Farah sedikit pun tidak memberikan kesan mahupun berbekas di hatinya. Wajah polos Farah dijeling tajam.

“Ibu, Farah nak sambung belajar. Farah tak nak kahwin sekarang. Lagipun Farah tahu yang abang pun tak nak kahwin dengan Farah. Jangan paksa Farah, ibu,” rayu Farah lagi. Tangisannya kian laju dan kuat.

“Tak payah lah kau susah-susah nak buat kesimpulan. Mak long kau pun setuju nak kahwinkan kau orang. Jadi apa susahnya kau nak terima dia? Tak payah lah kau nak sambung belajar lagi. Belajar tinggi-tinggi pun akhirnya dapur jugak tempat kau. Apa, kau ingat kau tu lelaki. Boleh berjaya sampai menara gading. Macam tu? Ramai kawan kau pun dah kahwin kan. Inilah masanya kau ada keluarga sendiri,” herdik Kalsom tanpa belas kasihan. Kepala anaknya ditunjal beberapa kali sebelum mendengus kasar.

Farah yang penat akibat menangis lama akhirnya redha jua. Kala ini dia rindukan ayahnya yang telah pergi ke Sarawak atas urusan kerja. Kalau ayahnya ada sekurang-kurangnya dapat juga menukar fikiran Kalsom. Tidak payahlah dia menangis dan merayu kepada ibunya yang keras hati. Kalau ibunya sudah kata A maka A lah jawapannya. Tiada siapa yang dapat menghalang keputusan ibunya yang memang terkenal dengan keras kepala dan sukar bertolak ansur.

Farah dengan perlahan-lahan bangun dan menapak ke bilik tidur. Di situ dia menghumban wajahnya atas bantal dan menangis sepuas-puasnya.

“Ayah tolonglah Farah, yah. Balik cepat yah. Farah rindukan ayah,” raungnya kuat. Bergema satu bilik itu dengan raugannya.

Sebelah petang pula, Natrah bertandang ke rumah Farah. Kebetulan Kalsom tiada di rumah membuatkan dua sahabat ini bercerita dengan senang. Natrah seorang gadis yang amat sederhana walaupun dilahirkan sebagai anak usahawan. Natrah lah satu-satunya kawan baik yang Farah ada. Susah senang mereka sering dikongsi bersama. Apatah lagi hidup Farah yang penuh dengan kelukaan dan kesedihan.

“Kenapa kau nampak sugul sangat ni? Mata pun bengkak. Kau nangis eh,” teka Natrah dengan wajah risau. Dia tahu kalau sahabatnya itu sedih begini mesti ada kena mengena dengan Kalsom. Kalau tidak, tak adanya Farah menangis bersungguh-sungguh macam ni.

“Ibu aku bercadang nak kahwinkan aku dengan anak mak long aku, Nat. Aku pun tak tahu macam mana lagi nak cakap dengan ibu aku tu. Puas aku cakap pagi tadi tapi ibu buat tak tahu aje,” luah Farah masalahnya. Dia berterus-terang dengan Natrah kali ini. Dia tidak sanggup untuk berkias mahupun memendam perasaannya bersendirian pada kali ini. Dia perlukan seseorang.

“Ibu kan bercadang aje. Apa masalahnya? Lepas ayah kau balik nanti kau cakaplah pulak keputusan kau,” cadang Natrah pula tanpa tahu cerita yang sebenar.

“Bercadang aje tak ape. Ini ibu aku dah buat kata sepakat dengan mak long aku tu. Ibu aku dah pun terima, Nat. Aku pun tak tahulah nak buat macam mana lagi. Kau pun tahu kan, ibu aku macam mana,” katanya sambil mengeluh.

“Lagipun ibu cakap dia dah penat dengan aku. Selama 21 tahun dia bela aku, ibu cakap dah tiba masanya aku ada keluarga sendiri. Dia tak sanggup lagi nak bela aku Nat. Dia tak sanggup,” sambung Farah dan meluahkan rasa hatinya dalam tangisan.

“Astaghfirullah. Betul ke ibu kau cakap macam tu? Habis tu kau cakap apa pulak? Terus setuju?”

“Dah itu keputusan ibu aku Nat. Apa lagi yang aku boleh cakap? Aku ni betul ke anak dia, Nat? Kenapa ibu sanggup buat aku macam ni? Dari kecil lagi ibu benci aku. Dia marah aku. Dia benci aku, Nat. Apa kesalahan aku? Kenapa ibu benci sangat dengan aku? Kenapa?” raung Farah seraya memeluk erat sahabat rapatnya itu.

Natrah membalas pelukan erat Farah. Dia juga tidak tahu kenapa Kalsom begitu membenci anak sulungnya itu. Memang Kalsom ibu kandung Farah namun mata dan hati Kalsom penuh dengan kebencian dan ketidaksenangan setiap kali dia menghadap anak sulungnya.

Farah Alwani, nama yang cukup indah dan warna-warni. Farah yang membawa maksudkegirangan, kesenangan dan kebahagiaan tidak pernah membahagiakan sekeping hati Farah. Nama yang cukup indah itu memberikan maksud sebaliknya dalam hidup Farah. Sejak kecil lagi Farah sudah biasa hidup dengan kebencian oleh ibunya sendiri. Setiap kali dia kena marah dan herdik dengan begitu teruk sekali. Hanya ayah tirinya Syed Khalid memberikan kasih sayang yang tidah berbelah bagi. Farah sendiri tidak tahu kenapa Kalsom begitu membencikannya sehingga tergamak Kalsom meminggirkannya selama 21 tahun. Sehingga ke hari ini Farah masih lagi mencari jawapan kepada persoalan yang setia terpendam dalam hatinya.

Setiap perbuatan kejam Kalsom memang sudah maklum kepada Natrah. Natrah juga sukar memahami perangai Kalsom yang sukar menerima anak perempuannya.

“Sabar je lah Wani. Mungkin ini yang terbaik buat kau. Lepas ni siapa tahu kehidupan kau lebih baik daripada ini. Semuanya kau berserah padaNya. Selebihnya Dia akan menentukan untuk kau,” pujuk Natrah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memujuk Farah memandangkan mereka berdua sebaya. Apalagi yang boleh menenangkan hati Farah yang sedih kala ini selain daripada berserah padaNya.

“BIMM…!!!

Bunyikan hon yang kuat memeranjatkan Farah yang sudah jauh menerawang. Segera dia pandang ke depan apabila sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapannya. Wajahnya hairan. Takut juga jika musibah menimpa dirinya. Bukankah sekarang ini kita tidak boleh percaya sesiapa pun. Nampak sahaja baik tapi dalam hati sebusuk iblis.

“Nak, dari tadi pak cik tengok kamu ni duduk di situ sahaja. Anak nak pergi mana ni?”

“Err… sa..ya..” Farah serba salah untuk beritahu tempat yang hendak ditujunya.

“Jangan takut, nak. Pak cik nak tolong kamu sahaja. Ni baru pertama kali datang KL ye?” tanya pemandu teksi itu ramah. Dia dapat agak yang Farah sebenarnya takut. Dan dia juga tidak menyalahkan Farah jika gadis kecil molek itu menyangka yang buruk-buruk fasalnya. Bukankah dunia sekarang yang membuatkan manusia membuat persepsi yang tidak betul.

“Saya nak ke Subang Heights, pak cik. Tapi saya tak tahu nak pergi macam mana?”

Lelaki yang separuh abad itu hanya senyum memandang Farah yang gelisah dan takut.

“Jauh tu. Tak pe lah. Pak cik hantarkan ye. Lagipun pak cik memang biasa lalu dekat Subang. Mari nak,” ajak lelaki itu ramah.

Setelah berfikir panjang akhirnya Farah menaiki juga teksi itu. Kalau duduk macam tu sahaja sampai esok pun dia tidak akan sampai ke rumah Puan Sri Najihah. Dengan perlahan Farah membuka pintu belakang dan melabuhkan punggungnya. Belum sampai seminit teksi itu sudah berada di tengah-tengah jalan. Sepanjang perjalanan mereka, Farah hanya diam dan melontarkan pandangannya jauh dari tingkap.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku