LOVE YOU FOREVER!!
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2194

Bacaan






“Som tak nak tengok anak kita kat sana ke? Dah seminggu Farah kat situ. Abang risaulah. Jom kita pergi lawat dia nak? Kalau abang pergi sorang takut pulak Farah terasa. Som ikut sekali ya,” ajak Syed Khalid niatnya untuk melawat Farah di KL.

“Eeii… buat apa nak melawat dia. Yang abang risau bagai nak rak ni, kenapa? Itukan rumah Kak Naj jugak. Tak ada apa yang nak dirisaukan pun,” luah Kalsom pula.

Setiap kali isu Farah dibangkitkan, mesti kemarahan Kalsom bangkit sama. Sensitif sangat dia dengan anak sulungnya itu. Sensitif lagi tak apa, ini dah alergik tahap kronik sehinggakan tak boleh mendengar nama anaknya itu. Pasti hatinya menggelegak.

“Awak ni cakap macam Farah tak ada kena-mengena dengan kita pulak. Kesian dia dekat situ. At least kalau kita jumpa dia, tak adalah dia terasa semacam. Abang rindu dengan anak kita tu. Hujung minggu ni kita pergi ya,” pujuk Syed Khalid lagi. Dia yakin lama-lama dia pujuk mesti akhirnya Kalsom akan setuju jugak.

“Kalau abang nak pergi sangat tu pergi ajelah. Malaslah saya nak tengok…”

“Kalsom… abang tak suka awak cakap macam ni. Tak manis kalau budak-budak tu dengar. Walau apapun Farah tetap darah daging awak. Anak abang jugak. Dia memang tanggungjawab kita. Abang nak Som ikut jugak pergi KL. Alang-alang dah ke situ dapat kita berbincang fasal perkahwinan mereka yang awak sangat nak adakan itu,” kata Syed Khalid dengan tegas namun bernada sindir. Kadang-kadang ketegasannya berkesan jugak.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku