LOVE YOU FOREVER!!
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1500

Bacaan






Keesokan harinya seperti selalu Mak Nah sibuk dengan kerja-kerja di dapur. Puan Sri Najihah juga tumpang sekaki menyediakan sarapan pagi mereka semua. Puan Sri Najihah tekun memotong timun yang baru diambilnya dari peti sejuk. Hari ini Mak Nah menyediakan nasi lemak berlaukkan sambal sotong dan sambal ayam. Mak Nah pula sibuk menggoreng ikan bilis. Sesekali dia tertoleh juga ke arah Puan Sri Najihah. Puan Sri Najihah memang cekap kalau bab-bab memasak.

“Puan Sri pergilah berehat. Selalu sangat nak tolong Mak Nah di dapur. Tuan Sri pula bersendirian kat depan tu.”

Puan Sri Najihah tersenyum memandang Mak Nah yang selalu sahaja meng’halau’nya pergi ke depan setiap kali dia menolong Mak Nah di dapur. Walaupun Puan Sri tidak lagi aktif dalam persatuannya namun kadang-kala dia sibukkan dirinya juga. Jika terluang lebih masa Puan Sri Najihah lebih gemar memasak daripada duduk rumah goyang kaki.

“Tak apalah Mak Nah. Saya memang sudah biasa dengan kerja-kerja dapur ni. Kalau saya ke depan Tuan Sri pasti meng’halau’ saya ke dapur jugak. Daripada saya kena ‘halau’ ke sana ke sini baik saya duduk di dapur tolong Mak Nah ni. Ada kebaikannya juga. Betul tak?” ujar Puan Sri Najihah bernada gurau.

“Suka hati Puan Sri lah. Jenuh mulut Mak Nah ni hah. Farah dah bangun ke?”

“Dah rasanya. Tadi tengok bilik dia terang lepas sembahyang subuh tadi. Kejap lagi turun lah tu,” jawab Puan Sri Najihah dan sambung kerja memotongnya. Mak Nah pula mengangkat ikan bilis yang sudah siap goreng dan letak di atas meja makan. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di kerusi kayu jati duduk bertentangan dengan Puan Sri Najihah.

“Berapa umur budak tu, Puan Sri?”

“Dah 21 dah. Dah nak masuk 22, tahun ini Mak Nah.”

“Dia ke sini nak sambung belajar ke? Mak Nah tengok mentah lagi budak tu. Nak katakan cari kerja kat sini takkan lah pulak,” Mak Nah cuba merisik tentang kedatangan Farah ke rumah itu. Nyata sekali yang Mak Nah tidak tahu rancangan yang sudah diaturkan oleh dua-beradik itu secara rahsia.

“Duduk kat situ pun tak ada apanya yang hendak dibuat. Kalau sambung belajar dapatlah kami jaga dia kat sini. Lagipun Som dan saya bercadang nak kahwinkan Farah dengan Rul. Som nak sangat kami jadi besan pula. Lagipun saya memang berkenan dengan budak Farah tu dari dulu lagi,” ujar Puan Sri Najihah yang sudah siap memotong timun segar.

“Apa? Kahwin? Betul ke Puan Sri?” terlukis riak terkejut di wajah Mak Nah. Barangkali tidak percaya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku