LOVE YOU FOREVER!!
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1671

Bacaan






“Amboi berseri nampak muka kau tu.”

“Ya ke? Aku tak rasa macam tu pun. Biasa aje.”

“Adoii… memanglah, sebab kau dah tak nampak muka kau sendiri,” kata Natrah geram.

Farah tersengih panjang. Buat-buat muka comel sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.

“Satu tu aje kau tahu buat ek. Dah nak jadi isteri orang pun perangai tak ubah-ubah,” usik Natrah sambil menjeling.

“Mestilah isteri orang, takkanlah isteri beruk kot,” loyar buruk Farah pulak.

“Amboi, macam dah tak sabar nak nikah ni? Dah terima ke?”

“Kalau tak, takkan aku balik rumah umi kot.”

“Wani kau dah fikir masak-masak ke? Berkahwin ni bukan perkara main-main tau. Kita kahwin seumur sekali aje. Takkan kau nak terima rancangan ibu kau bulat-bulat. Apa kau dah tak boleh bersuara lagi? Di Malaysia pun semua rakyat bebas bersuara nikan pulak kau di rumah,” ujar Natrah macam tidak percaya dengan keputusan Farah yang seperti bersedia kahwin bila-bila masa sahaja.

Hanya Natrah yang memanggil Farah dengan panggilan Wani. Memang sejak mereka mula berkawan dulu. Dari usikan kini perbualan mereka menjadi serius pula.

Farah mengeluh panjang sebelum menjawab. Payah benar jika kita terpaksa buat keputusan demi kebahagiaan ibu bapa kita.

“Kau fikir ibu aku ada bagi pilihan. Dengan perangai ibu aku macam tu kau nak aku bersuara. Aku ni sebagai rakyat di sini bebas bersuara di Malaysia saja bukan di rumah aku. Karang aku pulak yang kena makan penampar dengan ibu aku. Kalau aku tak terima rancangan mereka, pasti ibu akan bencikan aku lagi. Aku terima pun sebab nak gembirakan hati ibu saja. Aku tahu apa yang ibu buat mesti untuk kebaikan aku,” luah Farah pula yang terpaksa menerima hakikat dengan perkara ini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku